Mamat Dingin, I Love You! [✔️]

By shafiqhafizi4_

237K 15.9K 1.3K

[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERA... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4 - Sweet in Silence 🥀
Bab 5 - You're my Angel
Bab 6 - Spotcheck
Bab 7 - Nota
Bab 8 - Daniel
Bab 9 - Dating
Bab 10 - Dingin
Bab 11 - Isyarat
Bab 12 - Cemburu
Bab 13 - Perkelahan
Bab 14 - Terikat Sebuah Janji
Bab 15 - "I Heart You" ❤️
Bab 16 - Bercinta
Bab 17 - Our Future
Bab 19 - Siasat
Bab 20 - Kau?
Bab 21 - Peluang Kedua
Bab 22 - Putus Cinta
Bab 23 - Mati
Bab 24 - Zaman Depan
Bab 25 - Rish
Bab 26 - Dia
Bab 27 - Memori Yang Hilang
Bab 28 - Cerita
Bab 29 - Mimpi Khayalan
Bab 30 - Dia dah Arwah? 💔
Bab 31 - Lelaki Misteri
Bab 32 - Hanya Tinggal Kenangan
Bab 33 - Takdir Yang Tertulis
Bab 34 - Jiwa Yang Ditinggalkan
Bab 35 - Kenangan Terindah
Bab 36 - Dear?
Bab 37 - Menyampah !!
Bab 38 - Bisikan Hati
Bab 39 - Kehilangan
Bab 40 - Terus Mencintai
Bab 41 - Mimpi
Bab 42 - Goodbye
Bab 43 - Melepaskanmu Pergi
Bab 44 - Coretan Hatiku
Bab 45 - Misi Mencari Cinta
Bab 46 - Confession
Bab 47 - Dia Gay?!
Bab 48 - Aku Terima Nikahnya
Bab 49 - Cukup Ada Kamu
Bab 50 - Sekali Lagi
Bab 51 - Zuriat
Bab 52 - Rahsia
Bab 53 - Cinta Pandang Pertama
Bab 54 - Kepercayaan
Bab 55 - I Just Need You
Bab 56 - "I Love You Unconditionally"
Bab 57 - Urusan Hati
Bab 58 - Cinta Separuh Mati
Bab 59 - Kisah Cinta Kita
Bab 60 - TAMAT
Bab 61 - TERIMA KASIH

Bab 18 - Diperangkap

3.3K 242 11
By shafiqhafizi4_

"KELAS, hujung minggu ni saya tak buat kelas tambahan. Tapi jangan ambil kesempatan nak goyang kaki pulak. Ingat, tahun ni korang semua ada peperiksaan besar" pesan Cikgu Zamri sebelum menghabiskan sesi kelasnya.

Serentak itu terdengar para pelajar bersorak riang. Aku menghela nafas perlahan. Sama ada kelas tambahan ada ataupun tidak ada, aku tetap kena berkurung dekat rumah. Ketika musim cuti inilah aku boleh mengulangkaji pelajaran. Kalau aku bersuka ria macam mereka mesti aku akan ketinggalan.

"Cikgu nak pergi mana? Dating ke?" Terdengar satu suara nakal yang bertanya.

Wajah Cikgu Zamri berubah kelat. "Siapa yang tanya tadi? Nak kena tolak markah dalam ujian ke?"

Kelas terus diam. Tak ada sesiapapun yang berani bersuara. Tahupun takut.

"Tanya apa cikgu? Saya tak dengar" Terdengar satu suara yang lain pulak menyampuk. Cikgu Zamri hanya menjeling kepada pelajar itu saja.

"Assalammualaikum, cikgu" Terdengar pintu kelas diketuk. Serentak itu kami menoleh ke muka pintu. Terlihat beberapa orang pengawas sekolah sedang berkumpul di luar kelas.

"Apahal ni ramai ramai?" Tanya Cikgu Zamri.

"Kami datang nak buat pemeriksaan"

"Pasal pagi tadi ke?" Tanya Cikgu Zamri lagi. Pengawas itu menganggukkan kepala.

"Kenapa tak serahkan kes ni kepada pihak polis je?" Soal Cikgu Zamri.

"Pengetua baru dapat maklumat. Mereka yang terlibat dalam kes pecah masuk ni dilakukan oleh pelajar sekolah ni. Jadi, pengetua dan cikgu disiplin nak siasat dulu sama ada maklumat tu betul ataupun tidak. Kalau lepas pemeriksaan ni kita tak jumpa lagi penjenayah tu, baru pengetua serahkan kes ni kepada pihak polis" terang Pengawas itu.

Serentak itu hati aku berdegup dengan laju. Aku menoleh kepada Iskandar. Dia kelihatan tenang. Harap haraplah dia tidak terlibat.

