Memory || •VeriVery•

By Nhaziqah_tj

2.8K 351 199

COMPLETED Susah senang sama-sama ~ Dongheon Tiada rahsia di antara kita ~ Hoyoung Suka duka kita tetap ber... More

•Bracelet•
•Thunder•
•Tag•
•Photo•
•Moment•
•So Gravity•
•Miss & Missing•
•Find & Done•
•Help•
🎉HAPPY NEW YEAR🎉
•Replace & Meet•
•Why, Sad & Happy•
•Flashback MYY•
•1 Year Later•
•Everything Is Back•
•I'm Sorry & Goodbye•
•I'm Sorry & Goodbye 2•
•I'm Sorry & Goodbye 3•
•Dreams & Hopes•
•We Are Still VeriVery (Special Part)•
🎉 New Story 🎉
🎉 New Story 🎉

•Ring•

598 26 47
By Nhaziqah_tj

>>•••<<

Disclaimer !!

Hai.. This is my first story about VeriVery. Jujur cerita ni dikarang melalui imaginasi saya sendiri dan memang asli dari kepala otak saya. Kalau ada persamaan dengan cerita di wattpad yang pernah anda baca mungkin ia satu kebetulan sahaja.

Cerita ni tak ada kena mengena dengan yang hidup @ meninggal dunia. Cerita ni juga tak de kena mengena dengan kehidupan nyata VeriVery. Ini hanya fiksi rekaan semata ii.

Maaf jika ada typo yang bersepah. Saya hanya manusia biasa. Vote dan komen diperlukan untuk saya perbaiki lagi kesilapan. Terima kasih ❤

[ (Y/N) = Your Name ]

>>•••<<

>Memory<
•Ring•

>>•••<<

"Papa.. Ini cincin ciapa?" seorang anak kecil memegang sebuah cincin yang dijumpainya di dalam sebuah kotak ketika membantu papanya mengemas sebuah ruangan.

Lelaki yang dipanggil 'papa' tadi menoleh melihat putera kecilnya yang baru berusia 5 tahun sedang memegang sebuah cincin.

Lelaki itu hanya terdiam melihat cincin tersebut.. Cincin yang ada ukiran ♢VeriVery♢

"Papa.. Kenapa papa diam?" anak kecil tadi bersuara sambil memegang hujung baju lelaki tersebut.

"Ahh maaf sayang.. Mana kamu jumpa cincin ni?" tanya lelaki tersebut yang kini sudah menyamakan ketinggiannya dengan putera kecilnya.

"Dalam kotak tu.. Itu cincin papa ke?"

"Yea sayang, ni cincin papa.. Cincin papa sebelum papa jumpa mama... Kalau Younghoon nak tau, cincin ni banyak sangat kenangannya antara papa dengan kawan-kawan papa.. Nama ♢VeriVery♢ ni adalah nama persahabatan papa dengan 6orang kawan papa.. Walaupun berbeza umur tapi papa dah anggap diorang macam keluarga papa sendiri." terang lelaki tersebut kepada Younghoon putera kecilnya.

"Wahh lamainya kawan papa.. Nanti Younghoon pun nak macam papa juga ada kawan lamai" ujar si kecil teruja.

Lelaki tersebut hanya tersenyum dan mencubit pipi anak kecilnya lembut.

"Hoyoung oppa, (Y/N) dah siapkan makan tengah hari.. Kita makan dulu ehh lepas makan baru sambung kemas-kemas lagi." ujar (Y/N)  isteri kepada Hoyoung suaminya.

"Mama ajak papa je ke makan tengah hali? Younghoon pun lapal juga" ujar Younghoon dengan memegang perutnya sambil membuat muka sedih di depan mamanya.

"Hahaha yea sayang Younghoon lapar jom turun makan.. Tapi ajak papa dulu makan sama"

"Papa.. Younghoon lapal jomlah makan"

"Yea sayang jom kita makan kenyang ii. Mesti mama masak sedap ii kan" ujar Hoyoung sambil melirik menatap sang isteri yang tersenyum melihat tingkah suami dan putera kecilnya.

"Oppa.." panggil (Y/N) memberhentikan pergerakan Hoyoung.

Hoyoung menatap isterinya hanya menunggu persoalan yang akan dilontarkannya.

"Oppa tak ada niat nak jumpa kawan-kawan lama oppa? Dah 10tahun oppa tak pernah berkomunikasi dengan diorang"

Hoyoung masih tetap diam, tiada niat untuk menjawab pertanyaan sang isteri malah dia hanya melemparkan sebuah senyum. Lebih tepatnya senyuman yang sedih.

