Mamat Dingin, I Love You! [✔️]

By shafiqhafizi4_

237K 15.9K 1.3K

[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERA... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4 - Sweet in Silence 🥀
Bab 5 - You're my Angel
Bab 6 - Spotcheck
Bab 7 - Nota
Bab 8 - Daniel
Bab 9 - Dating
Bab 10 - Dingin
Bab 11 - Isyarat
Bab 12 - Cemburu
Bab 13 - Perkelahan
Bab 14 - Terikat Sebuah Janji
Bab 15 - "I Heart You" ❤️
Bab 16 - Bercinta
Bab 18 - Diperangkap
Bab 19 - Siasat
Bab 20 - Kau?
Bab 21 - Peluang Kedua
Bab 22 - Putus Cinta
Bab 23 - Mati
Bab 24 - Zaman Depan
Bab 25 - Rish
Bab 26 - Dia
Bab 27 - Memori Yang Hilang
Bab 28 - Cerita
Bab 29 - Mimpi Khayalan
Bab 30 - Dia dah Arwah? 💔
Bab 31 - Lelaki Misteri
Bab 32 - Hanya Tinggal Kenangan
Bab 33 - Takdir Yang Tertulis
Bab 34 - Jiwa Yang Ditinggalkan
Bab 35 - Kenangan Terindah
Bab 36 - Dear?
Bab 37 - Menyampah !!
Bab 38 - Bisikan Hati
Bab 39 - Kehilangan
Bab 40 - Terus Mencintai
Bab 41 - Mimpi
Bab 42 - Goodbye
Bab 43 - Melepaskanmu Pergi
Bab 44 - Coretan Hatiku
Bab 45 - Misi Mencari Cinta
Bab 46 - Confession
Bab 47 - Dia Gay?!
Bab 48 - Aku Terima Nikahnya
Bab 49 - Cukup Ada Kamu
Bab 50 - Sekali Lagi
Bab 51 - Zuriat
Bab 52 - Rahsia
Bab 53 - Cinta Pandang Pertama
Bab 54 - Kepercayaan
Bab 55 - I Just Need You
Bab 56 - "I Love You Unconditionally"
Bab 57 - Urusan Hati
Bab 58 - Cinta Separuh Mati
Bab 59 - Kisah Cinta Kita
Bab 60 - TAMAT
Bab 61 - TERIMA KASIH

Bab 17 - Our Future

2.8K 264 8
By shafiqhafizi4_

JIKA ada sesiapa suruh aku senaraikan 10 sebab kenapa aku sukakan Iskandar, mesti aku akan terkial kial. Tapi jika ada sesiapa suruh aku senaraikan kenapa aku menyampah sangat dengan dia, mesti panjang lebar aku boleh senaraikan. Antaranya..

1. Dia seorang lelaki yang manja! (Pelik! Masa belum kenal bukan main kasar benar. Bila bercinta dia pulak yang terlebih manja. Adakah sebab aku lebih berusia daripada dia dan dia masih berumur 17 tahun?)

2. Dia kuat merajuk! (Menyampah betul aku. Takkan aku nak pujuk dia dengan bagi dia bunga pulak?)

3. Dia kuat jealous! (Budak budak sungguh! Kata tak kisah bagai, open relationship. Sekali dia yang terlebih jealous. Nyampah aqoe!)

4. Dia Romantik. Tapi kadang kadang merimaskan jugak (Tak padan langsung dengan perangainya yang badboy dan dingin itu)

5. Dia tak hensem pon! (Tapi semakin lama aku pandang wajah dia, semakin wajahnya nampak manis dimata aku!)

6. Dia berkulit hitam manis! (Huh! Musnah impian aku nak ada boyfriend berkulit putih macam hero dalam KDrama tu! Omo Koo Chan Sung, I miss You)

7. Samseng

8. Cepat gelabah (Lebih lebih lagi kalau perkara itu melibatkan aku. Kalau aku cakap aku sakit kepala, dekat situ jugaklah dia dukung aku dan bawa aku ke klinik)

9. Selalu dapat markah cukup cukup makan (Macam mana nak dapat pekerjaan yang bagus kalau setiap kali keputusan peperiksaan keluar, asyik dapat markah cukup cukup makan je?)

