[โˆš] Beautiful Mess || Seo Cha...

By changbingyu_

10.5K 1.9K 2.1K

Dua manusia yang terpaksa berkahwin atas permintaan mengarut mak ayah masing-masing!! Macam-macam hal yang be... More

prolog
cast
SATU๐ŸŒŒ
DUA๐ŸŒŒ
TIGA๐ŸŒŒ
EMPAT ๐ŸŒŒ
LIMA ๐ŸŒŒ
TUJUH๐ŸŒŒ
LAPAN๐ŸŒŒ
SEMBILAN๐ŸŒŒ
SEPULUH๐ŸŒŒ
SEBELAS๐ŸŒŒ
DUA BELAS๐ŸŒŒ
TIGA BELAS๐ŸŒŒ
EMPAT BELAS๐ŸŒŒ
LIMA BELAS๐ŸŒŒ
ENAM BELAS๐ŸŒŒ
TUJUH BELAS๐ŸŒŒ
LAPAN BELAS๐ŸŒŒ
SEMBILAN BELAS๐ŸŒŒ
DUA PULUH๐ŸŒŒ
DUA PULUH SATU๐ŸŒŒ
DUA PULUH DUA๐ŸŒŒ
DUA PULUH TIGA๐ŸŒŒ (ending ๐ŸŒˆ)
๐ŸŒˆAuthor's note๐ŸŒˆ

ENAM๐ŸŒŒ

380 91 124
By changbingyu_


Minjung hanya melihat Changbin yang menekan password untuk masuk ke dalam rumah apartment baru mereka.

Setelah pintu dibuka mereka berdua mula melangkah masuk ke dalam rumah.

"Wahh besar jugak apartment ni..pandai bapak kau beli ye" puji Minjung sambil melihat sekeliling ruang tamu.

"Hmm rumah ni dah lama appa beli sebenarnya..dia cakap kalau salah sorang daripada kami adik beradik kawin, dia akan hadiahkan sebuah rumah apartment untuk kami.. Jadi inilah hasilnya aku dah kawin dengan kau" terang Changbin panjang lebar.

Minjung mengangguk lalu beredar pergi ke dapur.

"Woah ingatkan ruang tamu je besar rupanya dapur pon besar jugak wahh" kata Minjung. Changbin yang menyandarkan dirinya di sofa hanya tergelak dengan kelakuan Minjung. Nampak jakun disitu.

Minjung kembali ke ruang tamu dan duduk berhadapan dengan changbin.

"Mewah gila ermm untung la kaya siap ada chandelier lagi tau" Minjung mendongak ke atas melihat lampu mewah yang tergantung.

"Tch apa-apa je la" Changbin bangun dari duduk lalu menarik beg bagasi mereka berdua masuk ke dalam bilik.

Minjung di belakang hanya mengikut Changbin masuk ke dalam bilik.

"Eh eh jap takkan la kita sebilik?" Minjung mengundurkan dirinya dan hanya berdiri di hadapan pintu.

"Habis tu?" Changbin berpeluk tubuh memandang ke arah Minjung.

"K-kita asing la aku tak bersedia  lagi nak tidur dengan lelaki..dah la dengan kau pulak tu huh taknak aku" ujar Minjung.

"Halah apa salahnya sebilik? kita suami isteri kot" kata Changbin dengan selambanya.

"Ah tak ada, aku taknak sebilik dengan kau" Minjung mengambil begnya dan terus keluar dari bilik tersebut lalu masuk ke dalam bilik lain.

Changbin tidak menghalang malah hanya membiarkan sahaja gadis itu memilih bilik lain. Malas nak halang sebab kalau halang pon tak ada gunanya jugak. Gadis itu benar-benar kuat membantah jadi mesti lah si Changbin tu akan kalah.

"Woahh bilik ni pon boleh tahan besar jugak. Tapi tak sebesar bilik tadi" Minjung berbicara sendiri sambil melihat keliling bilik itu.

