Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

Por syza_ra

1.4M 61.8K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... Más

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 29

21.4K 998 53
Por syza_ra

"WAH, cantiknya bangunan warna merah ni" kata Iqa apabila mereka melalui bangunan bewarna merah atau nama bersejarahnya bangunan Stadthuys yang menjadi salah satu tarikan pelancong di melaka

"tapi ya allah bukan main ramai lagi orang dekat sini" sambung Aaira apabila melihat agak sesak tempat tersebut dengan para pelancong

"haah, dekat sini memang sesak sikit sebab ada yang berhenti nak ambil gambar, nak ke muzium, yang nak panjat bukit st. paul  dekat bahagian belakang sana tu pun ada" terang puan Haliza, sudah seperti pemandu pelancong.

Kereta Aaira terus melepasi bangunan merah itu, sepanjang mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah mall, banyak tempat menarik yang mereka lalui membuat Aaira dan Syafiqah kagum bila melihatnya, tapi satu jela yang mereka kurang berkenan, banyak lampu isyarat, itu yang agaknya orang melaka ni banyak merungut bila nak ke tempat kerja kerana banyak traffic light yang perlu mereka tempuh.

Lebih kurang 15 minit perjalanan, mereka akhirnya tiba di sebuah mall, selepas mendapat parking mereka terus masuk ke dalam mall tersebut.

Mereka saja datang ke sini untuk cuci cuci mata sekaligus membawa puan Haliza berjalan jalan, Syafiqah menarik Aaira masuk ke sebuah butik beg tangan yang berjenama, saja nak melihat beg tangan paling latest.

Aaira berkenan dengan satu beg tangan ni tapi dia baru beli beg tangan 2 minggu lepas yang sedang dia pakai sekarang, disebabkan terlampau suka dengan beg itu dia membelikan untuk puan Haliza dan akan diberikan kepada wanita itu semasa mereka pulang esok sebagai buah tangan kerana sudi menerima kedatangan Aaira dan Syafiqah.

Puas berjalan jalan, mereka menuju ke sebuah restoran mi tarik sementara menunggu pesanan tiba, mereka berbual bual kosong

"katakan lah Aaira tak ada jodoh dengan Luth, hubungan kita masih akan sama macam ni kan?" soal puan Haliza tiba tiba, dia takut jika Luth tidak memilih Aaira hubungan mereka bakal renggang.

Dia sudah mula sayang Aaira seperti anaknya, peribadi wanita ini sangat dia kagumi kerana pandai mengambil hati tuanya

"ya allah mesti lah makcik walaupun satu hari nanti Aaira dengan orang lain dan Luth juga dengan orang lain. Aaira tetap akan sayang makcik macam ibu Aaira sendiri, makcik jangan lah risau" kata kata Aaira meyakinkan dirinya juga untuk tetap meneruskan hubungan baik dengan puan Haliza andai kata tiada jodoh antara dia dan Luth Haiyyan.

Lega hati puan Haliza mendengar bila Aaira menjawab soalannya dengan penuh keyakinan

"Syafiqah pun jangan berani berani putuskan hubungan dengan makcik ya"

"iya makcik insyallah" jawab Syafiqah ringkas sambil tertawa kecil dengan ugutan puan Haliza

malam itu...

AAIRA dan Syafiqah berjalan kaki ke sungai melaka, puan Haliza pula tidak ikut kerana kakinya yang lenguh seharian berjalan 

"cantiknya Aaira sungai bila waktu malam, banyak betul lampu lampu" Syafiqah mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar dan mengambil ig story.

Aaira turut membuat perkara yang sama.

Mereka duduk di bangku yang disediakan untuk  menikmati sungai dan bot yang membawa pelancong bersiar siar di sungai melaka

"mesti seronok kan orang yang duduk dekat sekitar sini, kalau stress datang je sini untuk tenangkan fikiran" kata Aaira sambil menikmati pemandangan

"aku pun rasa macam tu, kan best kalau kita duduk sini, lepas habis kerja je terus pergi dekat sini nikmati pemandangan sungai lagipun orang orang yang naik bot ni peramah" betul kata Syafiqah kerana tadi ada satu bot yang penumpangnya melambai ke arah mereka,

mereka juga membalas dengan ramah lambaian itu, rasa diri macam artis pula

"tula nanti kalau kita dah pencen, katakan lah kau dengan aku tak khawin sampai tua, kita cari la rumah dekat sini" Aaira berseloroh

"hmmm aku ada terfikir juga pasal tu" Syafiqah menjawab jujur kerana dia beranggapan bahawa Aaira serius, tiba tiba kedengaran suara Aaira ketawa membuatkan dia memberi pandangan aneh "kau asal babe?"

