Playboy Squad: The Undercover

By Nurinnalphaa

8.6K 1.1K 786

Mereka bukan playboy, tetapi 4 jejaka ini harus menyamar sebagai playboy untuk melaksanakan misi rahsia atau... More

Main Characters Details (Ver. 1)
Main Characters Details (Ver. 2)
PROLOG
1 | Ezayrill Adrian's POV
2 | Idlan Hyqal's POV
3 | Rayyan Hafidz's POV
4 | Faezal Qadry's POV
๐ŸŽ‰ AWARD WINNING ๐ŸŽ‰
6 | New Beginning
๐Ÿ’‹ COVER COLLECTION ๐Ÿ’‹
7 | The First Page

5 | Casting Audition

339 66 84
By Nurinnalphaa

Ramai yang sedang beratur menunggu giliran mereka. Kesemuanya kelihatan berdebar dan ada yang sedang berlatih bersama rakan atau ahli keluarga yang datang sekali menemani mereka. Akan tetapi, ada juga golongan yang sedikit berbeza; terlebih yakin atau tak kesah.

"Betul ke kau rasa aku boleh berlakon ni? Aku macam tak confident pulak ni..." Rayyan bersuara setelah memerhati sekelilingnya untuk beberapa ketika.

"Alah Yan, aku tahu kau boleh punya! Kan kita dah try practice sikit semalam? Okey punyalah, don't worry okay?" respon Aiman cuba meyakinkan rakannya yang masih ragu-ragu itu.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Ramainya orang. Boleh dapat ke ni? Huh, it's okay, don't try don't know." Ezayrill cuba mempositifkan dirinya sendiri.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"....."

Faezal hanya mengerling ke kiri dan kanan tanpa berkata apa-apa. Reaksi blur dan selamba daripada wajahnya gagal menggambarkan sebarang emosi yang dirasainya saat ini.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Okey kita dah sampai. Tahniah kau telah buat keputusan yang bijak dengan terima tawaran aku. Ha, kau ada practice berlakon sikit-sikit tak?" tanya Hor Lor pada Hyqal di sebelahnya.

"Hmm, tak ada." Selamba saja bibir Hyqal mengungkapkan jawapan sampai Hor Lor yang kehabisan kata-kata dibuatnya.

"Lah... Hmm, kau confident ya sebab aku recruit kau exclusively?" Hor Lor menyindir.

"Um, kind of..." Sekali lagi Hor Lor speechless dengan jawapan budak poyo ni. Mentang-mentang orang recruit dia personally, confident terlebihlah pula budak ni...

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Semua peserta ujibakat telah mengambil tempat duduk masing-masing di ruangan menunggu. Majoritinya kelihatan berdebar namun ada juga segelintir yang kelihatan yakin, malahan ada juga yang nampak tiada perasaan.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Nombor 67 boleh masuk," panggil salah seorang staf ujibakat.

"Yan, turn kau! Good luck bro!" Aiman menepuk lembut bahu Rayyan yang duduk di sebelahnya.

"Thanks bro." Rayyan Hafidz bangun daripada duduknya lantas berjalan masuk ke ruangan ujibakat.

Di dalam bilik tersebut, sudah sedia menunggu tiga orang juri yang akan mengadili ujibakat pada hari itu. Ketiga-tiga daripada mereka sememangnya orang-orang yang tidak asing lagi dalam dunia perfileman tanah air. Juri pertama, pengarah filem terkenal, Syahrul Usop. Di sebelahnya pula, seorang pelakon dan pelawak legendary yang sangat terkenal sejak tahun 90-an lagi iaitu Sohibul Apek, manakala juri ketiga pula adalah pelakon bergelar hero malaya yang masih malar segar walaupun telah mencecah umur 40-an, iaitu Fahrid Ahmed.

"Okey, perkenalkan diri awak dulu." Syahrul Usop memulakan.

"Nama saya Rayyan Hafidz. Umur saya 25 tahun."

"Ada pengalaman berlakon sebelum ni? Waktu zaman belajar dulu ke?"

"Hmm, pengalaman yang saya boleh katakan ada, saya join English Drama Competition antara kelas waktu Tingkatan 4 dulu tapi sebagai ekstra je," jawab Rayyan sambil tersengih.

"Okey, awak boleh mula lakonkan dialog babak pertama daripada skrip yang provided."

Rayyan scan skrip di tangannya secara pantas buat kali terakhir sebelum memulakan.

"Tuan, target telah dikesan. Dia sedang menghulurkan beg bimbit kepada suspek. Nampaknya suspek menukar taktik. Mereka buat duplicate beg bimbit sebenar untuk kelirukan kita!" Rayyan bergaya seolah sedang berkomunikasi dengan earpiece walkie talkie dengan renungan mata serius seorang ejen mata-mata rahsia yang licik.

