Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.4M 61.8K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 31

23.6K 1K 152
By syza_ra


"ASSALAMUALAIKUM, maaf saya lambat ada urusan tadi" kata lelaki itu.

Aaira yang mendengar, terus mendongakkan kepala, hampir ternganga dia melihat lelaki berkemeja kolar hitam sedang mengambil tempat duduk di hadapannya

"saya rasa awak dah salah meja ni" kata Aaira, takkan lelaki ini bakal suami Aaira

"saya rasa saya tak salah tempat duduk, awak lah Aaira Nasrin binti dato Harith, bakal isteri saya" kata lelaki itu kemudian tersenyum manis,

senyuman itu yang buat Aaira tak keruan saban hari

"but how?"  Aaira masih tak percaya

"saya balik jumpa ibu minta ibu masuk meminang awak untuk saya, esoknya terus ibu jumpa keluarga awak" tenang saja riak wajah lelaki ini sewaktu menjawab.

Luth Haiyyan yang masuk meminangnya dan bakal menjadi suaminya, mana boleh dia tolak, rezeki dah datang bergolek.

Ikutkan sekarang juga dia nak telefon mama cakap yang dia terima pinangan ini

"kenapa awak diam?" Luth Haiyyan memandang wajah Aaira

"saya tak percaya" dia rasa macam mimpi, Luth sekarang sedang duduk di hadapannya

"maaf, masa awak luahkan perasaan dekat saya haritu, saya tolak sebab saya tak yakin dengan diri saya" lemah suara Luth, dia agak kesal dengan perkara lepas

"tak apa, saya dah lupakan semua tu dan saya tak simpan dalam hati" jawab Aaira senang

"terima kasih sebab sudi terima saya walaupun saya pernah tolak cinta awak" senyuman kecil di hadiahkan

"saya yang patut berterima kasih dekat awak sebab sudi terima saya sebagai bakal isteri awak" kata Aaira jujur.

Luth tersenyum, dia suka melihat wajah Aaira tapi tak boleh pandang lama lama, belum halal

"jom la kita order makanan" Aaira kemudian mengangkat tangan memanggil waiter untuk memesan makanan















SETIBANYA pesanan, mereka berdua makan dengan senyap tanpa mengeluarkan suara.

"bila kita nak khawin?" bila dengan Luth hilang terus rasa malu Aaira

"bila yang awak nak?" Luth menyoalnya kembali

"kalau boleh saya nak esok" jawab Aaira selamba.

Hampir saja tercekik mi kari yang berada di dalam mulut bila mendengar jawapan Aaira

"HAHAHAHA...saya gurau jela, saya bagi awak tetap kan tarikh" kali ini Aaira serius, dia tak kisah bila. Luth terima dia pun dah cukup bersyukur

"ohh...saya lupa nak sampaikan yang ibu kirim salam dekat awak" kata Luth

"waalaikumusalam, rindu pula dekat makcik" luah Aaira.

Luth hanya tersenyum sahaja bila mendengar ayat itu, dia senang dengan wanita di hadapannya ini.

Hormat orang tua, ada budi bahasa malah ibu dah berkenan dengan Aaira, jadi Luth tak perlu risau di kemudian hari kalau Aaira yang menjadi suri hatinya

"awak datang dari Melaka ke?" Aaira menyoal?

"tak lah saya dari rumah kak Lana, ibu pun ada dekat sana" jawab Luth

"yeke, kenapa tak bawa makcik datang sekali" Aaira dah teruja bila dengar puan Haliza ada di sini

"ibu kata dia tak nak kacau kita berdua, itu yang ibu duduk rumah tunggu saya balik untuk cerita dekat dia apa yang saya berbual dengan awak dan reaksi awak bila tengok muka saya" Luth ingat, ibunya siap berpesan balik nanti terus cerita apa yang jadi dan apa reaksi Aaira bila nampak Luth yang datang

"alaa comel betul ibu awak" Aaira tersenyum dalam pada masa yang sama dia lega kerana puan Haliza terima dirinya














"TERIMA kasih sebab sudi jumpa saya harini, saya ingat awak takkan datang" kata Luth ketika menemani Aaira ke kereta

"jujur memang saya tak nak datang mula mula tapi sebab papa dan mama beria ria suruh saya datang, yakinkan saya yang saya akan suka lelaki yang saya bakal jumpa nanti saya ikutkan saja" luah Aaira

"habis lepas jumpa saya, awak menyesal tak? Luth mahu tahu jawapan Aaira

"of course la saya tak menyesal malah saya bersyukur sangat awak tak salah meja tadi" Aaira menghela nafas lega.

