Seduction

By rosesnorkeds

247K 18.9K 1.4K

Megat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama ke... More

𝑺𝒆𝒅𝒖𝒄𝒕𝒊𝒐𝒏
Seduction | 1
Seduction | 2
Seduction | 3
Seduction | 4
Seduction | 5
Seduction | 6
Seduction | 7
Seduction | 8
Seduction | 9
Seduction | 11
Seduction | 12
Seduction | 13
Seduction | 14
Seduction | 15
Seduction | 16
Seduction | 17
Seduction | 18
Seduction | 19
Seduction | 20
Seduction | 21
Seduction | 22
Seduction | 23
Seduction | 24
Seduction | 25
Seduction | 26
Seduction | 27
Seduction | 28
Seduction | 29
Seduction | 30
Seduction | 31
Seduction | 32

Seduction |10

8.3K 561 50
By rosesnorkeds

        TIBA di lantai hotel yang diinap mereka, kaki Daniel terhenti dihadapan bilik Tengku Harith. Teringat kembali perbualannya dengan Tya Irena.

"Tolong rahsiakan pertemuan kita dari Harith, Daniel. Saya masih belum bersedia"

Itu pinta Tya Irena. Bukan permintaan Tya sahaja, malah dia sendiri sudah menabur janji sebelum itu yang dia takkan beritahu kepada Tengku Harith. Daniel melepaskan nafas berat.

Sukarnya untuk dia menyimpan rahsia yang satu ini. Sangat susah. Iyelah, tujuan dia ikut Tengku Harith kesini pun semata-mata untuk Tya Irena dan ternyata wanita itu memang ada disini. Wanita itu duduk dihadapannya dalam tempoh yang agak lama tadi. Wanita itu malah berbual dengannya. Argh, sumpah Daniel rasa seperti mengkhianati kawan baik sendiri.

Tengku Harith anggap pencariannya disini hanya sia-sia tetapi sebenarnya tidak. Ianya tidak sia-sia. Kalaulah dia boleh beritahu segalanya tetapi janji dia pada Tya juga harus dia hormati.

"Maafkan aku, Harith" ucapnya. Langkah diteruskan menuju ke bilik hotel yang ditempah bersebelahan bilik Tengku Harith. Tengku Harith kata, sengaja dia tempah dua bilik supaya Daniel boleh bawa perempuan balik... bodoh betul.

Punggungnya dilabuhkan m diatas sofa bujang yang terletak di satu penjuru bilik itu. Telefon bimbit yang tidak dibuka sejak Tya duduk dihadapannya tadi dikeluarkan dan kembali dibuka.

Ada satu pesanan dari aplikasi whatsapp dari mamanya kurang 20 minit lalu.

Abang dah makan?
Adik ada sekali ke?
Kenapa mama message dia tak jawab?

Soalan mamanya dibalas lalu nombor Danish terus didail. Tak sampai 10 saat, panggilannya dijawab lelaki berusia 25 tahun itu.

"Hai abang sayang" sapa Danish dihujung sana mesra. Bahagia betul suaranya. Banyak main! Tak tahu hati si abang disini sudah panas.

"Balas whatsapp mama sebelum aku sunatkan l kau buat kali kedua."

"Iya, dah balas dah. Tadi aku beraklah,"

"Patutlah busuk sampai sini, ciao!"

Panggilan dimatikan.

Adiknya, Megat Danish. Lelaki itulah penyebab Daniel kerap ke Kota Paris. Danish menetap di sini sejak dia tamat sekolah. Dia sambung belajar dan terus bekerja disini juga.

Mama berat nak terima keputusan Danish tapi mama tak mahu halang. Ada sebab kenapa adiknya itu bawa diri sampai ke sini dan Daniel juga faham sebabnya. Mungkin, dia sedikit kuat berbanding Danish untuk berhadapan dengan masalah yang tercipta kurang 10 tahun lalu sebab itu dia masih mampu bertahan.

Tapi tidak orang yang ada disekelilingnya— Danish dan mama.

Lagipun, kalau dia tak bertahan siapa nak jaga mama kan?

Tapi itulah satu balanya penghijrahan Danish ini. Sejak Danish ke sini hampir setiap bulan mama minta Daniel datang ke Kota Paris untuk melihat keadaan Danish. Anak bongsu ni kan banyak cekadak sikit. Ada masa, mamanya juga akan ke sini dan melawat Danish.

Danish akan pulang bila ada perayaan penting dan urusan yang memerlukan dia di bumi Malaysia.