Dinding yang berwarna pink itu dipegangnya "cantik. Hmm tapi aku lebih suka warna biru".

"Minjung! Makan" Changbin yang tadinya muncul di hadapan pintu bilik Minjung tadi kini mula beredar pergi ke ruang tamu.

"Bila kau pesan pizza ni?" Soal Minjung. Sepotong pizza diambilnya lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Tadi masa kau tengah sibuk keliling rumah ni macam orang jakun" terselit sedikit perlian Changbin kepada Minjung.

Minjung membuat muka menyampah. Rasa nak je baling pizza tu kena muka dia.

"Biar la aku nak jakun ke nak gila ke apa..tak ada kena mengena dengan hidup kau" air disebelah diambilnya lalu meneguk dengan rakus.

"Uhuk uhuk uhuk" maka tersedak la Minjung disitu.

"Yahhh uhuk uhuk uhuk!" Minjung memegang peha milik Changbin.

Changbin yang faham dengan situasi itu mula menepuk perlahan belakang badan gadis itu.

"Hahh" minjung mengeluh setelah sakit di tekaknya mula reda. Lega rasanya bila dah  hilang.

"Tu la kau derhaka lagi dengan suami kan dah kena bala" Minjung memandang tajam Changbin yang berada disebelahnya.

"Ehem nak tanya..suka ke pegang aku sampai taknak lepas?" Changbin memberi senyuman sinis kepada Minjung.

Minjung baru sedar yang dia langsung tak lepas pegang peha milik Changbin. Gatal.

"Eo" cepat-cepat dia menarik tangannya kembali. Sempat dia menepuk-nepuk tangannya seperti mahu hilangkan habuk dari telapak tangan.

Changbin masih lagi memandang sinis ke arah Minjung sehingga gadis itu menegurnya.

"Halamak aku terpegang la tak payah buat muka macam tu" jeling Minjung.

"Huh padahal suka kan?kan?" Changbin saja mahu mengusik gadis itu.

"T-tak la!!ishh dah la makan cepat" marah Minjung lalu menyumbat pizza ke dalam mulutnya.

___××___

Malam mula menjelang, Minjung hanya termenung sambil memandang dapur gas.

"Yah! Api tu boleh bernyala ke dengan hanya merenung dapur gas tu?" Sergah Changbin lalu duduk di meja kaunter yang berada di dapur.

"Aku taktau nak masak apa sebab kita mana beli barang dapur" Minjung merungut. Dah la tengah lapar.

"Esok je la kita beli barang dapur..buat masa ni kita makan ramyeon dulu" Changbin pergi ke arah kabinet dan membukanya. Ramyeon yang tersusun elok itu dibawa keluar.

Kini Minjung pula yang duduk di meja kaunter itu sambil melihat Changbin yang tengah mengisi air panas di dalam dua mangkuk ramyeon.

Changbin meletakkan dua mangkuk ramyeon di atas meja dan memberikan kepada Minjung satu mangkuk ramyeon.

"Terima kasih" ucap Minjung. Changbin hanya membalas dengan gumaman sahaja.

"Changbin-ah" panggil Minjung. Changbin yang tengah makan tu berhenti seketika dan memberi perhatian kepada Minjung.

Minjung diam semula. Changbin memandang pelik..dah la panggil dia lepastu diam pulak.

"Cakap la apa kau nak cakap" changbin menyelak rambutnya ke belakang.

"Ermm aku nak kita buat perjanjian"

"MWO??" terkejut Minjung dibuatnya ish..maaf volum changbin rosak kejap.

"Yaishh rendahkan sikit suara tu!" Marah Minjung.

"Oh sorry..kau cakap apa tadi? perjanjian? Apa benda pulak tu?" Soal Changbin.

Minjung menyelesakan kedudukannya terlebih dahulu sebelum menerangkan kepada Changbin.

