Playboy Squad: The Undercover

By Nurinnalphaa

8.6K 1.1K 786

Mereka bukan playboy, tetapi 4 jejaka ini harus menyamar sebagai playboy untuk melaksanakan misi rahsia atau... More

Main Characters Details (Ver. 1)
Main Characters Details (Ver. 2)
PROLOG
1 | Ezayrill Adrian's POV
3 | Rayyan Hafidz's POV
4 | Faezal Qadry's POV
๐ŸŽ‰ AWARD WINNING ๐ŸŽ‰
5 | Casting Audition
6 | New Beginning
๐Ÿ’‹ COVER COLLECTION ๐Ÿ’‹
7 | The First Page

2 | Idlan Hyqal's POV

548 110 13
By Nurinnalphaa

Dear customer,

We regret to inform you that your account has been restricted.
To continue using our services please download the file attached to this e-mail and update your login information.

[attachment file icon]
update2915.html (8 KB)

Aku tekan button 'SEND' dan email tersebut telah berjaya dihantar.

Prakkk!

Kedengaran bunyi pintu apartmen aku dibuka. Aku menjenguk ke belakang dari tempat duduk aku di meja. Tak lain, Thakif, housemate merangkap working partner aku sudah balik.

"Wuu, berapa dah email kau send hari ni Qal?" Thakif menjenguk ke laptop aku sebelum berseloroh.

"Hari ni aku send 7 je. Sebab pagi tadi dah masuk 10k kat Bitcoin, so aku malas dah nak email banyak hari ni," balasku bangga.

"Wah, 10k? Mantap! So nak pergi enjoy tak malam ni?"

Aku tersenyum menjongket sebelah bibir, "Kau ingat aku macam kau ke? Kau nak, kau pergilah sorang."

"Alah Qal, duit kepuk-kepuk nak buat apa? Kau bukan ada anak bini nak tanggung pun? Pergi joli lah bro! Ikut aku jom malam ni? Alah, bukan selalu pun."

Memandangkan mood aku baik hari ni, tak salah kot rasanya kalau aku layankan saja si Thakif ni sekali-sekala kan? Berbuih dah mulut dia ajak aku, tapi aku tak pernah layan.

"Okeylah, malam ni aku join."

"Yeah, macam nilah! That's my bro!" Thakif tersengih gembira macam kerang busuk kerana aku tak tolak ajakannya kali ni.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Aku memerhati sekeliling dengan tatapan agak janggal. Kelipan lampu dan rentak muzik yang berdentum kuat terasa bagaikan menganggu aturan degupan jantung aku untuk turut mengikuti kecelaruannya. Dah agak dah, aku dan nightclub doesn't go well together!

"Qal, sini ikut aku. Aku kenalkan kau dengan sorang awek hot." Thakif mengajak aku mengikutinya.

"Emily, nilah kawan I yang I selalu cerita tu, Hyqal. Hyqal, ni Emily. Dia dah lama tau teringin sangat nak jumpa and kenal dengan kau. Tapi aku tak pernah berjaya ajak kau datang, hari ni baru first time kau agree."

"Hai Hyqal. Betullah apa yang I expect. You are so gorgeous!" Emily menghulurkan tangannya sambil menghadiahkan aku senyuman manis yang menggoda. Ya, senyuman itu memang agak mengganggu dan dia pun memang sangat cantik.

Aku menyambut huluran tangannya dan membalas senyuman Emily lalu dengan pantas dia menarik tangan aku, membawa aku ke arah keramaian manusia yang sedang terkinja-kinja mengikuti rentak muzik rancak yang diputarkan DJ.

Emily mula menari di hadapanku mengajak aku mengikuti rentaknya. Aku berdiri beberapa ketika dalam kerumunan manusia itu kemudian aku menghampiri Emily untuk bercakap dengannya, "Sorry Emily, saya tak pandai menari," lalu aku berjalan pergi ke tempat duduk berhampiran bartender.

