Memory || •VeriVery•

By Nhaziqah_tj

2.8K 351 199

COMPLETED Susah senang sama-sama ~ Dongheon Tiada rahsia di antara kita ~ Hoyoung Suka duka kita tetap ber... More

•Ring•
•Bracelet•
•Tag•
•Photo•
•Moment•
•So Gravity•
•Miss & Missing•
•Find & Done•
•Help•
🎉HAPPY NEW YEAR🎉
•Replace & Meet•
•Why, Sad & Happy•
•Flashback MYY•
•1 Year Later•
•Everything Is Back•
•I'm Sorry & Goodbye•
•I'm Sorry & Goodbye 2•
•I'm Sorry & Goodbye 3•
•Dreams & Hopes•
•We Are Still VeriVery (Special Part)•
🎉 New Story 🎉
🎉 New Story 🎉

•Thunder•

158 20 2
By Nhaziqah_tj

>>•••<<

>Memory<
•Thunder•

>>•••<<

Seorang lelaki berambut merah sedang berdiri di hadapan tingkap yang besar yang berada di dalam ruang pejabatnya.

Ia hanya melihat hujan yang turun sangat lebat di atas muka bumi ini. Seketika sedang ia terhanyut dalam pandangan pada air hujan tiba-tiba sesuatu bunyi yang membuatnya agak terkejut sedikit.

"Guruh~"
"Kilat~"

"Adakah kau baik-baik saja?"

Lelaki tersebut memegang tingkap kacanya yang terasa sejuk akibat aircond dan air hujan yang jatuh di tingkapnya.

Tangannya bergigil untuk menyentuh tingkap ruangannya. Bukan kerana sejuk tetapi risau.

>>Flashback on<<

Bunyi petir dan guruh membuat suasana di dalam rumah agak sunyi.

"HYUNG !!"

Sebuah jeritan dari dalam bilik mengejutkan semua orang yang berada di dalam rumah.

Semua hanya berpandangan antara satu sama lain dan lantas berlari masuk ke bilik yang menjadi sumber suara yang kuat.

"Kangmin.. Gwaenchanh-a? " tanya Hoyoung dalam keadaan risau dan cemas.

"Kangmin-a are you ok?"

"Heyy jawablah"

"Kan.. Hiks.. Min.. Takot hiks.. "

Gyehyeon yang berada di bawah menarik tangan Kangmin untuk turun dari katil dan membawanya ke dalam pelukannya.

DURR !!

"AHHHHHH !!"

Jerit Kangmin sekaligus bunyi guruh membuat tangisannya semakin pecah dan pelukannya semakin erat.

"Kita duduk luar jom" ajak Minchan mengelus lembut kepala Kangmin dari belakang.

Di ruang tamu, Dongheon mengambil alih Kangmin daripada pelukan Gyehyeon.

Gyehyeon tidak bermasalah akan hal itu. Baginya pelukan Dongheon yang lebih selamat untuk situasi seperti ini.

"Heyy.. Janganlah nangis lagi, ada hyung-hyung semua kat sini" pujuk Dongheon membelai rambot coklat milik Kangmin dengan sayang.

"Kangmin takut guruh? " tanya Yongseung yang berlutut di hadapan Kangmin meskipun Kangmin sedang berada dalam dekapan hangat milik Dongheon.

Jawapannya hanya sebuah anggukan tapi cukup terlihat oleh semua orang.

Keadaan seketika menjadi sunyi kembali dan hanya tersisa suara tangisan Kangmin dan hujan di luar sana.

"Kangmin nak tidur dengan hyung" ujar Kangmin setelah tangisannya mula berkurang.

"Kita tidur dekat sini ramai-ramai jelah biar semua orang dapat dekat dengan Kangmin and jaga dia" ujar Minchan dan disetujui oleh semuanya.

Minchan dan Yongseung mengambil beberapa toto, bantal dan selimut untuk mereka bertujuh.

"Kangmin nak dengan Gyehyeon hyung dan Yongseung hyung" ujar Kangmin yang sudah dulu baring di tengah ii.

Gyehyeon dan Yongseung hanya menurut kemahuan adik bongsu mereka.

