Aku bukan Nainβœ“ (new story +...

By samperitmilo

22.9K 2.2K 846

BOOK #3 of π•±π–—π–Žπ–Šπ–“π–‰π–˜π–π–Žπ–• π•°π–‰π–Žπ–™π–Žπ–”π–“ Genre: Teen fiction Sekuel novel Aku, Iskandar Dzulkarnain ... More

Blurb
Prolog
Banner gallery
1 Bukan Abang
3 Motosikal
4 Rahsia
5 Cincin dia
6 Tawaran
7 Tampar
8 Kerja
9 Kerja sekolah
10 Adik angkat
11 Pelanggan pertama
12 Gaji pertama

2 Dare

1.5K 184 77
By samperitmilo

Beberapa orang pelajar lelaki tingkatan lima sedang menyusun kerusi plastik di bahagian hadapan kelas. Lagi beberapa minit, pasti akan ada ibu bapa yang hadir untuk menerima laporan prestasi akademik anak masing-masing. Siapa yang sudah awal akan pulang ke rumah awal.

Mata pen biru terhenti pada ruangan kosong di atas kertas kajang. Salahuddin menoleh ke meja jiran sebelah. "Aqil, parents kau datang?"

Aqil yang sedang membelek sebuah buku latihan menangguk sekali. "Parents aku datang tapi lewat sikit kot bila nak dekat lunch hour. Dorang tengah kerja sekarang ni."

"Oh..." Dakwat pen dipahatkan sepanjang tarikan jari. Tiada apa yang hadir menjadi buah fikiran buat dia menyiapkan tugasan karangan Bahasa Melayu ini. Nama sendiri ditulis berkali-kali.

Salahuddin Ayub bin Faizal

"Parents kau?" soal Aqil kembali.

"Ibu aku ke klinik. Jadi... Dia tak datang." Bibirnya tersenyum nipis. Hati asyik menyoalkan tentang hal yang itu.

"Ibu kau sakit ke?" Aqil sedikit risau. Ibu Salahuddin ini telah melewati usia 50 tahun, lain pula jika nak dibandingkan dengan ibu sendiri. Aqil ialah anak sulung dalam keluarga, maka ibu dan bapanya masih muda dan kuat bekerja.

"Tak, ayah aku. Kau tahu kan ayah aku tu HIV. Kadang-kadang demam dia melarat, ibu aku selalu utamakan dia. Hari tu aku batuk sikit pun ibu nak marah-marah."

"Sebab kau tak pakai mask? Atau kau duduk dekat ayah kau time tu?" Selaku pelajar cemerlang subjek biologi, sudah tentu Aqil arif tentang penyakit dan mekanismanya.

"Em, ya." Batang pen dibaringkan di atas meja belajar. Habis satu muka surat kertas diconteng Salahuddin. Apa yang dilakar pun tidak tahulah. Hanya keserabutan yang memenuhi ruangan minda diterjemahkan ke atas selembar kertas 70gsm.

"Kau tahu tak, apa maksud HIV?" Aqil memperlahankan suara. Takut ada telinga menangkap perbualan mereka secara haram.

"Tak. Dari kecil aku cuma anggap ayah aku sakit kronik. Bila dah besar ni, hati aku mula tertanya-tanya. Dari mana datang penyakit tu? Ayah aku... Penagih dadah ke?" Salahuddin menyandarkan tulang belakangnya. Mata memerhatikan tingkah pelajar yang lain di dalam kelaa itu. Ada yang bermain bola kertas di belakang, ada juga yang mengulangkaji pelajaran.

"Tak semestinya sebab jarum suntikan. Kadang-kadang mungkin kerana pemindahan darah tercemar, contact rapat dengan pesakit HIV dan lain-lain. Kau tak boleh kata ayah kau macam tu," terang Aqil. "Ibu kau sihat? Tak berjangkit setakat ni?"

"Kak Ika selalu buat pemeriksaan darah dekat ibu. Setakat ni, cuma ayah yang sakit," jawab Salahuddin. Dalam kalangan ahli keluarga yang lain, remaja lelaki itu hanya rapat dengan Zulaikha. Penyakit Faizal yang ada semenjak Salahuddin kecil telah meletakkan jurang untuk mereka meluangkan masa bersama seperti anak dan ayah. Ibu pula sibuk menguruskan ayah ibarat satu kesilapan boleh menarik nyawa Faizal.

