Playboy Squad: The Undercover

Por Nurinnalphaa

8.6K 1.1K 786

Mereka bukan playboy, tetapi 4 jejaka ini harus menyamar sebagai playboy untuk melaksanakan misi rahsia atau... Más

Main Characters Details (Ver. 1)
Main Characters Details (Ver. 2)
1 | Ezayrill Adrian's POV
2 | Idlan Hyqal's POV
3 | Rayyan Hafidz's POV
4 | Faezal Qadry's POV
🎉 AWARD WINNING 🎉
5 | Casting Audition
6 | New Beginning
💋 COVER COLLECTION 💋
7 | The First Page

PROLOG

1.2K 169 217
Por Nurinnalphaa

🌺 🍁🍃🍂🍁 🌹 🍁🍂🍃🍁 🌺

WISMA BIZZ

"Ni ke tempatnya? Tak macam syarikat penerbitan pun?" Seorang lelaki muda berkemeja dituck-in dengan seluar slack hitam yang lengannya disingsing kemas hingga paras siku, meninjau sekeliling bangunan di hadapannya sebelum berjalan masuk.

"Tuan, satu dah sampai." Seorang wanita yang sedang meneropong ke luar dengan binokular menyampaikan informasi melalui earpiece yang dipakainya.

"Rate?" balas lelaki yang sedang duduk di sebuah bilik yang pencahayaannya agak malap melalui earpiece sambil memegang sebuah fail yang tertulis 'FINAL CHOICE' pada kulit depannya.

"7/10," jawab wanita itu lagi.

Beberapa saat kemudian, seorang lagi lelaki muda muncul dengan reaksi yang lebih kurang sama dengan lelaki pertama tadi. Lelaki ini pula mengenakan kemeja berlengan pendek yang dibiarkan tanpa dituck-in dengan jeans biru gelap.

"Tuan, yang kedua dah sampai."

"Rate?"

"6/10."

"Wisma Bizz. Betul dah tempat ni. Tapi kecik je eh rupanya. Ingatkan besar macam Angkasapuri ke tadi. Hmm..." Seorang lagi lelaki muda tiba di muka pintu utama Wisma Bizz. Lelaki ini juga mengenakan kemeja tetapi disarungkan bersama trucker jacket khaki berkolar dengan fesyen yang stylo di luarnya.

"Ketiga pun dah sampai tuan," kata perempuan itu masih menjenguk dengan binokular bersama earpiecenya.

"Rate?"

"8/10."

Hanya dengan mengenakan gaya pemakaian yang sungguh sempoi macam nak pergi lepak-lepak dengan member, lelaki terakhir memunculkan dirinya dengan memakai sweatshirt berhoodie dan jeans lusuh. Dia merapikan kaca mata bersaiz makro yang dipakai menggunakan tangan kanannya sambil membaca tulisan besar yang terpampang pada bahagian atas bangunan tersebut. Dia menghela nafas panjang lalu berjalan masuk.

"Final arrival tuan. All arrived. Yang ni 3/10."

"Okay, good."

Lelaki tersebut membuka fail yang dipegangnya lalu mula membelek-belek beberapa muka surat di situ.

IDLAN HYQAL BIN IZZUDDIN

FAEZAL QADRY BIN GHAZALI

RAYYAN HAFIDZ BIN UTHMAN AFFAN

EZAYRILL ADRIAN BIN AHMAD NOR

Resume beserta gambar berukuran pasport isi daripada fail 'Final Choice' itu masih dibelek sambil bibirnya mengukir senyuman yang penuh dengan makna tersirat.

🌺 🍁🍂🍁 🌹 🍁🍂🍁 🌺

"Kamu semua boleh masuk." Seorang wanita yang bersut hitam dengan kemeja putih di dalamnya menjemput empat orang jejaka yang sedang duduk di bangku ruang menunggu untuk masuk.

Mereka berjalan masuk ke ruangan yang bertemakan hitam dengan pencahayaan yang malap itu. Riak wajah mereka jelas tertanya-tanya dan musykil, namun tiada pertanyaan terzahir pada bibir masing-masing. Mungkin semuanya masih berdebar?

Kaki mereka terus melangkah mengikuti wanita bersut yang menjemput mereka masuk tadi sehinggalah mereka tiba di sebuah meja panjang seperti conference table.

"Jemput duduk." Wanita itu mempersilakan mereka.

Setelah semuanya sedia duduk dengan selesa, seorang lelaki bersut hitam dan bertali leher datang berdiri di hadapan empat jejaka yang masih clueless itu.

