Jangan Buka Hijabku

By jeffhamz

23.3K 3.1K 894

𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝘽𝙐𝙆𝘼 𝙃𝙄𝙅𝘼𝘽𝙆𝙐 Aku turun dari kereta. Aku perlu siasat apa sebenarnya bunyi pelik di at... More

PROLOG
Episod 1: HANTU DAPUR
Episod 2: HANTU BONCENG
Episod 3: HANTU TANGLONG
Episod 4: JALAN YANG HILANG
Episod 5: SPIRIT OF THE COIN 1
Episod 6: SPIRIT OF THE COIN 2
EPISOD 7: PUAKA JAM 3.00 PAGI
Episod 8: THANKS MR GHOST!
Episod 9: BANGLO PUAKA DI TEPI KUBUR
Episod 10: PEREMPUAN TANPA KEPALA
Episod 12: OPS CANTAS KEPALA JIN
Episod 13: TILAM PUAKA 1
Episod 14: TILAM PUAKA 2
Episod 15: KEKASIHKU PUTERI BUNIAN 1
Episod 16: KEKASIHKU PUTERI BUNIAN 2
Episod 17: MAYAT TERBANG DI LEBUHRAYA 1
Episod 18: MAYAT TERBANG DI LEBUHRAYA 2
Episod 19: TRAGEDI PANTAI PORT DICKSON
Episod 20: TRAGEDI PANTAI PORT DICKSON 2
Episod 21: SUMPAHAN BAPA JIN
Episod 22: ALLAHU..JIRANKU CIK PONTI!!
Appendix Episod 22: MAAFKAN SAYA!
Episod 23: PUAKA AYER HITAM
Episod 24: GADIS AYU BERKEBAYA KUNING
Episod 25: KEKASIH GELAPKU CIK PONTI
Episod 26: PENONTON TANPA JASAD
さようなら..さようなら (SAYÕNARA..SAYÕNARA)

Episod 11: IBLIS DALAM ALMARI

621 103 11
By jeffhamz

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience - paranormal experience!
Teruskan membaca:

Tengahari itu seperti tengahari Jumaat lain, aku ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Cuma hari itu ada beberapa hal besar di ofis berlaku yang menyebabkan aku agak terlewat sampai ke rumah.

Sampai saja aku di rumah, Joe dan Min sudah pun bersiap dengan baju Melayu masing-masing untuk ke masjid.

Kerana sudah sedikit terlewat, aku cuma mandi-mandi seketika, kata orang tua-tua seperti mandi kerbau. Mandi setakat untuk menghilangkan bau tengik peluh masa turun buat inspection di tapak projek pagi tadi.

Ketika sedang nak capai selipar untuk ke masjid, puas dicari tapi selipar masih tak jumpa. Pergi mana selipar burukku itu?

"Ni mesti kerja Afreezal tu. Hantu betoi" kata aku kepada Min dan Joe yang sedang menunggu dalam kereta dengan wajah gelisah kerana kelewatanku.

Afreezal ialah anak bongsu boss kami, encik Nick. Budak lelaki berhidung mancung dan berkulit cerah berusia 5 tahun itu sangat nakal. Dia tak boleh duduk diam, macam budak-budak hyperaktif!

Afreezal kerap datang ke rumah kami dengan basikal BMXnya. Mungkin dia rasa lebih serasi dengan kami yang berusia awal 20an, berbanding rumah-rumah lain atas bukit kecil itu yang dihuni mereka yang sudah pun berkeluarga. Sebab itulah kot Afreezal suka menjengok ke rumah kami.

Bila datang ke rumah biasanya Afreezal terjah ja masuk rumah, macam rumah mak pak dia sendiri. Kemudian dia akan sepahkan majalah atas rak di ruang tamu, kadang- kadang masuk ke dapur dan bilik tidur ikut hati dia saja. Pernah juga lepas kami jamu makan dia terlena atas sofa.

Tapi salah satu hobi dia yang aku paling naik angin ialah sengaja buat benda-benda yang kami tak suka. Selipar disembunyikan, letak bata bawah tayar kereta, sepah-sepah barang di ruang tamu dan baling mainan atas bumbung rumah adalah antara benda kegemarannya untuk sakitkan hati kami.

Dan sekarang selipar aku hilang lagi dalam keadaan kritikal mengejar masa untuk solat Jumaat!

Tengahari Jumaat itu aku rugi 7-8 minit jugalah untuk mencari selipar yang hilang. Akhirnya jumpa juga selipar itu dalam longkang belakang rumah. Ini mesti kerja Afreezal!!

