Pengorbanan Cinta

By IkhaZully

10.1K 812 68

[ Slow Update ] AINA SAFIYA Gadis yang di pandang tinggi oleh masyarakat. Menjadi jutawan seawal usia 15 tahu... More

B A B 1 - M A M A K
B A B 2 - S I A P A K A U ?
B A B 3 - T O L O N G
B A B 4 - S I A P A D I A ?
B A B 5 - J O D O H
B A B 6 - J A S A
B A B 7 - H A T I
B A B 8 - P U T U S
B A B 9 - K E B E N A R A N
B A B 1 0 - K E M B A L I
B A B 1 1 - P E R T E M U A N
B A B 1 2 - T O L O N G
B A B 1 3 - M I S I
B A B 1 4 - C I N T A
B A B 1 6 - C A S S I E
B A B 1 7 - K A W A N
B A B 1 8 - M E M O R I
B A B 1 9 - R A H S I A
B A B 2 0 : P E N G O R B A N A N
E P I L O G : K U A S A C I N T A

B A B 1 5 - S A K I T

507 33 7
By IkhaZully

SEJAK kejadian itu, setiap kali mereka bertembung Aina tidak seperti selalu. Hanya diam tanpa bicara dan melintasi Qamarul tanpa secebis senyuman.

Qamarul yang termenung di meja kerja di pandang pelik oleh Qif yang berdiri di muka pintu. Bukan apa, hampir 10 kali dia mengetuk pintu namun tidak di sahut. Buka sahaja pintu, dia di sajikan pula dengan wajah abangnya yang termenung jauh itu. Akhirnya, dia mengeluh perlahan.

Pap!

"Adoi!" Qamarul tersedar dari lamunan. Pen yang tadinya melekap betul-betul diantara matanya di ambil. Tajam matanya memandang adiknya itu.

"Kau pehal?" Marahnya sejurus itu mula memerhati dokumen yang ada di hadapannya sedari tadi.

'File apa ni eh?'

"Kau yang pehal? Aku ketuk 10 kali tak sahut, lepastu kau termenung macam nak tembus dinding ni. Kau fikirkan apa sebenarnya ni?" Soal Qif sebelum keluhan Qamarul terlepas.

Dia sendiri tidak tahu kenapa dirinya tiba-tiba berubah sebegini. Sebelum ini dia seorang pekerja yang berdisiplin. Sentiasa fokus dalam membuat kerja dan pantang orang yang langsung tidak mengambil perhatian namun kini-

"Kau fikir pasal Aina, ekk?" Teka Qif membuatkan Qamarul mengangkat muka.

"Asal pulak aku nak fikir pasal dia?" Soal Qamarul yang mula terpinga-pinga. Keluhan Qif kedengaran.

"Tulah kau, aku dah nasihatkan kau awal-awal lagi. Aku dah cakap Aina tu ikhlas orang dia. Dia tak pandanglah harta segala ni. Kau tu yang cepat koyak." Bebel Qif bersahaja.

'Koyak dia kata aku? Bertuah punya adik.'

"Kau ni kan. Berapa kali aku kena pesan? Jangan tunggu orang tu tawar hati baru kau nak kejar dia. Sekarang, padan muka kau." Qif menggelengkan kepalanya. Tahu pulak Qamarul erti penyesalan. Qamarul meraup kasar wajahnya.

'Pandai frust rupanya abang aku ni. Ingat pandai menyakiti hati orang je.'

"Boleh tak kau jawab soalan yang aku nak tanya kau ni dengan jujur dan ikhlas dari hati kau yang entah suci ke tidak tu?" Qamarul menjeling namun tetap juga mengangguk.

'Dia nak kata hati aku tak suci ke ni?'

"Kau cinta dia tak?" Qamarul diam. Susahnya ingin menjawab soalan ini lagi susah dari menjawab soalan peperiksaan STPM!

'Soalan KBAT mana adik aku ambil ni?'

"Jujur weh. Kalau kau tipu, kau memang pengecut." Cabar Qif namun langsung tidak diambil kisah oleh Qamarul.

"A-aku tak tahu." Qamarul menggeleng kepalanya, kesal. Dia keliru.

"Oh, come on, Rul! Apa yang dah jadi pada kau? Dulu kau selalu ada pendirian tapi kena sekarang tidak? Tell me the truth, bro! Be a man!" Cabar Qif lagi. Dia tahu kelemahan abangnya jika di cabar. Harapnya.

"Aku-" Qif menanti penuh sabar.

"Ye, aku mengaku aku cintakan dia." Yes!

"Tapi aku tak boleh miliki dia."

AINA mula melabuhkan punggungnya di hadapan seorang lelaki berkemeja hitam. Lelaki itu berwajah tegas sebelum mula menayangkan senyuman yang tersangatlah lebar.

"It's great to see you again, dear friend!" Aidan atau namanya yang sebenar Aidan Ismadi merupanya rakan Aina di Australia. Ingat? Sewaktu Aina menghilangkan diri beberapa tahun yang dulu.

"Kau jangan nak speaking sangat laaa, Aidan oiii! Ni kat Malaysia, kau tu orang melayu cakaplah melayu." Aidan ketawa kecil.

