Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.4M 61.7K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 34

20.5K 900 44
By syza_ra


LEGA Luth bila majlis pertunangannya dan Aaira selesai, maknanya lebih kurang beberapa bulan lagi dia dan Aaira bakal disatukan.

Perasaannya sekarang bercampur baur teruja, bahagia dan agak sedikit takut kerana bakal memulakan fasa baru dalam kehidupan.

Orang kata alam rumah tangga lagi banyak cabaran dan dugaan, lagi lagi bila perkahwinan baru nak mencecah 1 tahun, tapi itu yang belum terjadi.

Dia serahkan pada allah, sekarang dia nak fokus kerja untuk cari duit khawin.

Berita pertunangannya dan Aaira sudah tersebar hampir satu kem, dia tak terkejut sebab dia kenal dengan perangai Arshad, mulut sahabatnya itu tak boleh simpan rahsia, daripada semalam tak henti henti dia dapat ucapan tahniah daripada staf di kem.

Kalau boleh dia nak merahsiakan dulu kerana mereka baru sahaja bertunang, dia tak nak kecoh, takut kalau sesuatu berlaku pada hubungan mereka tapi harapannya semoga Allah permudahkan urusan mereka hingga ke hari pernikahan

"tuan" panggil leftenan Murad.

Luth yang tersandar di kerusi biliknya, terus duduk tegak

"tuan Farid nak jumpa tuan di bilik mesyuarat sekarang" sambung leftenan Murad

"baiklah, sekejap lagi saya datang" balas Luth, dia terus bangun dan menuju ke bilik mesyuarat tentera selang satu tingkat dengan biliknya, selepas diberi izin untuk masuk, dia nampak beberapa orang tentera sedang duduk di kerusi termasuklah Arshad Shah.

Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Arshad

"memandangkan semua dah ada, saya nak maklumkan pada kalian semua" suara laksamana pertama Farid mula memecahkan kesunyian di dalam bilik perbincangan, mereka semua diam.

Tahu bila dah masuk ke sini, pasti mereka semua bakal dihantar ke suatu tempat

"kamu semua ada dengar desas desus penceroboh dari Filipina cuba masuk ke sempadan Sabah" mereka semua balas dengan anggukan.

Semua dah dengar cerita ini beberapa hari yang lepas, kecoh juga dalam kem bila semua dah membuka cerita pasal percubaan warga Filipina untuk masuk secara haram ke sabah

"kamu hanya dengar dia cuba masuk beberapa hari lepas tapi harini dia sudah terlepas masuk ke sempadan Sabah melalui lorong tikus yang tidak diketahui kewujudan nya oleh anggota tentera di sana" mereka sudah agak apa yang bakal diperkatakan oleh laksamana pertama

"kamu semua akan berangkat ke Sabah untuk sama sama membantu menangkap hampir 50 orang penceroboh sebelum mereka terlepas ke semenanjung" kata tuan Farid.

Bila kem di Sabah meminta bantuan dari kem di semenanjung mesti kes ini agak berat

"kamu akan bergerak lagi.." tuan Farid sempat melihat jam di tangannya

"sekarang pukul 1200 tgh hari, kamu akan bergerak jam 1300, siapakan keperluan kamu semua untuk ke sana, kamu semua boleh bergerak sekarang" 10 orang tentera itu bangun dan keluar untuk mengemas pakaian dan peralatan mereka













"KAU tak nak call Aaira ke? tanya Arshad ketika mereka berada di rumah untuk mengemas baju, Luth baru selesai memaklumkan kepada puan Haliza tentang keberangkatannya ke Sabah.

Banyak pesanan yang di titipkan, memang itu perangai puan Haliza setiap kali dia beritahu akan berangkat ke operasi tak kira di dalam mahupun luar negeri

"kena call dia ke?" Luth mengerutkan dahi.

Arshad menepuk dahi "yela nanti kita sampai dekat sana dah kena off phone, lepastu kalau kau tak contact nanti mesti dia risau"

"habistu kalau tak dapat?" Luth polos menyoal

"apa guna whatsapp kalau kau download tapi tak pakai, kau ni Luth" Arshad rasa macam nak ketuk kepala Luth.

Luth akur kemudian dia cuba menelefon Aaira sekiranya tunangnya angkat kerana dia tahu waktu waktu begini mesti Aaira sedang merawat pesakit.

Aaira yang sedang berjalan menuju ke lif terus terhenti apabila mendengar bunyi telefon bimbit di dalam kot doktornya.

Nama Luth tertera di skrin telefon, mula mula dia agak pelik sebab Luth tak pernah menelefonnya tapi di angkat juga

"hello"

"assalamualaikum Aaira" jadi malu pula Aaira bila Luth memberi salam padahal dia macam orang barat sebut hello

"waalaikumusalam kenapa Luth call saya ni?" tanya Aaira

"saya nak bagitahu awak sesuatu" suara Luth yang kedengaran serius terus buatkan Aaira tak sedap hati

"nak bagitahu apa?"

"saya kena pergi ke Sabah, ada operasi dekat sana"

"berapa lama?" tanya Aaira dalam hati dia berkata 'jangan lah pergi sampai berbulan bulan'

"sampai ooerasi kami selesai" jawab Luth, dia sendiri tak dapat nak jangka bila dia akan pulang.