Ketika kereta kami bergerak ke selekoh untuk keluar ke jalan besar ternampak kelibat seorang budak sedang bersembunyi di balik pokok ara besar. Tengok sekali lalu pun semua kami dah kenal siapa budak itu. Afreezal!!

Bila melepasi pokok besar itu, terdengar suara ketawa kecil dari belakang. Seronoknya hati dia dapat menyusahkan aku tadi!

"Budak ni..aku sumpah jadi batu baru tau!" kata aku.

"Lebih baik hang sumpah jadi porche, boleh laa aku sesekali pakai kereta hang" usik Min.

"Kalau aku..aku nak sumpah hantu pokok besar tu sembunyikan budak tu atas pokok tu. Biar dia tak kacau lagi kita lepas ni!" kata Joe dengan geram.

Ketika kami sampai ke dalam masjid, imam sedang membacakan alfatihah di rakaat kedua. Mujur baru terlepas satu rakaat, masih sempat jugalah dapat pahala solat Jumaat. Kalau sampai ke masjid imam dah beri salam, siaplah Afreezal kalau jumpa nanti!

Petang itu lepas solat Jumaat, ketika hendak ke ofis sambung kerja sesi petang, alamak...kasut yang Min letakkan di dalam rak di luar rumah pula hilang. Wajah Afreezal terbayang lagi. Masih tak puas hati lagi ke dia mempermainkan kami?

Walaupun akhirnya kasut yang dipakai Min dijumpai juga dekat perdu pokok buluh berdekatan sempadan kubur tapi kami rugi masa hampir 10 minit melayan game Afreezal petang ini. Damn!!

__________________________________

Pada hari Ahad berikutnya, kira-kira pukul 9.00 pagi, ketika kami bertiga bersiap hendak keluar rumah untuk breakfast di kedai mamak, telefonku berdering.

"Jeff..you ada nampak Afreezal tak?" terdengar suara encik Nick di dalam telefon dengan nada cemas.

"Hari ni tak nampak pula dia. Dua hari lepas ada la dia datang rumah" beritahu aku, "Mungkin dia pergi rumah encik Wai kot?".

"I dah check dengan semua orang dekat-dekat area rumah kita. Tapi tak ada sapa pun nampak dia. Dia tak ada di rumah sejak 7.00 pagi tadi. Tapi tak apalah, I cuba cari lagi" kata Encik Nick dengan suara semakin cemas.

Petang itu, kira-kira pukul 6.00 encik Nick telefon aku sekali lagi. Tiba-tiba mindaku teringat Afreezal.

"Afreezal dah balik rumah ke encik Nick?". Aku yang bersuara dulu sebelum encik Nick sempat beritahu apa-apa.

"Belum" jawab encik Nick sepatah.

"Niii.. I nak minta you, Min, Joe datang rumah sebelum maghrib boleh tak? Nak buat bacaan yasin sikit. Kita solat maghrib dulu di rumah I, lepas tu kita baca yasin sikit"

"Insyaallah cik Nick. Nanti saya beritahu Min dan Joe" janjiku.

Sepuluh minit sebelum waktu maghrib masuk kami bertiga sudah berada di halaman rumah encik Nick. Di dalam rumah sudah ramai staff ofis kami yang berkumpul. Kelihatan juga beberapa orang kuat surau di penjuru rumah bersembang secara berkelompok.

Tidak lama kemudian, ustaz Lee, imam muda surau berdekatan pun tiba ke rumah encik Nick. Ustaz Lee yang berusia awal 30an itu memang popular di kawasan kejiranan kami. Di kalangan kami yang berusia awal 20an ini, dia lebih dikenali sebagai ustaz rock. Seorang yang berkulit cerah, tinggi lampai, kacak, berambut panjang hingga ke paras bahu dan lebih selesa berseluar jeans jika di luar surau, ustaz Lee memang seorang yang sangat disenangi semua orang.

Lepas menunaikan solat maghrib secara berjemaah, ustaz Lee mengemudikan bacaan yasin pula dengan alunan suara yang sangat merdu. Lepas selesai bacaan yasin, ustaz Lee teruskannya dengan bacaan doa selamat memohon Allah melindungi Afrrezal. Doa yang dialunkan ustaz Lee sungguh syahdu dan mendayu-dayu mirip irama sentimental sebuah lagu cinta terkenal. Nama Afreezal diserunya mendayu-dayu berulang kali dalam doa menambahkan lagi syahdu di malam hening itu.

