29. Hell School

By TintaHitamTanpaArah

183K 19.5K 1K

Katanya sekolah itu taman ilmu. Tapi kenapa? Tak murid tak gurunya Semuanya haru? Ini bukan lagi sekolah itu... More

From me to you
1. Hell School
2. Hailey Power Si Psiko
3. Rumah Baru.
4. Teman Untuk Si Psiko
5. New School New Friend.
6. Si Peniru dan Maddeath
7. The F4
8. Craving
9. Trauma
10. Kelas Pertama
11. Target
12. Culik
13. If You Get Caught You Die
14. Arnab buru Helang.
15. Tikam jangan tak tikam!
16. Janji yang sebenar.
17. Morning Partner
18. Si Psiko Cari Pasal
19. Salah Patient
20. Bunuh diri.
21. Pujuk.
22. Pasang Telinga.
23. Mintak Tolong.
24. Kelly
25. Langgar Lari.
26. Posting Facebook.
27. Salah Timing!
29. Sesi membaca.
30. Rafael Maddeath
31. Mintak Tolong Lagi
32. Water Sprinkle
33. Muahahaha!!
34. Farzin Hell
35. Mad Squad.
36. Cancel
37. Baby Please don't go
38. Perubahan yang Positif
39. Possesive Gesture
40. Curi Keluar
41. Confession
42. Family Outing
43. Hari Gotong Royong
44. Kebenaran Kedua.
45. Real Deal
46. The Fight And Confrontation
47. Behind Story Out Of Facts
48. Blindfolded
49. Persediaan Peperiksaan.
50. Rahsia Demi Kebaikan.
51. If I stay
52. Past Bring the Future
53. Honey I love you.
Penutup!

28. Janji Di tuntut.

3.1K 358 18
By TintaHitamTanpaArah

Hujung minggunya, Hailey terpaksa duduk dalam rumah tak boleh keluar kerana hujan. Biasanya dia ada la pergi merayau keliling rumah agam ke apa ke. Tapi satu hari tu tak boleh la nampaknya.

Tapi Farzin tak biarkan Hailey sendiri, walaupun sibuk dengan persiapan tugasan dan preparation untuk exam, dia selangi dengan pengisian untuk Hailey berhibur.

Lepas sarapan tu Farzin ajak Hailey berenang dekat swimming pool indoor. Mulanya Farzin ingat Hailey tahu la basic macam terapung ke apa ke kan...rupanya tak. Terapung tak reti lagikan berenang. Mujur la ada pelampung spongebob milik anak maid yang boleh digunakan. Kalau tidak tenggelam saja la kerja Hailey dalam kolam tu.

Dua jam kemudian, mereka berdua beransur ke dalam. Makan tengah hari kemudian duduk lepak dekat ruang tamu utama. Main game board seperti millionaire, snake, chess, uno card. Sambil mengisi masa Hailey, sambil tu Farzin siapkan tugasannya.

"Uno game!"sebut Hailey lepas habiskan kad terakhirnya.

Farzin yang masih ada dua kad dekat tangan buat muka bengang. Macam mana la dia boleh kalah ni?

"Hahahaha....meh bagi dahi tu. Kau kalah bet dengan aku. Turn kau pulak aku jentik."Hailey sediakan jari jemari dia.

"Mana aci..."sungut Farzin.

"Asal pulak...aku dah kalah lima kali..kau jentik dahi aku lima kali. Aci la tu."bidas Hailey.

"Wei...kau tu aku kapak sekali pun takkan rasa sakit...ini kan lagi jentik lima kali...dahi kau tak sakit...jari aku yang sakit menjentik kau." protes Farzin lagi.

Hailey berdecit menyampah. Dia buat muka mengenjek.

"Seriously? Kau takut dengan aku kan..ngaku je la...hahahahaha....entah apa-apa la. Takut dengan perempuan. Dah. Jangan nak mengelat. Bet tetap bet...siapa menang dia jentik siapa kalah dia dijentik."Hailey bangun dari bersila di tepi meja itu hendak sondong ke depannya supaya mudah beri jentikan.

Bercemberut tak suka Farzin dibuatnya. Tak pasal-pasal dia kalah. Lagi satu macam mana minah ni boleh menang pulak. Haish. "Jangan kuat-kuat eh.."pesannya semasa kedepankan sikit kepalanya ke Hailey.

"Hehehe...ready eh!"Hailey dah beria nak tarik jari tengah dia untuk dihentak ke dahi tu.

Sekali tu...

"Hailey..."panggil Lazaro tiba-tiba.

Terbantut terus. Hailey turunkan tangannya ke bawah semasa toleh ke belakang. "Hah?" nganganya.

Fuhh!

Bagai bulan jatuh ke riba, Farzin terduduk dengan lega dekat atas permaidani tu kerana terlepas dari hukumannya. Lantas dia lemparkan perhatian ke ayah dia.

