✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎�...

By Drizellla

2.4M 113K 10.4K

| 2021| 18+ EXTENDED VERS COMINGSOON MELODRAMA 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨�... More

⚠️ A M A R A N ⚠️
1 | OUR MARRIAGE
2 | THE INNOCENT DEFENDANT
3 | I AM THE COURT
5 | LESUNG BATU
6 | POLICE REPORT
7 | HUJAN LEBAT
8 | SAVING THE ROSE
9 | HANSEN OR HAYDEN
10 | ARCHERY AND BOW
11| WASIAT GAMBINO
12 | ESCAPE FROM HEART
13 | MERABHA,ISTANBUL
14 | GAMBINO SCANDAL
15 | THE TAMRIK'S HOUSE
16 | ÇOK GÜZEL- BEAUTIFUL
17 | AMARAH CINTA
18 | JEJAK MAWAR
19 | HAYDEN'S CAGE
20 | 365 DAYS IN COURT
21 | DO YOU LOVE ME?
22 | SERANGAN PENCEROBOH
23 | THE LAST WARNING
24 | VICTORIAN-ERA NIGHT
25 | HAYDEN ' S GAME
26 | I CAN SMELL THE BLOOD
27 | YOU'VE CHANGED
28 | DNA STATEMENT
29 | RAHSIA MAWAR
30 | NONSENSE OFFER
31 | PENANGAN SI DAJJAL
32 | HALALKAN DEMI NATHAN
33 | AUDITORY HALLUCINATION
34 | KILL ME, HEAL ME
35 | HABEAS CORPUS
36 | GAMBINO PRIDE
37 | CHATEAU DE VOLLINI
38 | I'M A RAPIST
39 | NEGOTIATION TENDER
40 | LUKISAN NATHAN
41 | MACCHIATO SPLASH
42 | FINDING MAWAR
43 | PECAHKAN PINTU
44 | MISS UR SCENTS
45 | GOD DAMN , LOVE
46 | DEATH OF US
47 | THE MYSTERY ZARRA
48 | PRE-MATURE ANGEL
49 | LITTLE HAKAN ARSALAN
50 | THE FAMILY DINNER
51 | ALLAH, I'M LOST IN MYSELF
52 | HANTU PUNGGUNG
53 | SURAT, BUKTI LAYANG
54 | MRS. RAJA HAYDEN
55 | DIGGING THE THRUTH
56 | THE WITNESS
57 | DIVORCE NOORA
58 | THE AFFIDAVIT
59 | I CAN'T FEEL ANYTHING
60 | OUR LAST JOURNEY
SEMI FINAL
FINAL | SATU

4 | UNFAIR PENALTY

40.6K 1.8K 77
By Drizellla

DUA buah kotak dan sebuah beg bagasi dipunggah keluar dari bonet kereta selepas mereka sampai di rumah single storey milik Zakyna.

Selepas mengarahkan seorang daripada pengawal peribadinya menarik beg dan meletakkan kotak tadi di depan pagar rumah sewa Zakyna, Hayden menghampiri Mawar yang sedang tercegat berdiri di depan pintu kereta.

"Kau tipu aku, Mawar!"Bentak Hayden. Kunci kereta ditunjuk pada mata Mawar yang berair. Hendak atau tidak nak, Mawar kena tinggal di rumah Zakyna. Setiap kali wajah ini bergentayangan di depan mata, hati lelaki Hayden bagai dirobek-robek.

Mawar terus menukil wajahnya ke lantai. Salah dia juga kerana berani membohongi Hayden tentang kehamilannya yang palsu. Hayden nampak sangat marah dan tidak puas hati.

"Sampai bila kau nak menipu orang macam ni? Sampai mati? Taubatlah kau sebelum malaikat maut cabut nyawa kau dalam keadaan kau dipenuhi dengan dosa-dosa menipu orang selama ni."Marah Hayden. Dalam dan tegas.

"Kalau saya tak buat semua ni, awak tak akan berhenti menyakiti saya. Awak tak akan berhenti seksa Luke. Awak tak akan berhenti sekat hubungan saya dengan Nathan."