( susunan Dongheon, Minchan, Gyehyeon, Kangmin, Yongseung, Yeonho, Hoyoung )

Semuanya tidur berpelukan erat antara satu sama lain hanya untuk menjaga sang adik bongsu.

>>3:00 am<<

Gyehyeon terjaga dari tidurnya dan ia merasakan sebelahnya kosong.

'Mana Kangmin?' tanya Gyehyeon dalam hati setelah menyedari Kangmin tiada di sebelahnya.

Gyehyeon bangun dan berjalan mencari keberadaan Kangmin. Gyehyeon terhenti di depan pintu biliknya dan mendengarkan ada suara tangisan.

Gyehyeon masuk ke dalam biliknya dan dapat ia lihat jelas Kangmin menangis dengan menutup wajahnya di antara dua lututnya.

"kangmin?" tanya Gyehyeon ragu-ragu untuk memastikan itu benar Kangmin ataupun bukan.

Kangmin mengangkat kepalanya dan terus memeluk Gyehyeon dengan tangisan yang semakin kuat.

"Kangmin hiks tak.. Takot" Kangmin melepaskan tangisannya di bahu Gyehyeon.

Yup. Hujan belum berhenti, guruh tetap berbunyi.

"Kenapa tak kejutkan hyung?"

"Tak nak ganggu hyung"

"Dah.. Tidur lagi jom.. Abaikan.. "

DURRR !!

"HYUNG !!"

"Kangmin, hyung ada sini jangan takut" pujuk Gyehyeon meskipun ia terasa cemas.

Bunyi guruh yang tiada hentinya terus membuatkan air hujan kecil menjadi deras di wajah Kangmin.

"Temankan Kangmin, hyung"

"Yea hyung temankan Kangmin. Kita tidur lagi jom" pujuk Gyehyeon berharap si kecil patuh akan arahannya.

Kangmin mengangguk kecil dan berjalan ke ruang tamu dengan keadaan masih memeluk Gyehyeon takut.

Gyehyeon menyelimutkan Kangmin dan jadikan tangan kirinya sebagai bantal buat Kangmin. Kangmin memeluk Gyehyeon erat seolah tak nak kehilangannya.

>>•••<<

Semuanya telah bangun dan siap mandi. Hoyoung dan Minchan pula sudah siap dengan sarapan yang dibuat oleh mereka berdua.

Pagi ini adalah hujung minggu dan mereka ingin meluangkan masa bersama.

"Kangmin.. Kenapa Kangmin takut guruh? " tanya Yeonho yang tiada guruh, petir langsung teruskan ke hujan.

Kangmin hanya diam. Takut untuk menjawabnya.

"Kalau Minie tak nak cerita tak apa, hyung semua tak paksa" ujar pelan Dongheon dengan membelai sayang kepala Kangmin.

"Hujan dan guruh yang penyebab mama dan papa meninggal.. " Kangmin mengigit bibirnya untuk menahan sedih.

Yang lain memberhentikan aktiviti makan dan hanya diam menunggu sambungan daripada Kangmin.

"Masa Kangmin kecil, kami nak balik kampung dalam keadaan hujan lebat. Tiba ii bunyi guruh dan papa terkejut sehinggakan papa tak nampak jalan sebab hujan terlalu lebat dan menyebabkan kereta kami berlanggar dengar kereta dari arah berlawanan. Cuma Kangmin je yang selamat, mama dan papa tak dapat di selamat kan. Dahi mama terhantuk kuat kena dashboard, kaca kereta depan pecah dan masuk ke dalam mata, dahi dan segala yang berada di muka mama dan papa. Kangmin cuma terhantuk pada kerusi mama. Kangmin benci hujan dan guruh. Mereka yang penyebab Kangmin kehilangan orang yang Kangmin sayang.. Kang.. Kangmin.. "

Dongheon menarik Kangmin dalam pelukannya. Yang lain ikut sebak dengan Kangmin. Dari kecil sudah kehilangan ibu ayah.

"Kan.. Kangmin.. Tak nak kehilangan hyung.. Cuma hyung je... Yang Kan... Kangmin ada.. Kangmin tak nak ting... Tinggal dengan makcik.. Makcik jahat.. Makcik selalu dera Kangmin.. Kang.. Min takut dengan makcik.. Kangmin cuma nak hyung... " tangisan yang dari tadi Kangmin tahan akhirnya tumpah.