"Kita makan dulu jom. Kesian Younghoon dah lapar" ujar Hoyoung menggengam tangan isterinya lembut dan menuju dapur yang berada di tingkat bawah bersama Younghoon yang berada di dalam gendongan (Y/N).

>>•••<<

Hoyoung mendudukkan diri di hujung katil sambil memegang cincin tadi. Dia mengelus-elus cincin tersebut tepat pada nama ♢VeriVery♢. Seketika memori lama muncul dalam ingatannya.

>>Flashback on<<

"Korang semua sini kejap. Kumpul sini jap" ujar Dongheon yang paling tua di antara yang lain.

Semua member VeriVery telah kumpul di ruang tamu dan menunggu apa yang akan Dongheon katakan kepada mereka.

"Hyung ada beli sesuatu untuk korang" ujar Dongheon dengan senyum yang masih tetap setia di wajahnya.

Yang lain mula teruja dengan apa yang ingin Dongheon berikan.

"Apa tu hyung.. Cepatlah Minie dah tak sabar nak tau apa benda tu" ujar Kangmin yang paling muda di antara yang lain.

"Aiepss tapi tunggu dulu. Korang semua kena janji dengan hyung dulu boleh?" tanya Dongheon.

"Ermm bagitau dululah hyung baru kitorang wat sepakatan untuk janji ataupun tak" ujar Gyehyeon yang keempat paling tua.

"Yelah hyung cepatlah dah tak sabar ni" sampuk Yongseung yang masih setia dengan rubik di tangannya.

"Ok fine" Dongheon mengalah dan mengeluarkan 7 benda yang sama dan berbentuk bulat.

Yang lain menatap benda tersebut dengan mata yang berbinar ii. Cantik. Itu yang ada difikiran masing-masing.

"Tapi janji dulu.." ujar dongheon sambil menjaga jaga benda tersebut supaya tidak dirampas oleh ke6 adiknya.

"Ok apa yang nak dijanjikan tu" tanya Minchan yang sebaya dengan Hoyoung.

"Janji untuk tetap jaga cincin ni.. Hyung nak cincin yang ada nama ♢VeriVery♢ ni sentiasa selamat dengan korang. Ini satu-satunya hadiah ikhlas persahabatan kita daripada hyung untuk korang semua. Mungkin cincin ni akan jadi peneman untuk korang semua bila kita berpisah suatu hari nanti" ujar Dongheon tersenyum sendu pada cincin tersebut. Hatinya Agak ngilu untuk mengucapkan setiap perkataan yang baru sahaja ia lontarkan tadi.

"Kita tak akan berpisah hyung. Kita tetap bersama sampai bila-bila" ujar Gyehyeon dengan suara seraknya akibat terkesan dengan ucapan Dongheon.

"Janji semua? Kita susah senang sama-sama?"  tanya Dongheon dengan sebuah pengharapan.

"JANJI !!"

Dongheon memberikan satu persatu cincin tersebut kepada member VeriVery yang sudah ia anggap seperti keluarganya sendiri. Semuanya dengan terujanya memakai cincin tersebut di jari mereka.

Tapi..

"Kangmin? Kenapa tak pakai cincin tu? " tanya Hoyoung dan semuanya menatap Kangmin yang masih memandang cincin tu sendu.

Kangmin menundukkan kepalanya. Dia masi diam tidak menjawab pertanyaan Hoyoung. Rasa sesak di dada membuatnya kelu untuk berbicara. Dan pada akhirnya Kangmin mengeluarkan suara meskipun suaranya berubah menjadi serak.

"Kangmin takut kalau satu hari nanti kita semua berpisah.. Kangmin belum bersedia untuk tempuh hari-hari tersebut.. Kangmin nak sentiasa ada dengan hyung-hyung semua.. Kangmin cuma sayang hyung-hyung je.. Kangmin tak nak seorang pun hyung pergi dari hidup Kangmin.. Kangmin.. " ucapan Kangmin sangkut kerana sudah tidak tahan air matanya lagi yang sudah berhasil menjadi sungai kecil dipipi gebunya.

Gyehyeon yang tanpa berfikir panjang terus menarik Kangmin kedalam pelukan hangatnya. Dia tidak peduli meskipun bajunya basah kerana air mata Kangmin kerana tangisan Kangmin yang sudah menjadi-jadi tetapi yang penting baginya adalah menenangkan adik bongsu mereka.

Yang lain menundukkan kepala masing-masing. Agak tersentap dengan ucapan Kangmin.