"Okay korang boleh buat pemeriksaan sekarang. Semua pelajar berdiri di tepi meja" arah Cikgu Zamri.

Dari satu meja ke satu meja pemeriksaan dibuat. Tiba di meja Aidil, dia tersenyum sinis kepada pengawas yang memeriksa mejanya.

"Buang masa korang je. Takde maknanya aku nak mencuri duit koperasi. Baik aku pergi curi duit bank je terus" ujar Aidil lalu ketawa mengekek.

Tiba tiba pengawas yang memeriksa memandang wajah Aidil. "Ni apa?" Pengawas itu mengeluarkan satu plastik gula gula lalu diletakkan diatas meja.

Wajah Aidil yang sedang tersengih tadi kini mula berubah cuak. "Eh, itu bukan barang aku. Apahal aku nak simpan gula gula sampai satu plastik!" Marah Aidil ingin merampas bungkusan itu namun segera ditegah oleh pengawas yang lain.

Cikgu Zamri terkedu. "Takkan gula gula tu tanda dia yang terlibat?" Cikgu Zamri bersuara.

"Kami cuma memeriksa, cikgu. Semua bahan bukti kami akan serahkan kepada guru disiplin" jelas Pengawas itu.

Aku segera menoleh ke arah Iskandar. Nampaknya dia masih kelihatan tenang saja.

"Apa pandang pandang?" Iskandar mencerlung.

Aku mencebik. Mendengus perlahan. Mata aku kembali melihat pengawas yang bertugas memeriksa beg pelajar lain. Namun, sebaik saja tiba giliran Iskandar, hati aku mula berdegup dengan kencang. Tuan punya badan pulak masih tenang saja seperti tadi. Sebaik saja selesai memeriksa beg Iskandar, mereka beralih pada Laila pula. Lambat lambat aku menarik nafas lega.

"Kau ingat aku ni muka pencuri ke?" Iskandar berbisik di hujung telinga aku.

Berderau darah aku dibuatnya. Aku menjeling. Dia tersenyum. Kini tiba giliran meja aku pula. Aku berganjak sedikit ke belakang memberi ruang kepada pengawas untuk membuat pemeriksaan.

"Takkanlah Aidil terlibat?" Aku berbisik kepada Iskandar yang berdiri di sebelah Aku. Dia menjongketkan kedua dua bahunya.

"Aku tak suka teka teka. Nanti kalau salah teka, boleh timbul fitnah. Tak elok. Berdosa" Iskandar menjeling aku.

"Eleh, perli aku lah tu!" Aku mencebik.

"Siapa makan cili dia lah yang terasa pedasnya" jawab Iskandar bersahaja.

"Yelah, aku rasa pedasnya. Tapi kan, kau agak siapa pemberi maklumat tu?"

Dia menoleh lalu menggeleng buat beberapa kali. "Tak payah agak. Lantak lah siapa pon.."

Belum pun sempat Iskandar habis bersuara, tiba tiba terdengar ada suara menjerit kecil. Kepala aku terus berkalih ke depan. Terlihat semua orang sedang memandang ke belakang. Aku berkalih pula kepada Iskandar. Bulat matanya memandang ke arah wajah Aku. Kenapa semua orang pandang aku semacam je ni?

"Rania?" Panggil Pengawas.

Aku menoleh. Namun sebaik saja melihat barang yang dipegang oleh pengawas itu membuatkan aku tersentak buat seketika.

"Tak mungkin! Mana korang dapat tu?" Aku ingin menjerit tapi suara terasa seperti tersekat di celah kerongkong.

"Dalam beg.." Tak berkelip pengawas yang bernama Khairun itu memandang aku. Mungkin dia pun terkejut juga sepertimana aku terkejut sekarang ini.

"Tak mungkin!" Aku menggeleng buat beberapa kali.

Di depan aku terlihat beberapa keping duit 50 ringgit dan 10 ringgit yang diikat kemas. Tiba tiba terdengar satu jeritan. Serentak itu kami berkalih ke depan. Terlihat pengawas lain mengeluarkan satu ikat duit daripada beg salah seorang pelajar kelas kami.

"Cikgu! Saya tak tahu macam mana duit ni ada dalam beg saya!" Jerit Amirul.

Kelas tiba tiba riuh rendah. Aidil turut sama menarikan barang itu miliknya. Aku terus terkedu di sisi Iskandar. Terasa bagaikan mimpi yang ngeri. Tak mungkin! Kenapa duit tu tiba tiba ada dalam beg aku? Seluruh tubuh aku terasa lemah longlai. Tiba tiba tangan aku terasa kebas. Tangan Iskandar terus menggenggam erat jari jemari aku. Aku mendongak. Renungan matanya terasa menusuk masuk ke dalam hati.

