Putera DiRaja

By Izezrien

10.7K 94 11

(Beautiful cover by @hazelmilktea) (STOP WRITING) HIGHEST RANKING🎖 #1 on "Naive" #1 on "Pahang" #1 on "Sad" ... More

1

2

571 35 9
By Izezrien

Setelah hampir beberapa jam dia memandu di atas jalan raya, akhirnya destinasi yang dituju terpampang di depan matanya.

Maya terus memarkirkan kenderaannya di tepi pantai Teluk Cempedak lalu dia terus keluar dari perut kereta mendekati persisiran pantai.

Nafas ditarik lalu dihela perlahan. Tenang rasa hatinya dapat menghirup udara segar. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa dirinya itu membuatkan dia leka dibuai perasaan.

Jam tangan dipandang sekilas lalu dia terus mendekati keretanya kembali. Tubuh menerobos masuk ke dalam perut kereta dan pedal minyak ditekan.

Di saat dia sedang memerhatikan sekitar kawasan, retina matanya menyapa sebuah rumah yang ditunggu-tunggu olehnya selama ini.

'Yes! Rumah tu!' getusnya. Dia terus memandu mendekati rumah itu lalu kereta diparkir di seberang jalan berhadapan dengan rumah itu. Matanya ralit memerhatikan sekeliling rumah.

Sedikit pun reka bentuk rumah itu tidak berubah selama 9 tahun dia menunggu. Maya menarik nafasnya dalam lalu dihela perlahan.

"Rilek Maya rilek, kita rest dulu." omelnya lalu dia terus memandu meninggalkan perkarangan rumah itu. Hotel yang ditempah dituju olehnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maya yang baru sahaja selesai membersihkan dirinya itu melangkah ke luar balkoni. Keheningan malam yang dihiasi dengan cahaya bulan dan bintang itu mengisi kekosongan di langit gelap.

Dia mengeluh perlahan. Bunyi hempasan air laut menghempas persisir pantai itu sedikit sebanyak menenangkan hatinya yang gusar dan serabut.

"Apa motif aku yang sebenar ni? Datang ke sini semata-mata untuk menyiasat sebuah rumah banglo yang membuatkan aku tertanya-tanya selama 9 tahun, selepas itu? Aku nak buat apa?" soalnya kepada diri sendiri. Tiba-tiba dia merasakan dirinya bodoh seketika.

Macam mana nak siasat rumah tu?

Nak pecah masuk?

Kalau dituduh menceroboh macam mana?

Nafas dikeluh kasar. Wajah diraup perlahan.

Stress.

Ting!

iPhone miliknya berbunyi seketika menandakan mesej masuk. Maya memandang sekilas lalu langkah terus diatur mendekati birai katil. Punggung dilabuh dan telefon pintarnya dicapai.

Skrin telefon dipandang lalu chat di notification itu dibaca. Maya terus membuka chat tersebut.

Marissa☠️

Kau dah sampai ke?
Eh mestilah dah
Okay ke?
Dah makan ke belum?

Aku okey je dah sampai dah
Dah, dah makan dah

Dah jumpa ke rumah tu?

Maya terdiam sejenak.

'Perlu ke aku bagitahu pasal apa yang aku fikir ni?' getusnya. Kuku digigit kecil.

"Bagitahu je lah." gumamnya lalu di terus menaipkan pesanan.

Dah tapi...
Tiba-tiba aku rasa bodoh pula
Bodohnya akuu...

Ha ni betul-betul bodoh
Kenapa pula?

Aku rasa macam orang tak betul
Datang sini semata-mata untuk,
Siasat rumah yang nyata-nyata tiada kena mengena dengan aku

Lah, habis tu?
Nak balik?

Sekali lagi Maya terdiam.

"Balik? Tapi aku dah sampai sini," gumamnya lalu dahi digaru perlahan.

"Tak apalah, demi puaskan hati aku, aku teruskan je lah." ujarnya lagi lalu dia mula menaipkan pesanan.