"Pertama sekali, aku ucapkan tahniah kepada kamu berempat kerana telah berjaya terpilih daripada lebih 1,000 candidate yang telah mencuba nasib di audition yang kami anjurkan di seluruh pelosok negara sejak dua bulan lepas. Jadi di sini, aku ingin memperkenalkan diri aku kepada korang semua yang merupakan ahli baru kami. Aku adalah ketua untuk mission ini." Lelaki tersebut memulakan ucapannya.

"Mission?" Salah seorang daripada mereka bertanya dengan muka hairan. Tidak kurang juga dengan tiga lagi jejaka lain. Mereka berpandangan sesama mereka sebelum semua mata menghalakan seribu satu kemusykilan mereka kepada lelaki berusia lingkungan 50-an di hadapan mereka itu.

"Bertenang dulu semua. Aku akan jelaskan semuanya sampai korang faham from A to Z."

"Nama samaran aku yang kamu semua perlu tahu adalah KELAPA MUDA. Panggil aku, TUAN KELAPA MUDA! Nama sebenar aku korang tak perlu tahu. Di dalam markas dan di antara para agent, semua wajib panggil aku TUAN KELAPA MUDA!"

"Agent?" Persoalan seterusnya meluncur keluar dari bibir anak-anak muda yang kini merasakan diri mereka telah di-scam!"

"Sabar-sabar. Jangan panik dulu. Okeylah aku akan berterus terang kat korang semua. Audition yang korang pergi hari tu memang untuk mencari pelakon, tetapi bukan pelakon filem sepertimana yang korang diberitahu masa tu, tapi ini adalah REAL-LIFE ACTING. Walaupun bukan 100% sama, tapi jalan cerita lakonan korang nanti akan lebih kurang samalah jugak dengan skrip filem hari tu."

"Apa semua ni encik? Ini semua SCAM!" Seorang lagi mula memprotes.

"Betul tu encik. Encik tak boleh scam kitorang macam ni!" sokong lelaki di sebelahnya.

"Woah, relax relax... Apa scam-scam ni? Siapa yang scam? Korang bukan kena scam tapi ini adalah MISI RAHSIA atau nama glamornya, UNDERCOVER MISSION. Dan imbuhan yang korang akan dapat nanti adalah lebih berganda-ganda lagi daripada gaji pelakon filem tau."

Terus terdiam mulut budak-budak kecoh tadi. Terkunci dengan perkataan 'imbuhan berganda' nampaknya.

"Berapa bayaran yang kitorang akan dapat?" tanya jejaka tadi lagi.

"Ha, macam tulah. Bertenang. Benda boleh bincang kan?" Lelaki bersut itu berpuas hati melihat suasana kembali terkawal.

"Bayaran yang korang akan dapat ialah... 650,000 MYR PER MONTH. Kalau pencapaian korang memberangsangkan, korang jugak akan dapat bonus."

Terbeliak, ternganga, terlopong, tertelan air liur dan pelbagai reaksi tidak senonoh lain pula yang dapat disaksikan kini.

"Untuk misi undercover ini, aku akan membawa watak sebagai Profesor Tan Sri Ir. Ts. Dr. Halimin Yunus. Seorang Ketua Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Alamaya yang merupakan sebuah universiti swasta terkemuka di negara ini. Prof. Tan Sri Ir. Ts. Dr. Halimin baru saja dilantik sebagai Ketua Lembaga Pengarah dan baru saja pulang semula ke Malaysia setelah berpuluh tahun berhijrah mencipta nama di Amerika Syarikat. Dia merupakan seorang bujang TETAPI memiliki empat orang anak angkat yang kacak bergaya yang merupakan buaya darat atau orang putih cakap, PLAYBOY. Mereka semua juga turut berhijrah bersamanya dari Amerika dan melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Teknologi Alamaya juga. Dan anak-anak yang dimaksudkan semestinya adalah kamu berempat yang di depan aku ni." Tuan Kelapa Muda bertepuk tangan sendiri.

"Cempaka Berduri, bagi diorang buku manual masing-masing," arahnya kepada wanita bersut tadi.

Wanita yang dipanggil Cempaka Berduri itu menghulurkan satu ring file kepada setiap seorang.

"Nama-nama samaran yang juga merupakan nama penyamaran kamu semua telah disediakan macam yang korang boleh tengok dalam manual." Kelapa Muda meneruskan penerangan.

Yang pertama, Ezayrill Adrian sebagai JALAL."

