29. Hell School

By TintaHitamTanpaArah

187K 19.7K 1K

Katanya sekolah itu taman ilmu. Tapi kenapa? Tak murid tak gurunya Semuanya haru? Ini bukan lagi sekolah itu... More

From me to you
1. Hell School
3. Rumah Baru.
4. Teman Untuk Si Psiko
5. New School New Friend.
6. Si Peniru dan Maddeath
7. The F4
8. Craving
9. Trauma
10. Kelas Pertama
11. Target
12. Culik
13. If You Get Caught You Die
14. Arnab buru Helang.
15. Tikam jangan tak tikam!
16. Janji yang sebenar.
17. Morning Partner
18. Si Psiko Cari Pasal
19. Salah Patient
20. Bunuh diri.
21. Pujuk.
22. Pasang Telinga.
23. Mintak Tolong.
24. Kelly
25. Langgar Lari.
26. Posting Facebook.
27. Salah Timing!
28. Janji Di tuntut.
29. Sesi membaca.
30. Rafael Maddeath
31. Mintak Tolong Lagi
32. Water Sprinkle
33. Muahahaha!!
34. Farzin Hell
35. Mad Squad.
36. Cancel
37. Baby Please don't go
38. Perubahan yang Positif
39. Possesive Gesture
40. Curi Keluar
41. Confession
42. Family Outing
43. Hari Gotong Royong
44. Kebenaran Kedua.
45. Real Deal
46. The Fight And Confrontation
47. Behind Story Out Of Facts
48. Blindfolded
49. Persediaan Peperiksaan.
50. Rahsia Demi Kebaikan.
51. If I stay
52. Past Bring the Future
53. Honey I love you.
Penutup!

2. Hailey Power Si Psiko

4.8K 414 20
By TintaHitamTanpaArah

Rehab Pemulihan Anak-anak Bermasalah Tidak Dapat Dipulihkan ialah sebuah tempat rawatan atau pemulihan untuk anak-anak yang bermasalah disiplin atau gangguan psikologi yang tak dapat di bantu. Oleh kerana usia mereka masih muda, kebanyakan ibubapa hantar anak-anak mereka ke tempat ini untuk terima rawatan.

Dan alasan kenapa Lazaro ke sini adalah bukan hendak hantar pelajar-pelajar bermasalah dia ke sini. Tapi nak cari seseorang yang boleh kendalikan pelajar-pelajar bermasalah dia. Kalau pelajar-pelajar bermasalah dia suka takutkan orang, biar dia bawa perkara menakutkan kepada mereka. Biar mereka sendiri yang rasa.

"Tu-tuan...tuan pasti ke tuan hendak mintak bantuan dari tempat yang penuh dengan orang psiko ni?"bisik Margaret dengan perlahan dekat sebelah Lazaro ketika mereka jalan merentasi koridor di tingkat dua itu.

Lazaro tak cakap apa-apa. Dia hanya diam memandang ke depan memerhatikan langkah Sonia yang sedang memimpin mereka untuk ke sebuah bilik. Dalam kepala dia dah siap susun ayat yang hendak di gunakan sebaik bersemuka dengan orang ini. Kalau dia gagal dalam rundingan ni, mungkin dia akan bunuh diri saja sebagai langkah terakhir. Sebab dia tak tahan lagi nak hadap isu disiplin di akademinya lagi.

Sonia berhenti di depan satu daripada banyak-banyak pintu di situ. Lalu dia ketuk terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam. Lazaro dekat belakang ikut dengan langkah yang perlahan. Margaret dekat belakang pandang dengan awas. Takut-takut kalau ada yang naik meroyan atau lempar pisau ke mereka atau apa ke?Siapa tahu?Nama pun tempat untuk Budak-Budak bermasalah mental kan.

"Hailey...orang yang nak berjumpa dengan kamu dah sampai."maklum Sonia kepada seseorang yang duduk di atas tembok batu jendela di situ.

Lazaro pandang gadis yang sedang duduk di situ menoreh akan sesuatu di permukaan lengan dengan hujung mata bucu sebuah gunting. Habis merah berdarah permukaan tangan tu.