Balik?
Aku rasa tak kot
Tak apalah, demi puaskan hati aku

Ha ini baru Sumayyah yang aku kenal!
Aku nak kau tahu,
yang aku sentiasa sokong dalam apa sahaja yang kau buat

Thanks Rissa
That's why lah aku sayang kau😘

Euww...

Kuaja🥰
Dah lah, aku nak tidur
Bye assalamualaikum

Waalaikumussalam

Maya terus menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Telefon pintarnya dicucuk dengan tenaga elektrik lalu diletakkan di tepi meja bersebelahan dengannya.

Doa sebelum tidur ditutur sebelum Maya terus melelapkan matanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kringg...

Bunyi deringan alarm di telefon pintarnya mengejutkan dia dari tidur. Mata digosok perlahan lalu dia terus mematikan deringan alarm tersebut.

"Hiyarghh!" Maya menggeliat sekuat hati sehingga mengeluarkan suara. Nafas dihela laju.

"Kini, bermulalah misi menyiasat rumah banglo Teluk Cempedak." gumamnya penuh dengan keyakinan lalu dia terus turun dari katil. Langkah diatur ke bilik air bagi membersihkan diri sebelum bersujud kepada Ilahi.

Sebaik sahaja dia selesai membersihkan dirinya, solat subuh 3 rakaat ditunaikan. Sudah menjadi kewajipan umat islam yang merupakan hamba di atas muka bumi ini untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari.

Seusai dia solat subuh, telekung dicabut dari tubuhnya lalu dilipat penuh tertib. Sejadah dilipat dua lalu disidai di palang katil. Langkah terus diatur ke sisi katil lalu punggung dilabuhkan.

Telefon pintar dicapai lalu nombor Marissa didail.

Panggilan yang pertama tidak diangkat, begitu juga panggilan yang kedua dan seterusnya panggilan ketiga juga turut tidak diangkat. Maya mengetap bibirnya kuat.

"Ish kau ni...! Tak bangun lagi ke? Dah pukul berapa dah ni," gumamnya perlahan lalu dia mendail semula nombor Marissa.

Dan nasibnya baik, kali ini Marissa menjawab panggilannya.

"Hello...," jawab Marissa lemah sebaik sahaja panggilan diangkat.

"Waalaikumussalam," balas Maya pula.

"Ha assalamualaikum," jawab Marissa kembali. Maya terus memejamkan matanya sesaat.

"Waalaikumussalam, kau baru bangun ke wahai Nur Marissa Maria...?" soal Maya meleret. Marissa hanya menggumam.

"Anda tahu sekarang pukul berapa...?" soal Maya lagi.

"Ha? Emm entahlah pagi lagi ni," jawab Marissa selamba. Terus meluas biji mata Maya.

"Nur Marissa Maria binti Tan Sri Malik! Bangun solat subuh!" teriak Maya di dalam panggilan.

Marissa yang tadi masih dalam keadaan mamai itu terus membuka matanya luas. Hampir sahaja dia tercampak telefonnya.

"Ha ya ya aku dah bangun!" jelas Marissa. Wajahnya diraup lalu nafas dihela perlahan. Fuh... terkejut mak!

"Ha...! Macam ni lah baru Marissa, bangun solat subuh." arah Maya.

"Ha ya aku pergi solat subuh okey bye."

"Assalamu-" belum sempat Maya memberi salam, panggilan itu sudah dimatikan. Maya terus menjauhkan skrin telefon dari telinganya.

Kepala tergeleng-geleng memandang skrin telefon.

"Haih..., Marissa Marissa," gumamnya lalu pandangan dikalih memandang jam.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi, sebentar lagi dia akan turun ke cafe hotel untuk menjamu sarapan pagi. Maya terus turun dari katil menuju ke ruang persalinan baju untuk bersiap-siap menjamu selera di cafe hotel.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seusai sahaja dia breakfast di hotel, Maya membuat keputusan untuk bersiar-siar di sekitar Kuantan. Hampir 9 tahun dia tidak menjejakkan kaki di Kuantan.