"Kenapa Hyqal? Kalau you tak pandai menari, takpe you boleh try slow slow. Nanti mesti you akan rasa seronok tau."

"Takpelah, saya tak minat. Saya duduk sini je."

"Okey, kalau macam tu I teman you minum kat sini okey?"

"Abang, bagi dua beer ya." Emily meminta kepada bartender di situ.

"Ah, saya tak drink." Aku menolak lagi.

"What? Hmm, okeylah, abang, satu beer, satu soda okey." Emily menukar pesanannya lalu memandang aku semula dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

Aku membalas senyumannya. Memang aku tak pernah pergi clubbing sebelum ni atau main perempuan macam Thakif, tapi aku bukan budak baik. Daripada kerja aku pun dah jelas. Aku ni seorang hacker. Scammer, fraud, you can call me all that! Aku tak kesah sebab memang betul pun. Email yang aku hantar tadi tu bukan email biasa-biasa tapi itu email phishing untuk ransomware attack! Itulah antara cara aku buat duit ribu-ribu dengan mudah dalam masa sehari.

Nama aku Idlan Hyqal. Member panggil aku Hyqal. Macam mana aku boleh terjebak jadi seorang hacker ni, semuanya bermula masa aku Tingkatan 5, selepas aku dikeluarkan daripada sekolah MRSM Kuala Kubu Bharu waktu akhir Tingkatan 4. Dari Form 1 lagi aku masuk sekolah MRSM sebab result aku yang cemerlang dalam UPSR dan kekal sampai PMR sehinggalah suatu hari sewaktu Peperiksaan IGCSE masa aku Form 4, paper Math, aku terkantoi meniru kawan aku yang duduk meja sebelah.

Dia kawan baik aku ataupun aku cakap ex-kawan baik aku. Itulah pertama kali dan kali terakhir aku meniru waktu exam seumur hidup aku dan peristiwa itulah juga yang telah memberi impak yang sangat besar dalam perubahan drastik hidup aku sekarang. Daripada pelajar cemerlang kepada penipu, daripada anak kesayangan kepada anak terbuang.

Sekali tu je aku meniru, orang dah cop aku selama ni score exam sebab meniru. Mak ayah aku yang selalu bangga-banggakan aku depan student lain mengalami rasa malu dan penghinaan terbesar dalam sejarah hidup diorang. Mak ayah aku cikgu dekat MRSM tempat aku belajar tu. Abah aku ketua cikgu disiplin, mama aku pula cikgu Math senior. Mahu tak malu besar diorang? Anak yang diorang bangga-banggakan selama ni dah menconteng arang dekat muka diorang! Dalam exam besar pula tu bukan test kecil-kecil!

Tapi macam manapun, aku tetap tak rasa aku selayaknya dihukum macam ni sekali sebab kesalahan tu. Nak tahu apa hukuman aku dapat? Aku terus dipindahkan ke sekolah SBP kawasan pedalaman dekat Lahad Datu, Sabah. Sampai Sabah kot diorang campak aku! Ada seorang pakcik aku yang stay dekat sana. Diorang kirim duit setiap bulan tapi mama dengan abah tak pernah sekalipun jenguk aku dekat sana.

Dengan kurangnya perhatian terhadap diri aku, setiap weekend bila outing, aku akan lepak cyber cafe dengan kawan-kawan aku, dari situlah aku terjumpa, berminat dan mula belajar tentang skill-skill hacking ni. Awalnya aku self-learning je melalui website-website hacking tutorial. Sampailah aku dah jadi expert macam sekarang. Bila dah ada basic skill, yang advanced tu aku explore sendiri je.

Orang cakap hacking ni about talent and skill. Tak semua orang boleh belajar. Thankfully I got all of that, jadi aku pun akhirnya berhasil menjadi seorang hacker berjaya.