Okay aku rasa sampai situ jelah kot. Kalau aku nak senaraikan semua, makin panjang lah jawabnya. Tapi kenapa aku cakap dia manja? Sebab sejak aku terima dia sebagai bakal suami aku pada 16 tahun yang akan datang, dia asyik nak bermanja dengan aku saja. Luka sikit pon mintak tolong aku sapukan ubat. Butang baju tercabut pon sanggup telefon aku dan hantar bajunya ke rumah aku, mintak tolong aku jahitkan. Lepastu, demam dia sikit je. Tapi mengada mintak aku tolong picitkan kepala dia. Tapi, aku tak pernah picitkan pon.

Romantik? Ini yang buat aku lemah semangat ni. Dalam kelas bolehnya dia layan aku macam puteri. Belikan makanan untuk aku, hantarkan buku untuk aku. Selalu lukis gambar muka aku dan kerap jugak dia berbisik berkata ayat ayat rindu rinduan dan cinta mencintai. Sampaikan Laila dah syak kami berdua ada hubungan yang istimewa. Bila aku tegur dia suruh dia behave sikit, dia merajuk pulak. Kalau merajuk tu elok takpe jugak! Ini sampai berpeluk tubuh, lepastu haa bibir tu. Muncungnya macam dah boleh sangkut penyepit baju dah. Nasib comel hehe.

Ketua Samseng. Dah berkali kali aku pesan jangan samseng sangat. Tapi dia buat tak endah saja. Katanya, untuk elak diri dibuli dan maruah dipijak. Huh! Siapa punya prinsip lah dia ambil. Maruah dipijak? Dia tak pernah lah pulak cerita dekat aku siapa yang pernah pijak maruah dia. Tapi mujurlah dalam samseng dia tu, dia tak pernah melawan cakap cikgu.

Sejuklah sikit hati aku ni. Aku pun pelik dengan diri aku sendiri. Macam mana aku boleh suka dengan dia yang langsung tidaklah kacak mana tu? Kalau nak dibandingkan dengan lelaki lain, memang jauh beza. Apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Daniel. Bezanya macam langit dengan bumi. Sangat jauh beza.

Tapi aku tak tahu kenapa. Makin lama aku tengok wajahnya, makin wajahnya nampak manis dan kacak dimata aku. Bila aku membebel pasal markah peperiksaan dia rendah, dia boleh tenang saja menjawab "Alah baru ujian. Nanti bila peperiksaan yang sebenar, aku buat betul betul lah. Rileks okay" Huh! Rileks dia cakap? Ini soal masa depan dia tau. Kalau dia tak usaha dari sekarang, macam mana masa depan dia nanti? Takut aku nak bayangkan apakah yang akan terjadi dimasa depan dia nanti. Agaknya sebab itulah kot aku tak nampak dia dimasa depan aku. Mungkin sebab sewaktu itu aku sudah mendapat pekerjaan yang bagus dan dia? Hanya kerja pekerjaan yang biasa biasa.

Mungkin?

❤️

PADA suatu petang, ketika aku dan dia sedang menyiapkan kerja sekolah dibawah pokok ditepi padang sekolah, aku memberanikan diri berterus terang kepada dia.

"Kalau aku cakap aku ni dari masa depan, kau percaya tak?"

Iskandar berhenti melukis lalu memandang wajah aku untuk seketika. Kemudian dia menganggukkan kepala. "Percaya"

"Betul ke kau percaya? Ke kau angguk sekadar nak sedapkan hati aku je?" Aku mencemik.

Iskandar terus merenung aku. Dahinya berkerut kerut. "Takde sebab kenapa kau nak tipu aku, kan?" Wajah Iskandar sudah berubah serius.

Tidak berkelip mataku memandang wajahnya. Cuba mencari riak bergurau yang mungkin ada pada wajahnya. Ternyata, tidak. Ternyata dia sangat serius sekarang ini.

"Apa yang kau nampak dekat masa depan?" Iskandar terus merenung aku. Seperti berminat ingin tahu tentang apa yang aku alami dimasa depan.

Aku pulak yang keliru dengan dia ni. Takkan semudah itu dia percayakan aku? Aku menghela nafas perlahan lalu mengetap bibir. "Aku.. aku tak nampak kau. Maksud aku, kita" Aku menelan air liur.