Lazaro tunduk serahkan sampul coklat ke Hailey. " Ini...janji saya pada kamu." beritahunya semasa letak.

Kening Hailey terangkat tinggi. "Apa bendanya dalam sampul ni?"dia cubit sampul tu lalu di goncang-goncang.

Farzin ambil sampul tu dari Hailey terus. Tidak mahu Hailey rosakkannya. "Apa la...pegang la elok-elok."getusnya.

"Lantak la."jeling Hailey dengan menyampah.

Lazaro bawa tangan ke belakang semasa memandang dua orang anak muda di depannya dengan senang hati.

"Saya dapat makluman bahawa kelas paling bermasalah dalam akademi sudah pun berjaya di bendung masalahnya. Ramai pensyarah sampaikan maklumat kepada saya yang pelajar bermasalah dan suka timbulkan kekecohan dalam kelas kini semakin behave dan mendengar kata. Atas jasa kamu, masalah tiga tahun yang saya hadapi kini telah diselesaikan. Kehadiran pun penuh dan mereka sekarang mahu belajar. Sebagai ganjarannya, saya berikan kamu maklat tentang ibu kandung kamu. Serta gambar dan alamatnya. Kamu baca la." jelas Lazaro.

Hailey tersentak. Dia pandang sampul tadi lalu ke Lazaro. "Ibu kandung aku?"tanya dia.

"Hm. Ianya ambil masa selama lima hari untuk saya dapatkan maklumat tu. Dan sekiranya kamu berjaya selesaikan tugasan seterusnya, maklumat mengenai ayah kamu pula saya berikan."aju Lazaro semula.

Farzin pandang ke Hailey. "Kenapa reaksi kau macam tu? Bukan ke kau patut happy sebab kau akhirnya dapat tahu siapa ibu kandung kau?"

Belakang telinga yang tak terasa gatal di garu bingung. "Well...you know...aku duduk dekat pusat rehab tu sejak kecik dan tak terdedah dunia luar selama bertahun lamanya kan?"beritahu Hailey masa pandang Farzin.

"So?"kening Farzin berkerut tak faham.

"Actually...."leret Hailey sambil kerling ke Lazaro lantas tersengih kerang busuk. "Aku tak tahu nak baca. Hahahah...huruf pun tak kenal sebenarnya."

"WHAT!"serentak itu Farzin dan Lazaro bersuara. Mereka pandang tak percaya.

"Serius?"tanya Farzin dengan tergamam.

Hailey mengangguk kepala.

"Mereka tak ajar kamu di rehab tu?Kenapa tak beritahu awal-awal?"tanya Lazaro dengan kesal.

Hailey jungkit bahu. "Logiknya situ kan rehab pemulihan mental...mana la dia orang ada masa nak bukak kelas dan mengajar. Paling-paling heret kita orang dalam sel dan gim je. Kemudian sesi rawatan lepas tu sesi kaunseling. Ingat senang ke nak jaga budak-budak mental macam kita orang ni...dah la ramai, teruk-teruk lagi tu."cerita Hailey yang teringat akan pesakit lain selain dia. Kes dia orang lagi dasyat dari dia. Sekurang-kurangnya dia tak ada la serang pesakit lain atau cuba bunuh antara satu sama lain.

"Tak apa....aku ada. Aku boleh ajar kau." cadang Farzin dengan ikhlas.

Hailey tersenyum. "Tahu..."katanya.

"Kalau macam tugasan seterusnya."maklum Lazaro.

Hailey dan Farzin dengan serentak palingkan kepala ke Lazaro.

"Apa tugasannya?"tanya Hailey.

"Saya nak baik pulih kawasan sekitar akademi termasuk cat semula dinding dan lokar. Untuk itu kamu perlu buatkan para pelajar akademi dengan rela bergotong royong untuk bantu saya cat akademi ni dan kemas apa yang patut."beritahu Lazaro bersama renungan muslihatnya.

Kalau pelajar akademi dia sanggup cat, baru la mereka belajar apa itu nilai menghargai dan kerjasama. Mana tahu kan. Dan dia yakin Hailey boleh lakukan hal ni dengan mudah.

Continue Reading

You'll Also Like

188K 7.8K 52
Lapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka d...
72.6K 5.2K 59
WARNING!! +HAMBAR +GRAMMAR ERRORS +MY OWN IDEA +MATURE CONTENT (15+) +TYPO BERSEPAH +TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI DILARANG MENCIPLAK HA...
105K 11.9K 121
Hidup aku. Dari dulu tak pernah normal. Aku yang dulunya dijulung sebagai anak jenius dalam bermain piano. Namun semua itu mula hancur apabila aku...
2.1M 123K 151
[Completed] Kisah cinta fantasi diantara si serigala, Aiden Lycans dan juga si gumiho, Eilya Eara. Aiden, The son of Lycans merupakan pemburu makhluk...