Luth terseyum melihat reaksi Aaira, dia juga berasa senang bila melihat Aaira menanti dirinya di dalam restoran tadi.

Dia sudah bersedia kalau kalau Aaira tak datang, dia nak terus pergi ke rumah orang tua Aaira untuk menjemput wanita itu datang ke sini

"awak" Aaira memanggil Luth yang asyik mengelamun, dia tersenyum sendiri, rasa comel pula bila tengok muka Luth sedang mengelamun.

Luth tersedar bila mendengar Aaira memanggilnya

"ya, awak ada cakap apa apa ke?" cepat cepat Luth menyoal, takut ada apa apa yang keluar dari mulut Aaira yang dia tak dengar

"tak saya cuma nak cakap yang saya balik dulu, awak hati hati bawa kereta" pesan Aaira sebelum memasuki kereta

"bye" sempat lagi Aaira melambai melalui cermin tingkap yang dia buka dan yang paling tak malu boleh pula dia kenyitkan mata pada Luth kemudian keretanya meluncur laju.

Luth menggelengkan kepala melihat perangai Aaira, dia belum biasa lagi dengan semua ini tapi dia akan cuba terima perangai Aaira yang kadang kadang tak di jangak.

Dia tak kisah kerana dia tahu Aaira bukan seorang yang berpura pura, apa yang di tunjuk itulah diri wanita itu bila dengannya.

Turun saja dari kereta, Aaira terus berlari masuk ke dalam rumah mencari mamanya tapi dia terserempak dengan papa dan abangnya di ruang tamu sedang menonton televisyen

"assalamualaikum!!" Aaira menjerit dan berlari memeluk papanya,.terperanjat dato Harith bila dirinya dipeluk secara tiba tiba oleh anak perempuannya,
namun dia tahu sebabnya

"ha macam mana tadi, berkenan tak dengan bakal menantu yang papa dengan mama pilih?" dato Harith sudah dapat mengagak jawapan yang akan keluar dari mulut Aaira

"berkenan sangat dan Aaira rasa papa dengan mama dah boleh proceed apa apa rancangan dengan ibu Luth" kata Aaira teruja, kemudian dia mencium pipi dato Harith

"thank pa untuk semuanya walaupun papa macam tak ambil tahu pasal Aaira tapi rupa rupanya papa sentiasa tahu apa yang Aaira nak" Aaira sebak

"of course i know, you are my daughter and i love you" balas dato Harith dia mencium kepala Aaira

"dah jangan nak buat drama air mata dekat sin,i tak khusyuk abang nak tengok tv" tiba tiba Aarif mengeluarkan suara.

Aaira hampir lupa abangnya ada di ruang tamu, dia kemudian berlari ke abangnya dan turut memeluk lelaki itu

"dah kenapa ni" pelik Aarif

"thanks to you too kalau abang tak paksa Aaira pergi, mesti Aaira takkan jumpa Luth" Aarif menggosok gosok kepala adiknya

"tula lain kali dengar kalau orang tua bagi nasihat" bebel Aarif

"yela yela" Aaira pasrah bila di bebel

"dah kenapa macam jejak kasih siap peluk peluk bagai" datin Haisya datang dari arah dapur sambil menatang dulang berisi cawan, teko serta sepiring kuih keria yang baru siap goreng dan disira dengan gula, tengok pun dah tahu mesti sedap.