Mawar beranikan diri mendongak muka. Kosong wajah Hayden. Berpaling kepadanya juga jauh sekali. Seolah-olah mukanya dipenuhi dengan ulat. Hayden kelihatan sangat jijik.

"Lupakan Luke Ilman. Sekali lagi aku tegaskan ,tak ada nama Luke Ilman lagi dalam perbualan kita. Aku tak nak dengar nama jantan tu lagi."Ujar Hayden.

"How? Macam mana saya nak lupakan Luke? Luke nyawa dan hati saya. Saya tahu Luke masih dalam tahanan orang-orang awak."Mawar bidas saat Hayden mahu masuk ke dalam badan MPV Vellfire.

"Jalan, Marco." Hayden memberi arahan kepada pemandu di depan untuk meninggalkan tempat itu dengan segera. Ah dia peduli apa dengan esakan Mawar. Buang masa saja! Menyesakkan halwa telinga saja.

Tika pintu kenderaan elit tersebut mahu tertutup rapat, Mawar menjerit sekuat hati. Kejamnya Hayden mengusirnya kerumah Zakyna. Sepupunya itu bukannya orang yang boleh dipercayai!

"Hayden, saya tak nak tinggal sini. Zakyna tak suka dengan saya. Please, Hayden. Jangan tinggalkan saya dekat sini!"

Hayden gerakkan tangan supaya pintu yang tersekat tadi ditutup semula. Berlakon! Setahu dia, Zakyna seorang sangat baik hati masakan Mawar menuduh Zakyna tidak sukakan kehadirannya di rumah sewa tersebut?

"Hayden!"Mawar pukul pintu MPV itu dengan kuat. Rayuannya tidak pernah di hiraukan oleh Hayden dan MPV gelap tersebut laju membelah kepekatan malam.

"Hayden!"

"Hayden, berhenti!"

Mawar terus berlari dan tidak berputus asa mengejar MPV yang semakin jauh dari pandangan mata sampai nafas lelah dan tidak dapat meneruskan lagi lariannya sehingga dia terduduk lemah di atas tar jalan. Menangisi nasibnya yang begitu malang sangat hari ini.

"KYNA, bukak pagar ni Kyna. Tolong, Kyna. Saya nak tumpang satu malam jer."Mawar merayu-rayu di depan pagar setelah tiga jam tertidur di luar. Jam tangan dijeling. Pukul 12.30 pagi.

Zakyna selak langsir tingkap. Luar sana, Mawar kelihatan terduduk lesu sambil memeluk besi pagar rumahnya.

"Hish! Kenapa Hayden hantar betina ni balik rumah aku!"

Zakyna hempas punggung dengan sebal. Wajah suaminya, Kamarul ditatap.

"Abang, boleh tak usir betina tu? Kyna rimaslah bang!"

"Kyna, tak baik macam ni Kyna. Dia kan sepupu Kyna. Saudara mara Kyna. Darah daging Kyna." Kamarul sedaya-upaya menyejukkan tangkai hati isterinya yang telah dilandai badai setelah menyedari kehadiran Mawar didepan pintu pagar.

"Eh, Kyna peduli apa! Dulu dia pernah menumpang sini. Tapi lepas tu apa dia buat dekat kita? Dia goda abang tau tak? Abang tak ingat lagi ke kes dua tahun yang lepas? Ataupun abang ni memang suka dia menggatal dengan abang?"Cungkil Zakyna seraya memandang meluat muka Kamarul yang tersengih-sengih senteng.

"Janganlah macam ni Kyna. Walaupun dia pernah buat kita ,tak apa kita maafkan saja. Lagipun, ayah dia tengah sakit tu. Kakak pun baru meninggal. Dia sebatang kara tu. Rumah, kereta, aset kena lelong semua."