"Kau diperangkap" ujar Iskandar perlahan. Seakan akan berbisik.

Air mata aku berlinang. Menarik nafas lega kerana dia percayakan aku. "Tapi siapa?! Siapa!"

"Korang ikut kami ke bilik pengetua" Khairun mengarah.

Iskandar melepaskan tangan aku. Dapat ku lihat halkumnya bergerak gerak.

"Khairun?" Panggil Iskandar sambil matanya merenung terus kepada Aku.

Pengawas yang bernama Khairun itu menoleh.

"Duit tu.. aku yang letak dalam beg Nia" ujar Iskandar perlahan.

Kata kata itu saja sudah cukup membuatkan jantung aku hampir tercabut. Bulat mata aku memandang wajahnya. Serentak itu kelas mula hingar bingar. Iskandar melarikan matanya daripada membalas renungan Aku.

"Kau perangkap aku jugak?" Aidil menjerit.

"Duit dalam beg aku ni pun kau letak?" Disusuli pula dengan jeritan Amirul.

Aku terkedu. Segala perbualan kami tadi bermain main di fikiran aku. Tak mungkin. Dia tak mencuri. Kalau dia bersalah, mesti dari tadi dia tak akan mempamerkan riak wajah yang tenang. Dan, tak ada sebab pon untuk dia nak perangkap aku.

"Aku cuma nak perangkap Nia. Barang dalam beg korang pulak, aku tak tahu siapa yang letak" balas Iskandar dengan suara yang mendatar.

"Kalau macamtu, korang bertiga ikut aku" pinta Khairun.

"Kejap!" Aku menjerit. Menghalang Iskandar daripada pergi. Kesemua mata yang ada disitu memandang aku. "Dia tipu. Memang duit tu ada dalam beg aku tapi bukan dia yang letak"

"Apa yang kau merepek ni?" Iskandar mencerlung. Dia membuat isyarat mata menyuruh aku diam.

Tanpa mempedulikan Iskandar, aku terus menghampiri Khairun. "Duit tu memang ada dalam beg aku. Jadi, aku yang kena bertanggungjawab" ujar Aku tegas.

Iskandar tertawa sinis. "Kau jangan nak mengarut. Aku yang letak tadi" Dia menolak aku ke tepi sehingga aku hampir rebah ke lantai.

"Kau tipu!" Jerit Aku bernada geram. Menggosok gosok pinggang aku yang terkena bucu meja.

"Tipu apa pulak? Aku pun dah mengaku kan?" Suara Iskandar melengking.

"Jangan percaya. Dia tipu!" Aku menolak Iskandar ke tepi.

"Hey perempuan! Aku lah yang letak tadi!" Suara Iskandar mula meninggi.

"Eh kejap. Siapa yang betul sebenarnya ni?" Marah Khairun.

"Aku!" Serentak aku dan Iskandar menjawab.

Terdengar Khairun mendengus kasar. Dia menggaru garu kepalanya.

"Rania?" Panggil Cikgu Zamri. Muka Cikgu Zamri pun sudah berkerut kerut.

"Duit tu memang ada dalam beg saya. Jadi biar saya yang pergi jumpa dengan pengetua" balas Aku tegas. Masih teguh dengan pendirian aku tadi.

"Kau gila ke?" Iskandar berbisik di telinga aku. "Aku kan yang letak dalam beg kau tadi" Sambung Iskandar lagi.

"Aku tak percaya" balas Aku.

"Jom. Jumpa pengetua. Aku pun ada perkara penting nak tanya pengetua" Lantas Aku menarik lengan Khairun. Khairun terpinga pinga. Dia memandang Iskandar kemudian memandang Cikgu Zamri.

"Kejap" panggil Cikgu Zamri lalu menghampiri Aku."Betul ke duit tu awak yang punya? Bukan awak simpan untuk orang lain?" Soal Cikgu Zamri.

Aku mengangguk. "Memang duit tu bukan saya yang punya. Tapi bukan jugak saya simpankan untuk orang lain" balas Aku. Riak wajah aku hanya tenang saja. Aku tak bersalah, apesal aku perlu cuak pulak? Betul tak?

Cikgu Zamri terus merenung aku. Mungkin dia masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Aku.

"Okay. Mari kita ke bilik pengetua" ajak Cikgu Zamri.

Aku menoleh kepada Iskandar. Dia masih berdiri tegak sambil merenung Aku. Wajahnya kelihatan resah. Aku melemparkan senyuman kepadanya. Memberi isyarat bahawa aku tidak takut untuk berdepan dengan masalah ini.