Iskandar terdiam buat seketika. Terus merenung ke arah wajah aku. "Maksud kau?"

"Selepas ambil keputusan peperiksaan SPM, aku tak pernah dengar apa apa berita langsung mengenai kau"

"Aku nak tanya. Kau boleh nampak masa depan melalui mimpi ke?"

"Lebih kurang macamtu lah" Jawab Aku. Macam mana aku nak cakap kalau aku sendiri pun keliru dengan apa yang sedang aku alami sekarang ni? Adakah masa sekarang adalah realiti, masa depan yang pernah aku lalui adalah mimpi? Ataupun, kedua duanya sekali adalah mimpi khayalan saja?

"Kau nampak kau kahwin dengan siapa?"

Aku menggeleng. "Aku bertunang dengan Daniel" balas Aku perlahan.

Ini satu lagi perkara pelik. Dimasa depan pertama kali aku kenal Daniel ketika kami terserempak di Pusat Membeli Belah. Tak pernah pulak aku kenal dia sewaktu dia dan aku masih bersekolah.

Wajah Iskandar tiba tiba berubah. "Kau cintakan dia ke masa tu?"

"Tak" balas Aku perlahan. Keliru. Dulu aku cintakan Daniel sebab aku tak pernah bercinta dengan Iskandar. Sekarang aku rasa hati aku dah berubah.

"Tapi, kenapa kau bertunang dengan dia?"

"Sebab.. dulu.. kau tak pernah wujud pon dalam hidup aku" ujar Aku berterus terang. Sama ada dia nak percaya ataupun tidak, terpulang. Yang penting aku dah luahkan apa yang terbuku di hati.

Iskandar kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Jarinya memusing musingkan batang pensel.

"Kau betul betul percaya cakap aku?" Aku memandangnya dengan pandangan kehairanan. Kenapa dengan mudah dia terima penjelasan aku? Sedangkan Laura dan Ain mesti akan ketawakan aku.

"Kau tipu aku?"

Aku menggeleng.

"Jadi, aku percaya"

"Tapi, kenapa mudah sangat kau percaya? Kalau orang lain mesti fikir aku tak betul" balas Aku. Masih hairan lagi.

"Sebab aku percaya kau" balas Iskandar kemudian terus merenung ke arah wajah Aku.

"Tapi, kenapa kau tak ada dimasa depan aku?" Aku menelan air liur. Mata mula berkaca.

"Aku pun tak tahu" jawab Dia perlahan. Tertunduk merenung kertas lukisan.

Apa yang terjadi sebenarnya? Ke mana dia menghilang?

"Atau.. hubungan kita ni tak kekal? Kau sambung belajar di luar negara, kau benci aku sampai kau taknak jumpa aku lagi?" Balas Aku cuba membuat andaian.

"Tak mungkin aku akan benci kau" balas Iskandar perlahan lalu mengangkat wajah. "Mungkin kau yang benci aku?"

Lekas lekas aku menggelengkan kepala. "Tak mungkin" Sejurus itu, terus air mata aku berlinangan.

"Janganlah nangis" Dia mengelap air mata aku yang sudah mula mengalir. "Aku cintakan kau hingga nafas terakhir aku" Iskandar berbisik di telinga aku. Merenung lembut ke dalam mata aku. Hati aku terasa hangat. Hangat dengan kasih sayang dan kepercayaan daripada dia.

"Tapi, kau hilang. Memang masatu aku rasa macam ada seseorang yang aku cinta. Tapi tak ada orang lain yang muncul selain Daniel. Wajah kau langsung aku tak pernah nampak. Nama kau pun aku tak pernah dengar"

"Mungkin tak semua mimpi kau tu betul

"Aku yakin semuanya betul" Aku masih hendak mempertahankan diri aku.

Terdengar dia menghela nafas perlahan. "Itu maknanya.. aku sudah tidak ada di dunia ini lagi" bisik Iskandar perlahan.

"Kau jangan cakap macamtu boleh tak!" Darah Aku mula menggelegak. Orang dahlah takut hilang dia, dia boleh pulak cakap pasal kematian.

Iskandar tersenyum. "Jangan risau. Takdir menyatukan hati kita. Takdir juga yang menyatukan hala tuju kisah kita ini. You just follow the flow" Genggaman tangannya semakin kuat.