Dongheon tak peduli bajunya basah. Yang iya peduli adalah hati si kecil.

Yang lain mula berhenti makan dan menatap sendu Kangmin yang berada dalam pelukan Dongheon.

Hoyoung dan Yeonho cuba setabah mungkin untuk tidak menangis. Yongseung menggengam tangannya sendiri di bawah meja dengan erat untuk tetap kuat depan maknae. Gyehyeon dan Minchan hanya menggela nafas beratnya. Tiada seorang pun yang menderita teruk akibat keluarga kecuali Kangmin.

"Hyung akan sentiasa jaga dan lindung Kangmin..." ujar Minchan menundukkan kepalanya dalam.

"Tapi hyung tak boleh menjanjikan itu" sambung Minchan dengan suara yang perlahan namun cukup untuk di dengari oleh semua yang berada di meja makan.

"Kitorang akan jaga Kangmin sebaik mungkin" ujar Yongseung yang tiba-tiba bangun dan memeluk Dongheon dan Kangmin sekaligus membuatkan tangisan Kangmin semakin pecah.

Yang lain pun ikut memeluk mereka bertiga.

Hoyoung dan Yeonho yang cuba menahan air mata akhirnya gagal kerana berpelukan beramai-ramai membuatkan hati kedua insan ni jadi semakin sayu.

'Maafkan hyung, Kangmin.. Hyung tak boleh menjanjikan apa-apa untuk Kangmin.. Yang hyung boleh janjikan adalah menjaga Kangmin sebaik mungkin meskipun satu saat nanti hyung tak ada depan mata Kangmin' ujar Gyehyeon dalam hati dengan pelukan hangat yang diberikan oleh semua orang.

>>Flashback off<<

Tok tok tok

"Bos Gyehyeon.. "

Tersentak Gyehyeon dari lamunanya dan berbalik ke belakang mencari sumber suara tersebut.

Yea PA nya yang panggil yang berada di ambang pintu dengan ragu-ragu melihat raut wajah Gyehyeon yang tiba-tiba berubah menjadi datar.

"Ada apa?" dingin dan datar tak aman untuk para pekerja mendengarnya serasa berada dalam penjara.

"In.. Ini ada beberapa dokumen yang perlu bos tanda tangan.. " ujar PA nya ragu-ragu dan hanya memandang dokumen di tangannya saja kerana tak berani menatap orang atasannya.

"Letakkan atas meja saya dan awak boleh keluar sekarang" ujar Gyehyeon dengan sedatarnya.

PA nya mengangguk perlahan dan meletakkan segala dokumen di atas meja bosnya dan berlalu pergi dengan menutup pintu perlahan.

Jap. Gyehyeon? Bos? Macam mana boleh jadi?

Gyehyeon menghampiri meja kerjayanya yang serba palsu baginya. Menatap semua dokumen dengan tatapan benci.

Ini bukan bidang yang ingin Gyehyeon ceburi. Tapi apakan daya dia hanya dipaksa.

Gyehyeon duduk di kerusi kerjanya tanpa ada niat untuk menyentuh semua dokumen-dokumen tersebut. Serasa jijik baginya.

Fikirannya melayang ke arah memori lama yang penyebab dia berada di sini.

>>Flashback on again<<

"Cepat sembuh" Gyehyeon hanya tersenyum dan kembali melelapkan dirinya.

Hoyoung berlalu keluar dari biliknya menuju ke dapur. Gyehyeon yang baru saja ingin kembali terlelap terjaga semula kerana deringan ringtone handphone miliknya.

Tertera disana

AYAH 🔥

Gyehyeon malas untuk mengangkatnya lalu ia biarkan saja sehingga fonnya berhenti berdering.

Tak lama tu fon nya kembali berdering dan membuatnya berdecak rimas. Nak tak nak dia terpaksa angkat.

"Apa?" cukup dingin untuk didengarinya.

"Kurang ajar sungguh bahasamu dengan ayahmu" marah sang ayah dari seberang telefon.

"To the point apa yang ayah nak" ujar Gyehyeon memalas sambil memicit pangkal hidungnya kerana terasa pening apabila mendengar suara ayahnya.

