Jangan Buka Hijabku

By jeffhamz

23.3K 3.1K 894

𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝘽𝙐𝙆𝘼 𝙃𝙄𝙅𝘼𝘽𝙆𝙐 Aku turun dari kereta. Aku perlu siasat apa sebenarnya bunyi pelik di at... More

PROLOG
Episod 1: HANTU DAPUR
Episod 2: HANTU BONCENG
Episod 3: HANTU TANGLONG
Episod 4: JALAN YANG HILANG
Episod 5: SPIRIT OF THE COIN 1
Episod 6: SPIRIT OF THE COIN 2
EPISOD 7: PUAKA JAM 3.00 PAGI
Episod 8: THANKS MR GHOST!
Episod 9: BANGLO PUAKA DI TEPI KUBUR
Episod 10: PEREMPUAN TANPA KEPALA
Episod 11: IBLIS DALAM ALMARI
Episod 12: OPS CANTAS KEPALA JIN
Episod 13: TILAM PUAKA 1
Episod 14: TILAM PUAKA 2
Episod 15: KEKASIHKU PUTERI BUNIAN 1
Episod 16: KEKASIHKU PUTERI BUNIAN 2
Episod 17: MAYAT TERBANG DI LEBUHRAYA 1
Episod 18: MAYAT TERBANG DI LEBUHRAYA 2
Episod 19: TRAGEDI PANTAI PORT DICKSON
Episod 20: TRAGEDI PANTAI PORT DICKSON 2
Episod 21: SUMPAHAN BAPA JIN
Episod 22: ALLAHU..JIRANKU CIK PONTI!!
Appendix Episod 22: MAAFKAN SAYA!
Episod 24: GADIS AYU BERKEBAYA KUNING
Episod 25: KEKASIH GELAPKU CIK PONTI
Episod 26: PENONTON TANPA JASAD
さようなら..さようなら (SAYÕNARA..SAYÕNARA)

Episod 23: PUAKA AYER HITAM

447 73 27
By jeffhamz

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!

Teruskan membaca:

Seperti petang-petang lain, petang itu seperti biasa aku menjemput isteriku, Im dari klinik tempat dia kerja di Jalan Pudu.

Masuk saja dalam kereta, Im menunjukkan aku sekeping surat.

"Surat apa?" tanya aku.

"Surat cinta.." jawab sang isteri.

"Hmmm..bangganya abang. Ada juga orang jatuh cinta dengan isteri abang.." kata aku tergelak kecil.

"Surat cinta dari KKM lah, abang oooiii"

"Awat pula depa bagi surat? KKM nak ambik disciplinary  action ka?" aku berjenaka.

"Ke situ pula dia..Tak payah ceritalah!". Im mula tunjuk muka merajuk.

"Okay okay. Ceritalah.."

"Im kena transfer kerja.."

"Transfer kerja? Kena transfer kat mana pula?"

"Kedah.."

Sebenarnya Im sudah lama minta bertukar kerja ke Kedah. Alasannya hendak tinggal berdekatan dengan orang tuanya yang sudah lama uzur. Selain dari itu rumah yang Im beli di Alor Setar juga sudah lama siap. Dia teringin sangat hendak duduk di rumah semi-detached yang dibelinya itu.

Di ringkaskan cerita, akhirnya isteriku, Im bertukar kerja ke Kedah. Dia ditempatkan di sebuah klinik di Alor Setar. Kebetulan klinik tempat dia bertugas itu cuma 100 meter saja dari rumah yang dibelinya dan 4 kilometer dari rumah orang tuanya. Baiknya nasib!

Aku pula masih kerja di KL. Tinggallah aku seorang diri di rumah kami di Ampang. Setiap  petang Jumaat lepas ofis aku akan balik ke Alor Setar untuk jenguk isteri dan anak-anak. Hari ahad malam aku akan balik ke KL untuk kerja keesokannya. Begitulah nasib seorang weekend husband!!

Setahun selepas isteri dan anak-anak berpindah ke Alor Setar, suatu hari aku mendapat surat yang memberitahu aku ditukarkan kerja ke Perlis.

Aku begitu gembira kerana selepas setahun menjadi weekend husband, aku akhirnya  berpeluang tinggal sebumbung semula dengan isteri dan anak-anak aku. Walau pun tempat kerja aku di Kangar, Perlis dan rumah aku tinggal  pula di Alor Setar, Kedah tetapi ia bukan masalah besar. Sekurang-kurangnya menjadi pure husband lebih baik dari menjadi weekend husband kan?

Demi rezeki, setiap hari aku akan berulang alik dari rumah di Alor Setar ke Kangar sejauh 50 kilometer. Perjalanan dari Alor Setar ke Kangar mengambil masa 50 hingga 60 minit mengikut keadaan jalan raya ketika itu. Jalan yang aku ikuti merupakan jalan dua lorong yang melalui pekan-pekan kecil seperti Jerlun, Ayer Hitam, Sanglang dan Simpang Empat sebelum memasuki bandar Kangar. Itu adalah jalan terdekat dari rumahku ke ofis.