"Human Immunodeficiency Virus, HIV. Sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Tahap AIDS ialah yang paling teruk ibarat menunggu ajal sampai. Ibu kau jadi overprotective sebab dia cuba lewatkan kedatangan AIDS. Tengoklah, kau batuk sikit pada ayah kau, ibu kau marah. Kan? "

" Ya. Aku rimas sebab nak kena jaga kebersihan itu ini." Sungguh Salahuddin penat asyik disuruh itu dan ini.

"Mungkin kau nampak bakteria batuk tu perkara biasa tetapi pada ayah kau... Bakteria yang sama boleh menyebabkan dia sengsara. Sistem imun ayah kau semakin lemah hari demi hari, dia tak boleh nak pertahankan diri daripada virus atau bakteria normal yang seharusnya manusia sihat dapat atasi. "

"Seteruk mana je boleh jadi? Setakat ni... Ayah sihat je... Makan pun banyak," gumam Salahuddin. Dia tidaklah membenci ibu dan ayah, hanya sakit hati ini tidak diubati lagi. Ditambah pula dengan kakaknya yang telah pun berpindah mengikut suami, Salahuddin semakin sunyi dan sepi. Mujur saja ada aqil yang mahu menemani.

"Ayah kau boleh tarik semua penyakit untuk serang tubuh dia dalam satu masa. Kalau kau demam, ayah kau akan demam. Siapa-siapa chicken pox, dia akan kena chicken pox juga. Bahaya sebenarnya... Bayangkan kalau bakteria dan virus yang membunuh sampai kepada ayah kau. Kau tahu tak TB? Ha, tu lagi bahaya. Dah lama ke ayah kau dapat HIV ni?"

"Sejak aku kecil." Subjek Biologi ialah titik lemah Salahuddin. TB atau apa sekalipun, sel otaknya tidak punya maklumat tentang itu.

"17 tahun?" tebak Aqil

"Aku tak pasti sejak aku lahir atau apa... Cuma sejak tadika, ibu aku selalu kata yang ayah aku sakit."

"Salah, penyakit ni tak ada ubat. Lambat laun ayah kau akan sampai pada tahap kronik..." Sahabatnya dipandang lama. Pengakhiran hidup seorang pesakit HIV akan berakhir dengan kematian. Aqil mengetap kedua-dua bibir.

"Ibu selalu ke hospital dan klinik. Contohnya macam hari ni."

"Sebab ibu kau nak lambatkan kemudaratan HIV. Aku nampak yang ibu kau sangat cintakan ayah kau. Baiknya dia... Untung kau ada ibu yang penyayang."

Salahuddin tersenyum senget. "Kau takde dekat tempat aku. Jadi, kau tak rasa bila kena abaikan macam ni. Aku minta datang pun dia tak nak. "

Ada saja rungutan yang terbit di bibir. Aqil terus melingkarkan tangan pada bahu sahabatnya. "Come on lah. Ibu kau utamakan sakit ayah kau bersebab. Dalam hati dia, dia sangat sayangkan kau. Kau satu-satunya anak lelaki dia."

Kepala menggeleng. Tiba-tiba hatinya disengat sakit yang semalam.

Abang.

Iskandar Dzulkarnain.

"Ibu sayang along... Walaupun along dah meninggal dunia... Dalam kepala dia tak habis-habis dengan 'Iskandar Dzulkarnain' . Aku ni anak yang tak dirancang kot... Sebab tu ibu buat aku macam ni. Ingat ke nak dua orang anak je, Kak Ika dan along. Tiba-tiba termengandungkan aku." Lawar hambar sendiri digelakkan Salahuddin. Tiada siapa mahu ketawakannya, lebih baik dia saja yang berbuat begitu. Wajah Aqil dilihat tidak punya perasaan, entah tidak faham atau tidak bersetuju.

"Ibu mungkin lebih sayangkan along berbanding kau. Tapi kau kena tahu yang kau je satu-satunya anak lelaki dalam rumah. Kau yang akan jaga dan lindungi mak kau. Along kau dah tak ada... Dia tak boleh jaga mak kau dah. Salahuddin Ayub, aku tahu kau anak yang baik. Kadang-kadang soal perasaan ni kita kena letak tepi... " Tepukan halus dikenakan pada lengan Salahuddin. Aqil tidak mahu sahabatnya jadi sedih begini lalu mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak lelaki.