"Ayah nak kamu pulang sekarang juga. Kamu dah tak boleh lari dari ayah. Kamu itu pewaris ayah"

"Gyehyeon kan dah cakap yang Gyehyeon tak nak jadi pewaris ayah dalam syarikat tu. Itu bukan bidang Gyehyeon! " Gyehyeon agak meninggikan sedikit suaranya namun tetap terasa pelan kerana tidak ingin didengari oleh rakan-rakannya.

"Ayah tak perlukan bantahan dari mu Jo Gyehyeon. Kalau kamu berani lari daripada ayah, nyawa rakan-rakanmu jadi taruhannya"

Ancaman ayahnya membuatkan Gyehyeon menjadi kaku. Taruhan? Nyawa? Tak, iya tak boleh biarkan nyawa rakan-rakannya menjadi taruhan hanya disebabkan oleh dirinya sendiri.

"JO GYEHYEON KAMU DENGAR ATAU TIDAK !!" jerit ayah Gyehyeon kerana dari tadi tidak mendapatkan respon darinya.

"Esok sajalah. Gyehyeon tak sihat"

"Jangan beri alasan. Pukul 12 tengah hari suruhan ayah akan menjemputmu di rumah nerakamu. Ingat jika kau langgar arahan aku,nyawa rakan-rakan kau tergadai dan akan membencimu"

Rumah neraka? Amarah Gyehyeon semakin membuak ii bila sang ayah menghina kehidupannya.

Panggilan di matikan. Sesak bila nyawa sahabatnya dijadikan taruhan dirinya dan sang ayah yang bertopengkan syaitan.

Tak selang dari itu Kangmin masuk dan membawa makanan untuk Gyehyeon dan disusuli oleh Dongheon.

"Hyung.. Makanlah dulu" ujar Kangmin memberikan sepinggan mee goreng yang dibuat oleh Hoyoung pagi tadi.

"Nanti hyung makan.. Kangmin pergi sekolah dulu" ujar Gyehyeon selembutnya.

Magik. Daripada datar bila bersama sang ayah bertukar 360° apabila di hadapan sahabatnya.

"Gye, makanlah dulu. Kangmin dah ugut kalau Gye tak makan, dia tak nak pergi sekolah" ujar Dongheon duduk di sebelah Gyehyeon dan mengurut pelan kaki Gyehyeon.

Gyehyeon tersenyum dan menerima pinggan daripada Kangmin.

Kangmin terlihat bahagia apabila hyungnya menerima makanan daripadanya walaupun bukan dirinya yang masak.

"Kangmin !! Jom gi sekolah dah lambat ni" jerit Yeonho dari luar.

Senyuman Kangmin tadi pudar. Gyehyeon faham akan raut wajah Kangmin lalui ia belai lembut kepala Kangmin.

"Pergilah sekolah, hyung tak apa-apa" ujar Gyehyeon kedengaran suaranya yang berubah jadi serak menahan sesuatu.

Kangmin menganggukkan kepalanya lalu mencium pipi Gyehyeon dan Dongheon lalu mengikut Yeonho dan Yongseung ke sekolah.

Ngilu hati Gyehyeon apabila Kangmin mencium pipinya. Dan itu ciuman terakhir baginya. Ciuman yang lembut daripada seorang Kangmin.

"Ada apa-apa yang ingin di ceritakan?" tanya Dongheon secara tiba-tiba.

Gyehyeon menggelengkan kepalanya. Dongheon melihat raut wajah Gyehyeon berubah.

"Kalau ada apa-apa panggil hyung. Hyung boleh je tak masuk kuliah untuk Gye" ujar Dongheon lembut.

Lagi-lagi Gyehyeon menggelengkan kepalanya.

"Hyung pergi je kuliah. Tak perlu hiraukan Gye. Gye boleh jaga diri" ujar Gyehyeon dengan senyuman hambarnya.

Dongheon menganggukkan kepalanya. Dia pasrah saja dengan Gyehyeon. Baru saja Dongheon bangun, Gyehyeon memanggilnya.

"Hyung"

"Yea ada apa? Gyehyeon nak mee lagi?"

Gyehyeon menggeleng.