"Tapi.." Dia bersuara perlahan. "Aku nak kau ingat. Walau dimana kita berada. Walau sejauh mana kita terpisah. Kita tetap berpijak di bumi yang sama. Bernafas pada udara yang sama. Memandang bulan dan bintang yang sama"

Air mata aku mengalir lagi. Beberapa saat kemudian aku mengangguk tanda faham.

"Andai kita ditakdirkan berpisah, jangan sesekali hati kita saling membenci" minta Aku penuh mengharap.

Iskandar menganggukkan kepalanya. "Jadi, sebab mimpi ni lah kau mintak aku cari kau 16 tahun yang akan datang?"

Aku mengangguk.

"Jadi, kau tekad selepas habis sekolah kita perlu berpisah untuk seketika?" Tanya Iskandar lagi.

Aku menganggukkan kepala buat sekali lagi.

"Baiklah. Kalau itu yang terbaik untuk kita berdua. Perpisahan menjadikan cinta kita semakin kuat. Hati kita juga semakin jelas. Pada masa itu, aku akan kembali semula pada kau"

Aku menganggukkan kepala. "Aku akan tunggu kau"

"Aku akan cari" Iskandar melafazkan janji.

Janji yang aku sendiri sudah lupa sama ada benar pernah terjadi sebelum ini atau ini adalah janji yang baru?

❤️

LAIN yang kami janji, mungkin lain yang akan terjadi. Pagi itu aku melangkah ke sekolah dengan perasaan lesu. Semalam tidur lewat lagi. Semalam dalam telefon aku bergaduh besar dengan Iskandar. Pergaduhan pertama setelah kami menjadi pasangan kekasih. Dia tak benarkan aku terlalu rapat dengan Daniel. Alasannya sebab dia dan Liyana sudah tidak ada apa apa hubungan istimewa lagi. Jadi dia suruh aku buat perkara yang sama. Katanya lagi, jika aku bakal bertunang dengan Daniel sekalipun, dimasa depan nanti dia tetap bakal suami aku.

Aku dah penat nak bagi penjelasan lagi. Walaupun aku tak suka dekat Daniel, tapi Daniel sudahpun menjadi sebahagian daripada hidup aku dan aku bertanggungjawab cuba membimbing Daniel ke arah yang betul. Kerana alasan itulah dia terus menamatkan panggilan telefon. Walaupun aku cuba hubungi dia kembali buat beberapa kali, tetapi dia langsung tidak mahu angkat panggilan daripada aku.

Padan muka aku! Konon kalau diberi peluang kembali ke zaman sekolah taknak bercinta. Tengok sekarang apa dah jadi? Menyusahkan. Tapi nak patah balik pon dah tak boleh. Dah terlajak suka. Sedang aku memikirkan tentang Iskandar, tiba tiba terasa Laila mencuit lengan aku. Aku terus menoleh.

"Kau tak tahu berita lagi ke?" Soal Laila dengan wajah semangat nak bercerita. Ini mesti cerita panas ni.

"Berita apa?"

"Eh kau ni. Memang tak ambil tahu pasal perkembangan semasa sungguh" Dia mencemik. "Dah heboh satu sekolah ni. Koperasi sekolah dipecah masuk!"

"Serius lah?" Bulat mata aku mendengar berita tersebut.

Laila mengangguk. "Banyak barang yang hilang. Duit dekat seribu lesap" cerita Laila dengan wajah bersungguh sungguh.

"Ya Allah, banyaknya! Kenapa diaorang simpan duit sebanyak tu dalam koperasi?"

"Ada budak bagitau. Diaorang tak sempat bawak ke bank. Diaorang ingat nak hantar hari ni. Tapi pagi tadi masa bukak kedai koperasi, dia tengok pintu dah terkopek" cerita Laila lagi.

"Habistu, cikgu tak buat laporan polis ke?"

"Buat lah kot"

"Diaorang tak syak sesiapa ke?"

"Aku dengar tadi ada orang cakap budak luar. Tapi, aku terdengar orang kata budak sekolah kita berpakat dengan budak luar" cerita Laila.