'Membebel je budak ni. Nasib sayang.'

"Ni, kau balik ni asal pulak?" Seingatnya Aidan pernah memberitahunya bahawa dia tidak akan menjejakkan kakinya lagi ke Malaysia meskipun itu tanah airnya. Lagipun tiada seorang pun ahli keluarganya di sini atau lebih tepat, dia tiada ahli keluarga.

Aidan merupakan seorang anak yatim piatu sejak umurnya menjangkau usia 15 tahun. Ibu bapanya terlibat dalam kemalangan yang menyebabnya mereka terkorban. Tiga tahun berikutnya, adiknya pula telah di jemput Ilahi kerana demam Denggi. 2 tahun kemudian, dia mula menyambung pelajarannya di Australia dan menetap di sana sehingga sekarang.

Tinggallah dia sebatang kara tanpa kawan sebelum munculnya Aina di dalam hidupnya. Baginya, Aina merupakan cahaya yang mula menerangi hidupnya yang penuh kegelapan.

Namun untuk memiliki Aina, dia tahu itu mustahil. Dia dan Aina tiada hubungan erat selain sahabat. Aina sendiri yang berucap begitu. Tambahan pula Aina pernah menceritakan tentang seorang lelaki kepadanya. Biarlah, asal gadis itu bahagia.

"Aik? Tak suka ke aku balik?" Aina menjeling.

"Bukan aku tak suka, aku pelik jelah. Kau kan rumah kat sana, kerja kat sana, ni tiba-tiba kat sini pulak." Pelayan yang datang menghantar minuman itu menghentikan perbualan mereka.

"Haha, aku saja je balik sini. Kerja kat sana aku hold dulu. Lagipun kau tu, sejak balik sini bukannya rajin chat aku." Aina tergelak kecil.

"Kiranya kau datang sini sebab aku tak layan kau ke? Alolo, merajuk ke tu? Tak layan lah weh haha!" Aina tersenyum lebar.

'Aku datang sini untuk kau. Aku tak tahu, hati aku kata sesuatu yang tak jelas tapi aku tahu sesuatu tu ada kena mengena dengan kau. YaAllah, kenapa, duhai hati? Apa yang kau cuba sampaikan?'

"Hoi!" Aidan yang termenung itu terkejut. Tersengih dia menutup malu. Boleh pulak dia termenung.

"Berangan sampai mana oii? Baru sampai Malaysia dah rindu kerja ke?" Perli Aina lalu tergelak lagi.

"Eh, dahlah minum cepat! Aku kena balik ofis dah ni." Aidan dan Aina cepat-cepat menghabiskan minuman mereka kerana waktu makan tengahari hampir tamat.

Dari jauh, Qif melihat dengan perasaan keliru. Namun, timbul juga perasaan takut.

'Habislah kau, bang! Tulah, siapa suruh lambat? Kan Aina dah kena ngap!'

KAKI melangkah keluar dari hospital. Slip keputusan kesihatannya di belak. Keluhan di lepaskan. Sampai bila dia harus bertahan?

Qamarul melangkah menuju ke kaunter pengambilan ubat sebelum duduk di kerusi menunggu. Sekali lagi, keluhan di lepaskan.

"Ye, aku mengaku aku cintakan dia."

"Tapi aku tak boleh miliki dia." Qif bengang. Cinta, tapi tak boleh miliki, apehal?!

"Kau merepek apa ni, Rul?" Qamarul mengeluh.

"Aku sakit, bro."

"Sakit? Kau ingat kau seorang je ke sakit? Eh, kalau nak di bandingkan kau dengan Aina, Aina lagi sakit lah!" Hambur Qif yang sememangnya marah tahap aihh.

"Bukan tu lah. Aku- aku kanser." Qif bungkam. Abangnya- kanser?

"A-apa kau cakap ni, weh?"

"Aku kanser hati. Stage 2." Sekali lagi, Qif bungkam. Kenapa tiba-tiba?

"Se-sejak bila?"

"Setahun lepas Aina pergi." Apekah-

"Bro, tu dah lama. Asal kau tak bagitahu aku?"

"Aku anggap tu kifarah dari Tuhan. Aku dah sakitkan hati seorang gadis yang baik dan sempurna." Qamarul memejam mata.

Aina seorang yang baik serta sempurna di matanya. Dia sahaja yang bodoh melepaskan gadis sebaik itu.

"Sekarang bukan itu masalahnya, bro. Kenapa kau tak berubat? Operate ke-"

"Aku dah redho, Qif." Qif kembali berang.

"Tak, masalahnya sekarang ni, redho tak redho kau kena pergi berubat! Bukannya duduk diam macam ni. Ikhtiar, bro!"

"Takkan sebab kau rasa ni jadi sebab salah kau, kau nak diamkan je? Bro, kau tak kesiankan ibu ke? Ha? Qis, aku? Kami masih perlukan kau, bro!" Luah Qif penuh syahdu.

"Aku minta maaf."

"Ja-jadi selama ni, kau halau marah orang yang minta duit tu-"

"Aku- sengaja." Qif menggeleng kesal.

