Playboy Squad: The Undercover

By Nurinnalphaa

8.6K 1.1K 786

Mereka bukan playboy, tetapi 4 jejaka ini harus menyamar sebagai playboy untuk melaksanakan misi rahsia atau... More

Main Characters Details (Ver. 1)
Main Characters Details (Ver. 2)
PROLOG
2 | Idlan Hyqal's POV
3 | Rayyan Hafidz's POV
4 | Faezal Qadry's POV
🎉 AWARD WINNING 🎉
5 | Casting Audition
6 | New Beginning
💋 COVER COLLECTION 💋
7 | The First Page

1 | Ezayrill Adrian's POV

1K 113 59
By Nurinnalphaa

"Jemput masuk Datuk." Abang Izwadi menyapa klien yang berdiri di muka pintu untuk masuk.

"Oh Datuk Sulaiman, silakan duduk Datuk." Aku menjemputnya dengan penuh mesra. Senyuman manis cuba ku ukir kepadanya. Akan tetapi, riak wajah Datuk Sulaiman hanya datar. Tentu saja aku sudah tahu apa penyebabnya.

"Tak sangka Datuk sendiri yang datang hari ni. Kalau saya tahu mungkin saya boleh sediakan cushion empuk sikit untuk kerusi tetamu kami." Aku masih lagi berusaha ramah.

"Kalau ikutkan hati, memang aku tak ingin nak datang kat tempat macam ni sendiri. Tapi aku rasa nak tengok dengan dua biji mata aku sendiri, budak mentah mana yang berani nak try against aku! Tengok tempat ni pun aku dah boleh tahu dah level kau ni macam mana!" Pandangan mata dan senyuman sinisnya jelas sekali menggambarkan dia sedang menghina dan memandang rendah terhadap aku!

"Huh." Aku tersenyum sinis.

"Apa bukti-bukti yang kau jumpa ha?" tanya Datuk Sulaiman kasar.

"Tak banyak. Tapi cukup untuk mendakwa pelaku sebenar," balasku sinis.

Datuk Sulaiman melemparkan renungan tajam kepadaku.

Aku membuka laci meja lalu mengeluarkan beberapa keping gambar dan meletakkannya di hadapan Datuk Sulaiman.

"Itu gambar bukti-bukti yang saya dapat daripada penyiasatan saya. Tompokan darah pada batu tu nampak sesuai dengan keadaan luka pada tangan kiri Datuk. Sample pun dah dihantar untuk DNA Test dan resultnya dah pun ada pada saya. Datuk nak tahu DNA siapa yang ditemui?"

Muka Datuk Sulaiman semakin merah padam. Aku nampak penumbuk yang sudah digenggam erat dengan tangan kanannya.

"Tak guna!" Datuk Sulaiman melayangkan penumbuknya ke mukaku. Aku berjaya mengelak namun sesaat kemudian,

PPANGGG!

Lilin aromaterapi tidak dinyalakan yang terletak elok di mejaku selama ini tiba-tiba melayang ke pipi kananku. Aku tak sempat mengelak kerana ia berlaku sangat pantas sejurus selepas tumbukan Datuk Sulaiman yang berjaya ku tepis sebelumnya.

Pipiku memerah dan bibirku mula terluka. Kuat juga lemparan yang mengenai tepat pada pipiku. Keras kot lilin aromaterapi tu. Boleh tahan besar pula. Aku memegang hujung bibirku lalu menggeliatkan rahangku yang kesakitan. Sakit siot!

Abang Izwadi datang untuk menghalang Si Datuk meroyan daripada terus bertindak agresif, namun dua orang bodyguard Datuk Sulaiman menghalangnya.

"Datuk ingat apa yang Datuk buat ni boleh halang kebenaran ke? Saya dah hantar semua bahan bukti kat balai polis. Datuk takkan boleh sembunyikan lagi fact yang Datuk dah bunuh budak kecik tu! Walaupun Datuk boleh tipu orang awam dengan faking bahan bukti dan situasi, tapi tak saya. Datuk dah salah pilih orang!"

