Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [...

By aevwaryn

10.6K 1.7K 350

" remember. " cover credit by : minmin graphic shop// @-zhongc buku ni dah lama, buku first wawa lak tu so k... More

🦋 prolog
-Bab 1🦋-
-Bab 2 🦋-
- Bab 3 🦋-
- Bab 4 🦋-
- Bab 5 🦋-
- Bab 6 🦋 -
- Bab 8 🦋 -
- Bab 9 🦋 -
- Bab 10 🦋 -
- Bab 11 🦋 -
- Bab 12 🦋 -
- Bab 13 🦋 -
- Bab 14 🦋 -
- Bab 15 🦋 -
- Bab 16 🦋 -
- Bab 17 🦋 -
- Bab 18 🦋 -
- Bab 19 🦋 -
- Bab 20 🦋 -
- 🇾 🇪 🇴 🇳 🇦 ❁ -
- 🇳 🇦 🇷 🇮  ❁ -
- 🇯 🇮 🇪 🇻 🇳  ❁ -
- Bab 21 🦋 -
- Bab 22 🦋 -
- Bab 23 🦋 -
- Bab 24 🦋 -
- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 1 -
- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 2 -
- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 3 -
- Bab 25 🦋 -
- Bab 26 🦋 -
- Bab 27 🦋 -
- Bab 28 🦋 -
- Bab 29 🦋 -
- Bab 30 🦋 -
- Bab 31 🦋 -
- bab 32 🦋 -
𝘦𝘯𝘥? 🦋
ʏᴇʏ ! ▼・ᴥ・▼
im bbackk !

- Bab 7 🦋 -

291 54 4
By aevwaryn

6 hari lagi sebelum peperiksaan semester 1 akan berlangsung. Aku, Nari dan Jieun selalu buat study group dekat rumah aku. Yeona pun kadangkala menyertai kami.

"Eunji rehatlah dulu"

Ibuku selalu risau denganku yang selalu duduk menghadap buku 24 jam walaupun sepatutnya aku rehat bila balik sekolah huhuhuu.

Aku duduk di sebelah ibuku.

"Terima kasih ibu"

Aku mengambil buah-buahan yang dipotongnya untukku. Aku baru menyedari bahawa adikku tiada di bilik itu.

"Yeona mana?"

"Haechan ajak dia main permainan video dekat rumah dorang"

"Eh? Bukan Yeona pun ada exam ke nanti?"

"Eunji, Yeona pun perlu rehat"

Aku tersenyum pahit ke arah ibuku.

"Ibu, Eunji dengar hutang tuisyen Yeona yang tertunggak selama 3 bulan semalam"

Ibuku tersentak.

"Eunji bukan curi-curi dengar tapi tak sengaja masa tu"

"Jangan risaulah, nanti ibu bayar"

Aku mengerutkan dahiku.

"Tapi ibu, ajar yoga tak cukup untuk bayar tuisyen Yeona tu"

"Eunji jangan risaulah yang penting Eunji cemerlang dalam peperiksaan tu nanti ok? Tapi jangan 24 jam menghadap buku je rehat la sesekali"

Ibuku tersenyum lalu meminta diri untuk pergi ke bawah. Aku segera menghubungi Jieun dan Nari.

"Korang tahu tak kerja kosong?"

"HAH?"

"Kerja kosong"

"JAP JAP WEYH HAECHAN"

"KORANG KAT MANA NI? JIEUN? NARI?"

"WEYH MUSUH TU WEYH"

"NARI??"

"KEJAP NANTI KITORANG CALL BALIK BAII"

Aku mendengus geram. Takkan dorang kat rumah dreamies dengan Yeona kot? Aku mengikat rambutku dan memberitahu ibuku bahawa aku mahu melihat keberadaan Yeona di sana.

Kringgggggg! Kringggggggggg!

...

Anak mata kami bertembung. Sudah tiga hari dia tidak makan bersama-sama kami di rumah itu. Sejak dari peristiwa itu, aku dan dia tidak pernah berhubung sebab siapa je tak marah kalau kau kena ignore je? Bahkan ibuku juga menyuruh aku menjauhkan diri daripadanya.

"Jieun dengan Nari ada?"

...