Aaira sudah tarik nafas dalam dalam, dia perlu bersedia dengan semua ini, dia yang pilih untuk bersama Luth

"anggaran awak berapa lama?" tanya Aaira lagi

"Inshaallah, paling lama mungkin dalam dua minggu" lega Aaira dengar dia ingat sampai 3 ke 4 bulan Luth di sana.

"pergi la dah memang itu tugas awak, hati hati dekat sana, terima kasih sebab bagitahu saya" Aaira rasa dihargai bila Luth memberitahunya perkara penting seperti ini

"inshaallah, saya bagitahu awak sebab tak nak awak risau atau fikir bukan bukan bila saya tak contact awak" terang Luth

"awak gerak bila?"

"sekejap lagi, sekarang saya tengah kemas kemas beg"

"kalau macam tu, awak kemas lah apa yang patut, saya letak telefon dulu"

"baiklah" nasib baik Luth tak letak telefon dulu sebab dia dengar Aaira memanggil namanya

"ya Aaira"

"be safe and take care, I will always pray for you. Tolong balik dalam keadaan yang macam awak sekarang" Luth tergelak

"kenapa awak gelak" dia ada cakap apa apa yang kelakar ke

"tak ada la perkataan 'dalam keadaan yang macam sekarang' tu saya rasa kelakar, inshaallah saya akan balik dengan keadaan yang macam saya sekarang, awak jangan risau" pujuk Luth, dia taknak Aaira risau.

Kemudian dia tengok Arshad sedang memandangnya sambil menunjukkan jam di tangan tanda masa mereka mengemas sudah hampir tamat

"Aaira saya kena letak telefon dulu, kami dah nak bergerak ke sana"

"okay awak assalamualaikum, ingat pesanan saya tadi" pesan Aaira

"ya saya ingat, waalaikumusalam" Luth meletakkan telefon

"dah jom gerak" Luth mengangkat begnya dan mereka turun untuk ke tempat berkumpul

"lama betul kau berbual dengan Aaira, siap bergelak ketawa, bahagia betul aku tengok" perli Arshad

"macam macam dia pesan dekat aku kalah ibu, tu yang aku ketawa" teringat Luth pesanan Aaira supaya dia pulang dalam keadaan yang sama, rasa kelakar pula

"hahahahah...nasib kau la dapat tunang kuat membebel" Luth menjeling Arshad

"kau jangan macam macam" marah Luth bila orang mengata Aaira walaupun dia tak zahirkan tapi dari riak muka Luth, Arshad tahu mereka dah kawan lama











AAIRA termenung masa makan tengah hari di cafe, Syafiqah yang tengok jadi pelik kerana Aaira akan macam ni kalau dia ada masalah

"woi" Syafiqah menepuk meja makan, membuatkan Aaira terperanjat

"haishh kau ni dah kenapa tepuk tepuk meja, nasib baik kau tepuk perlahan kalau kuat tadi dah tarik perhatian orang dalam kafe" marah Aaira

"kau la kenapa termenung je dari tadi, tu nasi dengan lauk kau tak sentuh langsung" Aaira mengeluh perlahan dari tadi dia asyik menguis sahaja nasi di dalam pinggan, dia tak ada selera nak makan

"Luth pergi sabah, ada masalah katanya dekat sana" cerita Aaira

"habis tu kau risau?" Aaira mengangguk perlahan mengiyakan kata kata Syafiqah

"yela kalau dah ada masalah tu mesti la ada benda tak elok, macam mana kalau dia tak balik" Aaira melepaskan apa yang terbuku dalam hati

"woi mulut kau tu cuba lah tapis sikit, yang kau cakap tu tunang kau tahu tak, kau patut doakan keselamatan dia bukan cakap benda yang tak elok, cik Aaira" tegur Syafiqah

"salah ke aku nak risaukan dia Iqa?"

"tak salah Aaira oii tapi jangan lah risau yang melampau sampai apa kau cakap tadi pun tak fikir dulu, kan tak baik cakap macam tu buat buat mulut kau tu masin betul betul dia tak balik baru padan muka kau" Syafiqah menakutkan Aaira

"kau ni jangan lah cakap macam tu sedih aku" bergenang air mata Aaira

"siapa yang mula cakap bukan bukan dulu? kau kan?" Aaira terdiam kerana apa Syafiqah cakap tu betul, dia yang mula cakap pelik pelik.

Dia terlampau risau sampai tak sedar apa yang keluar dari mulutnya

'ya allah aku serahkan dia dalam jagaan Mu di sana, semoga dia selamat pergi dan selamat pulang' Aaira berdoa dalam hati

"dah sekarang kau makan, jangan tak makan nanti kau pengsan dah kecoh pula satu hospital ni" Aaira akur, dia mula makan walaupun dah hilang selera, dia hanya makan sekadar mengalas perut sampai pukul 5 petang nanti

Continue Reading

You'll Also Like

149K 13.2K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
515K 20.5K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...
1.5M 74.5K 58
[𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄] " 𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐧'𝐬, 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡 𝐡𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮'𝐥𝐥 𝐝𝐞𝐚𝐥 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐦𝐞 " - Tengku Aeden Shauqeen " 𝐈'𝐦 𝐭𝐡𝐞 �...
321K 14.7K 46
Penjodohan? Ah, siapa saja yang suka! Tapi berbeza pula dengan perempuan bernama Aileen ini. Dikala semua orang membenci penjodohan, dia pula terleb...