"Iqa, aku gurau jela takkan la kita ni tak khawin sampai bila bila, kita ni kan hot, cantik pula tu" Aaira memuji dirinya dan Syafiqah.

Betul apa, semasa mereka belajar bersama sama di universiti, ada beberapa orang lelaki yang minta nombor telefon, ada juga mereka terima surat cinta yang sungguh puitis ayatnya sampai Aaira dan Syafiqah rasa nak muntah bila baca.

Macam macam kenangan pahit dan manis di universiti dulu sampai tak sedar sekarang mereka sudah menjadi seorang doktor, hasil penat lelah mereka belajar akhirnya membuahkan hasil.

"betul juga kan Aaira takkan lah tak ada yang nak dekat kita ni" mustahil la kan

"naluri persahabatan aku ni kuat mengatakan lambat atau cepat Luth akan masuk meminang kau juga satu hari nanti" tiba tiba masuk bab Luth

"aku berserah dekat allah je Iqa walaupun aku dah dengar pengakuan dari mulut dia sendiri sendiri tapi tengok lah, dia tak ada contact aku" Syafiqah memandang simpati wajah Aaira

"kau ni cuba bawa bertenang, baru semalam dia luahkan dekat mak dia takkan harini dia nak telefon kau, cuba bagi dia masa" Syafiqah cuba meredakan galau di hati Aaira.

Tak mahu Aaira berputus asa kerana dia juga takkan berputus asa selagi sahabatnya ini tak dapat apa yang di impikan, Syafiqah juga telah berjanji pada dirinya yang dia takkan berkhawin selagi Aaira tak khawin

"thank Iqa, kau selalu bagi semangat and moral support dekat aku, aku sayang kau" kata Aaira kemudian mereka berpelukan di hadapan sungai melaka

"TERIMA kasih makcik sudi terima kedatangan Aaira dengan Iqa" pagi itu setelah bersarapan, mereka berdua bersiap untuk pulang

"jangan lah cakap macam tu, makcik yang jemput kamu datang ke sini, terima kasih sudi luangkan hari minggu kamu berdua dengan makcik" puan Haliza memeluk Aaira dengan erat

"ni makcik ada sikit buah tangan dari Aaira" Aaira menghulurkan beg kertas yang berisi beg tangan yang dibeli semalam

"ya allah kenapa susah susah kan diri beli untuk makcik, mahal ni Aaira, makcik tak nak la" puan Haliza menolak pemberian Aaira

"tak apa makcik, Aaira ikhlas memang Aaira niat nak belikan beg ni untuk makcik" Aaira mengambil tangan puan Haliza dan dia meletakkan tali beg kertas tersebut

"terima kasih Aaira, lain kali jangan belikan makcik benda mahal mahal macam ni lagi" akhirnya puan Haliza akur, dia tak mahu Aaira kecil hati 

"sama sama ,heheheh... Aaira tak janji la makcik" kata Aaira dalam nada bergurau

"ehh budak ni" kemudian mereka berdua ketawa.

Aaira bergerak ke tepi sedikit bagi memberi laluan pada Syafiqah untuk bersalam dengan puan Haliza

"terima kasih makcik untuk 2 hari ni, susahkan makcik je masak lauk yang sedap sedap untuk kitaorang berdua" Syafiqah kemudian mencium pipi puan Haliza

"alah tak ada susahnya, setakat masak untuk kamu berdua tak habis lauk dengan beras dekat rumah makcik ni" balas puan Haliza

"Aaira senang senang datang la lagi ya, bawa Syafiqah sekali" pesan puan Haliza

"inshaallah makcik kami gerak dulu ya" mereka berdua masuk ke dalam kereta

"hati hati bawa kereta, dah sampai jangan lupa telefon makcik" Aaira membalas dengan anggukan

2 minggu kemudian...