"Boleh tak Gyehyeon nak buat satu permintaan" ujar Gyehyeon dengan suaranya kembali serak.

Dongheon merasakan ada sesuatu yang ganjil lalu duduk kembali.

"Permintaan apa?" tanya Dongheon ragu-ragu. Rasa sesak bila Gyehyeon meminta sebuah permintaan.

"Jagakan Kangmin. Dia masih kecil. Masih sekolah. Dia perlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Dongheon hyung adalah salah satunya kasih sayang seorang ayah yang ia perlukan dan Hoyoung hyung adalah kasih sayang ibu yang ia perlukan." ujar Gyehyeon.

Hati Dongheon serasa diremas-remas. Kenapa tiba-tiba saja situasi menjadi tegang.

"Hyung? Bolehkan?"

"Boleh Gye, tapi Gye pun kena bantu berikan kasih sayang juga" ujar Dongheon dengan senyuman yang mungkin tersirat rasa sakit.

Dongheon keluar dari bilik Gyehyeon dengan menutup pintu agar ia dapat memberikan ruang untuk Gyehyeon berehat.

Setelah Dongheon hilang dari pandangan Gyehyeon, tanpa ia sedar air matanya jatuh tanpa izin.

Yup. Gyehyeon menangis. Iya tak sanggup untuk meninggalkan sahabatnya. Tapi dia juga tak sanggup mengorbankan nyawa sahabatnya kerana sang ayah yang berwatakkan iblis.

>>•••<<

Gyehyeon terbangun dari tidurnya. Dia meraih telefon di sampingnya dan melihat jam yang menunjukkan sudah pukul 9pagi.

Gyehyeon hanya tinggal 3jam saja lagi untuk keluar dari rumah syurga baginya namun neraka bagi ayahnya.

Setelah selesai mandi, Gyehyeon mengemas semua barang-barangnya hingga tidak tersisakan satupun. Dia hanya memerlukan 2 beg bagasi sahaja.

Dia melihat jam yang melingkari pergelangan tangannya baru menunjukkan jam 10.30 pagi.

Gyehyeon berniat untuk keluar sekejap mencari benda yang sudah dia janjikan kepada Kangmin.

Yup. Bebola cheese kesukaan Kangmin.

Di kedai, Gyehyeon mencapai bebola cheese yang dalam bentuk pak. Banyak tapi sikit baginya walaupun dalam satu pek cukup untuk seminggu. Gyehyeon mengambil beberapa pek lalu membayarnya.

Sepulang dari kedai Gyehyeon tidak sengaja melihat sebuah kedai kecil di seberang jalan yang menjual barang-barang cenderahati.

Gyehyeon melintas jalan untuk singgah di kedai tersebut. Iya melihat ii barang-barang tersebut lalu matanya tertangkap pada satu benda kecil tapi cantik.

Gelang.

"Encik nak beli gelang ke?" tanya pekerja kedai tersebut setelah melihat Gyehyeon memegang sebuah gelang.

"Boleh ukir nama?" tanya Gyehyeon kepada pekerja tersebut.

"Boleh. Encik nak ukir nama encik dengan teman wanita encik ke? "

Ahh Gyehyeon ingin sekali menjerit. Teman wanita adalah perkara sensitif baginya. Dia pun tak terurus inikan lagi ada makwe.

"Saya nak 7"

"Banyaknya" pekerja tersebut memperlihatkan wajah terkejutnya.

Dalam hatinya mesti iya berfikir Gyehyeon kaki perempuan kan.

Gyehyeon yang sangat faham akan raut wajah tersebut lalu berkata.

"Saya ingin memberi hadiah kepada rakan-rakan saya kerana saya harus berpindah mengikut ayah saya. " ujar Gyehyeon pasrah. Lagi-lagi hatinya ngilu untuk mengucapkan perkataan sakral.

"Ohh baiklah. Encik boleh tulis di kertas nama apa yang encik ingin ukirkan".

Pekerja tersebut memberikan selembar kertas dan sebatang pen. Tak memerlukan masa yang lama gyehyeon menulis sebuah perkataan yang bermakna baginya.

♢VeriVery♢

Pekerja tersebut memandang nama yang dituliskan oleh Gyehyeon setelah Gyehyeon menyerahkan kepada pekerja tersebut.