Kata Danish, suatu hari nanti dia akan balik. Dia akan jaga mama dengan baik tapi buat masa ini dia amanahkan Daniel untuk jaga mama dan update urusan kesihatan mama pada dia. Dia fikir dia siapa nak turunkan amanah pada orang? Haih, tak guna betul.

•••

TEPAT pada waktu yang dijanjikan bersama Amanda. Daniel sudah siap menunggu wanita itu di lobi hotel. Sengaja dia turun awal. Selain dari teruja nak keluar dengan wanita itu dia juga tak mahu bertembung dengan Tengku Harith kerana lelaki itu juga ingin keluar malam ni. Nak diteman, Tengku Harith lebih memilih untuk pergi bersendirian.

"Hello handsome!" Sapa seseorang dari arah belakang bersama tangannya dibawa dari bahu Daniel turun ke dada lelaki itu yang berlapik kemeja. Siapa lagi kalau bukan Amanda Vierra.

Daniel mendongakkan kepalanya, tersenyum bibirnya melihat wajah cantik Amanda. Sekelip mata Amanda menyatukan bibirnya dengan bibir hangat Daniel.

"Kita nak pergi mana?" Soalnya saat kucupan terlerai.

"Somewhere you will definitely love." sambil menjawab dia bangkit. Tubuhnya dipusingkan menghadap Amanda. Kini, terhias jelas figura seorang Amanda dari atas sehingga ke bawah.

"You look stuning," pujinya jujur. Ye, dia terpaku dengan kecantikkan Amanda malam ini. Cantik luar biasa.

"Thank you." lengan Daniel dicapai dan mereka beriringan keluar dari lobi hotel dan masuk ke dalam kereta.

Amanda mengeluarkan telefon bimbitnya, ada satu mesej dari Hans bertanyakan waktu jam kepulangannya esok dan juga jangan lupa membawa pulang cenderamata untuknya dengan ugutan tidak membenarkan Amanda masuk ke dalam rumah jika pulang dengan tangan kosong.

Amanda ketawa kecil. Soal Hans, awal-awal lagi dia sudah membelikan hadiah istimewa untuk lelaki itu. Jangan risau.

"Happynya"

"Yup! Ada orang tuntut hadiah dari Paris" mendengar jawapan Amanda, Daniel mengerutkan kening.

"Siapa?"

"Abang I."

Kerutan diwajah Daniel pudar. Hatinya yang tadi sedikit tak senang melihat senyuman Amanda saat tersenyum memandang telefon kembali senang. Baru faham. Dia cemburu ke? Ah, gila!

Kurang 30 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di tempat yang Daniel maksudkan, Seine River. Sungai ketiga terpanjang yang menjadi kebanggan negara Perancis dengan bentangan jaraknya sejauh 485 batu dari Dijon ke Selat Inggeris.

Fakta menarik tentang sungai ini ialah selain daripada membekalkan sekitar separuh air untuk digunakan di Paris. Ia juga menjadi subjek banyak lukisan impresionis terkenal, termasuk Monet's Bathers di La Grenouillere dan Renoir's Seine River di Asnieres.

Banyak yang diceritakan Daniel siang tadi namun hanya itu yang dia ingat. Ternyata, sungai itu lebih cantik waktu malam dengan hanya lampu-lampu malap yang menerangi.

"Shall we, milady" sambil itu, tangannya dihulurkan kepada Amanda.

Tanpa banyak bicara, tangan lelaki itu dicapai dan mereka beriringan masuk ke dalam kapal krus mewah itu.

Tiba di bahagian restoran, Amanda memandang kagum setiap dekorasi interior dan suasana yang sangat indah ditambah lagi dengan alunan musik yang romantis membuatkan suasana itu semakin terasa.

Sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia menaiki kapal cruise. Kalau nak harapkan hidupnya sebelum wujud Hans memang tiada peluang dia nak merasa tapi bila hidupnya sudah menjadi sedikit selesa, dia pula tak terfikir untuk menaiki kapal mewah ini.

Banyak benda yang dia nak buat, dan Amanda akan pastikan dia realisasikan satu per satu impannya.

Mereka dibawa ke meja yang bersebelahan dengan jendela, dari situ terhias megah Menara Eiffel yang tegak berdiri. Padanlah menara itu terkenal dengan kalimat cinta, dirinya sahaja sudah cukup kelihatan romantis dan menawan.

Tidak lama kemudian, mereka dihidangkan dengan hidangan menu pembuka. Menarik, namun apa yang Amanda nampak diluar sana lebih menarik.

"Daniel..." panggil Amanda tiba-tiba setelah lama suasana antara mereka sunyi.