"Ah, padanlah tu! Ayah dia tu satu sen pun tak pernah tolong adik-beradik time duit masih berkepuk dalam poket. Mak aku minta tolong bayarkan bil hospital tapi ayah dia kedekut nak mampus. Sekarang dah susah, dah nak mati baru cari adik-beradik dia balik. Selama ni, sebesar debu pun tak ada ayah dia tu ingat adik-beradik dia yang susah dekat kampung."Zakyna membulat satu tekad, Mawar bukan lagi sepupunya.

"Sayang, sejahat-jahat Datuk Omar Mustapha tu, dia tetap ayah saudara Kyna. Kyna tak kesiankan Datuk Omar, tapi sekurangnya kesiankanlah dengan anak dia. Mawar tu perempuan—"Belum habis kata-kata Kamarul, Zakyna laju mencantas.

"Eh, eh abang ni! Abang sebelahkan sangat keturunan Datuk Omar ni dah kenapa? Suami dia kan orang kaya? Keturunan bukan calang-calang orang kenapa nak kesiankan lebih-lebih golongan kaya-raya ni? Ini rumah Kyna sukatilah Kyna lah pelawa dia masuk ke tak. Kyna yang bekerja. Kyna bayar tiap-tiap bulan rumah ni. Abang ada bayar? Tak ada kan? Tidur je manjang. Malas kerja!"Zakyna lantas mengebom si Kamarul yang tidak pandai duduk diam.

Kamarul terus terdiam lalu mencapai telefon pintarnya. Terasa dengan sentapan ayat Zakyna yang memedihkan ulu hati. Walaupun dia mengganggur tak bermakna dia tidak berusaha. Dah tak ada kerja nak buat macam mana? Nak jadi rider food panda pun tak tahan kena panas dan hujan pulak.

"Abang tak kisah Kyna nak hina abang macam mana. Sekarang ni, abang nak Kyna buka pintu pagar dan tumpangkan Mawar dulu dekat sini. Mana tau, esok lusa kita susah dia yang tolong kita balik? Luar tu sejuk."

Zakyna merengus. Tidak setuju dengan pendapat Kamarul.

"Bolehkan sayang? Kyna kan cantik. Kalau Kyna tolong orang tengah susah, makin bertambah cantik lah Kyna nanti. Abang pun makin sayang dengan Kyna."Kamarul bertindak mencuit pipi Zakyna dengan manja.

"Ish, mengada! Abang sengaja kan?"Zakyna malu-malu kucing selepas menerima membukit pujian Kamarul.

"Baik, Kyna akan tumpangkan dia dekat sini tapi tak bermakna dia boleh senang-senang saja dekat sini. Abang jangan macam-macam eh. Kyna perhatikan abang lepas ni."Zakyna menghantar amaran kepada lelaki hidung belang seperti Kamarul.

Kamarul cebik bibir. Kumis tipis sendiri dibelai. Hai, lama jugak tak raba punggung montok Mawar! Selepas kejadian dia meraba punggung Mawar dua tahun yang lepas, Mawar mengadu kepada Zakyna. Zakyna tidak berpuas hati tapi termakan jua akan kata-katanya.

"Masuk!"

Teriakan nyaring Zakyna mengejutkan Kamarul yang masih membayangkan punggung montok Mawar.

"Terima kasih, Kyna."Mawar memunggut beg bagasinya dan sebuah kotak yang dibawanya tadi. Renungan bengis Zakyna sangat menyampaikan maksud Zakyna benci dengannya separuh mati.

"Cepatlah masuk!"Zakyna tergesa-gesa mengunci mangga. Kemudian, lengan Mawar direntap lalu diheret tubuh Mawar ke belakang rumah.

"Hah, kalau kau nak menumpang sangat stor ni saja kosong."Zakyna menolak tubuh Mawar masuk ke dalam stor sempit belakang rumahnya.

Mawar terpinga-pinga sendirian.

"Tapi, Kyna—"

"Masuklah. Kau ingat kau ratu aku ni kena layan kau baik-baik? Masuklah! Bengap!"Herdik Zakyna penuh dengan kegeraman.

Mawar meliarkan matanya pada sekeliling stor. Dinding yang berlumut ekoran daripada siling bocor. Selepas itu, seluar dalam koyak rabak dan kain buruk tergantung disana-sini. Barangan tukang seperti tukul, gergaji ,cangkul dan parang tidak diletakkan dengan betul.