❤️

KHAIRUN meletakkan barang bukti diatas meja didepan pengetua. Cikgu Zul berdiri di sebelah pengetua sambil berpeluk tubuh. Cikgu Zamri pun turut masuk ke dalam bilik itu. Berdiri di sebelah Cikgu Zul.

"Saya tak salah cikgu. Ada orang yang perangkap saya" ujar Aidil dengan wajah cemas.

Amirul mengangguk tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh Aidil itu. "Saya pun. Cikgu tak boleh tuduh melulu. Cikgu kena siasat!"

"Diam!" Marah Cikgu Zul. Suaranya melengking sehingga menggetarkan hati aku yang sedang tenang. Amirul dan Aidil terus terdiam.

Aku terus membatukan diri disebelah Amirul. Kepala aku ligat memikir siapakah yang buat kerja terkutuk ini. Pada mulanya aku fikir mungkin ini kerja Aidil dan mungkin dia sengaja nak perangkap aku. Tapi kalau dia nak perangkap aku, kenapa dia juga terperangkap sama? Apa motif dia nak perangkap aku?

"Kenapa awak ada dekat sini?" Soal Pengetua kepada Aku.

Aku terdiam sambil mengetap bibir. Memikirkan ayat yang sesuai. Namun belum pun sempat aku bersuara, Khairun mencelah. "Kami jumpa bungkusan duit dalam beg dia" Khairun menoleh kepada Aku kemudian menyerahkan duit yang sudah disimpan di dalam plastik kepada Pengetua.

"Berapa jumlah wang ni?" Tanya pengetua lagi.

"RM500" balas Khairun.

Terdengar pengetua menarik nafas dalam. Dia merenung Aku. "Ini duit awak atau awak yang curi?"

"Bukan duit saya cikgu. Dan bukan juga saya yang curi" balas Aku. Masih mempamerkan riak wajah yang tenang.

"Habistu, macam mana duit ni boleh ada dalam beg awak?" Cikgu Zul menyampuk. Nada suaranya mendatar saja.

"Itu yang saya tengah fikir sekarang ni" balas Aku. Berkerut kerut dahi aku memandang wajah mereka."Mungkin, cikgu boleh tolong saya siasat siapa yang letak?" Cadang Aku bersahaja.

Serentak itu aku dapat lihat wajah ketiga tiga guru itu berkerut kerut. Pengetua menoleh ke arah Cikgu Zul manakala Cikgu Zul terus merenung wajah kami bertiga.

"Kann. Betul tu! Saya pun diperangkap! Buat apa saya nak curi gula gula ni? Memalukan je. Baik saya curi rokok ke.. duit ke.." sampuk Aidil bernada bersungguh sungguh.

"Diam boleh tak! Saya tak tanya awak pun" Pengetua menjeling Aidil. Aidil hanya tertunduk merenung lantai.

"Dia ni kenapa pulak?" Soal Pengetua kepada Khairun sambil memuncungkan bibir kepada Amirul.

"Kami terjumpa bungkusan duit juga. Nilainya sama. Lima ratus ringgit" balas Khairun selaku ketua pengawas sekolah.

"Dia tu?" Soal Pengetua acuh tak acuh kepada Aidil.

Khairun terdiam seketika. "Kami terjumpa bungkusan yang penuh dengan gula gula"

"Tapi tak semestinya aku curi. Gula gula dekat kedai kat luar tu berlambak lambak tau" balas Aidil mencemik.

Pengetua menjeling Aidil. Sekali lagi Aidil menunduk merenung lantai. "Cikgu, kes ni saya serahkan sepenuhnya kepada Cikgu" Pengetua menoleh kepada Cikgu Zul.

Cikgu Zul mengangguk. Dia bergerak menghampiri kami yang sedang berdiri di tengah tengah bilik pengetua.

"Kalau korang mengaku bersalah, kami tak akan laporan perkara ini kepada pihak polis. Tapi kalau korang tak mengaku bersalah, kami akan serahkan kamu bertiga kepada pihak polis untuk mereka membuat siasatan lanjut" ujar Cikgu Zul.

"Eh, mana boleh macamtu cikgu. Itu tak adil namanya. Kami tak bersalah, kenapa pulak nak kena serah kepada pihak polis pulak?" Wajah Aidil kelihatan cemas.

"Betul tu cikgu. Saya tak salah! Yang bersalah sepatutnya diserahkan kepada Polis. Kenapa kami pulak?" Amirul menyampuk.

"Mestilah cikgu kena serahkan kepada pihak polis supaya mereka boleh siasat. Kalau korang mengaku bersalah, tak payah kami susah susah serahkan korang kepada pihak polis. Kami terus hukum je" balas Cikgu Zul. Kali ini nada suaranya sedikit keras.

"Tapi yang buat saya terkejut ni, macam mana awak boleh terlibat ni?" Cikgu Zul berdiri betul betul dihadapan Aku.