Ketiga-tiga juri terlihat teruja dengan lakonan screen test Rayyan sebentar tadi.

"Okey sekarang saya nak awak cuba lakonkan scene seterusnya pulak."

"Hi pretty, want to have some drink with me?" Kali ini nada dan ekspresinya tiba-tiba menjadi agak kekok dan datar.

Reaksi ketiga-tiga juri berubah serta-merta.

"Macam tu cara awak nak ajak awek minum? Try to imagine you nak ajak girlfriend or your crush minum. Takkan kaku macam tu? Try to imagine her face ke?" tegur Fahrid.

"Tapi saya tak ada girlfriend ataupun crush..." Rayyan hanya mampu tersengih setelah memberi jawapan jujurnya.

"Apa? Okeylah, try to act it out with a girl." Seorang perempuan muda dipanggil naik untuk membantu lakonan Rayyan.

Akan tetapi, reaksi Rayyan malahan kelihatan bertambah kekok.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Okey, nombor 82, awak boleh masuk," panggil seorang staf yang bertubuh kecil.

"Terima kasih." Faezal berterima kasih kepada seorang staf yang membukakan pintu bilik ujibakat untuknya.

"What's your name bro?" tanya Sohibul Apek, salah seorang juri di situ.

"Nama saya Faezal Qadry."

"Your style nampak comel je bro, mengingatkan aku kat Harry Potter."

"Oh, thank you." Faezal hanya berterima kasih sambil tersenyum.

Ketiga-tiga juri berpandangan sambil ketawa kecil. Terhibur dengan kecomelan dan kepolosan budak Harry Potter di depan mereka itu.

"Okay, you can start with your first scene."

"Tuan, target dah dikesan. Dia tengah menghulurkan beg bimbit kat suspek. Nampaknya suspek menukar taktik. Diorang adakan duplicate beg bimbit sebenar untuk kelirukan kita!" Faezal melakonkan dengan ekpresi serius dan renungan matanya yang tajam dan fokus.

"Oh, not bad. But I guess cute is just your identity isn't it?" puji Sohibul jujur.

"Hehe, I'm not sure about that but thank you."

"I see that you say thank you a lot ya. Such a good boy. Boleh cuba tunjuk kau punya cheesy side sikit bro?"

"Okey, sekarang boleh try scene kedua."

Seorang wanita lantas naik ke pentas tanpa dijemput. Faezal membesarkan matanya seolah-olah sama sekali tidak menjangka akan situasi itu.

"Okey, sekarang you boleh mula."

Faezal diam seketika lalu menarik nafas dan menghembus perlahan.

"Hai..." Belum sempat dia meneruskan dialog seterusnya, Faezal terdiam sekali lagi apabila wanita di hadapan merenung tepat ke dalam matanya.

"Hai... hai... hai... pretty... want to have... some drink... with me?" Faezal meneruskan dengan agak tergagap.

Para juri berpandangan sesama mereka. Nervous teruk budak ni bila depan perempuan?

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Nombor 103, boleh masuk." Staf memanggil.

Ezayrill berjalan masuk ke ruangan ujibakat.

"Okey, hai, boleh perkenalkan diri you?" Syahrul Usop memulakan.

"Nama saya Ezayrill Adrian, umur 26 tahun."

"Okay, you may start now."

Ezayrill membetulkan kedudukannya lalu menghela nafas ringan sebelum memulakan screen testnya.

"Tuan, target telah dikesan. Dia sedang menghulurkan beg bimbit kepada suspek. Nampaknya suspek menukar taktik tuan! Mereka sediakan duplicate beg bimbit sebenar untuk kelirukan kita!" Ezayrill si penyiasat persendirian langsung tidak kekok, malah dialog yang keluar daripada bibirnya sungguh lancar dengan mimik muka serius yang menambahkan feel.

"Good. Okey sekarang boleh move on to next scene."

Sekali lagi seorang wanita naik ke atas pentas. Reaksi Ezayrill biasa saja, sama sekali tidak terkejut.

"Okey, mulakan."

"Hi pretty, wanna have drink with me?"

Para juri justeru kelihatan keliru. Adakah ini dialog yang ditujukan untuk mengurat perempuan ataupun sesi soal siasat? Ekspresi tegang dan serius pada wajah Ezayrill sama sekali gagal menggambarkan perwatakan seorang buaya darat yang sedang 'jual minyak'. Kalau macam ini gayanya jual minyak, memang takkan lakulah bang...