"Kau ingat kau boleh humban aku dalam penjara ke? Kau tak tahu lagilah siapa aku! Aku ada pengaruh besar! Setakat penyiasat mentah macam kau bukan saingan aku, kau tahu!"

Datuk Sulaiman beredar dengan berang bersama dua bodyguardnya selepas meninggalkan aku dengan amaran.

"Abang, abang okey ke?" Ayra tiba-tiba masuk lalu datang menghampiri dan mengesat darah pada hujung bibirku dengan tangannya.

"Ayra? Bila Ayra datang?" Aku bertanya risau. Adakah Ayra sempat terserempak dengan Datuk tak guna dan konco-konconya?

Ayra tidak mengendahkan pertanyaanku lantas mencapai tisu lalu terus mengelap darah pada bibirku.

Aku menatap wajah risau Ayra. Ayra memang tak pernah complaint atau merungut, tapi aku tahu dia sebenarnya tak suka aku buat kerja ni.

Tiba-tiba telefon bimbit Ayra berdering. Ayra mengeluarkan handphone daripada poketnya.

'Mak'

Nama pemanggil terpapar pada skrin telefonnya. Aku dan Ayra berpandangan sejenak.

"Hello mak. Ha, ya okey okey. Ya, ya mak..." Ayra hanya mengiakan melalui talian telefon.

"Mak cakap apa?" tanyaku pada Ayra.

"Mak suruh Ayra beli barang je. Dia baru teringat nak benda tu."

"Ayra pergilah beli apa yang mak suruh tu. Lepas tu terus balik je. Tak payah datang sini balik."

"Tapi..."

"Ayra tak payah risau, abang okey. Abang Wadi pun kan ada kat sini. Dah, pergi balik sana." Kataku dengan tenang, mengukir senyuman pada Ayra. Aku tak nak dia risau. Dia dah cukup selalu risaukan aku. Padahal sepatutnya aku yang kena risaukan dia. Ayralah satu-satunya buah hati kesayangan aku kot.

Ayra akhirnya akur dan bergerak pulang.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Aku tiba-tiba rasa macam tak sedap hati. Tanganku lantas mendail nombor "Firas" di handphoneku. Walaupun aku nampak tenang sebentar tadi, sebenarnya aku risau juga dengan amaran Datuk psiko tu tadi. Aku dah siasat pasal keadaan kesihatan Datuk tu dan dia memang dah didiagnosis ada masalah mental.

Dia bunuh budak kecil yang tak bersalah tu pun sebab tak boleh kawal kemarahan dia disebabkan budak tu tolak ajakan hubungan seksual dengan dia. Ya, Datuk tu memang pedofilia. Sebab itulah aku memang nak sangat golongan macam dia meringkuk dalam penjara!

Mula-mula hari tu setiausaha dia datang tawarkan aku job untuk cari pembunuh anak orang gaji dia. Dia ingat dia upah penyiasat muda macam aku untuk siasat, boleh selindungkan kelakuan keji dia tu ke? Memang silap besarlah.

"Hello Firas." Aku menyapa Firas, kawan aku yang merupakan seorang Inspektor Polis.

"Aril, aku baru je nak call kau sebenarnya."

"Kenapa Fir?"

"Pasal kes Datuk tu, bukti-bukti yang kau hantar kat aku hari tu..."

"Kenapa dengan bukti-bukti tu?"

"Orang atasan aku tak terima bahan bukti tu. Diorang cakap tu bukan bukti yang diorang jumpa waktu siasatan jadi bukti tu tak sahih."

"Dah diorang follow jalan lain, bukan jalan sebenar Datuk tu carry mayat, memanglah tak jumpa! Kan aku dah explain semua taktik yang dia guna kat kau?"

"Ya Ril, aku pun yakin dengan semua bukti yang kau explain, tapi..."

"Tapi apa Fir?"