Tanpa menunggu lama gelang yang ia beli sudah siap dengan sempurna. Gyehyeon memberikan beberapa helai wang sebelum balik ke rumah sewanya.

Sesampai saja, Gyehyeon terus memasukkan bebola cheese tadi yang dibelinya ke dalam peti ais bahagian atas. Lalu ia meletakkan gelang yang ia beli di setiap katil sahabatnya. Terakhir sekali katil Kangmin.

Gyehyeon memandang sendu pada tempat tidur Kangmin. Pasti iya sangat merindui Kangmin setelah ini.

Gyehyeon mengambil sehelai kertas dan pen lalu menulis sebuah surat. Sepanjang Gyehyeon menulis, air matanya terus mengalir. Tangannya bergigil untuk menulis kesemuanya.

Gyehyeon melipat kertas tersebut dan ingin meletakkan kertas tersebut di atas bantal Kangmin namun iya melihat sebuah cincin yang iya pasti itu milik Kangmin.

Cincin yang diberikan oleh Dongheon tempoh hari. Gyehyeon mengambil keychainnya dan melepaskan ring daripada benda kecil lalu mencantumkan cincin tadi dengan ring keychain. Gyehyeon tersenyum melihat cincin yang iya jadikan sebuah keychain.

Gyehyeon kembali mengambil pen lalu menambah kan sedikit di dalam surat tersebut lalu meletakkan di atas katil Kangmin.

Gyehyeon keluar dari biliknya bersama 2 beg bagasinya. Iya memandang sekeliling rumah tersebut dengan pandangan terakhir sebelum iya berhenti pada satu titik yang membuat kakinya ingin berpindah tempat.

Photo

Gambar yang terletak di sebelah tv. Gambar mereka bertujuh yang menceriakan frame tersebut.

Gyehyeon tersenyum hambar. Tanpa ia sedar air matanya kembali tumpah mengenai frame gambar yang ia pegang.

"Maaf"

Gyehyeon memeluknya erat dan menangis sehabisnya sebelum iya pergi. Gyehyeon mencium frame tersebut lalu meletakkannya kembali ke tempat asal. Dadanya sesak untuk melihat gambar tersebut semula.

Tok tok tok

Kedengaran pintu di ketuk Gyehyeon menghapuskan air matanya tanpa tinggal kesan dan raut wajahnya berubah 360° kembali datar.

Gyehyeon membuka pintu dan tekaannya benar. Orang suruhan ayahnya sudah sampai.

Gyehyeon memberikan begnya kepada orang suruhsn ayah dan iya jalan mendahului kedua insan tersebut sambil menutup rapat pintu rumah.

Gyehyeon betul-betul meninggalkan rumah yang menyimpan sejuta kenangan.

Sejak dari itu Gyehyeon berubah menjadi seorang yang dingin, riak wajah yang datar dan ditakuti oleh pekerjanya.

>>Flashback off<<

Cklek.

Pintu pejabat terbuka menampakkan seorang lelaki dalam lingkungan 60 yang dibenci oleh Gyehyeon.

"Ada apa?" suara yang tanpa kelembutan itu membuatkan orang yang tadi masuk berasa ingin marah.

'Kalau kau dah tau anak kau tak adanya sopan santun bila bercakap dengan kau, kenapa masih tetap tegas untuk jadikan anak kau pewaris' ujar Gyehyeon dalam hati.

"Ayah nak kau kahwin dengan anak kawan ayah sekaligus partner syarikat kita." ujar lelaki tersebut yang bergelar ayah dengan tegas.

"NO !! Cukup ayah dah paksa Gyehyeon untuk jadi pewaris, ayah tak boleh paksa Gyehyeon untuk kahwin. Hidup Gyehyeon, ayah tak ada hak untuk menentukannya" bantah Gyehyeon dengan menghempas meja kuat lalu berdiri dengan penuh amarah.

Tanpa aba aba

Plak.

Sebuah tamparan singgah di wajah kacak Gyehyeon.

Tangan siapa lagi kalau bukan tangan ayahnya yang juga menahan marah terhadap anaknya.