"Saya pun hairan cikgu" balas Aku sambil menggaru kepala.

"Kejap.." Terdengar suara Cikgu Zamri pula. "Tadi masa pengawas terjumpa barang dalam beg Rania, Iskandar ada mengaku yang itu barang dia. Katanya dia sengaja nak perangkap Rania ni"

"Habistu, kenapa tak heret budak tu sekali?" Pengetua menoleh kepada Cikgu Zamri.

"Macam mana nak heret kalau dah Rania ni mengaku duit tu memang ada dalam beg dia dan Iskandar tu tak terlibat" balas Cikgu Zamri.

Cikgu Zamri beralih pandang kepada Aku. "Awak tolong selindung kesalahan Iskandar?" Kening Cikgu Zul terangkat. Dahinya berkerut kerut.

"Taklah, cikgu" balas Aku bernada geram. Sesuka hati je nak tuduh orang. Bukannya nak selidik dulu. Apalah Cikgu Zul ni!

"Entah entah, memang betul Iskandar yang perangkap kami, cikgu" sampuk Aidil.

"Mengarut!" Aku menjeling Aidil.

"Kenapa kau yakin sangat Iskandar tak buat semua kerja ni? Macam kau tak kenal dia tu. Kesalahan apa yang dia tak pernah buat dekat sekolah ni? Semua dia dah buat. Kecuali.."

"Mencuri?" Kening Aku terangkat.

"Cikgu patut heret dia sama!" Aidil bersuara.

"Dia tak buat!" Aku mencerlung kepada Aidil. Tak guna punya kawan. Syak wasangka dekat kawan sendiri. Kawan apa macamni!

"Kenapa awak yakin sangat yang dia tak bersalah?" Soal pengetua yang dari tadi berdiam diri.

"Sebab saya dah soal dia pagi tadi. Iskandar cakap dia tak tahu apa apa pasal ni" balas Aku penuh yakin dan lancar.

"Macam mana awak tahu Iskandar tu tak menipu awak?" Cikgu Zul memandang sinis.

"Sebab, orang penipu takkan berani pandang muka bila buat pengakuan. Dan, orang yang bersalah takkan duduk tenang bila kes macamni dah kecoh" ujar Aku yakin seratus peratus dia tak akan buat perkara sejahat ini. Kenapa dia nak perangkap aku pulak? Takkan kerana marahkan tentang perkara kecil pun sampai dia sanggup buat perkara sebegini dekat aku? Otak aku memang dah tak boleh terima apa apa.

"Kalau semua tak mengaku salah, jadi siapa yang bersalah sebenarnya?" Khairun bercekak pinggang.

Cikgu Zul menoleh. "Awak diam boleh? Jadi pemerhati je" Cikgu Zul menjeling Khairun.

"Maaf cikgu"ujar Khairun lalu tersengih sengih.

Aku menguntumkan senyuman. "Cikgu, boleh saya cakap sekejap?" Aku mengangkat tangan.

"Sila" balas Cikgu Zul.

Aku menarik nafas dalam. Bersiap sedia untuk mengguna pakai segala ilmu penyiasatan yang aku perolehi daripada menonton cerita Detective Conan. Tak sia sia aku melangut depan TV melayan cerita tu. Dapat juga serba sedikit ilmu untuk aku hadapi masalah sebegini.

"Berdasarkan pemerhatian saya, saya yakin kami bertiga tidak bersalah" Aku bersuara lalu tersenyum tenang. "Pertama, saya dengan dua orang ni bukannya rapat pon. Apa kes saya nak bersekongkol dengan diaorang berdua nak buat kerja jenayah ni? Baik saya buat seorang diri saja. Kedua, kalau saya nak jalankan operasi seorang diri pun, tak mungkin. Sebab saya ni bukan pencuri yang pandai nak buka kedai yang dah terkunci"

"Ketiga, alasan saya kukuh. Semalam saya ada dekat rumah. Kalau tak percaya boleh telefon mak saya sekarang. Sepanjang malam saya tolong mak saya buat kuih dekat dapur. Lepastu saya masuk tidur sebelum mak saya tidur. Keempat, kenapa dengan penuh yakinnya saya kata mereka berdua tak bersalah? Sebab kalau diaorang pandai mencuri, itu maknanya dia jugak pandai menipu dan pandai melepaskan diri dan pandai menyorok. Apa kes diaorang nak simpan bahan curi dalam beg pada hari yang sama kes ni terjadi?"

"Wah! Terima kasih Rania. Kau memang terbaik do. Lepasni aku belanja kau makan eh" sampuk Aidil lalu tersengih sengih.