Lepas habis SPM pun abah dan mama masih tak nak aku duduk dengan diorang lagi. Setelah selesai Asasi, aku sambung belajar Degree course Software Engineering dekat UM. Inilah salah satu faktor yang membantu memantapkan lagi skill hacking aku. Lepas aku berjaya buktikan yang aku masih boleh score dan dapat Anugerah Dekan lepas diorang dah buang aku dengan TAK MENIRU, barulah diorang nak panggil aku balik rumah semula.

Tapi aku dah tak rasa nak duduk rumah yang cuma nak aku jadi "puppet" untuk tunjuk kejayaan mama dengan abah lagi dah! Tak cukup untuk pamer dekat saudara-mara dan kawan-kawan diorang, sesama adik-beradik pun kitorang kena bersaing untuk tunjuk siapa yang paling pandai, paling berjaya! Aku bosan dah hidup jadi puppet diorang! Sekarang masa untuk aku buat pilihan hidup aku sendiri dan aku sekarang dah berjaya dengan pilihan aku sendiri!

Aku dah jadi hacker yang berjaya sekarang. 9 tahun dah aku jadi hacker. Of courselah diorang tak tahu kerja aku ni. Aku pun dah lama jauhkan diri daripada diorang. Aku cakap aku stay dekat Sabah sambung Master tapi sebenarnya aku duduk KL kerja jadi hacker. Abah dengan mama dah bersara sekarang dan diorang duduk dekat Terengganu lepas bersara. Jadi possibility untuk terserempak diorang dekat sini tu boleh dikatakan tak adalah.

Aku selamat untuk berkeliaran kawasan KL sekarang. Abang aku menetap dekat New York, kerja doktor pakar dermatologi dekat sana, kakak aku pula dah kahwin dengan orang Singapore dan menetap dekat sana juga. Dia bukan suri rumah of course! Kakak aku dah jadi pensyarah sekarang dekat National University of Singapore. Basically I'm on my own now, nobody is bothering me and I'm happy with that!

"Nah, your soda." Emily menghulurkan segelas soda kepadaku.

"Thanks." Aku menyambutnya.

Emily masih lagi menatap aku dengan senyuman. Tak selesa juga aku sebenarnya. Dia menatap aku dari tadi macam aku ni sejenis makanan. Aku tahu dia sedang cuba menggoda aku sebenarnya. Aku meneguk soda yang diberikan untuk cuba membuang rasa awkward diperhatikan perempuan menggoda di sebelah aku ni.

Aku kemudian mengalihkan pula pandangan aku pada orang ramai yang sedang asyik menari. Tiba-tiba aku rasa pandangan mata aku semakin kabur. Aku mengebilkan mata beberapa kali dan...

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku mengambil beberapa saat memejam dan membuka semula mata beberapa kali sebelum sedar sepenuhnya. Dekat mana aku ni? Aku memandang sekeliling. Aku sedang terbaring di sebuah katil luas yang empuk. Tatarias sekeliling aku perhatikan. Tak salah lagi, aku sekarang berada di bilik hotel!

Aku melihat keadaan tubuh badanku. Pakaian yang aku pakai masih terletak elok pada tubuh aku. Aku juga terbaring di atas selimut. Tubuh aku tidak diselimutkan. Aku check pula wallet dan handphone di poket seluar. Masih ada juga terletak elok. Apa yang dah jadi sebenarnya? Nampaknya tiada apa-apa yang hilang pada aku? Semuanya masih ada seperti asalnya. Aku pergi ke cermin untuk memerhati bahagian muka dan leherku. Juga tiada sebarang tanda aku diapa-apakan.

Semestinya aku masih tidak berpuas hati. Aku inspect pula bilik hotel tersebut. Aku raba-raba di sekitar bahagian cermin, sudut-sudut pintu, lampu meja, lampu siling pun aku check, aku panjat dengan kerusi! Aku check dan belek-belek juga hiasan dinding, kotak tisu, smoke detector, segala perkakas elektronik dan segala perkakas yang berkemungkinan boleh diletakkan kamera tertutup.

