Ada some part macam apa tu sikit. Lagi satu, saya tak reti buat ayat double meaning jadi macam jujur sahaja ayatnya. Maaf!
Farhan Ahlami mengorak langkahnya ke kedai buku yang dia pernah pergi sebelum ini. Farhan bergerak ke bahagian buku English. Dia perasan, perempuan yang menegur dia hari itu tiada. Mungkin belajar atau kerja di tempat lain.
“Kak Marha!” teriak seorang gadis yang berada di kaunter. Farhan memandang depan.
‘Baru sebut, dah datang.’ desis hati Farhan.
Marha sudah berkerut dan menepuk perlahan bahu Suhaila.
“Anak dara tak elok jerit macam tu.” tegur Marha sopan dan lembut. Suhaila tersengih.
“Sorry kak, tak behave hehe.” Marha senyum dan duduk di sebelah Suhaila. Dia mencapai botol airnya dan di teguk sehingga tinggal sedikit air yang ada di dalam botol air itu.
“Saya nak bayar. Berapa semua?” Farhan meletak dua buah buku di meja kaunter itu. Terkejut Marha dan Suhaila. Nasib Marha sudah habis telan airnya.
Suhaila scan code yang telah ditampal di belakang buku yang berbalut cantik itu. Marha pula memasukkan buku-buku itu ke dalam plastik.
“50 ringgit sahaja.”
Farhan menghulur RM 100 kepada Marha. Teragak-agak Marha mahu mengambil. Besar sangat angkanya.
“50 takde ke bang?”
Farhan menggeleng. Marha mengambil duit itu dan memulangkan bakinya. Selepas itu, Farhan pun keluar dari kedai itu. Tanpa Farhan sedar, beg duitnya terjatuh ketika dia mahu masukkan ke dalam poket seluarnya.
Marha mahu melihat susunan buku-buku yang ada di rak. Ketika itulah, Marha terperasan sesuatu yang berwarna coklat. Marha buka dan melihat IC yang ada di poket yang jernih. Marha terkejut. Ini dompet lelaki tadi!
Marha melihat nama dan alamat rumah.
“Farhan Ahlami bin Abdul Shah. Jalan Kenangaa..” perlahan sahaja sebutan Marha. Marha mengingati semula, di mana terletaknya Jalan Kenanga.
Marha senyum. Dia sudah tahu. Dekat sahaja dengan area kedai bukunya itu. Marha berfikir, malam ini dia mahu memulangkan semula beg duit ini kepada pemiliknya.
.
.
.
Marha menutup kedainya awal. Itu kerana Marha mahu memulangkan beg duit lelaki yang telah menjadi pelanggannya. Marha menyuruh Suhaila pulang dahulu.
Marha berjalan kaki. Jalan Kenanga ini dekat sahaja, dalam lima belas minit sudah boleh sampai.
Tiba-tiba, Marha rasa tidak sedap hati. Baru Marha perasan, laluan yang dia lalu itu agak sunyi. Marha sudah berpeluh. Dia mempercepatkan langkahnya.
Hampir sahaja dia mahu masuk lorong Jalan Kenanga, Marha di tarik oleh seseorang. Marha di bawa masuk ke semak samun.
Lelaki itu menekup mulut Marha. Marha sudah mula menangis. Dia memohon kepada Tuhan semoga selamatkan dia. Sungguh, dia tiada kudrat untuk melawan lelaki itu.
Marha cuba melepaskan diri. Lelaki itu berang. Dia menampar Marha dengan kuat sehingga pecah bibir merah Marha.
Kepala Marha berpinar akibat tamparan yang maha kuat itu. Marha menangis semahu-mahunya. Lelaki itu mula mengunci kaki Marha dengan kakinya. Lelaki itu membuka tali pinggang.
“Tolong!! Tolong!!” Marha menjerit dengan sekuat hati, memohon agar ada yang terdengar jeritannya.
“Diam!!” Marha menerima tamparan sekali lagi. Marha tidak sanggup!
Lelaki itu mengikat tangan Marha dengan tali pinggangnya. Dia mula mencabut tudung Marha. Semakin kuat Marha menangis.
“Lepas!! Tolong!”
Lelaki itu semakin agresif. Dia terus mengoyakkan baju Marha sehingga menampakkan kulitnya.
Marha sedaya upaya melepaskan diri walaupun dia tahu, dia tiada peluang. Semakin kuat Marha menangis apabila Marha terasa dirinya di sentuh oleh lelaki itu.
‘Umi, ibu, ayah.. Marha minta maaf sebab tak pandai jaga diri. Tolong ya Allah. Aku tidak sanggup.’
Tenaga Marha semakin berkurang. Lelaki itu sudah tersenyum suka. Dia memulakan agendanya.
.
.
.
Farhan sengaja berjalan kaki pergi ke kedai serbaneka. Dia lapar, jadi dia beli kudap-kudap untuk dikunyah sambil menonton movie.