***

Gelakan ketawa remaja lelaki di situ memecahkan suasana di belakang kelas tingkatan 5 Sains Tulen. Ketiadaan guru yang sibuk memberi laporan pada ibu bapa yang hadir membuma peluang kepada pelajar-pelajar nakal itu bermain di meja kawan-kawan mereka. Perkara biasa disajikan bagi pelajar nakal kelas hadapan. Mereka tak selurus murid-murid bijak seperti Aqil yang umapamnya seperti anjing sekolah. Sibuk sahaja hendak melaporkan perbuatan nakal mereka seperti anak kecil dengan mulut becok.

Pelajar yang belum lagi menerima kehadiran ibu bapa ditempatkan pada kelas yang berasingan tanpa pengawasan guru.

"Pusing lagi botol tu," ujar Haikal. Dia yang baru tiba menarik kerusi rapat ke meja Khaifa. Khaifa, seorang pelajar lelaki yang bermata sepet dan berkulit cerah kalangan kawan-kawannya. Kadang-kadang ada juga orang yang menyalah tafsirkan Khaifa sebagai bangsa Cina walhal dia ini melayu tulen.

"Kalau botol ni tunjuk kau, kau kena pilih truth atau dare." Botol Cocacola berisi separuh sudah di tangan Khaifa. Sedia untuk dipusing sekali lagi.

"Pusing cepat, nanti cikgu datang," sampuk kawan yang lain.

Botol plastik itu mula diputar Khaifa di atas permukaan meja belajar. Pusingannya dinantikan enam orang pelajar yang mengelilingi meja Khaifa. Penutup botol itu menjadi penanda kepada siapa akan diberhentikan. Pusingan semakin perlahan hinggalah ia benar-benar berhenti menghala ke arah Hazim.

"Ha!" Khaifa menepuk bahu Hazim secara tiba-tiba. Dia sudah tersenyum nakal dengan tangan yang mengusap dagu. "Nak cepat sangat, kan?"

"Kau nak suruh aku buat apa?" Hazim menggulingkan biji matanya. Keluhan kasar terbit, geram pula dia yang beria tadi. Kalau kena dengan Khaifa ini, memang mendajjal sahaja kerjanya.

"Rileks, bro. Truth or dare?" soal seorang remaja lelaki berkaca mata. Botol cocacola dipegangnya.

"Hm..." Hazim berfikir sejenak. Senyuman Khaifa yang asyik menuju kepadanya seperti membawa seribu satu maksud disebalik. "Aku nak truth." Pilihan selamat diambil Hazim.

"Eh, apa ni? Tak gentle la. Pilih la dare." Khaifa berkerut seribu.

"Kalau dare pun, kau nak suruh aku buat apa?" Pelajar lelaki itu berpeluk tubuh sambil memandang serong ke arah Khaifa. Lima orang pelajar lelaki yang lain turut memandang Khaifa kerana ternantikan cabaran buat Hazim.

Kepala yang paling nakal, sudah tentulah Khaifa. Ketua kumpulan nakal tingkatan lima yang asyik berdesing namanya disebut di telinga guru-guru. Nak marah lebih-lebih pun tak boleh juga kerana dia antara budak pintar merangkap pelajar harapan tingkatan lima. Kumpulan nakal menengah atas terbahagi kepada beberapa kumpulan, tidak sefahaman dan lain-lain ketuanya. Kumpulan Khaifa adalah salah satu daripadanya.

"Aku nak... Em, kau cium pipi Salah!" Berdekah tawanya disambut rakan-rakan lain. Meja ditepuk bersorak. Pelajar yang dimaksudkan Khaifa adalah remaja lelaki di hadapan kelas sana. Kelihatannya sedang ralik menyiapkan kerja sekolah sementara menanti waktu pembelajaran tamat sejak tadi.

"Kau ni memang saja kan, Khaifa?" Hazim melihat Salahuddin dengan ekor mata.