'DIA BIARKAN AKU BERDIRI JE DEKAT SINI? TAKNAK JEMPUT AKU MASUK KE APE LELAKI NI'

"Eunji? Masuklah"

Jaemin menjemputku masuk selepas beberapa saat Renjun mengabaikanku. Aku apa lagi menyumpah seranah la lelaki tu dah biadab dah lah aku ni tetamu esh!

"Oh, Eunji!"

Nari memelukku. Aku melihat Haechan, Jisung, Jieun dan Yeona sedang bermain permainan video bersama. Chenle, Jaemin, Nari dan Renjun pula cuma melihat mereka berempat bermain.

"Patutlah tak telefon tadi takde siapa yang nak peduli

"Hehehe maaflah. Kenapa?"

Aku menarik tangan Nari untuk berdiri jauh sedikit daripada mereka dan juga Yeona.

"Kau tahu tak kerja kosong sekitar sini?"

"Huh? Kenapa pula kau tanya soalan macam ni, tak ke tibe"

Aku memberitahunya daripada A sehingga Z.

"Hm, aku rasa ada satu kerja sambilan ni yang sesuai dengan kau"

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Renjun pov

"Injun-ah~~ tolong ambilkan snek dekat dapur hehehe"

"Hmmm"

Aku dengan pasrahnya menuju ke dapur dan mengambil snek-snek yang ada di atas meja makan.

"Aku nak cari kerja sambilan kejap untuk tolong ibu aku tanggung kos tuisyen Yeona"

Aku tersentak. Kerja sambilan?

"Nanti aku bagi alamat tempat kerja tu, jangan risau kerja tu sesuai untuk kau"

Hatiku pilu melihat riak wajahnya yang sedih.

"Kerja apa?"

"Barista"

"Ouh ya , aku lupa pula yang aku pernah beritahu kau aku pernah kerja sementara sebagai barista huhuhuu"

"Ibu kau tahu yang kau nak ambil kerja sambilan?"

Dia menggeleng sayu. Aku segera kembali ke ruang tamu bersama snek-snek tadi.

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Eunji pov

"Eunji! Pergi mana tu?"

"Oh err Eunji nak study group dekat rumah kawan"

'Maaf, ibu. Eunji terpaksa tipu kali ni huhuhuu 🥺😭'

"Tak rehat ke? Kan baru pulang sekolah tadi?"

"Eunji ok! Mungkin Eunji lewat balik sikit!"

"Hati-hati!"

Aku menghela nafasku. Kemudian, menuju ke arah alamat cafe yang Nari berikan tadi.

'Comelnya kafe ni'

Aku memasuki kafe tersebut dan terus menuju ke kaunter untuk bertanyakan kerja kosong.

"Oh, awak yang nak apply kerja kosong?"

Aku mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Awak ada pengalaman jadi barista sebelum ni? Oh ya saya pengurus tempat ni"

"Ya saya mahir"

"Kalau macam tu , awak boleh kerja hari ni lagipun kami kekurangan pekerja"

Mataku membulat. Aku segera mengambil kedua-dua belah tangan pengurus itu dan berkali-kali mengucapkan terima kasih.

"Saya Kim Hyejin boleh panggil Cik Kim. Saya kakak kepada Nari"

Aku memberi tunduk hormat kepadanya.

"Oh ya, sebelum tu berkenalan dengan pekerja lain. Soojung! Sujeong! Junseo!"

"Hm? Pekerja baru?"

"Wah, cantik!"

"Ni barista baru, Kim Eunji. Ni Soojung, Sujeong, Junseo"

Kami masing-masing memberi tunduk hormat.

"Selamat berkenalan"

"Jadi bila dia nak mula kerja Cik Kim?"

"Eleh, tak sabar lah tu"

"Hehehehe, ye Cik Kim kami dah lama tak ada kawan baru huhuhuu"

"Saya nak ambilkan uniform untuk Eunji. Kamu semua boleh buat tugas masing-masing. Ramai pelanggan ni"

Aku mengikuti Cik Kim ke bilik salinan untuk menukar kepada uniform pekerja disana.

'Hm patutlah gaji boleh tahan, dah lah popular tempat ni , boleh tahan besar juga! Ramai pelanggan huhuhuu'

Sebelum aku mula untuk bekerja aku menghantar pesanan kepada Nari untuk memberitahu kakaknya untuk menerimaku bekerja disini.