Aku menjeling. Orang tengah serius boleh pulak dia nak berlawak. "Diamlah! Aku cakap macamni bukan bermakna aku nak buat baik dengan kau tau" Aku mencemik.

Aku menoleh kepada Amirul. "Kau berada dimana semalam? Buat apa dan dengan siapa? Ada sesiapa boleh jadi saksi?"

Amirul mengangguk laju. "Aku lepak dekat kedai mamak dengan Taufik dan Shamiel. Kitaorang tengok bola sampai pukul 12. Lepastu aku balik dengan Taufik. Aku tidur rumah dia sebab kat rumah aku pun tak ada orang. Lagipun aku mengantuk sangat nak bawak motor balik rumah" ujar Amirul. Berkelip kelip matanya. "Kalau kau tak percaya, kau boleh tanya Taufik. Cikgu boleh telefon Taufik sekarang jugak" sambung Amirul lagi dengan nada bersungguh sungguh.

Aku bergerak menghampiri Aidil. Merenung anak matanya sebelum aku mengemukakan soalan. "Kau ke mana semalam?" Aku memandangnya dengan pandangan yang curiga. Saja nak buat dia berasa takut.

"Aku.." Aidil terdiam seketika lalu menggaru kepala.

"Cakap jujur! Kalau masa ni aku dapat tahu jawapan kau tak betul, tak mustahil kau pun tengah tipu kitaorang sekarang ni" Aku mengugut Aidil.

"Aku.. datang.. ke sekolah.. semalam.." jawab Aidil. Tergagap gagap nada suaranya.

"Pukul berapa dan kau buat apa?" Soal Aku berpeluk tubuh. Ala ala peguam menyoal siasat.

"Aku datang sekejap je. Pukul 8.30. Lepastu pukul 9.00 aku dah balik" Suara Aidil kedengaran teragak agak.

"Kau buat apa?" Soal Aku mendatar.

Wajah Aidil kelihatan resah. Dia mengetap bibir. Memandang ketiga tiga guru yang ada didalam bilik itu.

"Kau buat apa?" Aku terus mendesak apabila melihat wajah Aidil yang resah gelisah. Takkan betul tekaan Laila tadi?

"Aku.. datang nak jumpa Lieya" jawab Aidil perlahan.

"Buat apa kau nak jumpa dia?" Soal Aku lagi.

"Hantarkan makanan" balas Aidil perlahan. Tertunduk merenung lantai.

Melihat wajah Aidil, aku seperti dapat mengagak sesuatu. Segera aku menutup mulut aku dengan kedua dua belah tangan.

"Kenapa?" Soal Cikgu Zul menoleh ke arah Aku.

"Kau dan Lieya bercinta?" Bulat mata aku memandang Aidil. Aku ingat sesuatu! Yeah! Akhirnya ada juga perkara yang aku ingat!

Aidil mengangkat wajah. Terbeliak memandang Aku. "Diam boleh tak!" Aidil berbisik. Dia menjeling Cikgu Zul.

Aku dapat menangkap senyuman sinis di bibir Cikgu Zul dan pengetua.

"Kau tahu tak, nanti kau akan kahwin dengan Lieya" bisik Aku kemudian cuba mengawal senyum. Aku ingat, mereka akan berkahwin ketika aku tahun dua di universiti. "Nanti nama anak korang, Rykarl dan Mia Sara" sambung Aku lagi.

Aidil menoleh. Terpinga pinga memandang aku. Wajahnya merah padam.

"Rania!" Panggil Cikgu Zamri. "Jangan nak buat teori yang bukan bukan boleh tak! Awak tak serik lagi ke dengan kes haritu?" Sebelah kening Cikgu Zamri terangkat.

"Maafkan saya cikgu" balas Aku lalu menunduk. Aku faham maksud Cikgu Zamri tadi.

"Okay jadi itu saja teori yang boleh saya hujan untuk kes ini. Selebihnya saya serahkan kepada Cikgu Zul untuk membuat siasatan sama ada pengakuan kami ini betul ataupun tidak" Aku menunduk hormat kepada pengetua dan kembali berdiri disebelah Amirul.

Wah, terasa macam berada dalam bilik mahkamah pulak! Seronok juga rupanya jadi peguam ni. Emm.. mungkin nanti aku boleh ambil kursus perundangan bila sambung belajar nanti.

Cikgu Zul berpeluk tubuh. Merenung wajah kami satu persatu. "Baiklah. Terima kasih Rania" Cikgu Zul menarik nafas lega.

"Korang boleh keluar sekarang. Saya akan siasat perkara ini dengan lebih lanjut. Tapi kalau lepasni saya siasat dapati kamu bertiga memang bersalah, kami akan serahkan kepada pihak polis. Kalau rasa diri tu bersalah baik mengaku sekarang. Nanti kami boleh kurangkan hukuman" Cikgu Zul memandang kami silih berganti.

