Reality ๐Ÿฆ‹|| Huang Renjun โœ“ [...

By aevwaryn

10.6K 1.7K 350

" remember. " cover credit by : minmin graphic shop// @-zhongc buku ni dah lama, buku first wawa lak tu so k... More

๐Ÿฆ‹ prolog
-Bab 1๐Ÿฆ‹-
-Bab 2 ๐Ÿฆ‹-
- Bab 3 ๐Ÿฆ‹-
- Bab 5 ๐Ÿฆ‹-
- Bab 6 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 7 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 8 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 9 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 10 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 11 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 12 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 13 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 14 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 15 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 16 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 17 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 18 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 19 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 20 ๐Ÿฆ‹ -
- ๐Ÿ‡พโ€Š๐Ÿ‡ชโ€Š๐Ÿ‡ดโ€Š๐Ÿ‡ณโ€Š๐Ÿ‡ฆโ€Šโ -
- ๐Ÿ‡ณโ€Š๐Ÿ‡ฆโ€Š๐Ÿ‡ทโ€Š๐Ÿ‡ฎโ€Š โ -
- ๐Ÿ‡ฏโ€Š๐Ÿ‡ฎโ€Š๐Ÿ‡ชโ€Š๐Ÿ‡ปโ€Š๐Ÿ‡ณโ€Š โ -
- Bab 21 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 22 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 23 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 24 ๐Ÿฆ‹ -
- ๐˜บ๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ต 1 -
- ๐˜บ๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ต 2 -
- ๐˜บ๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ต 3 -
- Bab 25 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 26 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 27 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 28 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 29 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 30 ๐Ÿฆ‹ -
- Bab 31 ๐Ÿฆ‹ -
- bab 32 ๐Ÿฆ‹ -
๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ? ๐Ÿฆ‹
สแด‡ส ! โ–ผใƒปแดฅใƒปโ–ผ
im bbackk !

- Bab 4 ๐Ÿฆ‹-

380 68 9
By aevwaryn

Eunji pov

"Argh!!"

"Kak Eunji?"

Aku mengelap keringat yang membasahi seluruh badanku.

Jantungku berdegup dengan kencang dan aku cuba mengawal kembali pernafasanku untuk kembali normal.

Yeona menenangkanku daripada mimpi buruk tadi. Aku melirik jam loceng yang berada di tepi katilku.

12.40 p.m

"Dah tengah hari?"

"Adik nak bangunkan kakak tapi dahi kakak panas sangat jadi adik rasa kakak demam, sebab tu adik nak bagi kakak rehat dulu"

Aku memegang dahiku untuk memeriksa suhu badan.

"Hm"

Panas. Sangat panas. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh jatuh sakit seperti ini.

"Ibu buatkan bubur untuk kakak. Adik bawakan ya?"

"Tak payah, kakak nak turun bawa"

"Kakak kan sakit-"

Aku memotong kata-katanya lalu berjalan menuju ke bawah, mahu ke dapur melihat ibuku.

"Ibu"

"Eunji!"

Ibu segera mendudukkanku di bangku sofa ruang tamu. Dia memeriksa dahiku.

"Panasnya! Sekejap, ibu ambilkan ubat dengan kain basah"

"Ibu, Eunji tak apa-apalah. Biasalah ni"

"Jangan degil. Rehat sekarang"

Aku akhirnya mengalah dan menuruti sahaja permintaan ibuku. Sebenarnya, aku tidak merasakan kesakitan itu cuma penat sedikit. Barangkali, aku terlalu berjaga sewaktu malam untuk mengulang kaji kerana peperiksaan akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

Setelah memberikanku makanan dan ubat-ubatan, ibuku meletakkan kain basah di atas dahiku.

"Ibu"

"Ya?"

"Eunji.."

"Kenapa?"

"Eunji mula ingat kejadian malam tu"

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

No one pov

"Eunji demam?" Jaemin sedikit terkejut dengan penyataan Jisung tadi.


"Ya, Seonghwa beritahu aku tadi. Dia kat rumah Eunji sekarang."


"Sekarang?"

"Apa?"

"Seonghwa. Dia kat rumah Eunji?"

Jisung mengangguk-anggukkan kepalanya, menjawab soalan Renjun tadi.

"Kita makan kat tempat lain je malam ni. Kesian dengan ibu Eunji," kata Jaemin simpati lalu mencuba untuk menanyakan keadaan Eunji melalui adiknya.


"Aku nak keluar kejap. Beritahu manager"

"Ok, hyung. Jangan lewat sangat sekejap lagi dah nak mula"

Renjun meninggalkan mereka dengan senyuman yang nipis.

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Tok! Tok! Tok!

Yeona yang mendengar bunyi ketukan dimuka pintu segera membukanya. Dia sedikit terkejut kerana adanya Renjun di muka pintu selepas saja dia menerima mesej dari lelaki itu berkaitan dengan kakaknya tadi.

"Kakak saya ada kat ruang tamu. Dia tertidur kat sofa, selepas saja ibu pergi kelas yoga"

Yeona mempelawa Renjun memasuki rumah itu.