Seterusnya aku tutup pula semua langsir dan lampu untuk membiarkan bilik tersebut berada dalam keadaan gelap lalu aku nyalakan flashlight handphone di sekeliling kawasan bilik hotel mencari sebarang pantulan cahaya pada mana-mana permukaan.

Aku cuba pula buat panggilan secara rawak untuk mendeteksi sebarang bunyi dan gangguan statik yang mungkin terhasil. Segala cara telah aku cuba tetapi masih tiada tanda-tanda kamera litar tertutup diletakkan di bilik tersebut. Mungkin sudah diambil sewaktu aku tak sedar? Tak guna! Mesti Emily dah letakkan ubat tidur dalam air aku malam semalam! Apa yang dia dah buat dekat aku sebenarnya? Aku masih sangat tertanya-tanya.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Sebaik saja sampai di rumah, aku terus cari Thakif. Dia ada sedang duduk di sofa melayan rancangan TV.

"Kip, apa jadi dekat aku semalam? Kenapa kau tak bawak aku balik?" tanyaku dengan muka serius.

"Semalam kau mabuk teruk lepas tu Emily bawak kau pergi hotel. Dia kata dia nak temankan kau."

Aku tarik kolar baju Thakif dengan muka berang, "Aku tak minum pun semalam! Macam mana pulak aku boleh mabuk?"

"Tapi Emily cakap..."

"Kenapa kau boleh percaya dia? Mana Emily? Bawak aku jumpa dia sekarang!" Aku mengherdik dengan ekspresi tegang.

"Woah, relaxlah bro! Kau tu lelaki, dia perempuan. Kau takkan rugi apa-apa kot."

"Aku tahu dia mesti ada agenda lain!" Kataku dengan serius. Aku syak mungkin ada orang upah dia. Kalau dia cuma nak ambil kesempatan pada aku, kenapa perlu take the trouble pakaikan baju aku semula dan menghilangkan diri lepas tu?

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Macam yang aku sangka, Emily tak ada dekat tempat kerja dia hari tu. Tak syak lagi, memang dia dah lari!

"Qal, tengok ni! Nama sebenar dengan gambar IC kau... Ada orang expose identiti kau dekat Dark Web!" Thakif memanggil aku dengan terkejut menunjukkan sesuatu yang baru dilihatnya.

"Apa dia? Siapa?" Aku pun terkejut bukan kepalang!

"Tak tahu. Anonymous. Dia tak expose identiti dia."

"Shit! Ni mesti kerja Emily!"

"Emily? Kenapa kau syak dia?" Thakif bertanya gugup.

"Kau ada bagi tahu tak kerja kita?" Aku bertanya mengesyaki semuanya berpunca daripada mulut becok si Thakif!

"Umm, ada... Dia memang tahu yang kita hacker. Aku cakap kau hacker paling hebat. Lepas tu dia terus excited nak kenal kau... Aku dah lama kenal dia, aku tak sangka pulak...," jawab Thakif teragak-agak.

Aku dah mula rasa tak sedap hati. Aku dahlah buat kerja ni sendiri-sendiri je. Kalau identiti aku dah revealed, habislah! Kalau mana-mana black market organization atau criminal organization dapat tahu?

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Aku berjalan melepasi sebuah lorong sunyi untuk balik ke rumah malam tu. Tiba-tiba aku rasa macam ada orang ikut belakang aku. Aku mempercepatkan langkah kaki tanpa menoleh. Bunyi tapak kaki itu pun semakin kuat kedengaran, cuba menyamai kepantasan langkah aku. Ya, tak salah lagi, memang aku sedang diekori! Bukan seorang tapi beberapa!

Aku terus berlari semakin laju memasuki selekoh sebelum bahuku ditarik seseorang ke sebuah sudut yang tersembunyi. Mulut aku ditekup dengan tangannya sebelum dia memalingkan aku ke arahnya. Seorang lelaki berusia akhir 30-an sehingga awal 40-an meletakkan jari telunjuk ke bibirnya untuk menyuruh aku senyap. Aku nampak sekilas daripada tempat kami bersembunyi, lima orang lelaki bersut dan berkaca mata hitam berlari melepasi sudut kami bersembunyi.