Kami bertiga tetap tidak berganjak dengan jawapan asal kami.

"Saya mengaku tidak bersalah. Cikgu silalah buat siasatan" ujar Aku untuk memuaskan hati Cikgu Zul.

Kemudian Aidil dan Amirul pun bersuara menyatakan perkara yang sama.

"Okay. Boleh masuk kelas sekarang. Khairun, kamu jangan sebarkan cerita ni dalam bilik ni kepada sesiapa pun. Kalau cikgu dapat tahu kamu sebar apa yang berlaku didalam bilik ni, jawatan kamu akan dilucutkan" pesan Cikgu Zul kepada Khairun.

Khairun mengangguk.

❤️

"SIAPA punya kerja lah agaknya ni?" Aku menghela nafas perlahan. Terus mengatur langkah. Otak aku terus ligat menjalankan kerja. Tercari cari siapakah manusia yang dengki itu. Tapi, makin aku fikir makin pening kepala aku. Tak mungkin ada orang dengki dengan aku. Aku tak buat salah apa apa pon.

"Terima kasih Nia. Sebab percayakan aku" ucap Amirul.

"Yelah. Aku pun" Aidil menyampuk.

Kami bertiga berjalan beriringan menuju ke kelas.

"Aku harap teori aku tu betul" balas Aku kemudian menjeling kedua duanya.

"Haish.. memang betul! Nakal nakal aku ni pun, aku takdelah sampai terfikir nak mencuri tau" balas Aidil bersungguh sungguh.

Amirul mengangguk laju. "Siapa yang nak kenakan kita ni?" Tanya Amirul.

"Entah. Tak terjangkau dek akal" balas Aku.

"Eh, tapi.." Aidil berhenti melangkah. Serentak langkah kaki aku dan Amirul pun turut terhenti. "Teori kau pasal aku dan Lieya tu. Pandai pandai kau merepek depan cikgu tadi eh? Mujur diaorang tak basuh aku" Aidil mencemik.

Aku tersengih. "Maaf, teruja sangat" Lalu aku ketawa mengekek.

"Teruja apa pulak?" Tanya Aidil.

Aku menyambung langkah. "Yelah kawan sekelas bercinta sampai kahwin" balas Aku acuh tak acuh.

"Pandai pandai jelah kau ni" ujar Aidil tersipu malu. Menggosok gosok tengkuknya.

"Tapi, kalau cikgu tak jumpa siapa yang perangkap kita, memang habislah aku. Kalau mak aku tahu memang masaklah aku!" Amirul mengeluh perlahan.

"Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kita ni dah termasuk dalam golongan orang teraniaya tau. Solat nanti doa lah banyak banyak" pesan Aku. Tiba tiba wajah Amirul dan Aidil berubah riak.

"Kenapa? Jarang solat ke?" Tanya Aku sekadar ingin menyindir.

Amirul tersenyum. "Eh aku solat tau" jawab Amirul bersungguh sungguh. "Pagi tadi je aku terbabas"  Sambungnya lagi.

"Terbabas masuk longkang ke?" Aku tersenyum.

Aidil ketawa mengekek.

"Eleh gelak orang. Kau pun sama!" Amirul berlanggar lengan dengan lengan Aidil.

Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Dalam moden aku, aku tak pernah tinggalkan solat. Dari zaman sekolah sehinggalah zaman dewasa. Mak kata, solat itu tiang agama. Kalau tiang agama tak ada, kalau tiang agama tak kukuh, senget benget, lebih baik jangan jadi manusia.

Ketika kami sedang mendaki tangga, tiba tiba muncul Iskandar di atas tangga. Tidak sempat bertegur sapa dia meluru turun lalu menyambar leher baju Aidil.

"Mesti kau punya kerja ni!" Iskandar menolak tubuh Aidil ke dinding.

Aku tergamam seketika. Terkejut melihat wajah Iskandar seperti singa yang kelaparan.

"Kau dah kenapa Is!" Aidil menggelabah.

"Baik kau mengaku! Kenapa kau nak perangkap Nia!" Iskandar mencengkam leher Aidil.

Aku masih terkesima. Amirul cuba menghalang.

"Bukan aku lah!"

"Tipu!"

"Hey!" Jeritan Aku bergema. "Sudahlah!" Aku segera menolak tubuh Iskandar. Amirul memeluk Aidil manakala aku menarik tangan Iskandar agar berada jauh daripada Aidil.

"Kau nak perangkap aku, kan? Tapi kau tersalah letak dalam beg dia!" Marah Iskandar masih ingin mendekati Aidil. Aku menghalang. Berdiri betul betul di hadapan Iskandar.