"Yes, beautiful?"

Daniel sengaja tidak mahu mengganggu. Dia suka bila melihat Amanda begini, dia suka melihat Amanda mengagumi apa yang telah dia usahakan. Memang pemandangan diluar sana bukan dia yang usahakan tetapi untuk melihat apa yang Amanda lihat diluar itu sekarang, itulah yang dia usahakan.

Amanda tidak berbohong bila dia kata dia cintakan seni. Dan segala yang ada di Paris ini semuanya adalah seni. Lihat pada reaksi semulajadi Amanda saat melihat kesenian Kota Paris... semua telah terbukti. Jadi dalam Amanda mengagumi seni manusia, biar Daniel mengagumi seni Tuhan— Amanda Vierra. 

Amanda mengalihkan matanya dari terus berada diluar ke anak mata Daniel. Mungkin, pemandangan diluar itu lebih indah namun sepasang mata milik lelaki ini lebih menarik perhatiannya.

"You dengan girlfriend you mesti pernah datang sini kan?"

Soalan yang diajukan Amanda membuatkan senyuman kecil diwajah Daniel serta merta terhapus. Soalan yang agak sensitif namun ditenangkan diri. Tak mahu merosakkan suasana ini.

Hari dia bawa Emylia Rose pulang minggu lalu kembali mengisi fikiran.

Daniel menatap Emylia yang masih sedang tidur di atas katil. Saban malam Daniel tak dapat lelapkan mata walaupun tubuhnya penat sebab dia baru sahaja pulang dari Pangkor atas urusan kerja.

Ada dua benda didalam kepalanya— Amanda yang dia nampak di kelab tadi dan hubungannya dengan Emylia.

Dia tak faham dengan perasaannya sekarang. Emylia Rose adalah kekasih yang pernah dia cinta, dia pernah takut kehilangan Emylia dan melihat wanita itu didepan matanya sekarang buat dia teringatkan memori-memori indah bersama wanita itu.

Buat dia tak mahu sia-siakan Emylia. Apa yang jadi malam tadi adalah hal baik buatnya kan? Dia tahu yang Emylia masih cintakan dan dan wanita itu jadi begini sebab rindukan dia. Ini titik permulaan untuk dia baiki hubungan dengan Emylia seperti yang dia harapkan.

Tapi kenapa... dalam masa yang sama kepalanya asyik memikirkan Amanda? Risaukan Amanda.

Rambutnya diramas. Dia serabut dengan semua benda yang ada didalam kepala. 2 wanita dalam satu masa. Itu gila! Dia bukannya jenis lelaki yang macam itu.

"Baby?" Seru Emylia bila matanya sudah terbuka.

Daniel jatuhkan pandangan kembali pada wanita itu. Dia mendekati katil dan pil yang sudah berada diatas meja sisi katil diambil lalu disuakan kepada Emylia.

"Apa you buat dekat kelab seorang diri?"

Emylia tundukkan kepala. Dia tahu Daniel marah. "I rindu you."

"Itu bukan caranya, Emy. You tahu kan I tak suka you pergi tempat tu sendiri. Macam mana kalau apa-apa terjadi pada you?"

Bibir Emylia terukirnsenyum nipis. "You masih risaukan I,"

"Of course, Emylia"

Pandangan mereka bertemu. "If so, be with me again. I dah tak sanggup hilang you. I janji I akan jadi lebih baik, I tak akan buat semua yang you tak suka dan I tak akan ikut emosi I lagi,"

Daniel hilang kata.

Kadang-kadang, perpisahan terjadi bukanlah kerana curang atau orang ketiga. Seperti mereka, tiada antara dia atau Emylia curang. Tiada orang ketiga diizinkan menyentuh pun hubungan mereka namun setia sahaja tidak cukup jika tiada toleransi. Benda kecil selalu dibesar-besarkan dan Emylia tak pernah cuba faham dia tak seperti mana dia fahami wanita itu.

Dia sentiasa cuba yang terbaik, mengalah dan jadi segala yang Emylia namun tetap Emylia juga yang memilih untuk berpisah.

Megat Daniel yang orang lain kenal... mungkin sukar untuk bertolenasi. Dia tak suka dirinya dipijak namun untuk orang yang dia cinta dia sanggup jadi hamba. Jika dia cinta, dia cinta sepenuh hati.

Dia akan setia, dia akan berikan hati dia sepenuhnya. Dia akan cintai wanita itu setulusnya sebab dia tak akan biarkan orang yang dia cinta, rasai apa yang Tengku Fadira rasai dan dia tak akan sesekali jadi Megat Darrius.