"Mana Seonghwa?"

"Dia dah balik tadi sebab ada program katanya"

Renjun mendekati ruangan ruang tamu secara perlahan untuk memastikan Eunji masih terlena di sofa itu.


Renjun melihat Eunji yang sedang terlena itu. Yeona melihat Renjun mulai mengeluarkan riak wajah yang sedih.

"Saya datang sini sebab mahu berikan buah tangan dan tanda terima kasih sebab sarapan pagi kelmarin. Nah ini dari kami semua"

Renjun memberikan 2 beg hadiah yang penuh dengan manisan kepada Yeona dengan senyuman yang mesra.

"Oh terima kasih"

"Maaflah tapi saya perlu gerak sekarang sebab program kami dah nak mula"

"Wah, fighting!"

"Lagi satu, boleh tolong jangan beritahu Eunji dan ibu kamu yang saya datang ke sini? Beritahu saja, Jaemin yang datang untuk melawatnya," kata Renjun sambil tersenyum manis.

Yeona berasa pelik dengan permintaan Renjun itu. Dia hanya tersenyum mesra saja kepadanya dan melihat lelaki itu sehingga dia beredar keluar daripada rumah itu.

Yeona mengeluh dan meletakkan manisan-manisan tadi di atas meja. Dia merenung wajah kakaknya seketika.

"Adik sayang kakak"

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Eunji pov

"Huargh.."

Aku meregangkan badanku setelah aku terjaga daripada tidur seharian. Aku segera memeriksa suhu badanku.

"Yes!"

Suhu badanku kembali normal semula. Kemudian, aku memeriksa telefon pintarku untuk melihat waktu sekarang.

7.20 p.m

"Aku tidur sampai lewat malam?"

Aku akhirnya bercadang untuk memeriksa ruangan dapur dan setiap bilik. Tiada sesiapa kecuali aku yang berada di rumah itu.

"Hm?"

Aku memeriksa ruangan mesej di telefon pintarku.

"Oh, beli barang dapur rupanya"

Baru sahaja aku mahu ke ruang tamu semula, aku tertarik dengan manisan-manisan kesukaanku di meja makan.

"Wah!"

Aku memakan sebahagian manisan itu dan meninggalkan sedikit untuk ibu dan adikku.

"Apa yang menarik? Hm"

Aku mencapai remote control dan menukar siaran televisyen sehingga ada yang menarik perhatianku.

"Ateez!"

Aku dengan terujanya melihat persembahan yang dilakukan oleh mereka di skrin televisyen.

"Kacaknya Seonghwa"

Ting!

Aku mencapai telefon pintarku setelah mendengar notification daripada ruangan mesej.

Seonghwa💐
Kalau awak rasa dah sihat, saya akan ajar awak tapi selepas 2 hari sebab takut awak sakit lagi :)

"Hm, apa nak jawab?"

Aku menggigit jari kuku dengan gementar.

You
Saya dah sihat dah lepas rehat tadi 😆

Seonghwa💐
😲🙆🏻‍♂️
Saya ada bagi manisan tadi, awak dah makan?

You
😯😯
Awak rupanya yang bagi semua manisan ni? Wah terharu 😭

Seonghwa💐
Ya, saya ada lawat awak tadi tapi awak tidur jadi saya tak nak ganggu awak.
Rehatlah, jangan banyak sangat belajar. Pelajar pun perlu rehat secukupnya.
🙆🏻‍♂️🙆🏻‍♂️

"Fuh, take it slow"

You
Ya, tq 😆

"Hmm"

...

"Biar betul ni.."

Aku memikir-mikirkan apakah perasaan yang kurasai selama beberapa tahun perasaan ini menghilang dari hidupku.

Ting!

Seonghwa💐
☺☺

...

Aku menampar kedua-dua belah pipiku. Aku menunggu ibuku dan Yeona pulang sambil tersenyum sendirian di ruang tamu itu.

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

"Yeona!"

Tak guna hari Isnin.

"5 minit! 5 minit!"

Aku benci sekolah.

"Apa yang budak ni buat lama betul"

Aku segera pergi ke atas untuk melihat keadaannya.

"Kau bersolek pergi sekolah?"

"Alah, basic je"

"Tak payah nak basic sangat. Pergi basuh muka sekarang"

"Alah.."

"Kau tu muka elok lagi, nak bersolek bagai ni buat apa, adikku sayang"

Aku menariknya masuk ke dalam bilik air untuk membasuh mukanya semula.

...

"Hah! Kan elok tu"

"Ish"

Aku memutarkan bebola mata ke atas. Kami berdua pergi ke sekolah dengan menaiki bas.

"Kakak lewat sikit balik hari ni sebab kakak ada kelas tambahan matematik"

"Hm, Yeona balik sendirilah macam ni"

Aku mengeluh perlahan. Tiba-tiba, aku teringat sesuatu idea.

"Apa kata kalau kakak minta ambilkan Yeona dengan Jaemin? Yeona kan suka Jaemin"

"Biar betul? Tapi dia tak sibuk ke? Lepas tu kalau melanda kontroversi macam mana? Lagipun, kakak baru kenal dengan mereka tak menyusahkan ke nanti?"