"Biarlah orang benci aku, Qif. Sekurang-kurangnya tiada yang meratapi pemergian aku."

Tangan di kepal menyalur kekuatan.

"N-nak." Qamarul memandang keatas. Seorang pakcik tua sedang memandang dia dengan pandangan redup.

"Boleh pakcik duduk?" Qamarul hanya mengangguk memberi jawapan. Dia tahu kenapa pakcik tua itu bertanya. Dia seorang yang miskin malah bajunya kotor dan koyak rabak, berbeza dengan Qamarul.

"Pakcik tengok, anak macam ada masalah je?" Pakcik itu cuba berbual dengan Qamarul.

"Biasalah, pakcik. Masalah dunia." Qamarul tersenyum. Tiba-tiba berasa selesa dengan pakcik itu.

"Kadang kita terlalu fikirkan masalah dunia, sampai lupa kita ada Tuhan untuk mengadu." Ujar pakcik itu perlahan. Ujarannya menyentuh tangkai hati seorang Qamarul.

"Nak, kalau kita ada masalah kita kena selalu ingat semuanya ada jalan penyelesaian. Allah tak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ia tampung." Qamarul mendengar. Ye, dia ada Allah untuk mengadu. Dia ada Allah untuk meminta tolong. Astaghfirullah.

"Qamarul Izham!" Namanya di panggil dari kaunter. Dia mengangkat muka sebelum berpaling semula pada pakcik tadi.

"Terima kasih, pakcik ingatkan saya. Nah-" Duit bernilai tiga ratus ringgit di ambil dari kocek seluar dan di hulurkan pada pakcik tadi.

"Eh, nak, apa ni?" Tekejut dengan huluran Qamarul.

"Terimalah duit ni dari saya. Saya pergi dulu." Qamarul meninggalkan pakcik itu. Ye, setiap apa yang berlaku ada penyelesaiannya.

'Terima kasih, Allah. Kau hadirkan seseorang saat aku mula tewas dengan dunia. BantuanMu memang datang tepat pada masanya.'

SESEORANG mula memasuki tandas lelaki lalu mula membuka segala pakaiannya yang kotor dan koyak rabak itu. Kemudian ia di ganti dengan pakaian yang sememangnya moden.

Dia melangkah keluar dari tandas lalu menuju ke sebuah tempat rahsia. Di situ, ada lagi seseorang yang sedang menanti.

"Apa yang kau dapat?" Soal seseorang itu. Kaca mata hitam serta topi di atas kepalanya juga mask sememangnya menutup keseluruhan wajahnya.

"Ni." Satu slip bertukar tangan.

"Macam mana kau ambil?" Soalnya. Tiada kesan koyak, remuk atau apapun di slip itu. Kemas. Bagai diambil dengan cara huluran yang bersahaja.

"Come on, ini Jay lah. Orang takkan sedar kalau aku ambil barang yang ada dekat dorang walaupun dekat tangan dorang." Ujar lelaki bernama Jay itu ataupun lagi di kenali oleh readers sebagai pakcik tua tadi.

"Hmm." Duit dua ratus di hulurkan kepada Jay oleh seseorang tadi.

"Ngamm!" Jay mengumpal duit dua ratus itu dengan tiga ratus yang dihulurkan oleh Qamarul.

"Tu duit apa?" Soal seseorang itu lagi.

"Budak yang kau suruh periksa tadi tu laa yang bagi. Tiga ratus weh." Tergelak Jay dibuatnya apabila seseorang itu menjeling.

"Dah, dah. Pergi balik." Jay tergelak lagi lalu meninggal si 'dia'.

Slip di tangan mula di baca perlahan-lahan sebelum kenyataan di situ mula membuatkannya keliru. Apa maksud semua ini? Sekejap-

'Tak- tak mungkin!'

B  E  R  S  A  M  B  U  N  G

HAA !
Tengah buat apa tuu ?
Cuti kali ni bosan jugakkan ?

Saya punya bosan sampai lupa nak update Pengorbanan Cinta ni , hehe !

Yelah sibuk nak fikir nak buat apa buat apa hmm

HAA !
Macam mana dengan cerita ni ?
Saya cadang lain , jadi lain pulak aduhh !

Saya nak tamatkan cerita ni cepat, sebelum 2020
Soo caranya ialah dengan membunuh salah seorang watak utama !
Oops-

HAHAHAH goodluck dalam memikirkan macam mana endingnya !

I'll update soon, okay ?
Byeee , have a nice holiday !

Continue Reading

You'll Also Like

5K 357 6
Sesingkat itu ya kisah kita, Luth?
69.9K 3.1K 26
Gara-gara mabuk satu malam, besoknya terkahwin pula. What the-...?! Well, kalau sudah jodoh tu... takkan ke mana-mana orang bilang... More DRAMA, mor...
11.3K 608 16
{ COMPLETE } Erika Sandra seorang gadis yang sombong, mengada-ngada dan si mulut celopar. Erika yang sudah terbiasa dengan hidup mewah selalu memanda...
352K 17.2K 29
Suami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan bua...