"Nope. You orang yang pertama," jujurnya.

"Tipulah, you kan biasa dengan Paris. Mesti you pernah bawa diaorang ke sini kan?" Tekan Amanda lagi. Saja nak menyakitkan hati lelaki itu. Buat dia ingatkan kembali sang kekasih. Melukakan kembali hati yang kian menyembuh. Bukan Amanda tidak tahu cinta mati Daniel kepada wanita bernama Emylia. Itu baru sikit. Tak luak pun.

Kalau boleh nak dihancurkan terus hati Daniel serta merta.

Amanda jadi tertanya-tanya, apa jadi selepas Daniel bawa kekasihnya pulang?

"Betul, you yang pertama. Boleh tak kita jangan cakap tentang ni lagi. I nak spend time dengan you. I nak tahu tentang you bukan cerita tentang benda lain," balasnya.

Amanda tersenyum kecil.

"Okay, I minta maaf. Apa yang you nak tahu tentang hidup I yang boring ni?" Soal Amanda.

"Semua yang you nak kongsi, as you promised"

"Okay, I ada seorang abang. 3 tahun lepas mama dan ayah I meninggal dia yang jaga I. I terhutang budi dengan dia sampai I mati," ujar Amanda sambil mengingatkan kembali kehidupannya yang perit dulu.

Bila difikirkan balik, tak tahu macam mana dia boleh kuat untuk bertahan selama kesakitan itu mula menyapa keluarganya. Hatinya tiba-tiba diterjah rasa sedih, bila lihat wajah tenang Daniel hatinya rasa sakit. Lelaki dihadapannya ini tak akan pernah faham apa yang dia lalui.

"Mana dia selama 3 bulan,"

"Jauh." Balas Amanda ringkas membiarkan Daniel sendiri buat spekulasi.

"I'm sorry for your lost,"

"Tak apa, benda dah lama dah pun,"

Perbualan berterusan dari kerjaya dan minat Amanda pada seni. Banyak yang diceritakan tetapi lagi banyak yang disembunyikan.

Sepanjang perjalanan, sambil mereka menikmani main course mata mereka juga dihidangi dengan Louvre Museum, Ile de la Cité, dan Musée d'Orsay yang indah menerangi kota Paris di malam hari.

Kadang-kadang bila Daniel ternampak satu bangunan yang ada sejarahnya, dia akan bercerita tentang sejarah bangunan itu dan kemudian sambung kembali berbual tentang Amanda.

"1 jam. Semuanya tentang I, I nak tahu tentang you juga" ujar Amanda.

"You nak tahu tentang apa?"

"Anything. Maybe your family?" Balas Amanda. Topik kegemarannya.

"My family," Daniel melepaskan nafas berat.

"My mom is a housewife, a very good, loyal and understanding housewife. My dad owns a business, he..."

"...actually I tak..." bicaranya terhenti. Perlukah dia cerita perkara itu? Tentang hubungan tidak baiknya dengan Megat Darrius, bapanya sendiri. Ye, Daniel punya hubungan buruk dengan papanya.

Sejak peristiwa lebih 10 tahun lalu rasa itu kekal dan tidak berubah. Untuk menghormati boleh namun untuk punya keakraban seperti dulu lagi dia tidak mampu. Namun tidaklah membenci.

"Hello?"

Daniel tersedar dari lamunan.

"You tak apa? Termenung pula dia" ada tawaan kecil dihujung bicara. Dia benar-benar mahu tahu hal itu. Hal berkaitan Megat Darrius, lelaki durjana itu.

"Nothing" balas Daniel. Wajahnya sudah berubah buat Amanda tertanya-tanya kenapa.

Semakin hatinya tertarik untuk mengetahui.

"You ada masalah ke? You know I will always lend you my ears if you want to tell me anything" ujar Amanda persis wanita polos. Ye, dia sanggup memberikan telinga dan bahunya jika lelaki itu dalam kesedihan. Huh!

tbc

Love, Rose

Continue Reading

You'll Also Like

5.4K 854 8
Kematian penulis terkenal tanah air , Wahid Zaffar menggemparkan negara sekaligus memincangkan kehidupan Kirana Adelia. Selepas kematian Wahid Zaffar...
226K 19.6K 50
Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang digelar persahabatan. Bagi Nadine, lebih baik jik...
151K 14.6K 33
━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Mel...
3.2M 37.1K 31
C O M P L E T E D Only available from Chapter 1 - 25; incomplete published in Wattpad. Anak haram tidak salah, malah tidak membawa apa-apa kekejian...