Setelah line clear, lelaki yang menolong aku itu mengajak aku ikut ke keretanya.

"Encik ni siapa?" Aku terus bertanya.

"Kau boleh panggil aku Hor Lor."

Aku membuat muka pelik. Itu bukan nama sejenis durian ke?

"Mungkin kau tengah pelik dengan nama aku tapi tu letak tepi dulu. Sekarang ni kita ada isu lagi penting. Kau Idlan Hyqal kan? Antara hacker yang buat income paling banyak through Dark Web? Aku tahu kau dalam bahaya sekarang sebab identiti kau dah terexposed."

"Macam mana encik tahu?"

"Ya, aku memang ditugaskan untuk spy on Dark Web untuk cari hacker terbaik dekat sana. Dah lama aku nak cari kau sebenarnya. Bila identiti kau dah expose, aku nak dapatkan kau dulu sebelum orang lain. Jangan risau, aku bukan daripada mana-mana illegal black market organization ataupun mana-mana criminal mastermind. Aku daripada legal organization."

"Macam mana saya boleh percayakan encik? Any proof?" Aku masih meragui.

"Mungkin aku tak boleh bagi kau proof yang solid sekarang sebab aku pun kena rahsiakan identiti organization aku. Tapi kau boleh anggap kitorang ni macam ala-ala FBI. Aku datang sebab nak offer kau join kitorang. Mungkin kitorang tak boleh bagi kau 10k sehari macam yang kau selalu dapat, tapi kitorang boleh ensure safety kau. Sekarang ni kau pun rasa keselamatan kau dah terancam kan? Imbuhan yang kau akan dapat under kitorang pun masih boleh tahan lumayan dan yang paling penting kau dalam organisasi yang legal so kau tak perlu takut kena tangkap polis. Menarik kan? Boleh jadi hacker secara legal?"

Aku masih diam tak memberi sebarang jawapan.

"Kau masih boleh fikir masak-masak. Aku akan bagi kau masa. Kalau kau dah sedia, kau boleh contact aku." Dia menghulurkan kad berwarna hitam yang hanya tertulis,

HOR LOR
012-3456666

Tiada perkataan lain ditemui pada kad itu walaupun sudah aku belek beberapa kali.

"Ha, lagi satu. Ambil ni. Kalau kau dah sedia, kau boleh call aku dan aku akan bawak kau pergi sini." Dia menghulurkan sehelai pamplet iklan kepada aku.

"Audition Pencarian Bakat Sebagai Bintang Filem"
Tajuk Filem : Abang Playboy Si Ejen Rahsia Itu Kekasihku
Genre : aksi romantik-komedi
Pencarian bermula 5 Januari sehingga 4 Februari

Anda berbakat? Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Andalah yang kami cari!

"Bintang filem?" Aku bertanya hairan.

"Itu cuma disguise je. Yang kitorang nak cari sebenarnya ialah secret agent. So sebelum kau datang, make sure kau practise berlakon dulu ya sikit-sikit. Itu salah satu qualification extra untuk mission ni."

Aku masih lagi mengerutkan dahi memandang lelaki itu. Macam tak betul je dia ni? Aku ni scammer kot! Ingat senang ke nak scam aku?

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Aku duduk di meja laptop. Laptop aku hidupkan tapi mata dan fikiran aku ke lain. Boleh percaya ke lelaki tadi tu? Tapi betul juga apa dia cakap tu. Aku dah tak selamat sekarang. Tapi betul ke ada legal organization untuk hacker? Tapi logik juga, kerajaan mesti nak kena ada hacker juga untuk counter attack musuh kan? Banyak betul 'tapi'nya daripada tadi. Hmmm, aku masih keliru dan buntu. Takut tersalah buat keputusan macam ikut si Thakif pergi nightclub semalam!