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Yeona pov

"Ibu mana kakak?"

"Kakak ada study group dengan Nari dan Jieun"

Aku hanya meng'oh'kan saja dan menuju kembali ke bilikku.

'Hmmm bosannyaaaa'

Aku melihat lukisan-lukisan kakakku yang di letakkan di tepi meja belajarnya.

'Kenapa dia tak jual je, kan untung dah lah cantik'

Aku mencari-cari alatan lukisan di atas almarinya.

'Daripada aku duduk diam je macam beruk lagi bagus aku melukis hilangkan stress, takkan aku nak belajar 24 jam je tak silap-silap hidung aku berdarah'

"Aduh!"

Aku menggosok-gosok dahiku yang terkena akibat kotak itu jatuh. Diary itu menarik perhatianku sekali lagi.

"Aik? Kakak belum dapat buka lagi diary ni? Dah 4 tahun"

Sebenarnya, pertama kali aku dengan kakak jumpa diary ni pun dah nak mati dah cuba untuk buka tapi entah kenapa diary ni degil sangat tak nak buka huhuhuu.

Aku cuba mengibas-ngibaskan buku diary itu sekuat hati mengharap ada sesuatu yang keluar tetapi akibat buku itu tertutup, jadi sedikit sukar untuk sesuatu keluar dari halaman buku tersebut.

"HADOI TAK GUNA PUNYA DIARY"

Aku menghempaskan diary itu kembali ke dalam kotak dan menyambung untuk melukis di salah satu canvas Eunji yang kosong diletakkan di sebelah kotak berus itu.

"Hmm apa nak lukis"

Aku mencari-cari gambaran apa yang boleh dilukis di pinterest. Lalu, aku teringat sesuatu perkara.

"Ah! Renjun kan pandai lukis"

Aku mendail nombornya di telefon dan menunggu dia mengangkatnya.

"Hello?"

"Renjun! Awak sibuk?"

"Baru habis shooting"

"Bagus! Kalau macam tu awak boleh ajar saya melukis?"

"Ibu awak ada? Eunji?"

"Takpe pandai-pandailah nanti saya pujuk, datang ya! Boleh bawa yang lain hehehe"

"Cakaplah nak Jaemin datang"

"Hehehehe ok lah byeee"

Aku segera mematikan talian dan turun ke bawah untuk memujuk ibu bahawa Renjun akan datang ke sini.

"Ibu~"

"Hm? Ya, Yeona"

"Yeona ajak Renjun pergi sini"

Ibuku mengerutkan dahinya.

"..EH YANG LAIN PUN IKUT"

...

Akhirnya ibuku mengangguk setuju.

"Terima kasih ibu!"

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Eunji pov


"Huarghhhhhhh"

Aku meregangkan bahagian badan belakangku. Baru sehari bekerja dah oenat macam ni , buat macam mana lagi hari ni banyak pelanggan maklumlah kafe popular.

"Eunji! Kau tak nak ikut kami makan lepas ni? Kita berempat, Soojung , aku dengan Junseo"

Aku memikir-mikirkan sebentar dan melihat waktu di telefon pintarku.

5.45 p.m

"Boleh juga"

"Ok!"

Sujeong kembali membersihkan kawasan kaunter dan aku membersihkan meja pelanggan. Aku melihat sebuah set penggambaraan berdekatan kafe ini. Mataku membulat apabila ternampak sesusuk tubuh yang ku sangat kenali.

"Ah! Mana mask aku?!"

"Kenapa Eunji?"

Junseo melihat ke luar kafe.

"Eh? Dia tak nampak ke kita dah tutup?"

Krikkkk

Aku segera berpura-pura membersihkan meja yang lain dan berusaha menjauh daripada Renjun yang baru memasuki kafe itu.

"Renjun? Bukan kafe ni dah tutup? Kita cari kafe lain je lah"

Jantungku mahu saja tercabut apabila mrndengar suara Yeona berdekatanku.

'Aduh! Baru hari pertama dah jadi macam ni!'

Junseo mendekati mereka berdua dan memberitahu bahawa kafe ini nak tutup kejap lagi.

"Saya dah beritahu Cik Kim , pengurus awak tadi. Saya datang sini lewat sikit sebab ada shooting"

"Hm kenapa ni?"