"Dengar sini, kita-kita je ada dalam kelas ni. Pelajar lain dah balik dengan ibu bapa masing-masing dan ada yang tengah hadap cikgu dekat kelas sebelah. Aku rasa parents Salahuddin tak kan datang ni. Pergilah cepat." Seraya dengan itu Khaifa menolak bahu Hazim dengan kuat hingga kawannya hampir tersungkur ke depan.

Hazim mengetap gigi kegeraman. Bekas sentuhan pada bahu digibas sambil mata menjeling Khaifa. Nafas panjang ditarik remaja lelaki itu sebelum dia berdiri tegak. Ragu-ragu juga hendak melangkah.

Namun, apakan daya. Cabaran telah diambil. Hazim tak mahu dituduh sebagai seorang pengecut. Lagi pun ini hanya permainana, bukan?

Langkah diatur satu per satu menuju ke ruangan hadapan kelas. Selang beberapa meja, di situlah Salahuddin sedang menulis karangan Bahasa Melayu di atas sehelai kertas kajang. Rakan-rakan yang lain bersorak dalam diam. Mereka semua menanti masa hendak bertepuk tangan.

"Salah," panggil Hazim. "Aku nak minta tolong sikit."

Kening hitam Salahuddin bertaut. Dia yang duduk di kerusi terpaksa menoleh ke tepi untuk melihat si pemanggil. "Nak apa?"

"Aku... Sikit je nak minta tolong," sengih Hazim. Tangan sudah bersedia hendak memegang wajah polos Salahuddin. Ini hanya akan memakan dua tiga saat. Hanya satu ciuman, bukan?

"Yela, cakaplah apa benda? Kau nak aku tolong apa?" soal Salahuddin. Ekor mata beralih ke arah sekumpulan remaja nakal di belakang kelas. Hatinya jadi tidak sedap apabila pandangan jahat Khaifa menghunus ke retina.

Cabaran buat Hazim mudah sahaja. Hanya untuk mencium Salahuddin. Maka, dia pun mencengkam rahang Salahuddin sambil rakan-rakannya bersorak sakan. Meja ditepuk menghasilkan bungi gendangan.

Terbeliak mata Salahuddin dek terkejut akan perbuatan drastik itu. Di mana salahnya pun dia tidak tahu. Tiba-tiba sahaja Hazim seolah-olah mahu menganiaya. Suasana kelas menjadi bingit sekali.

"Lepaslah!" Salahuddin menengking kuat. Kepala menoleh ke kiri dan kanan dalam pergelutan mereka berdua. Buku latihannya tertolak ke penjuru meja tika sebelah tangan ingin mengelakkan diri daripada jatuh menyembah lantai. Bunyi jatuhan pen biru mengisi benak.

"Duduk diamlah," marah Hazim. Tidak sangka Salahuddin akan memberontak sekuat ini. Peluang yang ada untuk mengilas tangan Salahuddin ke belakang digerap erat. Aduhan kesakitan diabaikannya.

"Lepaskan adik aku," ujar satu suara. Tegas mendatar, dari arah muka pintu utama.

Bagaikan malaikat lalu, sekelip mata atmosfera tidak sebising tadi. Salahuddin masih mengerang kesakitan meminta simpati.

"Kau nak buat apa dekat adik aku?" Satu tangan sasa menolak bahu Hazim. Ketinggian lelaki dewasa itu jika nak dibandingkan dengan mereka amatlah jauh beza.

"Abang Im," bisik Salahuddin.

Hazim segera melepaskan kunci yang dibuat tadi. Dia berundur setapak ke belakang, akur melepaskan mangsa dare tengah hari itu. Mata lelaki berkenaan menjelingnya sebelun keadaan Salahuddin diperiksa.

"Kau buat lagi macam ni, aku bawa semua sekali pergi balai polis. Faham?" Satu per satu wajah dipandang lelaki itu. Dia yang baru sahaja pulang daripada klinik dikejutkan pula dengan pergelutan Salahuddin.

"Abang ni siapa?" Hazim menundukkan wajah. Takut buat membalas pandangan. Namun, hati tetap mahu tahu gerangannya.

"Aku abang Salahuddin."

***

Tanda tangan diturunkan ke atas buku laporan peperiksaan pertengahan tahun. Sempat rambut Salahuddin diusap sekali. Dia gembira melihat kecemerlangan yang diperolehi bagi setiap peperiksaan berbanding rekod akademik di tingkatan empat.