Margaret menahan nafas terkejut, dia membutang mata sambil tekup mulut nak tahan diri kengerian lepas nampak apa yang gadis itu lakukan. Isy!Ada ke!Dah memang sah Budak ni sakit!

"Suruh dia orang keluar.."arah suara gemersik itu dengan perlahan tanpa mengalihkan perhatian dari menorehnya. Tak ada sikit pun reaksi sakit atau emosi dekat muka tu.

Sonia lepaskan hela nafas panjangnya. Dia letih hadap perkara sama ni berulang kali. "Hentikan tindakan melukakan diri kamu sendiri ni. Berapa kali saya nak beritahu. Tiada gunanya. Kamu takkan rasa sakit pun."dia jalan dekat pesakitya lalu rentap gunting itu serta merta.

Berang kerana aktivitinya di ganggu, Hailey palingkan kepala dengan muka bengisnya ke Sonia. Renungan maut terarah pada muka di depannya. "Nak mati ke?"deramnya.

Sonia yang sudah terbiasa dengan hal itu hanya membuat muka tak kisah. Kalau nak bunuh dia, lama dah penghuni tempat ni bunuh dia. Cakap je buat apa. "Turun. Dengar apa yang mereka tawarkan terlebih dahulu." dia berpaling menghadap Lazaro dan Margaret semula.

Kepala berambut panjang lagikan hitam dan mempunyai bang di depan dahi itu berpaling dengan menakutkan sekali.

"Apa bendanya?Apa lagi orang tua tu nak dari orang gila macam aku ni?" tanya Hailey sebelum lompat turun dari situ dan mendarat dengan bersahaja dekat situ.

Margaret cepat-cepat sembunyikan diri dekat belakang Lazaro sebab kecut perut. Takut dia!Seram betul. Macam hantu pun ada dia tengok.

Sementara Lazaro hanya beri reaksi kosong kepada Hailey. Dia berdiri teguh di situ.

"Kamu bantu saya, saya janjikan kebebasan untuk kamu. Kamu dah penat duduk tempat ni kan? Apa kata kalau kamu tolong selesaikan masalah saya. Dan saya akan bayar semula dengan kebebasan kamu."ujar Lazaro dengan nada serius dan renungan tepat ke mata itu.

Bila kelibat Hailey yang tersembunyi dari balik kegelapan di situ menjadi jelas sebaik dia berdiri di bawah pancaran sinar cahaya matahari melalui lubang Udara yang ada di atas siling bilik itu. Dia berdiri tiga langkah di depan Lazaro dengan kepala terlentok ke kanan.

"Aku keluar dari sini?"tanya dia.

Lazaro mengangguk kepala. "Ya...sekiranya kamu Berjaya selesaikan tugasan yang saya berikan kepada kamu dengan baik. Kamu boleh pulang ke tempat asal kamu."

Hujung bibir Hailey pun terangkat sedikit. Renungan gelap terpancar di matanya."Iya ke?Heh!Okay kalau macam tu. Tapi ingat. Janji tu kena di tepati, Atau aku akan tuntut ia dengan nyawa kau sendiri." gumamnya.

Lazaro mengangguk kepala. "Ya. Saya janji."lafaznya dengan nekad. Dia harap pelajar-pelajar akademi dia sedia untuk menghadapi Si Psiko di depannya ini.

Hailey tarik sengih senang meleretnya lepas dengar. Lama dah dia tak jejak kaki keluar dari penjaranya ini. Lucifer di dalam dirinya ni dah lama kesunyian mintak teman.





Continue Reading

You'll Also Like

33K 2.6K 7
FudinguFamiliaChallenge Tema:Buku Dia dipulau oleh orang kampung hanya disebabkan ibu bapanya... Dari kecil hingga dewasa tomahan, hinaan, dan makian...
2.5M 196K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
SELINDUNG✔ By Aîm

Mystery / Thriller

191K 20.2K 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pad...
20.5K 3.1K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tida...