"Datuk yang kau against ni ada pengaruh boleh tahan jugak. Aku tak rasa kau boleh menang Ril. Orang atasan aku cakap tadi, kau boleh kena saman sebab buat bukti-bukti palsu and aku rasa... kau akan kena tindakan Ril. Aku dah cuba explain kat diorang tapi kau pun tahu, aku ni cuma Inspektor junior bawahan je. Aku betul-betul mintak maaf Ril..."

Betullah rasa tak sedap hati aku. Sekarang aku pula yang akan dikenakan tindakan sebab cuba nak buktikan kebenaran 'orang yang tak sepatutnya aku sentuh'. Macam mana kalau aku kena saman juta-juta? Ataupun terpaksa meringkuk dalam penjara sebab ni? Macam-macam perkara yang menyergah fikiran aku saat ini.

Telefonku tiba-tiba berdering membuat aku tersentak daripada fikiranku yang sedang melayang jauh.

"Hello." Aku menjawab panggilan tersebut.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Bang." Aku menegur Abang Wadi yang baru naik membawa dua bungkus makanan.

"Ril, meh makan. Aku dah beli nasi ni."

"Abang, mak kau call aku tadi." Senyuman Abang Wadi memudar sebaik saja aku memulakan kata-kataku.

"Kenapa kau tak bagi tahu aku bang?"

"Aril, aku mintak maaf. Aku tak berniat nak rahsiakan daripada kau. Sebab aku pun masih hesitate lagi sebenarnya." Aku nampak Abang Izwadi rasa bersalah dan tersepit dari riak mukanya.

"Takpelah bang, kau jangan rasa bersalah macam tu. Macamlah syarikat aku ni ada masa depan pun. Kau dah dapat peluang yang lagi baik depan mata kot. Janganlah lepaskan macam tu je," kataku separa tersenyum yang dibuat-buat untuk mengurangkan rasa bersalah Abang Wadi.

"Kalau tak hari ni, mungkin minggu depan ke, paling lambat pun tahun depan, lingkuplah. Kalau kau dah dapat peluang yang lagi promising, kau pergi jelah. Tak payah rasa bersalah kat aku. Aku pun kejap lagi mesti kena cari kerja lain juga kan?" Aku cuba menyedapkan hati Abang Wadi. Aku tahu dia berat hati sebab aku.

Abang Wadilah satu-satunya orang yang percaya akan kemampuan dan bakat aku dalam bidang ni. Sebab sebenarnya kitorang memang sama-sama fan berat Detective Conan sejak kecil. Cuma aku ada talent sikitlah daripada Abang Wadi. Sebab tu Abang Wadi follow jadi assistant aku je. Lupa nak bagi tahu awal, Abang Wadi ni abang sepupu aku.

Aku tahu mak ayah Abang Wadi pun sebenarnya perlekehkan kerja aku ni. Cuma diorang tak cakap depan-depan jelah macam mak. Tapi aku penyiasat kot, takkan benda simple macam tu pun aku tak boleh figure out?

Sekarang Abang Wadi dah dapat offer jadi Manager Hotel dekat Cherating. Jahatlah kalau aku nak halang dia pergi, bukan? Itu memang bidang study dia dekat universiti dulu. Dia pernah kerja dekat hotel tiga ke empat tahun jugalah sebelum aku habis belajar. Tapi bila aku dah habis belajar, Abang Wadi buat keputusan untuk berhenti sebab nak join bisnes aku yang merapu ni. Memang mak ayah dia tak setuju pun.

Tapi Abang Wadi dengan aku ni memang sama-sama jenis keras kepala sikit. Passionate sangat dengan minat kitorang. Dari situlah bermulanya bisnes penyiasatan kecil-kecilan aku ni, atas modal duit kerja sambilan aku masa belajar dengan duit simpanan Abang Wadi. Sebab itulah kitorang cuma mampu sewa rumah flat kecil ni je sebagai office.