Ketika nama Afreezal disebut mendayu-dayu oleh ustaz Lee, tanpa sedar air mata jantanku menitis berderai ke kelopak mata. Aku dan rakan-rakan serumahku adalah antara orang yang paling benci dengan Afreezal kerana perangainya yang suka menyakat kami. Tapi kini budak yang kami benci itu sudah tiada lagi. Ke mana dia pergi?

Di dalam hati aku membayangkan macam-macam. Tiba-tiba terlintas mayat seorang budak lelaki comel berkulit cerah dan berhidung mancung tertiarap di tepi belukar.

Air mataku menitik lagi..

Menyesalnya aku kerana pernah membencinya!

Bukankah perangai suka menyakat orang itu perangai biasa kanak-kanak seumur dengannya? Hanya budak lembam kot yang berdiri kaku tanpa reaksi?

Ketika ustaz Lee membacakan doa memdayu-dayu itu, cuping telingaku terdengar seperti esakan halus suara wanita di hujung ruang tamu. Mungkin ia suara isteri encik Nick. Siapa tak sedih dengan kehilangan anak? Aku yang tidak sukakan Afreezal ni lagi kan sedih, apa lagilah ibunya!

Tiba-tiba belum pun bacaan doa habis, terdengar seperti suara kanak-kanak yang bunyinya sangat jauh, seolah-olah seperti berada dalam gua.

"Afreezal!" jerit isteri encik Nick sambil bingkas bangun masuk ke dalam bilik berdekatan. Serentak dengan itu encik Nick juga bangun dan menerpa masuk ke bilik yang sama.

Kemudian kedua-dua mereka keluar dari bilik itu menuju ke dapur. Tidak lama kemudian encik Nick dan isteri kembali ke ruang tamu sambil memanggil "Afreezal, Afreezal, Afreezal" berulang kali.

Ketika itu suara seperti tangisan kanak-kanak makin jelas. Kami yang sudah pun menghabiskan bacaan doa hanya berpandangan sesama sendiri.

"Encik Nick dah naik atas? Cuba pula periksa di bilik atas" cadang ustaz Lee.

"Tapi suara Afreezal macam di tingkat bawah, bukan di atas" kata isteri encik Nick.

"Tak apalah..cuba kat atas pula. Mana tau kalau dipermudahkan Allah" kata ustaz Lee lagi.

Encik Nick dan isteri menaiki tangga ke tingkat atas. Kami di bawah hanya berdoa ada keajaiban di tingkat atas. Tapi dalam hati aku tidak yakin Afreezal ada di tingkat atas rumah agam itu. Tak kan pula seharian Afreezal bersembunyi di tingkat atas pada hal kedua ibu bapanya telah mencari di setiap sudut rumah mereka?

Beberapa minit kemudian kelihatan encik Nick turun dari tangga dengan menggendong seorang budak lelaki. Bila ku teliti..ya Allah, memang betul dia Afreezal!

"Bawa ke sini budak tu" kata ustaz Lee sambil menghulurkan tangannya.

Ustaz Lee membaringkan Afreezal di atas pahanya. Muka Afreezal kelihatan pucat. Bajunya basah kuyup dipenuhi peluh. Matanya memandang kosong seperti orang keliru. Sesekali terdengar suara dia menangis dengan suara sangat lemah sambil memanggil kedua ibu bapanya.

"Jumpa budak ni kat mana?" tanya ustaz Lee.

"Dalam almari kecil kosong di tingkat atas" kata encik Nick, "Walhal dari pagi tadi kami dah cari semua tempat tapi tak jumpa. Pelik sungguh, macam mana dia boleh terselit di dalam almari kecil kosong tu? Mengapa masa kami buka almari tu siang tadi tak ada pun dia? "

"Dalam dunia iblis tiada istilah pelik. Iblis menutup hijab encik Nick dari melihat anak di depan mata. Walaupun budak ni tak ke mana-mana, hanya dalam almari, tapi encik Nick tak nampak."

"Jadi iblislah yang sembunyikan Afreezal di dalam almari?" tanya encik Nick.

"Nasib baik dalam almari, kalau dalam belukar, lagi susah nak cari" balas ustaz Lee.

Ustaz Lee mengurut-ngurut tubuh Afreezal sambil mulutnya kumat kamit membacakan doa. Dia juga meminta air sejuk sambil mengusap-usap air ke dahi Afreezal.

Selepas melihat Afreezal seperti sedikit pulih, ustaz Lee menyerahkan kembali budak itu kepada encik Nick.