Aku tarik laci meja lalu aku keluarkan sebuah kotak. Di dalamnya ada puluhan pucuk surat dengan sampul berwarna-warni. Aku keluarkan satu sampul yang berwarna pink dan aku keluarkan isi suratnya.

Assalamualaikum Hyqal.

Sorry kalau saya buat awak rasa rimas atau terganggu dengan surat-surat saya selama ni. Tapi saya harap ia tak terlalu annoy awaklah ye.

Semalam saya ternampak awak sebelum masuk lab bio. Saya nampak muka awak muram macam ada masalah. Sorrylah kalau awak rasa macam saya ni stalk awak. Saya tak berniat buat awak rasa tak selesa, tapi it just that bila tengok awak, buat hati saya rasa tenang.

Saya pun harap at least surat saya dapat buat awak tenang untuk balas balik 'jasa' awak tu pada saya. Awak nak dengar satu cerita hambar tak? Hehee...

Waktu raya hari tu, saya pergi beli baju raya dengan ayah. Ayah kata cuma boleh pilih satu baju je. Saya confuse waktu tu nak pilih colour merah ke biru. Lama jugaklah saya fikir untuk decide. Mula-mula memang rasa nak pilih merah sebab saya suka warna merah. Tapi biru tu macam lawa je dengan pattern baju tu.

Walaupun hati saya lebih kata nak merah, tapi saya beli yang biru sebab nak try colour lain. Haha. Tapi lepas dah sampai rumah tiba-tiba rasa menyesal tak pilih merah. Sampai termimpi-mimpi pulak kat baju merah tu. Entah apa-apa je kan saya ni? Hahaa!!

Waktu raya tu kitorang balik kampung. Saya pakai baju tu untuk raya pertama. Tengah jalan-jalan nak pergi rumah saudara, tiba-tiba kami terserempak lembu gila! Cuak gila time tu! Ayah cakap jangan lari, duduk diam je tepi tu biar dia lalu lepasi kitorang. Lembu tu semakin dekat, saya semakin cuak and nasib baik, dia lari laju je terus lepasi kitorang.

Nasib baik baju saya biru, kalau merah, tak ke naye kena serang dengan lembu gila tu? Orang kata lembu gila suka warna merah kan? Ahahahahaa...

Okey the end cerita mengarut saya. Memang mengarut pun kan? Tapi apa yang saya nak highlight sebenarnya bukan cerita baju raya dengan lembu tu tapi tentang decision. Kadang-kadang kita rasa meragui decision kita sendiri, takut kita akan buat silap dan menyesal, tapi kadang-kadang kita perlu cuba dulu untuk tahu hasilnya. Mungkin ada hikmah kita tersilap buat pilihan sebelum tu kan?

Jadi kalaulah awak tengah down tentang sesuatu decision ke, saya harap cerita saya dapat memberi awak sedikit sebanyak inspirasilah hendaknya selain kehambaran...huhuu

Ok, sampai sini jelah surat mengarut saya ni ye. Bye bye.

Sincerely from,
Miss Mimosa

Aku baca sekali lagi ayat "Kadang-kadang kita rasa meragui decision kita sendiri, takut kita akan buat silap dan menyesal, tapi kadang-kadang kita perlu cuba dulu untuk tahu hasilnya. Mungkin ada hikmah kita tersilap buat pilihan sebelum tu kan?" kemudian aku menyambung semula lamunan aku tadi.

Lama dah aku simpan surat daripada 'Miss Mimosa' ni. Dah 10 tahun dah. Surat daripada seorang perempuan yang pernah menganggap aku sebagai 'crush' suatu masa dulu dan tak disangka-sangka sekarang telah berjaya aku anggap sebagai 'comfort'.

Aku tak pernah tahu siapa identiti sebenar Miss Mimosa ni sebab sejak zaman sekolah aku tak pernah peduli tentang perempuan. Macam-macam betul istilah diorang ni cipta, 'crush' lah, 'secret admire' lah. Aku memang malas layan. Waktu mula-mula aku dapat surat dia, aku buang dekat tong sampah je kot. Tak heran sebab aku memang selalu dapat surat daripada budak perempuan dan memang aku akan buang!