Aku mengeluarkan telefonku lalu menghubungi lelaki itu.

"Hello?"

"Eunji?"

"Ya saya. Macam mana kau tahu? Setahu aku , aku belum pernah bagi nombor telefon aku kan?

...

"Hmm, aku lewat balik hari ni jadi boleh tak tolong ambilkan Eunji balik sekolah nanti? Tapi kalau kau-"

"Tak, saya lapang masa petang ni"

"Kalau macam tu ok! Lagi satu jangan lupa pakai pelindung muka nanti"

Aku mematikan panggilan selepas sahaja bas berhenti dan kami pun menuju ke kelas masing-masing.

"Jangan lupa, Jaemin yang tolong hantarkan Yeona"

"Ok kak!"

Aku berjalan meninggalkannya dan menuju ke kelasku. Suasana di dalam kelasku itu sama seperti hari yang lain dan aku juga begitu, bersendirian. Aku mengeluh kasar dan mendengar mp3, mencuba untuk mengabaikan suasana yang bising itu.

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

"Ok kelas terima kasih untuk hari ni"

"Huarghh," aku meregang-regangkan badanku yang lelah akibat perlanjutan kelas tambahan tadi.

Aku mengemaskan begku dan ingin segera meninggalkan kelas itu.

"Eunji?"

"Hm?"

"Kau Eunji kan?"

Aku mengangguk-anggukkan kepala kekok.

"Kau tak nak balik dengan kami?"

Aku melihat ke arah 2 pelajar perempuan itu. Tak silap aku nama dia Nari, sorang lagi nama Jieun.

"Oh, boleh juga," kataku sambil tersenyum ke arah mereka berdua.

Aku agak terkejut dengan pelawaan mereka berdua kerana selama ini aku selalu bersendirian, tiada siapa pun yang mahu berbual atau mengajakku untuk berkawan.

"Apa kata kita makan aiskrim?"

"Boleh juga," Aku dan Nari bersetuju dengan cadangan Jieun.

Kami pergi ke kedai runcit yang berdekatan dan membeli aiskrim masing-masing.

"Aku belanja"

Walaupun aku masih agak kekok dengan mereka berdua aku masih boleh bergurau dengan mereka.

"Wah! Aku pun minat HRVY juga!"

"Lagu-lagu Cardi B pun best!"

"Kau pernah dengar lagu Seventeen?"

"Dengarlah lagu Got7 ni"

Kami bertiga berkongsi minat masing-masing dan lama kelamaan aku berasa selesa dengan mereka.

"Jomlah balik, nanti mak aku marah pula"

Kami bertiga menuju ke lorong rumah masing-masing dan bercadang untuk rehat bersama pada esok hari.

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

"Wah, kakak dah ada kawan? Baguslah!"

"Yaa, kakak pun terkejut juga tadi tiba-tiba je dorang sapa kakak"

Yeona tersenyum manis ke arahku.

"Oh ya macam mana petang tadi? Jaemin?"

"Hihihi"

"Ish, tersengih-sengih"

"Ok je, dia siap belikan coklat untuk Yeona hehehe"

Yeona membuka begnya dan menghulurkanku coklat.

"Eh mana dapat ni?"

"Untuk kakak pun Jaemin ada belikan. Nah"

Aku mengambil coklat tadi dan meletakkan di meja belajarku.

"Hm"

"Kenapa, Yeona?"

"Perasaan adik je ke atau Jaemin memang berminat dengan kakak?"

Aku membalingn bantalku dengan kasar.

"Apalah! Tibe je kau"

"Aduh! Adik beritahu je"

Aku menjeling tajam ke arahnya dan menyambung semula ulang kaji ku tadi.

"Kakak ni rajin sangat belajar"

...

"Kakak~"

...

"Kakak, adik bosan ni"

...

"KAKAKKKKKKKK"

...

"Ish, orang nak ajak berbual pun susah"

Dia akhirnya meninggalkanku bersendirian dan keluar daripada bilik itu.

"Pergi mana Yeona?!"

"Keluar kejap jumpa kawan"

"Jangan lambat balik tau!"

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Yeona pov

"Mana Renjun ni?"

Aku mencari-cari kelibatnya di ruangan hadapan restoran.

"Pstt!"

Aku melambai-lambaikan tanganku ke arahnya untuk mendapatkan perhatiannya.

"Maaflah, lewat sikit"

"Takpe asalkan awak beritahu apa perkara yang sebenar yang saya patut tahu sebagai adik Eunji"



[EDIT] : 18 MEI 2021

Continue Reading

You'll Also Like

44.6K 2.5K 47
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
3K 445 49
WAYV AF :: COMPLETED โœ” Saya bukan berasal dari dunia awak. Saya datang hanya sebagai pengganti Dan saya datang hanya untuh meneruskan jalan cerita aw...
10K 788 49
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
408 138 7
"baliklah dik, kakak rindu." 2021@itsshjy- storyline | short story