Ya, beginilah kehidupanku. Nama penuh aku Ezayrill Adrian. Kawan-kawan panggil aku Aril, family pula panggil aku Abang. Nama macam anak orang kaya kan? Memang pun orang selalu cakap macam tu. Tapi realiti kehidupan aku tak seindah nama aku. Aku anak orang miskin je.

Mak aku kerja houskeeper dekat kedai jual handphone dan arwah ayah aku pula dulu cuma drebar lori, kerja hantar-hantar barang dekat pasar je. Tapi ayah aku dah meninggal dua tahun lepas sebab sakit jantung. Aku cuma ada seorang adik perempuan. Dialah satu-satunya adik-beradik yang aku ada. Nama dia Ezayra Adriana. Perempuan comel yang datang office aku tadi.

Nama kitorang memang macam kembar, tapi hakikatnya kitorang bukan kembar pun. Ayra muda dua tahun daripada aku. Nama nak dekat sama tu mungkin sebab parents kitorang malas lah kot nak cari idea nama lain yang jauh-jauh. Tu ambil nama yang bunyi lebih kurang je tu. Daripada mana diorang dapat idea nama kitorang, tu aku tak berapa pasti. Mungkinlah terinspirasi daripada drama TV ke, kalau tak pun barangkali idea nurselah kot. Aku pun tak pernah pula nak tanya diorang. Bukan sebab tak curious, tapi sebab malas.

Aku dengan mak aku tak berapa nak kamceng. Kitorang selalu bertekak. Apa je yang aku buat selalu tak kena di mata dia. Contoh paling jelas ialah kerja aku sebagai penyiasat persendirian ni. Memang dari awal lagi mak tak setuju tapi aku pun boleh tahan degil juga. Aku tetap nak buat kerja ni. Sebab aku memang minat kerja ni.

Sejak dari umur 10 tahun lagi aku dah simpan cita-cita yang mendalam nak jadi penyiasat. Detektif ala-ala Detective Conan dengan Sherlock Holmes. Diorang memang idola aku sejak dulu. Mak aku kata, sebab itulah aku ni tak berjaya, sebab mengidolakan kartun. Ada ke patut dia cakap macam tu? Entahlah, memang mak aku tak pernah sokong apa yang aku suka. Dia memang tak faham aku pun. Jadi sejak tu aku tak pernah lagi cerita impian atau cita-cita aku dekat mak. Sebab apa yang aku dapat cuma diperlekehkan.

Tapi bila fikir-fikir balik, aku tak boleh salahkan mak 100% sebab apa dia tak boleh faham aku. Mak aku bukan seorang yang berpelajaran. Macam tu juga dengan arwah ayah. Diorang hidup susah sejak kecil. Jadi diorang terpaksa berhenti sekolah dan berhijrah ke bandar untuk cari rezeki. Mak ayah aku asalnya orang kampung je. Masa orang lain tengah sekolah menengah, mak dengan ayah aku dah kerja. Mak aku pernah kerja kat dobi, kedai makan dan kilang. Ayah pula kerja buruh.

Waktu orang lain merasai alam belajar, diorang dah buat kerja berat. Jadi aku faham kenapa diorang tak boleh berfikiran jauh. Ya, aku cuba untuk faham. Walaupun kadang-kadang, ataupun sebenarnya selalu jugalah aku rasa stres sebab benda ni. Aku cuba nak faham diorang tapi dalam masa yang sama aku nak diorang pun cuba faham aku juga. Susah ke permintaan aku ni?

Adik aku Ayra pula, dia memang kesayangan mak. Sebab dia anak yang dengar cakap dan boleh diharap, bukan macam aku ni. Anak yang tak ada masa depan. Ayra masih belajar lagi. Degree tahun akhir dalam bidang Farmasi. Lupa nak cakap, aku dah habis belajar degree dah. Dua tahun lepas. Aku graduan course undang-undang.