"Bahaya sungguh budak budak ni" Aku mengeluh perlahan. "Aku rasa baik cikgu buat laporan polis jelah. Biar polis siasat. Mula mula mencuri. Nanti lama lama? Entah entah jadi pembunuh pulak"

"Tapi aku risau kalau cikgu buat laporan polis" ujar Laila.

"Kenapa pulak? Biar dia rasa duduk dalam lokap" balas Aku bernada geram.

"Aku takut.." Laila terdiam sekejap. Kepalanya ligat mencari alasan. Kemudian kepalanya tertoleh ke kiri dan ke kanan. "Aku takut kalau budak kelas kita yang terlibat" bisik Laila di telinga Aku.

"Haish.. takkan kot" Tiba tiba aku terasa tak sedap hati. Kalau budak kelas ni, yang paling teruk nakalnya adalah Iskandar dan Aidil saja. Tapi tak mungkin mereka berdua sanggup buat kerja terkotor itu. Mereka setakat nakal saja. Aku menggaru kepala. Cuba mengingati semula sama ada peristiwa ini pernah berlaku ataupun tidak. Kalau aku ingat, bolehlah aku beritahu siapa yang terlibat. Tapi kenapa aku rasa macam perkara ini tidak pernah berlaku? Tak mungkin aku akan lupa sebab perkara ini boleh tahan besar juga kes nya. Kalau setakat kes kena marah dengan cikgu tak hairan lah kalau aku boleh lupa.

Memang sah tak pernah terjadi! Jadi peristiwa ini memang peristiwa baru? Jadi apa yang aku alami dulu mungkin sekadar bayangan masa depan dan sekarang adalah realiti? Haish, ni yang buat aku pening ni.

"Kau rasa Iskandar tu terlibat tak?" Laila berbisik.

Aku menoleh. Terkejut dengan soalan yang dilontarkan oleh Laila. "Kau rasa dia terlibat ke?" Bisik Aku pula.

Laila menaikkan kedua bahunya. "Tapi, semalam budak yang tinggal dekat asrama bagitahu diaorang ternampak Aidil ada dalam kawasan sekolah" bisik Laila.

Aku menoleh kepada Aidil yang sedang rancak berbual dengan rakan rakannya.

"Tak kot. Kalau dia terlibat mesti sekarang ni dia dah cemas" Aku cuba bersangka baik.

"Cuba kau merisik pada Iskandar" bisik Laila lagi.

"Kau tanyalah sendiri" Aku menggeleng. Sudahnya kami masih perang dingin. Takkan aku nak tanya soalan sensitif pulak. Nanti tak pasal pasal perang panas mula meletus.

"Dalam kelas ni, kau je tau yang rapat dengan dia" gesa Laila lagi.

"Dengan kau dia rapat jugak kan?"

"Dulu. Sekarang ni dia rapat dengan kau" balas Laila acuh tak acuh.

"Taklah. Dia rapat dengan aku sama macam dia rapat dengan orang lain jugak" Aku berdalih.

"Betul! Semua orang jarang bercakap dengan dia. Dia pun tak pernah nak layan budak budak kelas ni bercakap. Dia tu memang pelik dan sombong. Cuma Aidil je tempat dia berbual. Dengan budak budak lain gitu gitu jelah" jelas Laila. Dia menolak lengan aku, meminta aku betanya.

Aku menoleh ke belakang. Terlihat Iskandar sedang asyik melayan buku lukisan. Iskandar ni memang takde kerja lain agaknya. Melukis je setiap masa. Kalau nak ikutkan hati, malas aku nak tegur dia. Masih nak marah aku lah tu!

"Weh, kau ada dengar berita tak?" Akhirnya aku bertanya setelah Laila menolak aku buat beberapa kali.

"Berita apa?" Tanya Iskandar tanpa mengangkat wajahnya.

Aku bingkas bangun. Menarik kerusi dan duduk disebelah Iskandar. "Pasal koperasi sekolah kena rompak" Aku berbisik.

"Ada" Dia terus melakar di buku lukisannya.

"Kau agak agak, siapa punya angkara?" Aku menongkat dagu melihat Iskandar yang sedang melukis sebatang pokok. Cantiknya.

"Aku tak suka meramal ramal. Nanti dapat dosa" balas Iskandar acuh tak acuh.