" Terima kasih, cikgu. Kalau takde apa-apa dah boleh balik, ya?" Fahim memandang guru kelas adik iparnya.

Kejutan yang diberikan masih tidak dapat dihadam Salahuddin sendiri. Membatu saja remaja lelaki itu di sisi Fahim Luth.

"Bang, kenapa tak cakap nak datang? Takdelah saya sedih semalaman..." Salahuddin menarik nafas dalam. Langkahnya seiring bersebelahan si tinggi lampai di koridor sekolah.

"Tadi abang bawa ibu dan ayah sarapan dekat luar, lepas tu ke klinik pula. Abang pun tengok jam, eh sempat lagi rasanya nak ke sekolah Salah. Ayah yang suruh abang datang ke sini. Nak sedih-sedih kenapa? Abang dah tanda tangan, kan? Buruklah muka tu kalau asyik nak merajuk je." Fahim tersenyum sahaja. Kunci kereta dibawa keluar dari saku poketnya.

"Saya sedih sebab semua orang macam nak abaikan saya..." luah Salahuddin. Kepala menekur jalan berturapkan tar yang sedang dilintasi mereka berdua.

"Salah... Jangan cakap macam tu," geleng Fahim. "Abang tak akan abaikan Salah. Tu janji abang pada arwah Nain." Sejak Salahuddin berusia tiga tahun lagi Fahim menjaganya. Dia  tidak mahu adik bongsu Nain berasa tersisih tanpa kasih sayang seorang abang yang seharusnya diberikan Nain. Nain sudah tiada di dunia ini, maka dialah yang harus menjadi abang kepada Zulaikha dan Salahuddin.

"Kalau abang tak berjanji, abang akan abaikan Salah juga lah, kan?" soal pelajar tingkatan lima itu.

"Abang akan tetap jaga semua ahli keluarga abang. Salah kan adik abang?" Fahim menaikkan sebelah kening. Dia memberhentikan langkah di sebelah sebuah kereta berwarna hitam legap. Lama Salahuddin memerhatikan lelaki berseluar jeans itu.

"Dik, cepat naik. Abang nak pergi tempat lain lepas ni." Fahim yang hendak melangkah ke dalam kereta memberi isyarat mata pada adik iparnya.

Kata-kata itu memujuk rajuk di hati Salahuddin. Kepala mengangguk faham. Adik bongsu Iskandar berlari anak ke pintu tempat duduk penumpang.

" Nasib baik adik tak jadi apa-apa tadi... Apa masalah budak-budak kelas tu?" bebel Fahim. Enjin kereta berderum setelah kunci dimasukkan. Angin dari pendingin hawa menerpa ke seluruh ruangan kereta. Bau manis vanilla dapat dicium dalam udara.  "Wangi tak?"

"Ni macam bau kereta Kak Ika je," balas Salahuddin. Rongga hidungnya cuba mengecam bauan itu, rasanya amat dekat. Wajah pengantin baru memang berseri-seri. Dia melihat raut abang iparnya yang tidak lekang dengan senyuman. "Mana Kak Ika?"

"Sibuk dekat hospital. Itu yang abang je yang balik jenguk ibu dan ayah. Sekarang ni, lupakan semua tu... Kita beli hadiah dulu," cadang Fahim Luth. Gear kereta dilepaskan tangan kirinya.

"Untuk?" Salahuddin memeluk beg lusuh di atas riba.

"Tanda tahniah abang pada Salah. Salah dah belajar sungguh-sungguh, kan?" balas Fahim.

"Seriuslah abang Im?" Mata Salahuddin bersinar-sinar. Bibir terjongket membentuk senyuman.

Lelaki 30-an itu menundukkan badannya hendak berbisik. "Ya, ni kita-kita je. Jangan beritahu Kak Ika. Nanti dia marah."

***
v

otexkomen

Yeay 300 reads. Cepat hit buku ni dgn komen korang,!!!

Continue Reading

You'll Also Like

202K 9.1K 59
[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima r...
326K 22.5K 78
❌DILARANG UNTUK DITIRU SAMA SEKALI ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA -TOP 1 KING OF THE BEST TEEN FICTION OF NOVELIS AWARD "Kauorang nak tau ta...
261K 11.1K 95
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
1.1M 116K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...