Aku ingat lagi waktu aku mula-mula masuk belajar, mak memang happy gila masa tu. Dia canang dekat semua jiran yang anak lelaki dia ni akan jadi peguam. Padahal aku tak pernah cakap pun yang aku nak jadi peguam. Aku nak jadi penyiasat. Aku nak rungkai kes besar-besar macam White Colar Crime, pembunuhan, penculikan semua tu. Sejak kecil aku dah berangan jadi detektif terkenal kot.

Mesti korang rasa aku ni macam Mat Jenin kan? Aku bukan Mat Jenin okey... Dari zaman sekolah lagi aku terkenal sebagai penyiasat handal dekat sekolah tau. Zaman universiti pun masih maintain prestasi aku. Kalau ada barang hilang, memang semua orang cari aku minta tolong. Kucing hilang pun selalu orang minta aku cari. Tu normal lah tu. Sampai sekarang pun orang masih cari aku untuk cari kucing diorang yang hilang. Bosan jugalah aku cari kucing je. Tak mencabar langsung! Sampai aku terpaksa tampal dekat luar office aku, "KAMI BUKAN PENCARI KUCING HILANG!"

Tapi selalunya aku terpaksa juga terima kes kucing hilang sebab tu je yang ramai orang selalu nak dekat perkhidmatan penyiasatan aku. Kalau tak terima kes tu memang tak ada sumber pendapatanlah juga jawabnya... Yalah walaupun berat hati aku mengaku, servis cari kucing hilang memang banyak membantu aku buat duit. Tapi berapa jelah boleh dapat untuk cari kucing?

Entahlah, mungkin orang masih belum percaya aku untuk cari manusia? Tapi kenapa? Semua kes-kes kecurian dekat sekolah dengan dekat universiti dulu aku berjaya settlekan. Aku memang selalu bangga dengan pencapaian aku selama ni. Gred aku dalam akademik pun sentiasa top sejak sekolah rendah sampailah degree.

Tapi hari ni, aku rasa betul-betul loser. Sebenarnya memang sejak awal aku buka syarikat penyiasatan persendirian aku ni lagi memang aku dah jadi loser. Mungkin betullah apa yang orang cakap. Aku ni Mat Jenin je. Suka berangan benda yang tak masuk akal. Mungkin kalau aku ada connection, bapak orang kaya ke, mesti senang je aku nak pergi jauh dengan bakat 'rare' yang aku ada ni.

Makcik Kiah jiran sebelah rumah aku dan makcik-makcik lain pun selalu tanya, pandai-pandai ni tapi kenapa tak nak jadi doktor ke peguam ke akauntan ke? Makcik, memang semua orang pandai kena jadi semua tu ke? Nak je aku tanya macam tu dekat diorang. Tapi aku tak tanyalah. Nanti mak aku juga yang kena cop tak pandai jaga anak, anak mulut laser, bla bla bla

Aku jenguk jam tangan. Sekarang dah pukul 9.30 malam. Tapi aku masih belum rasa nak balik rumah. Sebab apa? Sebab aku malaslah nak hadap bebelan mak. Mesti benda yang jadi hari ni dah sampai dekat telinga dia. Lagi pula makcik kedai runcit bawah office aku tu kawan mak yang ala-ala presiden Persatuan Makcik Bawang.

Bukan apa, aku dahlah tengah down gila sekarang ni. Kalau balik nanti terus kena berdas-das bebelan tak berasas dan tak berpenghujung mak aku tu, korang rasa aku boleh hadap ke? Takut aku termarah dia balik je. Perang besar nanti jadinya dekat rumah tu. Aku kesiankan Ayra je. Dia nak exam kot esok.

Kalaulah aku gaduh dengan mak hari ni confirm dia stres tak boleh study. Ayra tu memang tak cakap kalau dia stres ke apa sebab dia memang budak baik, bukan macam aku yang budak rebel ni. Tapi aku abang dia, aku kenal adik aku. Aku tahu yang dia sebenarnya sedih dan stres bila tengok kitorang gaduh tapi dia diam je. Perangai Ayra sama dengan arwah ayah, lebih banyak diam daripada marah-marah. Tak macam aku dengan mak.