"Aku nak kita buat perjanjian macam ni..okay first aku taknak manusia yang dekat U tahu yang kita ni pasangan suami isteri-"

"Alah biar la diorang tahu apa masalah kau? biar diorang tau siapa milik siapa" Changbin memotong percakapan Minjung.

"Aku taknak!!! aku tak suka orang tau faham tak!" Bentak Minjung.

"Tak" Changbin memasang muka selambanya.

"Lagipun aku tak bersedia dengan semua ni..aku-"

"Okay okay apa-apa je la..kalau tu yang kau nak" Changbin sebenarnya malas nak dengar bebelan dari Minjung jadi dia setuju je la tetapi hakikatnya dalam hati memang dia tidak setuju. Semua itu mengarut baginya.

"Okay bagus..kejap tau" Minjung berlari masuk ke dalam biliknya mengambil sesuatu dan kembali semula di hadapan Changbin.

Ternyata itu adalah sehelai kertas dan pen. Changbin hanya melihat sahaja apa yang gadis itu sedang lakukan.

5 minit menunggu gadis itu siap segalanya. Sempat dia selfie lagi tau masa menunggu tu.

"Okay done" Minjung menghulurkan kertas kepada Changbin menyuruh jejaka itu baca apa yang ditulis olehnya.

Berkerut jejaka itu dibuatnya. Bukan sebab tulisan cakar ayam, tapi dia punya perjanjian tu bermasalah.

List perjanjian

1. Tak boleh sentuh barang sesuka hati.

2. Tak boleh masuk bilik sesuka hati.

3. Sentiasa saling membantu bila dalam kesusahan.

4. Tak perlu tahu tentang hal masing-masing.

4. Buat hal sendiri la.

5. Jangan kedekut.

6. Bercerai selepas 6 bulan.

~deal?

"Macam mana?" Soal Minjung sambil tersenyum.

Yang lain tiada masalah tetapi Changbin agak terkedu dengan perjanjian yang akhir sekali.

"Lee Minjung are you sure about this?" Soal Changbin serius.

"Ye, kenapa?" Minjung memandang Changbin selamba.

"Pasal cerai ni jangan dibuat main" kata Changbin.

"Kenapa tak boleh? Lepas cerai aku nak kita buat hal masing-masing. Aku taknak teruskan lagi..kau tau kan tak pernah terdetik atau terlintas sikit pon perasaan aku dekat kau" jujur Minjung.

Hal itu membuatkan Changbin terdiam. Agak kecewa dengan Minjung.

"Kau langsung taknak cuba ke?" Soal Changbin. Dia cuba untuk memujuk Minjung supaya batalkan sahaja niat bercerai tu.

"Aku rasa tak perlu cuba kot sebab memang aku tak cintakan kau..nak buat macam mana? aku tau kau pon tak cintakan aku kan?" Changbin terdiam lagi. Dia memandang dalam mata Minjung.

"Eh dah la aku nak tidur bye selamat malam...esok jangan lupa tau nak beli barang dapur".

Setelah membuang sampah, Minjung terus masuk ke dalam biliknya dan tinggal lah Changbin keseorangan di dapur.

Tbc

Continue Reading

You'll Also Like

25.2K 1.4K 19
Kisah tentang Sowon yang menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kepada Yoon Jeonghan. Seorang lelaki yang menyukai sesama jenis. Mereka bukan kah...
110K 9.7K 15
EXO BERPUASA ? !!! . JOM IKUTI KESAH MEREKA DI SEBUAH KAMPUNG . KISAH MEREKA SEPANJANG BULAN RAMDHAN . ADA YANG NAK TRY BUKAK PUASA , SIAPA LAGI KALA...
10.5K 1.2K 40
'Nak luahkan perasaan dekat seseorang tapi tiada keberanian? Boleh sahaja datang ke kelas StrayBoyz untuk matchmaker. Jangan risau semuanya akan berj...