Dia melangkahkan kaki menuju ke tempat parking kereta. Tubuhnya terus menerobos masuk ke dalam perut kereta. Setelah dia menghidupkan enjin keretanya, telefonnya berdering. Maya berdecit memandang nama yang tertera di skrin telefon.

Mama❤️

"Tch... apa mama nak ni," keluh Maya perlahan. Lantas Maya mencapai telefonnya dan menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum hello ma,"

"Waalaikumussalam Maya, Maya dekat mana ?"

Maya kelu lidah. Tidak tahu hendak menjawab apa.

'Tu lah kau, masa Rissa tanya banyak sangat jawapan kau bila Mama tanya terus jammed kepala otak.' getus Maya.

"Err..., M-Maya..., ha Maya nak keluar kejap nak jalan-jalan." jawab Maya gugup.

"Pergi mana tu?" soal Datin Syafiah di dalam panggilan. Maya mengetap bibir.

"Err... m-mana-mana je lah. M-Maya tak decide lagi." balas Maya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Oh...," balas Datin Syafiah.

"K-kenapa Mama call ni?" soal Maya lalu bibirnya ditampar perlahan dek kerana secara tiba-tiba dia menjadi gagap.

"Oh sebab Mama ingat, Mama nak ajak Maya pergi jumpa Puan Zahidah tu anak lelaki dia baru balik dari German," jelas Datin Syafiah di dalam panggilan. Maya terus memejamkan matanya sesaat lalu dia bersandar lemah ke kerusi.

"Haih Ma please, Maya muda lagi ma," keluh Maya.

Inilah sebab kenapa dirinya tidak gemar untuk tinggal di rumah orang tuanya.

Tapi oleh kerana sikap Mamanya yang gemar meng 'recommend' kan dirinya dengan anak lelaki kawan-kawannya membuatkan Maya malas untuk menetap bersama-sama dengan orang tuanya.

"Yeah Mama tahu, tapi tak salahkan kalau nak kenal-kenal?" ujar Datin Syafiah. Maya mengurut dahi pelipisnya kecil.

"Err Ma, I have to go now. Nanti kita call lagi ya ma bye assalamualaikum." terus Maya mematikan panggilan itu. Dia melepaskan keluhan berat.

"Haihh..., stress lah!" keluh Maya sambil mengurut kecil pelipis dahinya. Dia perlu menenangkan fikirannya jadi dia perlu ke suatu tempat. Lantas dia menurunkan brek tangan dan gear kereta diubah lalu dia terus menekan pedal minyak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Bertuah punya anak, aku belum habis cakap lagi dia dah matikan call." gumam Datin Syafiah perlahan sebaik sahaja panggilan ditamatkan.

"Apa yang awak bebelkan tu Fia?" soal Dato' Farhain seraya melabuhkan punggungnya. Surat khabar yang berada di atas meja itu dicapai lalu halaman pertama dibuka.

"Anak dara awak tu lah, saya belum habis cakap lagi dia dah matikan call." balas Datin Syafiah lalu dia mendekati suaminya yang sedang ralit membaca surat khabar.

"Dia takkan matikan call kalau awak tak bawak topik 'tu'." sindir Dato' Farhain. Datin Syafiah memandang suaminya tajam lalu menjeling kecil.

"Anak kita tu dah sesuai tau bang nak kahwin. Kan lagi cepat lagi bagus?" soal Datin Syafiah.

"Memang lah dia dah sesuai untuk kahwin tapi dia tu dah sedia ke nak kahwin?" soal Dato' Farhain kembali. Datin Syafiah terus memuncung.

"Manalah tahu dia dah ada calon sendiri ke? Kita tak boleh nak paksa kalau dia dah tak suka Fia." sambung Dato' Farhain lagi. Datin Syafiah mengeluh perlahan.

"Tapi saya tak nampak pun tanda-tanda dia dah berpunya." jelas Datin Syafiah. Kini, giliran Dato' Farhain pula yang mengeluh. Pandangan dialihkan memandang Datin Syafiah.