Biasanya ketika kerja di Kangar ini, aku akan sampai ke rumah dalam pukul 7.00 malam. Aku memang sudah biasa pulang lewat dari ofis sejak mula kerja lagi.Tetapi kadang-kadang aku sampai  ke rumah di Alor Setar bukan lagi pukul 7.00 malam seperti kebiasaannya, malah tengah malam baru aku sampai ke rumah. Ini kerana big boss jenis suka buat mesyuarat waktu malam. Big boss suka buat mesyuarat lepas pukul 10 malam kerana siang dia sangat sibuk. Free time dia cuma pada waktu malam.

Suatu hari, PA boss, Faiza, masuk ke dalam bilik aku.

"Cik Jeff malam ni ada meeting" beritahu Faiza sambil menghulurkan aku sekeping surat.

"Pukoi berapa meeting?"

"Pukoi 9.30 malam"

“Hadoiiii boringnya.... mesyuarat waktu malam lagi!,” kata aku merungut.

Tetapi apa nak buat, bila dipanggil mesyuarat perlu hadir juga. Kalau tidak hadir, bila sampai kerja esok siaplah aku kena tempik dengan boss kecil dan boss besar. Masaklah aku!

Malam itu yang paling menyampah ialah boss seperti sebelum-sebelumnya masuk mesyuarat lewat. Alasan boss, dia ada urusan lain yang lebih penting.

Mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 9.30 malam, tetapi boss datang hampir pukul 11.00 malam. Tapi apa hendak dikata, boss always right!!

Malam itu kebetulan agenda mesyuarat agak banyak. Dah la agenda banyak, yang aku paling benci ramai sangat orang nak cakap. Masing-masing nak tunjuk pandai dengan memberi pelbagai idea. Pada hal semua itu idea basi yang cuma sesuai untuk makanan ayam.

Dan akhirnya kerana boss cakap panjang, orang lain pula cakap meleret,  mesyuarat cuma habis pada pukul 12.45 pagi. Hadoiiiii!!

Habis saja mesyuarat, aku cepat-cepat berjalan menuju ke kereta. Hidupkan enjin dan terus menekan minyak tinggalkan Kangar. Harap-harap sampai cepat ke rumah. Harap-harap pukul 2.00 pagi sudah dapat peluk bantal dakap!

Seperti biasa bila pandu kereta seorang diri, aku akan pasang radio agak kuat. Sambil dengar radio, sesekali mulutku ikut menyanyi. Menyanyi itu bukan apa, selain dari menghiburkan hati, ia juga untuk hilangkan rasa mengantuk.

Malam itu entah mengapa, lepas saja melepasi pekan Sanglang, kereta di jalanan menjadi semakin kurang. Bila tiba ke pekan Ayer Hitam, aku perhatikan tiada kereta di depan dan di belakang aku. Hanya  kereta aku saja merupakan kenderaan tunggal atas jalan.

Aku menatap jam di dalam kereta. Sudah pukul 1.20 pagi rupanya. Patutlah jalan sudah sunyi.

Kira-kira 2 kilometer selepas pekan Ayer Hitam, kereta yang aku pandu melalui sebuah kawasan bendang. Kiri kanan bendang yang maha luas sejauh mata memandang. Dan di situlah segala-galanya bermula…

___________________________________

Tiba-tiba dalam kedinginan hembusan aircond kereta, telingaku menangkap bunyi gemersik yang sangat kuat dari arah sebelah kanan bendang. Tiada hujan, tiada ribut, tapi bunyi apa yang menderu sekuat itu?

Bila aku perhatikan ke arah bunyi kuat itu, ternampak satu objek besar berwarna putih bergolek-golek dari tengah bendang menuju ke arah jalan raya.

Objek putih dan besar itu tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan raya seperti mahu menghalang laluan keretaku. Di bawah sinar bulan yang hampir penuh, jelas kelihatan rupa objek tersebut. Ia menyerupai satu objek putih bergulung selebar kira-kira 3 meter sedang melintang di tengah jalan. Sesekali ia bergolek ke depan dan sesekali berundur ke belakang.

"Ya Allah..apa benda ni??" terpacul kata-kata dari mulutku.

Pilihan aku ketika itu ialah sama ada mengelak atau langgar saja objek itu. Kalau cuba mengelak dalam keadaan  jalan berlekoh tajam seperti itu, mungkin aku dan kereta sekali akan terpelanting masuk bendang. Kalau langgar pula, kereta aku mungkin rosak teruk.

Dan akhirnya aku nekad melanggar saja objek itu.

"Bummmmmpp!!!" satu bunyi hentakan sangat kuat memecahkan keheningan pagi.

Ketika itu aku berkata dalam hati: habislah kereta aku!!

Aku mengucap panjang, beristighfar dan membaca beberapa ayat suci sambil cuba membawa kereta setenang mungkin. Aku tidak berani tengok cermin belakang kereta, takut ternampak sesuatu yang aku tidak bersedia untuk tengok!