"Macam tu ke cara you mengurat perempuan, cik abang?" Fahrid menegur separa tertawa. Juri-juri lain turut tertawa kecil. Namun Ezayrill kelihatan agak blur di situ, kurang memahami situasi.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Hai. Okey perkenalkan diri awak," pinta Sohibul pada peserta di hadapannya iaitu Idlan Hyqal.

"Saya Idlan Hyqal, umur 26."

"Okey Idlan, awak boleh mulakan."

"Tuan, target dikesan. Dia sedang menghulurkan beg bimbit kepada suspek. Nampaknya suspek menukar taktik. Mereka buat duplicate pada beg bimbit sebenar untuk kelirukan kita!" tutur Hyqal dengan lancar dan yakin. Ekspresi yang dilemparkan juga boleh tahan mengujakan.

"Okay good. Proceed scene seterusnya." Para juri kelihatan berpuas hati.

Seorang wanita naik ke pentas sambil mengukir senyuman manis pada Hyqal.

Melihatkan senyuman tersebut, Hyqal tiba-tiba menjadi kaku. Emily? Bayangan Emily tiba-tiba menerjah fikirannya. Senyuman wanita di hadapannya ini ada iras-iras dengan Emily. Adakah Hyqal tiba-tiba diserang fobia? Bibirnya lantas terkunci dan dia hanya mampu berdiri bengong umpama tiang lampu di atas pentas.

"Hello, are you still there?" tanya Syahrul kepadanya.

"Oh, ya." Tersedar sudah akhirnya si Hyqal dari lamunan.

"Hi pretty want to have drink with me," tuturnya datar.

Para juri menggeleng kepala lalu berpandangan sesama mereka. Jangankan nada mengurat, nada pertanyaan pun tiada dalam dialog lakonan seorang Idlan Hyqal ketika itu.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Tuan, macam mana? Tuan dah buat keputusan?" tanya seorang lelaki bersut hitam.

"Daripada resume yang aku tengok, aku dah ada beberapa calon. Ini empat orang yang terpilih," balas lelaki yang dipanggil "tuan" itu.

"Tapi tuan, bukan ke lakonan diorang ni tak bagus tuan?"

"Siapa kata lakonan diorang tak bagus? Cuma part playboy tu jelah... Tapi yang lain semuanya dah perfect!"

RESUME :

Nama Penuh : Idlan Hyqal Bin Izzuddin
Umur : 26 tahun
Pendidikan :
- Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (PNGK 4.0)
- Universiti Malaya, Asasi Sains Komputer (PNGK 4.0)
- SM Sains Lahad Datu (SPM : 9A+)
- MRSM Kuala Kubu Bharu
Skill : Taekwondo

Nama Penuh : Ezayrill Adrian Bin Ahmad Nor
Umur : 26 tahun
Pengalaman Kerja :
- Penyiasat persendirian
Pendidikan :
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (PNGK 4.0)
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Asasi Undang-undang (PNGK 4.0)
- MRSM Kuala Kubu Bharu (SPM : 10A+)
Skill : Taekwondo

Nama Penuh : Faezal Qadry Bin Ghazali
Umur : 24 tahun
Pendidikan :
- Universiti Teknologi Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Robotik
- Kolej Matrikulasi Selangor Jurusan Sains Modul II (PNGK 3.95)
- SMK Aminuddin Baki (SPM : 6A+ 2A 1B+)
Skill : Karate

Nama Penuh : Rayyan Hafidz Bin Uthman Affan
Umur : 25 tahun
Pengalaman Kerja :
- Promoter Perfume
- Pelayan restoran
Pendidikan :
- Victoria Institution (SPM : 5A+ 2A 1A- 1B+)
Skill : Taekwondo

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

345K 13.2K 61
๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...
42.8K 3.4K 68
1st series of Darkness. ๐๐š๐ข๐ซ๐š ๐„๐ฅ๐ข๐ง๐š ๐ฑ ๐Š๐ฒ๐ญ๐จ๐ซ/๐€๐ซ๐ข๐ณ ๐‹๐ฎ๐ญ๐Ÿ๐ฒ ๐Š๐ฒ๐ญ๐จ๐ซ- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu...
198K 5.4K 25
Siapa 'budak Nerd' sebenarnya? Kenapa dia lain? Kenapa dia berubah?! "sebab kau... " katanya Semua character dalam ni bukan orang islamโ€ผ #maturelang...
423K 17.6K 51
karya pertama yyourtulips__๐Ÿฆ‹ Antara suka dan cinta. Dia sendiri bingung.Adakah dia benar-benar mencintai gadis itu?Atau hanya sekadar perasaanya sah...