"Weh, berhentilah melukis tu" Aku menarik buku lukisannya. Namun lekas lekas dia menahan. Aku terus pandang dia dengan pandangan ingin meminta perhatian.

"Sibuklah kau ni" Dia menjeling. Kembali menatap buku lukisannya.

"Berhentilah melukis. Aku nak berbual dengan kau ni" Gesa Aku lagi bila dia masih meneruskan kerjanya.

Terdengar dia mendengus perlahan. "Aku dengar pakai telinga. Bukan pakai tangan" balas Iskandar dingin.

Nak marah aku lagilah tu! "Kau agak agak, budak sekolah kita ke yang buat semua ni?"

Iskandar berdesit perlahan. "Kan aku dah cakap tadi. Aku taknak tuduh tuduh. Nanti dapat dosa" ujar Dia. Masih tidak mahu memandang wajah aku.

"Bila aku tengah bercakap tu, boleh tak pandang muka aku?" Panas betul hati aku bila tengok dia acuh tak acuh dengan aku.

Iskandar mendengus. Terus dia menutup buku lukisannya kemudian menoleh ke arah aku. "Okay. Aku dah tengok kau. Then, cakaplah" Dia bertongkat kepala sambil merenung wajah aku.

Tidak semena mena aku pula yang terkedu. Alahai mata dia ni. Makin lama aku pandang boleh cair hati aku ni.

"Asal diam? Cakaplah" gesa Iskandar lalu terus merenung.

"Aku suruh pandang, bukan tenung"

"Pandang dengan tenung tak jauh beza kan?" Dahinya berkerut.

"Susahlah kalau cakap dengan kau ni" Aku mengeluh perlahan. "Kau sambunglah melukis. Biar aku cakap masa kau melukis" Sambung Aku lagi.

Mata Iskandar seakan akan tersenyum senyum kepada aku kemudian dia terus membuka buku lukisannya.

"Kau dah tak marah eh?" Balas Aku setelah Laila menapak ke meja depan. Hendak berbual dengan pelajar lain agaknya.

"Sikit" balas Dia yang masih acuh tak acuh.

"Okay. Aku janji lepasni aku takkan bergayut dengan Daniel lagi" Akhirnya aku mengalah.

Iskandar terus mengangkat wajahnya dan pandang ke arah wajah aku. "Janji?"

"Ye. Janji" balas Aku. Terus aku membuat rolling eyes apabila melihat wajahnya yang dari tadi serius kini berubah ceria.

"Okay. Aku dah tak marah kau" ujar Dia tersenyum meleret kemudian kembali melakar pada buku lukisan.

Setelah agak lama berdiam diri, akhirnya aku bersuara. "Aku harap kau tak terlibat" bisik Aku.

Iskandar berhenti melukis. Merenung Aku sekali lagi. Dahinya berkerut. Mungkin tak dapat tangkap maksud kata kata aku tadi.

"Pasal koperasi sekolah tu" jelas Aku.

"Kau tuduh aku ke?" Terbeliak mata Iskandar pandang Aku.

"Aku cakap harap kau tak terlibat. Bukannya aku tuduh kau terlibat. Boleh faham tak maksud aku"

"Tapi secara tak langsung kau mungkin terfikir aku yang terlibat kan?" Mata Iskandar mengecil. Sebelah keningnya terangkat. Terus merenung wajah Aku.

Aku terdiam. Janganlah dia merajuk lagi. Aku dah tak tahu nak pujuk macam mana lagi dah kalau lepasni dia merajuk lagi.

"Jangan risau. Aku tak terlibat" balas Iskandar perlahan mengukir senyuman manis lalu kembali menyambung kerjanya.

Perlahan lahan aku menarik nafas lega lalu tersenyum.














- B E R S A M B U N G -

Continue Reading

You'll Also Like

380K 19.8K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...
366K 13.9K 44
1st Teenfiction Story Tengku Hakimi Bin Tengku Mikael seorang jejaka idaman para gadis diluar sana.Seorang yang kacak dan bergaya malangnya dia terp...
772K 25.5K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...
76.9K 8K 46
♡7 Realitiku terlalu indah selepas kehadiranmu Modern Cinderella! *** "One day, Allah akan kirimkan orang yang mampu merawat luka kat hati kau ni. An...