Aku menyumpah seranah apabila Dreamies yang lain memasuki kafe itu. Soojung dan Sujeong menghampiri aku yang masih berpura-pura membersihkan meja.

"Wah! Tu bukan Nct Dream ke!?"

"Yelah , eh siapa perempuan hingusan tu?"

'Itu adik aku la , bukan perempuan hingusan' aku hanya membebel di dalam hati.

Junseo menghubungi Cik Kim untuk memberitahu kejadian itu. Yelah siapa tak puas hati sepatutnya kitorang sekarang dah makan sama-sama lepas tu balik kan penat seharian huhuhuu

Akhirnya, mereka masuk tapi

'EH KENAPA DORANG PERGI TEMPAT AKU NI, ADUH MANA KAIN KOTOR TADI AISH ARGHH'

Tidak sempat aku melarikan diri tiba-tiba suara dari belakang menegurku.

"Cik? Maafkan kami, kami nak duduk sini"

'ARGH SUARA HAECHAN IDSJBDCHDH'

Tanpa melihat kebelakang aku terus beredar dari situ dan menuju ke ruangan dapur.

"FUHHH"

"Eunji, ambil pesanan"

Mahu terkeluar biji mataku.

"KE-KENAPA AKU?"

"Renjun nak kau yang ambil pesanan. Pesanan manual pula tu. Aku, Soojung dengan Junseo dah cuba tadi tapi dia nak kau juga"

Aku memujuk Sujeong bahawa aku tidak mahu mengambil pesanan mereka tetapi kerana aku pun dah penat sangat nak balik awal , terpaksalah aku pergi juga huhuhuu

"Nak p-pesan apa?"

Mereka masing-masing melihat menu yang di sediakan di atas meja. Aku menundukkan wajahku.

'Tengoklah menu tu ish!'

Aku mencuri-curi melihat Renjun melalui ekor mataku jikalau dia masih melihatku dengan tajam.

Aku mengeluh perlahan apabila dia sudah fokus melihat menu tadi. Mereka masing-masing membuat pesanan dan aku kembali ke dapur.

"Nah tisu, teruk kau berpeluh ni. Kenapa
penghawa dingin rosak ke kat dapur?"

Aku cuma tersenyum nipis ke arah Junseo dan membuat kerjaku.

"Eunji!"

"Hm?"

"Kau mesti tak percaya ni tapi Renjun panggil kau kat kaunter"

Aku terlopong. Arghh apa lagi mamat ni?!

"Kenapa? Kau je lah asyik aku je daritadi dahlah aku ada kerja ni!"

"Dia minta tunjukkan tempat tandas. Aku dah nah tolong dia carikan tadi tapi dia panggil kau"

"Panggil macam mana? Dia tahu nama aku ke apa?"

"Dia beritahu aku ciri-ciri kau je, sebab dia tak tahu nama kau kan"

Aku mengeluh kasar lalu menuju ke arah kaunter.

"Ya mari ikut saya"

Sepanjang kami menuju ke tandas dapat kurasakan pandangan daripada belakangku. Aku menyumpah seranah kenapalah tandas ni macam jauh je ish.

"Ok kalau macam tu saya nak pergi dulu-"

"Kim Eunji"

'YAH MATI LAH AKU AHAHAHAHA BARU FIRST DAY KOT 😀'

Dia memanggil namaku membuatkanku tersentak dan berhenti seketika.

'ADUH APA AKU NAK CAKAP NI TOLOL'

Dia mendekatiku setapak demi setapak dan menghadap ke arahku.

"YAH"

Dia dah buka mask aku barbie betul 🙂

"Oh study group kat kafe rupanya"

Continue Reading

You'll Also Like

526 110 12
You are the reason that i still here
12.3K 1.1K 29
START: 17/12/2019 END: 11/01/2020
2K 306 20
Leftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Di malam gelap yang penuh misteri, Bunga Sofea nekad keluar dari rumah untuk mengintai dunia luar, namun hampir t...
19K 3K 38
SIRI ISLAMIC FANFIC • Sequel from Imam Mudaku Romantik • "Masa silam merupakan perkara yang paling menyakitkan." Ranking : 13102021 - # 1st islamic ...