"Tak dak apa-apa lagi yang perlu dirisau, encik Nick. Cuma semangat dia belum pulih seratus persen. Perlu sikit masa untuk dia betul-betul pulih. Dalam tempoh 3-4 hari ni jangan tanya apa-apa soalan tentang apa yang terjadi kat dia kerana ingatannya belum pulih sepenuhnya lagi. Insyaalah lepas 3-4 hari nanti dia akan pulih sepenuhnya" beritahu ustaz Lee.

Keluar saja dari rumah encik Nick, terdengar suara-suara yang membincangkan kehilangan Afreezal selama kira-kira 12 jam itu.

"Budak tu sungguh kuat. Budak lain mungkin dah jadi aruah kalau terperangkap 12 jam dalam almari" kata satu suara.

"12 jam jaaa..bukan 12 hari. Masih ada oksigen dalam almari tu. Kalau dalam kereta habislah.." kata suara lain.

"Rumah ni aku dengar memang kuat puakanya. Rumah askar Jepun siksa orang di zaman Perang Dunia Kedua dululah katakan. Rumah-rumah kat bawah tu pun ada juga cerita masing-masing aku pernah dengar. Ehh..seramlah aku nak cerita malam-malam ni" kata satu lagi suara.

Ehh.."rumah-rumah kat bawah" yang dikatakan orang tersebut termasuk rumah kami juga kan? Kalaulah ketika itu masih siang hendak saja aku pergi tanya orang itu apa lagi cerita yang pernah didengarnya tentang "rumah-rumah kat bawah tu". Pasti interesting!

_________________________________

Apabila sampai di rumah, kami mula menyerang Joe kerana Jumaat lepas dia mendoakan kehilangan Afreezal. Bukan serangan pedas, serangan manja-manja jaa.

"Masin mulut hang Joe. Baru hari Jumaat hang mendoakan Afreezal disembunyikan hantu atas pokok, hari Ahad doa hang dimakbulkan! Mujarab sungguh doa hang" Kata Min.

"Tu lain laa. Aku doakan dia disembunyikan atas pokok, bukan dalam almari" kata Joe dengan wajah sedikit kesal.

"Kalau iblis tu sembunyikan Afreezal atas pokok macam hang doa lagi teruk jadinya. Kena panggil bomba pula untuk turunkan dia!" kata aku disambut ketawa Min dan Joe.

Apa pun peristiwa itu banyak mengubah personaliti Afreezal. Pada minggu kedua lepas kehilangannya, Afreezal mula datang semula ke rumah kami dengan basikal BMXnya. Tapi Afreezal sekarang sudah jauh berubah dari Afreezal sebelum ini. Dia tidak nakal lagi, tidak berani mengusik barang kami lagi.

Bila aku dan kawan-kawan ofis sesekali bermain bola raga bulatan di depan halaman rumah kami yang luas itu, Afreezal akan menjadi pemerhati setia memerhatikan kami bermain. Bila bola jatuh luar dari gelanggang Afreezal akan menjadi pengutip bola yang begitu berbakat.

Bila aku mencuci kereta pada hujung minggu Afreezal sering datang dan menyibuk untuk membantuku mencuci kereta. Kalau sebelum ini dia bukan saja tak pernah membantu, menyakitkan hati adalah! Pernah sekali tu dia sengaja kotorkan sedikit bahagian kereta yang aku sudah cuci.

Tapi kini Afreezal betul-betul sudah jadi budak baik!

Aku pula sejak Afreezal menjadi 'budak baik' sering membeli coklat cadbury kegemaran Afreezal yang aku simpan dalam peti ais. Bila Afreezal datang ke rumah pasti aku akan menghulurkan sekeping dua cadbury kepadanya terutama black forest yang menjadi jenama yang paling disukainya. Seronok bila nampak Afreezal mengggigit cadbury dengan penuh bernafsu..

I ❤️ MY READERS
VOTE JIKA SUKA 😃
ABAIKAN JIKA BENCI 😭

Episod seterusnya:
Ops Cantas Kepala Jin---->

Continue Reading

You'll Also Like

416K 27K 53
(𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴 𝙷𝙾𝚁𝚁𝙾𝚁) ~𝑺𝒆𝒋𝒂𝒖𝒉 𝒎𝒂𝒏𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒖 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒑 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏?~ Dia hanyalah manusia biasa. Dilahirkan dalam ke...
60.7K 4.5K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned
814K 3.8K 18
Mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan disalah sebuah institusi pendidikan di Malaysia. Ianya diambil dari kisah benar yang pernah terjadi sua...
96.7K 1.5K 29
Peristiwa hitam yang berlaku pada puluhan tahun lalu kini kembali. Zaki dihantui kembali makhluk yang pernah mengancam nyawanya. Adakah zackruddin da...