Bum! Zakyna terus menutup pintu stor saat Mawar ralit membelek stor gelap itu. Terkocoh-kocoh dia mengunci stor dari luar dengan mangga kunci. Laungan dan teriakan Mawar tidak diperdulikan.

"Kyna! Kyna! Gelap Kyna! Buka stor ni Kyna!"

"Diamlah! Dok diam saja dalam tu! Kau nak menumpang sangat kan? Mereputlah kau dalam tu! Dasar!" Sumpah Zakyna dari luar stor. Pintu stor yang diperbuat dari zink aluminium itu binggar saat ditendang keji oleh Zakyna. Tang!

"Kyna! Jangan buat saya macam ni! Kyna!"Mawar meraung takut di dalam stor.

HANSEN sandarkan punggung pada meja Hayden selepas berjaya masuk ke dalam bilik Hayden. Nafas dihela keluar. Tangan kanan diselukkan ke dalam poket. Pejabat yang elegan dan moden sedangkan dia punya masih mengekalkan konsep klasik. Gambino memang berat sebelah!

Hayden geleng kepala dan kembali menyambung kerjanya semula. Malas hendak ambil peduli kehadiran adik tirinya itu.

"Minggu depan aku pergi Perancis. Atuk dengan nenek perlukan aku jaga Chateau"Sekian lama membiarkan suasana hening di antara mereka, Hansen bersuara.

Hayden berhenti dari menaip papan kekunci komputer riba.

"Oh, really? Papa never tell me about that"

Hansen tarik nafas.

"Aku memang tak ada hak dalam aset Gambino. But one day, aku akan pastikan aku akan dapat"

Hayden tersenyum sinis.

"Kau memang seorang lelaki yang bercita-cita tinggi, Hansen. Macam Datin Medina. Tapi tak apa, goodluck to you."

"Thanks."

"Welcome."Hayden tayang senyuman paling manis kepada Hansen.

Paparan senyuman sinikal Hayden sedikit sebanyak memanaskan hati Hansen. Ibarat sedang memperlekeh dan menghinanya.

"Oh, aku lupa. Dah dua hari aku tak nampak Mawar."

"Kenapa kau cari dia?"Hayden sorongkan komputer riba ke tepi. Hilang konsentrasi dengan pernyataan Hansen. Punggung diangkat dari kerusi kulit. Kemudian, tubuh ditentang dengan tubuh Hansen.

"Tak ada. Aku cuma nak tengok dia saja. Agak pelik juga kalau pengantin baru tak tinggal sebumbung." Hansen berkata malas.

"Dia balik rumah sepupu dia atau tak—"Hayden beralih ke arah satu sofa. Cawan teh di atas meja diangkat. Dicicip sedikit air teh yang masih lagi panas.

Hansen menggangguk faham beserta secebis juihan bibir.

"Sepupu dia tinggal dekat mana?"

Hayden bangkit. Sebaris ayat dibisikkan kepada Hansen.

"Tak penting, brother. Dekat mana Mawar dan dekat mana rumah sepupu dia semuanya tak ada kena mengena dengan kau."

"Get out,brother."Halau Hayden.

Halauan Hayden menyebabkan senyuman sumbing Hansen mekar panjang. Tak banyak pangkahan lagi, Hansen pantas keluar dari bilik abang tirinya yang bongkak itu.

*****
01.10.2021
—Drz🖤

Continue Reading

You'll Also Like

4.4K 147 1
Ku Qhaliq Izzraa~~ Seorang jejaka yang digelar sebagai duda ketika berusia 30 tahun sangat mencabar jiwa dan raganya. Sikapnya yang dingin, panas bar...
97.8K 6.5K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
1M 67.7K 35
𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑫𝒓𝒚𝒂𝒏 ~ 𝑨𝒚𝒂𝒏𝒂 𝑫𝒂𝒉𝒍𝒊𝒂 " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya...
2M 87.3K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...