Tapi rupanya si malaun Amir, kawan aku ni pergi kutip surat-surat dia yang aku dah buang dulu. Dia cakap, mula-mula dia teringin nak baca je surat cinta daripada perempuan sebab tak pernah dapat, tapi bila lama-lama baca surat Miss Mimosa ni, dia kata dia rasa macam ada satu comfort.

Time aku nak pindah sekolah sebab krisis yang aku dah cerita pasal exam IGCSE tu, Amir pulangkan semua surat-surat tu dekat aku. Dia cakap aku mungkin perlu baca surat-surat ni sebagai comfort. Time tulah dia mengaku dah kutip surat-surat yang aku buang. Nasib dia kata dia tak reply, menyamar jadi aku ke apa. Kalau tak, memang aku dah perembat je dia...

Bila aku try baca, lama-kelamaan aku rasa setuju pula dengan Amir. Aku pun mula simpan surat-surat ni, selama 10 tahun dah, untuk act as comfort bila aku rasa down. Mungkin sebab aku tak ada manusia yang nak comfort aku, tu yang comfort diri sendiri dengan surat je kan? Pathetic betul lahai...

Tapi aku tak pernah rasa nak cari tahu pun siapa dia. Dah lama kot. Entah-entah dia pun dah move on daripada aku. Entah-entah dah kahwin ke? Biar jelah. Siapapun dia aku dah malas nak kesah. Tapi aku tetap berterima kasih untuk semua surat-surat dia. Terima kasih telah hadir dalam hidup aku sebagai seorang 'comfort maya'.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

⁉️ INFO EKSTRA ⁉️

IGCSE - adalah singkatan kepada International General Certificate of Secondary Education. IGCSE ni kalau di Malaysia umpama SPM. Kebanyakan sekolah swasta dan sebahagian MRSM menyediakan pilihan IGCSE kepada pelajar. Peperiksaan ini diambil di Tingkatan 4 di MRSM.

Bitcoin - selalu disebut sebagai 'cryptocurrency', mata wang maya atau digital - merupakan sejenis wang tunai jenis atas talian. Transaksi kewangan melalui Bitcoin boleh dilakukan oleh dua belah pihak tanpa perlu melalui pihak bank. Transaksi jenis ini menjadi pilihan hacker kerana dapat mengekalkan "anonymity" ataupun mengekalkan kerahsiaan identiti mereka.

Email phishing - sejenis penipuan atas talian di mana penjenayah siber menyamar sebagai organisasi yang sah melalui email, pesanan ringkas SMS, iklan atau cara lain untuk mencuri maklumat sulit dan peribadi mangsanya.

Ransomware attack - sejenis perisian hasad (malware) daripada 'cryptovirology' yang mengugut untuk menyebarkan data mangsa atau menghalang / 'block' akses kepada perisian yang diserang secara berterusan melainkan pampasan telah dibayar kepada mereka.

Kalau suka cerita ni, hulur-hulurkan support mu yg berharga (vote & komen) itu ye. Setidak-tidaknya hamba di sini akan merasa perahan otak & struggle hamba dihargai...uhukk 🤧🤧 (Oops, terkeluar bahasa hang tuah lak 🙈🤣🤣

Thank you so much my lovely reader 💕💕

Continue Reading

You'll Also Like

198K 5.4K 25
Siapa 'budak Nerd' sebenarnya? Kenapa dia lain? Kenapa dia berubah?! "sebab kau... " katanya Semua character dalam ni bukan orang islamโ€ผ #maturelang...
1.4M 17.4K 8
[COMPLETED] "You don't know me well."
HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

22.2K 2K 29
#1 ๐—–๐—ข๐——๐—˜ ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿณ ๐˜ผ๐™š๐™ก๐™š๐™–๐™จ๐™๐™– ๐˜ฟ๐™ฎ๐™ง๐™– yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
344K 13.2K 61
๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...