"Sabar la Fia, nanti dia dah sedia dia bawa lah calon menantu untuk kita. Sabar sikit." ujar Dato' Farhain lalu pandangan dialihkan ke surat khabar kembali. Datin Syafiah mengangguk kecil.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hello Teluk Cempedak!" teriak Maya seorang diri di tepi pantai. Kemudian, dia memerhatikan sekitar kawasan di tepi pantai itu.

Tiada orang lain selain dirinya.

Dia terus menarik nafas lega. Bukan apa, takut orang fikir dia gila jerit macam tak pernah jumpa pantai.

Sesekali dia memandang kawasan pantai itu, retina matanya menyapa sebuah restoran KFC, McDonald, A&W dan Burger King. Sempat Maya mengerling ke arah jam tangannya. Jam sudah menunjukkan waktu tepat pukul 12:00 tengahari.

Lunch hour!

Lantas dia melangkahkan kakinya menuju ke Burger King bersebelahan dengan McDonald dan KFC. Langkah terus diatur masuk ke dalam restoran itu.

Seusai sahaja dia memesan makanan di kaunter, Maya terus mencari tempat untuk dia menjamu seleranya.

Meja hujung berdekatan dengan tepi pantai itu menjadi pilihan. Dia terus melabuhkan punggungnya lalu telefon pintar dikeluarkan dari dalam beg tangan.

Nombor Marissa di dail.

Hari ini hari sabtu, seingatnya jadual hari ini tiada kelas dijalankan.

Maya menekan punat call lalu telefon ditekapkan ke telinga kanan.

"Assalamualaikum hello Rissa," sapa Maya sebaik sahaja panggilan dijawab.

"Waalaikumussalam boskuu, acane? Dah jumpa ke?" soal Marissa. Langkah diatur keluar dari dapur lalu tubuh dihempas ke atas sofa.

"Rilek lu bos, lunch hour sekarang ni. Makang luu," balas Maya lalu mereka berdua terus tertawa.

"Haih..., kau dah jumpa belum rumah tu?" soal Marissa di dalam panggilan. Bantal disebelahnya itu diambil lalu diletakkan di atas ribanya.

"Dah, aku dah jumpa dah," jelas Maya lalu makanannya yang dihantar oleh pekerja restoran tersebut di letakkan di atas mejanya. Sempat Maya memberikan senyuman kecil kepada pekerja restoran itu sebelum pekerja restoran itu beredar.

"Kejap lagi aku pergi la kot rumah tu, nak usha-usha dulu." sambung Maya lalu air disedut kecil menggunakan penyedut minuman.

"Haa okay, kau makan apa tu?" soal Marissa.

"Aku makan Burger King je. Kau tak keluar ke? Hari ni kan tak ada class?" soal Maya lalu pandangannya dialihkan ke arah pantai.

"Kau tak ada macam mana aku nak keluar? Tak ada gang." jelas Marissa dengan suara yang mengendur. Maya tertawa kecil.

"Ngada-ngada la kau, sebelum ni elok je keluar tanpa aku. Boyfriend kau mana? Hilang dah?" soal Maya mengejek. Marissa disebalik panggilan itu terus memuncung.

"Boyfriend aku kan ada camp, dia tak ada dekat sini dia pergi camp tentera dekat England sana." jelas Marissa. Maya hanya mengangguk faham.

"Ha apa-apa sahajalah, aku nak makan ni jangan kacau aku. Nanti aku call kau lagi okey? Bye assalamualaikum." ujar Maya lalu panggilan terus ditamatkan. Maya mula menjamu selera dan tidak lupa juga lafaz basmalah sebelum makanan disua ke mulutnya.

Continue Reading

You'll Also Like

119K 8.1K 32
Adam Hirdy | Azalea
3.4M 298K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
274K 13.4K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
32.8K 537 11
Mengisahkan hidup seorang isteri yang belum mempunyai cahayamata, sering ditinggalkan suami kerana terlalu sibuk berkerja..mencari kemewahan hidup. N...