Kononnya, Farhan mahu singgah ke kedai buku tadi. Mahu mencari beg duitnya tapi kedai itu sudah tutup. Nasib dia minta Farhah duit sedikit. Itupun jenuh dia mahu terangkan. Farhah ni kedekut kalau melibatkan duit.
“Tolong!! Tolong!!”
Langkah Farhan terhenti. Farhan cuba mengamati suara yang menjerit tolong tadi tapi tiada. Senyap sahaja.
Farhan berjalan semula tapi dengan perlahan.
“Lepaslah!! Tolong!”
Farhan terus berjalan laju ke arah yang menjerit pertolongan itu. Semakin dekat, Farhan terdengar tangisan seorang perempuan.
Farhan ternampak satu susuk lelaki yang sedang menindih seseorang. Terus Farhan menjerit lantang.
“WOI!!”
Bukan lelaki itu sahaja yang terkejut, malah jiran-jiran yang sedang melepak di depan rumah, anak-anak remaja yang berada di kedai mamak dan keluarga yang berada di dalam rumah juga terkejut akibat jeritan si Farhan Ahlami.
Mereka semua pergi ke tempat yang Farhan berada. Lelaki itu, berlari tetapi sempat ditangkap oleh anak-anak remaja.
Farhan Ahlami mendekati seseorang yang sedang terbaring lemah di atas tanah. Mengucap panjang Farhan dibuatnya apabila keadaan perempuan itu agak mengaibkan.
Kebetulan Farhan memakai sweater, dia terus menutup badan perempuan itu. Farhan mencapai tudung. Dia membuka pin yang ada ditudung dan mula membuka. Dia menutup kaki perempuan itu.
Dia mencari beg perempuan itu sekiranya ada. Dia boleh memanggil ibu bapa perempuan ini.
Jiran-jiran yang datang, sudah memanggil ambulans dan polis. Farhan pula, mengeledah beg yang dia jumpa. Dia ternampak telefon, terus dia membuka. Terasa mahu sujud syukur kerana perempuan itu tidak mengenakan kata laluan. Dia terus menekan nama ‘Umi Fatimah’ dan call.
Sambil menunggu, Farhan mencari lagi barang-barang yang penting untuk dibawa ke hospital. Farhan terkedu. Ini beg duitnya! Dia melihat wajah perempuan yang terbaring itu. Ini budak yang ada di kedai buku tadi!
“Assalamualaikum Marha. Kenapa Marha tak balik lagi ni? Risau umi. Marha dah kat mana tu?”
Farhan terkaku. Dia tidak tahu membalas apa. Anak perempuannya, tidak sedar. Bagaimana dia mahu memberitahu si ibu ini?
“Waalaikumusslam, ini.. Ini bukan Marha.”
Umi Fatimah terkejut.
“Kamu siapa? Kenapa telefon Marha ada pada kamu?”
“Marha.. Marha..”
“Marha apa?!” jantung Umi Fatimah sudah berdegup dengan sangat laju. Dia risaukan Marha!
“Saya tak tahu apa yang jadi sebenarnya tapi tadi saya ternampak seseorang mahu merogol Marha.” kata Farhan dengan lancar.
Umi Fatimah terduduk. Suhaila yang memandang Umi Fatimah juga terkejut.
“Kenapa umi?”
“Marha akan di bawa ke hospital yang berdekatan. Sekarang Marha berada di Jalan Kenanga. Jadi, saya harap puan datang segera.”
“Baik-baik. Saya datang.” setitik air mata Umi Fatimah jatuh. Dia tidak sangka, Marha telah menjadi mangsa rogol!
“Umi.. Kenapa ni? Kak Marha okay je kan? Umi?” Suhaila sudah mahu menangis.
“Kita bergerak ke hospital sekarang. Kak Marha ada di sana.” Suhaila sudah terkedu.
“Cepat Sue, kak Marha memerlukan kita sekarang!”
Suhaila berlari masuk ke dalam dorm. Dia mencapai tudung dan beg duitnya. Umi Fatimah pun berbuat perkara yang sama. Selepas itu, dia memberitahu guard supaya jaga rumah.
“Kalau saya tak balik esok pagi, awak bagi tahu yang laki-laki buat solat hajat. Suruh yang perempuan-perempuan bacakan yasin untuk Marha. Bagitahu mereka, Marha berada di hospital. Mohon kepada Allah supaya Marha tiada apa-apa sakit.”
“Baik puan.”
Umi Fatimah dan Suhaila terus menuju ke hospital.
‘Ya Allah.. Ku mohon kepada Mu, jauhkanlah segala kejahatan dari Marha ya Allah. Hadirkan rasa gembira walaupun sekali sahaja.’
Sungguh, Umi Fatimah tidak sanggup melihat kesedihan Marha lagi.
‘Umi datang ni sayang..’