Yup. Jujur mereka belum bersedia untuk berpisah bahkan mereka tidak mengharapkan sebuah perpisahan itu berlaku.

"Yeonho pun belum bersedia.. Yeonho takut kalau ada di antara kita yang pergi menghadap ilahi.. Yeon.."

"JU YEONHO !!"

Ucapan Yeonho terputus dengan bentakan daripada Dongheon.

Dongheon memandang Yeonho dengan raut wajah yang susah untuk diertikan.

Yeonho menundukkan kepalanya lebih dalam kerana takut untuk melihat wajah Dongheon dengan suara esakan kecil. Lebih kecil berbanding esakan Kangmin yang masih berada dalam pelukan Gyehyeon.

"Tolong janji dengan hyung untuk Yeonho tak ulang lagi ucapan tu.. Hyung tak nak di antara kita yang pergi dulu.. Tolong Yeonho" ucap Dongheon dengan penuh pemohonan dan suaranya yang menjadi serak basah akibat menahan diri daripada menangis.

Yeonho tak dapat lagi bendung tangisannya. Yongseung di sebelahnya terus memeluknya dan begitu saja tangisan Yeonho pecah dibahu Yongseung.

Yongseung cuba kuatkan dirinya untuk tidak menangis tetapi gagal. Air matanya tetap mengalir dan akhirnya keduanya menangis di dalam pelukan yang sama.

Dongheon menyandarkan dirinya di sofa sambil termenung kosong ke hadapan dengan air mata yang sudah tak dapat ia sembunyikan lagi.

Hoyoung yang sudah dalam pelukan Minchan hanya mampu menangis sepuasnya.

Dan yang paling tabah di sini adalah Minchan dan Gyehyeon. Yea mereka berdua tidak sanggup untuk menangis di hadapan orang yang mereka sayang.

>>Falashback off<<

"Oppa.. Hoyoung oppa.." panggil (Y/N)  namun panggilannya seperti angin lalu kerana sang suami tidak memberikan sebarang reaksi.

"Bae Hoyoung oppa!" sentak Hoyoung tersedar dari lamunanya kerana panggilan isterinya.

Hoyoung agak terkejut melihat isterinya sudah berada di sampingnya.

"Kenapa sayang? " tanya Hoyoung yang mungkin agak kabut sedikit.

"Dari tadi oppa termenung. (Y/N) panggil oppa banyak kali pun oppa tak sahut. Oppa dari tadi pegang cincin tu. Ermm oppa rindu diorang?" tanya (Y/N)  dengan lembut dan berhati-hati untuk tidak menggores perasaan suaminya.

Hoyoung memandang cincin tersebut yang masih ada dalam genggamannya lalu memandang isterinya dengan senyum manisnya dan mungkin ade tersirat kesedihan di dalamnya.

"Oppa rindu diorang cuma.. " ucapan Hoyoung seketika tersangkut. Sesak rasanya untuk berucap buat masa ni.

(Y/N) yang masih setia di samping Hoyoung hanya menenangkan suaminya dan mengelus lembut bahu Hoyoung.

"Kalau oppa tak mampu untuk meluah tak apa (Y/N)  faham. Oppa rehatlah dulu" ujar (Y/N) lembut.

Iya sangat faham suaminya. 10tahun berpisah dengan sahabat yang sudah bangun bersama bertahun-tahun namun pengakhirannya berpisah.

Siapa je yang tak terkesan dengan perpisahan yang dah bertahun-tahun bina.

Hoyoung membaringkan dirinya dan cuba untuk memejamkan matanya dan berharap agar hari esok adalah hari yang lebih indah.

Yea setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang pergi ada hikmahnya.

>>•••<<

>Memory<
•Ring•

>>•••<<

Sorry kalau pendek je.. Hari pertama annn 😂 Btw Happy 700 Days VeriVery & VeRReR 💕 I'm so happy today because Minchan is back 😍

Continue Reading

You'll Also Like

2M 106K 62
↳ ❝ [ INSANITY ] ❞ ━ yandere alastor x fem! reader ┕ 𝐈𝐧 𝐰𝐡𝐢𝐜𝐡, (y/n) dies and for some strange reason, reincarnates as a ...
55.1M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...
2.3K 70 9
Tomorrow by Together is a popular group of rookie actors in South Korea. Each members have unique personalities and charisma of their own, well, not...
1.5M 49.3K 66
In which the reader from our universe gets added to the UA staff chat For reasons the humor will be the same in both dimensions Dark Humor- Read at...