Jujur aku cakap, Ayralah kekuatan aku sebenarnya. Kalau tak ada Ayra mungkin aku dah lama blah daripada rumah tu. Tapi kalau aku blah, siapa nak jaga mak dengan Ayra? Setidaknya, selagi diorang masih perlukan aku, aku akan selalu ada untuk diorang.

Aku terus mengikuti langkah kakiku berjalan tanpa haja tuju. Aku pun tak tahu aku nak pergi mana sebenarnya. Aku hanya berjalan berkeliaran sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Aku berjalan mengikuti arus manusia yang berpusu-pusu pada malam hujung minggu, meluangkan masa cuti bersama keluarga, kawan-kawan, girlfriend? Sedangkan aku, berjalan tiada destinasi hanya untuk menghabiskan waktu melayan perasaan di tengah kesibukan bandar.

Ramai berkumpul di depan SOGO. Oh, ada geng busker rupanya. Aku hanya berjalan tidak peduli. Alunan gitar bermula, suara nyanyian merdu menyambut alunan gitar lalu tanpa sedari aku memberhentikan langkah kakiku untuk mengintai di sebalik alunan merdu itu.

Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud, ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai, ya sudahlah

Apapun yang terjadi
Ku 'kan selalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
'Cause everything's gonna be okay

Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh dan tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa, cita, cinta, dan harapan

Kita sambung satu per satu sebab-akibat
Tapi tenanglah, mata hati kita 'kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu jalan selalu ada

Juga kutahu lagi problema 'kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun kutahu, kutahu kau mampu 'tuk tetap tenang
Hadapi ini bersamaku hingga ajal datang

Setiap bait-bait lirik lagu tersebut seakan sedang dihadami oleh otakku ketika ini. Aku bergerak ke depan untuk berdiri lebih dekat dengan kumpulan busker tersebut. Penyanyinya sedang duduk di kerusi. Di sebelah kerusinya terletak sebatang tongkat. Aku melihat dan mengamati wajah lelaki tersebut. Wajahnya mengukir senyuman walaupun matanya tidak dapat menggambarkan perasaannya, tapi aku dapat merasai ketenangan pada wajah lelaki buta itu.

Angin bertiup agak kuat secara tiba-tiba. Mungkin nak hujan. Sehelai kertas terterbang ke bawah kaki aku. Aku mencapai kertas tersebut.

"Audition Pencarian Bakat Sebagai Bintang Filem"
Tajuk Filem : Abang Playboy Si Ejen Rahsia Itu Kekasihku
Genre : aksi romantik-komedi
Pencarian bermula 5 Januari sehingga 4 Februari

Anda berbakat? Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Andalah yang kami cari!

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

⁉️ INFO EKSTRA ⁉️

White colar crime / Jenayah kolar putih - jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya (Cth: penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, penggelapan wang, jenayah komputer, pencurian identiti, dan pemalsuan).

Pedofilia - individu yang mempunyai minat seks yang utama atau eksklusif terhadap kanak-kanak belum baligh berusia 13 tahun atau lebih muda.

Inilah dia bait-bait lagu yang tiba-tiba strike Aril yang tengah down.

Continue Reading

You'll Also Like

424K 17.6K 51
karya pertama yyourtulips__🦋 Antara suka dan cinta. Dia sendiri bingung.Adakah dia benar-benar mencintai gadis itu?Atau hanya sekadar perasaanya sah...
MAFIA GAME By KEN

Mystery / Thriller

11.1K 2.2K 31
Tanpa sedar, mereka telah memilih untuk bertarung nyawa dalam permainan maut MAFIA GAME demi memenangi wang kemenangan bernilai 10 juta USD. Setiap p...
95K 2.8K 36
Aww, I'm fucking obses to you Turtle! Let me 'eat' you! Warning:-(18 and above) -sebab ada kata kesat. -Scene...
21K 1.1K 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story...