Ketika menghampiri bandar Alor Setar barulah kelihatan banyak kenderaan atas jalan. Ketika itu barulah hati terasa tenang dan aman. Barulah mata berani tengok cermin belakang kereta. Alhamdulillah...tiada apa-apa objek yang kelihatan bertenggek di belakang kereta.

Ketika tiba di rumah, perkara pertama yang aku lakukan ialah mencuci kaki di luar rumah sebelum masuk ke dalam rumah. Itu petua orang tua-tua bagi mengelakkan unsur-unsur tidak baik ikut kita masuk ke dalam  rumah.

Kemudian baru aku pergi periksa kereta yang baru melanggar objek misteri bewarna putih tadi. Mesti kerosakannya teruk, pikir aku,  kerana bunyi dentuman yang terhasil sangat kuat.

Anehnya selepas memeriksa, aku tidak menemui sedikit pun kesan kemik di kereta. Walaupun macam pelik tapi aku bersyukur kereta tidak jadi apa-apa. Alhamdulillah…

Esoknya seperti biasa aku bangun pukul 5.30 pagi untuk bersiap-siap pergi kerja. Sekali lagi aku pergi periksa kereta aku. Tidak puas hati dengan pemeriksaan awal pagi tadi.  Puas aku periksa tapi tidak nampak sedikit pun kerosakan kereta hasil pelanggaran.  Habis apa ke benda yang aku langgar awal pagi tadi tu? Mengapa bunyinya begitu kuat?

Setiba di ofis pagi itu, aku ceritakan peristiwa itu kepada rakan-rakan ofis.

"Biasalah cik Jeff kalau lalu tempat tu tengah malam.." kata Mubarak, pemandu pejabat kami, "Memang dah ramai orang yang nampak benda-benda pelik dekat kawasan bendang Ayer Hitam pada waktu tengah malam dan awal pagi. Ramai juga yang terbabas masuk bendang akibat terkejut melihat benda menakutkan yang tiba-tiba muncul di tengah jalan.."

"Yang saya nampak tu apa sebenarnya?"

"Benda tu orang sini panggil hantu gulung. Di tempat lain ada yang panggil hantu  bungkus atau hantu pocong. Dia mai bergolek-golek dan kadang-kadang melompat-lompat ke arah manusia."

"Tapi yang saya nampak tu tak macam hantu pocong dalam drama Melayu. Dia  macam bungkusan putih besar bergulung  yang bergolek-golek atas jalan," terang aku.

"Alah..iblis kan cik Jeff. Dia boleh menyerupai apa saja. Tapi kawasan bendang Ayer Hitam tu memang sangat keras, cik Jeff. Kadang-kadang ada yang nampak  macam pocong atas jalan, kadang-kadang menyerupai benda putih  bergolek atas jalan".

"Kadang-kadang pula di kawasan tu tak semena-mena muncul berpuluh ekor kambing putih yang melintas jalan. Kadang-kadang ia menyerupai pokok yang tiba-tiba tumbang menghalang jalan".

"Kiranya saya bernasib baiklah kan? Dah banyak kali juga saya lalu jalan tu tengah malam. Maklumlah boss kita suka buat mesyuarat malam-malam. Tapi ni lah baru first time jumpa hantu kat situ" kata aku sambil mengurut dada yang tiba-tiba berdebar pula bila mengingatkan entah bila lepas ni boss akan panggil mesyuarat malam lagi?

"Sebenarnya cik Jeff.." jelas Mubarak lagi, "Dah ramai yang meninggal atau cedera terbabas masuk bendang ketika mengelak objek yang tiba-tiba muncul mengejut dari arah bendang tu".

"Patutlah masa nak pi kerja waktu pagi kerap terjumpa kereta, lori dan sekali tu bas terjerumus masuk bendang dekat kawasan Ayer Hitam tu. Rupanya tu lah sebabnya ya?"

"Mungkin la kot...Lain kali kalau cik Jeff lalu kawasan tu tengah malam, hati-hati sikit nooo. Jangan sampai nama cik Jeff masuk dalam senarai mangsa puaka Ayer Hitam pula" nasihat Mubarak sambil tergelak kecil.

Apa pun aku bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu. Mujurlah aku telah membuat keputusan tepat dengan melanggar objek putih tersebut. Jika aku cuba elakkannya mungkin nama aku akan masuk berita TV esok hari dengan gambar kereta remuk bersama pemandu yang terkulai layu di dalamnya!

Foto- Foto Kemalangan Sekitar Pekan Ayer Hitam. Mungkinkah ia angkara puaka Ayer Hitam?


I ❤️ MY READERS
VOTE JIKA KORANG SUKA 😃
ABAIKAN JIKA KORANG BENCI 😭

Episod seterusnya:
Gadis Ayu Berkebaya Kuning -------->>

Continue Reading

You'll Also Like

6.8K 1.2K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...
1.6K 142 21
Sinopsis: cermin itu besar dan cantik bingkainya namun di sebalik keunikan cermin itu ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. nak tahu apa dia...
939K 97.7K 28
"matahari masih indah." > @mintytxt, | 2021 - n.
328K 14.5K 200
• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah se...