"Sebelum kau nak pukul dia, kau pukul aku dulu!" Marah Aku kepada Iskandar. Aku melangkah ke hadapan seakan ingin mencabar Iskandar. Iskandar terdiam dan kaku. Tidak berkelip matanya memandang ke arah wajah Aku.

"Apesal kau nak bela sangat budak tak guna ni!" Marah Iskandar. Wajahnya sudah merah padam.

"Sebab kitaorang sama sama diperangkap!" Balas Aku. Sekali lagi Iskandar terdiam.

"Betul, Is. Kami diperangkap" sampuk Amirul seraya melepaskan Aidil. Aidil mencemik. Membetul betulkan bajunya. Iskandar terus berdiri kaku dihadapan Aku. Mungkin masih berasa ragu ragu dengan penjelasan kami.

"Percayalah" pujuk Aku lagi. Perlahan lahan wajah Iskandar yang tegang berubah tenang. Terdengar Iskandar menghela nafas perlahan.

"Cepat mintak maaf dengan Aidil sekarang" Aku berbisik.

Iskandar menjeling. Masih dengan sikap dinginnya. "Cikgu cakap apa tadi?" Iskandar terus meneliti wajah aku tanpa mempedulikan Aidil dan Amirul.

"Aku cakap apa? Mintak maaf kan? So mintak maaf dulu baru aku bagitau" Aku berpeluk tubuh.

Iskandar berdesit lalu menjegilkan mata ke arah aku. Tanpa mempedulikan kemarahan Iskandar, aku terus berpeluk tubuh membalas pandangannya dengan pandangan acuh tak acuh. Aidil tersenyum sinis. Amirul pula sudah tersengih sengih. Aku terus menanti. Iskandar kelihatannya seperti serba salah.

"Aku mintak maaf" ucap Iskandar seperti nak taknak saja. Dia langsung tidak menoleh ke arah Aidil.

"Macamtu ke cara mintak maaf dengan ikhlas?" Aku menaikkan kening lalu menjeling sinis.

Kedua dua belah tangannya terus berada di dalam poket seluar. Kedua dua biji matanya semakin mengecil merenung wajah Aku. Lantaklah dia nak marah ke apa. Kalini dia betul betul kena mintak maaf. Sikap dia tadi terlebih diajar sangat! Lagipun mereka berdua kan kawan. Kalau boleh aku taknak lah Iskandar kehilangan kawan disebabkan aku.

Setelah beberapa saat pandangan aku dan Iskandar bertemu, akhirnya Iskandar mengalah. Perlahan lahan dia mengeluarkan tangan kanannya dari poket seluarnya.

"Aku.. aku mintak maaf. Aku mintak maaf sebab salah sangka dengan kau. Aku cuma.. aku cuma risau" ujar Iskandar perlahan. Aidil menyambut huluran salam itu. Aku menguntumkan senyuman gembira.

Amirul tersengih. "Korang berdua ada pape ke?" Bisik Amirul di telinga aku. Tapi aku yakin Iskandar dan Aidil pon boleh dengar apa yang dibisikkan oleh Amirul.

"Kau jangan buat aku panas!" Aku menjegilkan mata kepada Amirul. Lekas lekas Amirul menyusun tangan mohon ampun. Tahupun takut!

"Jom. Kelas dah nak mula. Balik nanti kita jumpa dekat tepi padang. Aku nak soal siasat korang berdua" ujar Iskandar memandang Amirul dan Aidil kemudian dia menarik hujung lengan baju Aku.

Dalam terpaksa, aku menurutkan saja. Sempat aku memandang Amirul. Dia tersenyum senyum menaikkan keningnya kepada aku. Shut up! Aku membuka mulut tanpa mengeluarkan suara.

Tiba dia muka pintu kelas, dia melepaskan hujung baju aku. Ketika kami melangkah masuk, semua mata memandang ke arah kami berdua. Cikgu Azrul yang sedang mengajar di depan berhenti seketika. Turut sama memandang sehingga aku dan Iskandar duduk di tempat masing masing.

"Salin nota ni. Esok cikgu nak buat kuiz" Akhirnya Cikgu Azrul bersuara dan kembali menulis di papan hitam.

Aku mengeluarkan buku nota tanpa mempedulikan pandangan pelajar lain.

Aku tak salah, kenapa perlu takut?

Kan?














- B E R S A M B U N G -

Continue Reading

You'll Also Like

212K 8.3K 53
SYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia per...
149K 5K 81
ℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku...
366K 13.9K 44
1st Teenfiction Story Tengku Hakimi Bin Tengku Mikael seorang jejaka idaman para gadis diluar sana.Seorang yang kacak dan bergaya malangnya dia terp...
379K 19.8K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...