"Kau dah pandai kurang ajar sekarang Jo Gyehyeon"

"Aku kurang ajar sebab kau !" sinis ucapan Gyehyeon yang tak kalah tajam dengan ayahnya.

"Sedarlah aku yang besarkan kau dan ini kau balas dekat aku. Mana perasaan seorang anak terhadap bapak kau !" tak kalah tajamnya ucapan ayah Gyehyeon.

Gyehyeon tersenyum sinis dan memandang menantang terhadap ayahnya.

"Besarkan aku? Kau lupa mana kau campak aku? Kau buang aku dekat rumah nenek. Nenek yang BESARKAN AKU BUKAN ENGKAU !!" ujar Gyehyeon dengan jeritannya yang dari tadi dia tahan amarah.

"Kau lupa atau kau pura-pura lupa? Mana anak kesayangan kau yang dulu kau sanjung sehingga kau sanggup buang aku dekat nenek? Hilang dah manusia yang kau sayangkan tu? Aku dengar dari nenek dia sekarang dah jadi penagih dadah. Aku bersyukur sebab aku dibesarkan oleh arwah nenek dan aku jumpa kawan yang aku anggap lebih berharga dan bermakna daripada kau! Kau buang aku lepas kau ceraikan ibu dan kau yang pisahkan aku dengan ibu. Kau sanjung anak sulung kau tapi tau-tau dia jadi penagih dadah yang sekarang ni diburu oleh polis. Kau tak tau malu ke bila semua orang tau itu anak kau? Kenapa pungut aku lepas kau dah buang aku? Tolong bangun dari mimpi kau. Dan jangan pernah kau keluarkan perkataan yang kau janjikan dulu. Kau bukan ayah aku dan aku bukan anak kau. Aku harap kau tak lupa dengan perkataan tu waktu kau buang aku dekat rumah nenek." ujar Gyehyeon dengan semua amarahnya yang dia keluarkan lalu iya meninggalkan ruangannya dan pergi mencari sesuatu tempat yang iya rasa boleh menenangkan fikirannya.

Gyehyeon berjalan dengan tatapan datar namun di hatinya berkata 'hidup tetap jadi diri sendiri'.

Ayahnya? Ayahnya mematung apabila Gyehyeon berkata demikian. Yup. Semua yang dikatakan Gyehyeon adalah betul.

Sewaktu Gyehyeon kecil lagi Gyehyeon di campakkan ke rumah neneknya dsn ayahnya tidak pernah melawatnya.

Gyehyeon dibesarkan oleh neneknya sehingga umurnya 17tahun. Neneknya meninggal dunia waktu umurnya 17 tahun.

Pada umur 18 tahun Gyehyeon masuk ke Universiti dan memilih tinggal di rumah sewa. Ketika mencari rumah sewa di situlah kali pertama iya berjumpa Dongheon, Hoyoung, Minchan dan Kangmin. Mereka menawarkan Gyehyeon untuk tinggal bersama mereka dan menjadi sebahagian keluarga mereka.

Gyehyeon lebih bahagia bersama sahabatnya dibandingkan bersama ayah berwatakkan iblis.

Gyehyeon merindui mereka semua. Adakah semuanya baik-baik saja?

>>•••<<

>Memory<
•Thunder•

>>•••<<

Hai maaf pendek. Tapi enjoy yah.. Maaf semalam tak update sebab sakit. Hehehe. Maaf kalau typo bersepah. Vote dan komen amat diperlukan. Terima Kasih.

Continue Reading

You'll Also Like

260K 6.2K 35
"That better not be a sticky fingers poster." "And if it is ." "I think I'm the luckiest bloke at Hartley." Heartbreak High season 1-2 Spider x oc
373 51 24
Middle School Nightmare Kelas VIII.4, kelas yang paling chaos, banyak membuat masalah, bahkan dicap kelas paling tidak bisa diatur yang ada di Raven...
1.6M 51.7K 66
In which the reader from our universe gets added to the UA staff chat For reasons the humor will be the same in both dimensions Dark Humor- Read at...
2.1M 107K 62
↳ ❝ [ INSANITY ] ❞ ━ yandere alastor x fem! reader ┕ 𝐈𝐧 𝐰𝐡𝐢𝐜𝐡, (y/n) dies and for some strange reason, reincarnates as a ...