"doktor Aaira ada emergency dekat wad 3" jerit nurse Zati ketika Aaira sedang memeriksa pesakit di wad 5, dia serta merta meletakkan rekod pesakit dan berlari menuju ke wad 3

"dia susah nak bernafas, tu yang kami panggil doktor" terang nurse Zati

"tak apa biar saya buat" Aaira berusaha sehabis mungkin untuk mengembalikan pernafasan pesakitnya itu supaya kembali normal, selepas 30 minit mereka berhempas pulas, akhirnya mereka berjaya memulihkan pernafasan pesakit seperti biasa

"alhamdulillah nurse tolong pantau dengan lebih teliti keadaan pesakit ni, kalau ada apa apa inform pada saya" pesan Aaira

"baiklah doktor" Aaira kemudian berjalan keluar dari wad 3 dengan perlahan, sambil itu dia sempat memikirkan hari ini genap 2 minggu dia menunggu Luth Haiyyan untuk menghubunginya namun hampa, tiada apa apa khabar dari lelaki itu.

Dia agak sedikit kecewa dan terkilan, hampir hampir sahaja dia move on tapi dia tak boleh, banyak kata kata semangat yang berada dakam dirinya membuatkan dia terus kuat untuk menunggu Luth, sedang dia mengelamun, suara seseorang menegurnya dari belakang "doktor Aaira kenapa jalan perlahan sangat ni" bila dia toleh rupa rupanya, Darren.

Mereka jalan bersaing "aku penat sikit harini, tadi ada kecemasan dekat wad 3, patient tak boleh bernafas" Aaira menceritakan peristiwa yang berlaku.

Sedar tak sedar dah masuk jam 5, sudah tiba masa untuk mereka pulang.

Harini Aaira ingin tidur di rumah Syafiqah tapi niatnya terbantut apabila

"Aaira mama dengan papa suruh balik, diaorang kata nak bincang sesuatu" Aarif menelefon Aaira untuk menyampaikan arahan daripada orang tua mereka

"aikk tadi Aaira dah cakap dengan mama papa yang Aaira tidur rumah Syafiqah, diaorang okay je, abang jangan nak prank Aaira, bincang apa pula ni?" Aaira memang tak percaya kalau abang dia ni yang minta dia balik ke rumah, dulu dia pernah terkena bila Aarif cakap mama dan papa suruh balik, katanya ada benda nak bincang dia pun turutkan tanpa banyak soal tapi bila dia pulang, dirinya ditipu.

Mama dan papanya tak ada nak bincang apa apa malah mereka juga pelik melihat Aaira pulang ke rumah, mereka ingatkan Aaira ada tertinggal berang.

3 hari juga dia merajuk dengan abangnya, itu pun kerana Aarif menghadiahkan nya gelang berjenama pandora

"iya tak percaya ni ha cakap dengan mama" kemudian talian tiba tiba diam sampai lah suara datin Haisya keluar

"Aaira balik sayang, mama dengan papa nak bincang sesuatu dengan Aaira" akhirnya keluar juga arahan dari mamanya

"okay ma" balas Aaira ringkas

"ha dah percaya kan sek..." dengar saja suara abangnya terus Aaira menutup panggilan, malas dia nak dengar bebelan seorang lawyer

"ha Aaira, jom la balik" tegur Syafiqah yang ketika itu dia lihat baru selesai bercakap di telefon dengan seseorang

"Iqa sorry, aku tak jadi tidur rumah kau, mama dengan papa aku tiba tiba suruh balik katanya ada benda nak bincang" Aaira memohon maaf, dia rasa serba salah sekarang sebab tadi mereka dah rancang untuk keluar menonton movie bersama sama

"ouhh okay tak apa lah, nanti apa apa cerita dekat aku okay" mereka kemudian berlaga pipi tanda perpisahan dan menuju ke arah kereta masing masing.

Seguir leyendo

También te gustarán

1.1K 92 10
Amira Esha - Gadis berani bergelar peguam. Sedar bahawa hidup sebagai seorang peguam pasti ada cabarannya. Kelurga. Kawan. Nyawa. Semua menjadi perta...
5.3K 538 21
⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇ ➷ KNOWN AS HIS FAVORITE COMFORT PLACE [𝒜𝓏𝒶 𝒬𝒶𝓇𝒾𝓏𝒽 𝓍 𝒩𝓊𝓇𝒶𝒾𝓃 𝓜ℯ𝒹𝒾𝓃𝒶] ❝I will always protect you untill my last breath.❞ Ci...
322K 14.7K 46
Penjodohan? Ah, siapa saja yang suka! Tapi berbeza pula dengan perempuan bernama Aileen ini. Dikala semua orang membenci penjodohan, dia pula terleb...
152K 13.5K 59
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...