"Pfft~" Tersembur air liur mereka yang lain mendengar nama yang sungguh 'legendary' itu, terutama lelaki berkemeja lengan pendek atau nama sebenarnya Idlan Hyqal.

Si Jalal atau nama sebenarnya Ezayrill Adrian menjeling tajam, panas hati.

"Next, Idlan Hyqal, sebagai KISMAT."

"Bwahahahahaaa!" Kini giliran si Jalal pula yang terbahak sampai tersembur anak tekak, seronok membalas dendam.

"Rayyan Hafidz pulak, sebagai DAUD."

Tiga ekor beruk Mak Yeh masih seronok ketawa. Ketawakan orang lain memang seronok, ya tak ya? Tapi bila dah terkena kat batang hidung sendiri barulah...

"Dan akhir sekali Faezal Qadry, sebagai ZAKRI."

"Nama tu tak boleh glamor lagi ke tuan?" sindir Kismat acah bertanya.

"Kenapa? Tak sedap ke nama-nama tu semua?" tanya si Tuan Kelapa Muda.

"Memang taklah tuan... Kenapa nama samaran tak glamor langsung? Kata playboy?" tanya Jalal jujur, kali ini tiba-tiba pula sehati dengan musuh ketatnya, Kismat.

"Bukan nama yang menentukan, tapi attitude korang yang kena glamor. Understood?" Tuan Kelapa Muda menjawab agak annoyed. Seronok budak-budak ni mengutuk ya!

"Boleh bayanglah kenapa nama samaran kita noob, nama samaran leader pun Kelapa Muda...," sindir Jalal pula agak perlahan tapi masih jelas kedengaran sebenarnya.

"Ehem, aku dengar tau! Salah satu skill yang korang kena belajar ialah, mengumpat mesti belakang-belakang okey, bukan depan-depan," balas Tuan Kelapa Muda sekali lagi, sekaligus menyindir.

🌺 🍁🍂🍁 🌹 🍁🍂🍁 🌺

"Korang semua mesti pernah dengar White Colar Crime kan? Mission undercover korang adalah untuk merungkai dalang di sebalik White Colar Crime yang menjadi masalah terbesar negara sepanjang masa. Isu menggelapkan duit dan pembunuhan beberapa orang kuat kerajaan yang dipercayai mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Detail tentang kes semuanya ada dalam manual yang korang perlu baca dan khatamkan. Kenapa kena jadi playboy untuk merungkai kes ni? Sebab kita ada beberapa orang suspek dalam list kita sekarang, yang kesemuanya adalah orang tua kaya kaki perempuan! Jadi melalui perempuan simpanan mereka, korang mesti dapatkan info dan strategi seterusnya. Semua faham dah kan sekarang?"

"Korang semua terpilih kerana selain mempunyai rupa paras yang elok, korang semua mempunyai bakat yang sesuai untuk misi undercover."

Jalal seorang penyiasat,

Kismat seorang hacker,

Daud seorang information tracker,

Dan Zakri seorang pakar IT.

"Korang semua pun ada martial art skill kan sedikit sebanyak? Macam yang tertulis dalam resume korang? Lakonan korang semua pun not bad waktu audition hari tu, cuma satu je..."

"Gaya lelaki playboy berkaliber, korang takde!"

"Tapi jangan risau, itu semua boleh diatur. Korang akan undergo training untuk sebulan sebelum memulakan mission. Dan lima orang trainer handal telah dibawakan khas untuk melatih korang, yang terdiri daripada pelakon popular tanah air dan juga pakar perunding imej terkemuka."

"Jadi, semua ready untuk A 360 MAKE OVER?"

"Ready!" 🌸

"Ready!" 🌼

"Ready!" 🌺

"Ready!" 🌷

"Good job!" 🌟✨✨

🌺 🍁🍂🍃🍁 🌹 🍁🍂🍃🍁 🌺

So now my dear reader, apa pendapat korang tentang cerita ni? Drop your opinion here okay? 😉 I really appreciate your opinion. 😘💕💕

Random tags :
Kikilalahhhh IM_ANLION xerlickmentos58 alnisaajalal mrsmeow_

Sorry random tag dear 🙆🏼‍♀️💕

Seguir leyendo

También te gustarán

Suamiku Mr.Bad Boy Por qiss

Misterio / Suspenso

729K 30.9K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
611K 36.1K 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga ma...
10K 1K 60
BLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana...
423K 17.6K 51
karya pertama yyourtulips__🦋 Antara suka dan cinta. Dia sendiri bingung.Adakah dia benar-benar mencintai gadis itu?Atau hanya sekadar perasaanya sah...