Bila datin Haisya selesai meletakkan dulang di atas meja, terus Aaira mencium pipi datin Haisya dan memeluk wanita yang melahirkannya

"baru balik dating tiba tiba peluk mama ni, ada apa?" datin Haisya bingung

"terima kasih mama sebab terima pinangan keluarga Luth ke rumah kita dan sudi terima pilihan Aaira" gugur air mata Aaira bila berhadapan dengan mamanya, dia tak boleh bila keadaan yang memaksa dia mengeluarkan air mata lagi lagi bila soal mama, mesti air mata tanpa segan silu akan turun

"menangis pula anak manja mama ni, takkan mama nak bantah pilihan Aaira pula kalau lelaki tu baik, lagipun tengok  keluarga mereka dari orang baik baik jadi tak ada alasan untuk mama tolak. Janji Aaira bahagia" kata datin Haisya sambil menyapu air mata yang mengalir di pipi Aaira

"dah jom kita makan, kalau layan drama Aaira ni sampai maghrib nanti baru habis" dato Harith memerli anaknya

"alaa papa ni, tak kasi chance langsung Aaira nak bermanja dengan mama" Aaira membuat muka bila papa memotong drama dia

"cukup cukup la papa dengan abang terpaksa layan drama yang kamu dengan mama kamu tengok pukul 9 malam tu, tak payah nak buat drama live pula" Aarif yang jadi penonton sejak dari tadi menangguk tanda setuju

"betul dah jom makan, Aarif dah tergoda tengok kuih keria yang mama buat ni" selesai sahaja dia bercakap, terus dia mencapai sebiji kuih keria.

Namun kuih keria itu terlepas dari tangannya, Aarif menjerit kerana kuih keria itu masih panas.

Bergema ketawa dari 3 suara iaitu dato Harith, datin Haisya dan Aaira.

Aarif hanya mampu mencebirkan bibir sahaja bila dirinya menjadi bahan ketawa












"JADI macam tu la ceritanya" kata Luth, dia menceritakan kejadian di restoran tadi

"mesti Aaira tak percaya,  sampai boleh cakap Luth tersalah meja" Lanal tersenyum , cuba membayangkan kejadian mereka berdua

"haah muka dia nampak terkejut sangat bila Luth duduk depan dia" masih teringat ingat lagi bagaimana reaksi Aaira bila dia tarik kerusi di hadapan wanita itu dan duduk, dia jadi senyum sendiri

"ha tersenyum senyum sendiri tu kenapa" tegur puan Haliza sebaik sahaja nampak senyuman di bibir anaknya

"tak ada lah ibu, teringat pula muka Aaira bila dia nampak Luth, tu yang tersenyum sendiri" tanpa selindung Luth berkata

"bagus lah kalau kamu berdua dah serasi, ibu suka tengok kamu tak kekok bercerita pasal Aaira, kalau tak bila ibu tanya pasal perempuan je mengelak" luah puan Haliza

"masa tu Luth belum bersedia lagi ibu tapi inshaallah, sekarang Luth yakin dengan jodoh yang Luth pilih sebab Luth nampak dalam mata ibu yang ibu yakin dan bagi restu pada Aaira"

"mestilah ibu yakin sebab keyakinan Aaira tu juga yang membuatkan ibu makin berkenan dengan dia" puan Haliza memandang Luth

"ibu sayang Aaira macam anak ibu sendiri jadi tolong jaga dia dengan baik ya Muhammad Luth Haiyyan" sebak puan Haliza menutur ayat ini

"inshaallah ibu, Luth takkan sia sia kan Aaira" itu janji Luth pada puan Haliza dan dirinya sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

18.8K 1.7K 42
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...
1M 68.3K 35
𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑫𝒓𝒚𝒂𝒏 ~ 𝑨𝒚𝒂𝒏𝒂 𝑫𝒂𝒉𝒍𝒊𝒂 " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya...
40.4K 1.5K 29
"Abang tak janji abang akan sayang Neem sampai akhir hayat Neem... Tapi abang janji... Abang akan sayang Neem sampai akhir hayat abang..."
48.9K 3.8K 27
[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"...