TANIA

By divalescious

4.8K 353 8

Alert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal... More

TANIA 1
TANIA 2
TANIA 3
TANIA 4
TANIA 5
TANIA 6
TANIA 7
TANIA 8
TANIA 9
TANIA 10
TANIA 11
TANIA 12
TANIA 13
TANIA 14
TANIA 15
TANIA 16
TANIA 17
TANIA 18
TANIA 19
TANIA 20
TANIA 21
TANIA 22
TANIA 23
TANIA 24
TANIA 25
TANIA 26
TANIA 27
TANIA 28
TANIA 29
TANIA 30
TANIA 31
TANIA 32
TANIA 33
TANIA 34
TANIA 35
TANIA 36
TANIA 37
TANIA 38
TANIA 39
TANIA 40
TANIA 41
TANIA 42
TANIA 43
TANIA 44
TANIA 45
TANIA 46
TANIA 47
TANIA 48
TANIA 49
TANIA 50
The New Chapter In Life
TANIA 51
TANIA 52
TANIA 53
TANIA 54
TANIA 55
TANIA 56
TANIA 57
TANIA 58
TANIA 59
TANIA 60
TANIA 61
TANIA 63

TANIA 62

59 5 2
By divalescious

EPISODE 62

Tania berjalan merapati dinding penghadang yang memisahkan mereka dari orang luar sambil menyeret pedangnya.

Bunyi sereten pedang itu terhenti apabila Tania berada tepat berhadapan dinding mentera yang telah dibuat Sasuke dan pembantunya.

Tania dengan bersahaja  menusukkan pedangnya pada dinding itu.

Kreakk... Bunyi retakan kedengaran saat pedang itu menembusi dinding tersebut. Serta merta dinding itu pecah berkecai dan akhirnya lenyap dalam sekelip mata. Semua mata tertumpu padanya.

Permaisuri Kerajaan Silla  itu memandang ke arah Sasuke yang cedera ringan sambil dibantu oleh pembantunya untuk berdiri. Pandangannya kemudian teralih memandang ke arah Alexis  yang sedang kaku  di tengah-tengah padang itu dengan wajah mencuka dan kecewa. Tepat dihadapannya Tania  memandang tepat ke arahnya sambil memegang erat sebilah pedang berwarna hitam dengan ukiran mewah. Wajah itu telah hilang manisnya.

Tania menyeret pedangnya.

Srrrreeeeeeeeeeeetttt

Bunyi seretan pedang itu terhenti saat langkah Tania terhenti betul-betul di hadapan Permaisuri kerajaan Silla itu.

Shaank.. pedang ditekap pada leher jinjang Tania. Tania memandang ke arah Ketua Jeneral yang mengawal keselamatan Permaisuri itu.

Klank... Tania menepis pedang yang ditekap pada lehernya.

Para pengawal yang ada di situ mula mengerumuninya dengan mengacukan pedang mereka ke arah Tania dan melindungi permaisuri mereka.

"  Jangan. Halang. Jalan. Aku." Tutur  Tania satu persatu dengan tegas. Dia memandang tepat wajah Ketua Jeneral itu. Wajah serius Tania itu sangat menakutkan, dia  menelan air liurnya.

" Kau betul- betul menempah maut kan?" Amaran ditujukan kepada pengawal itu.

"Baiklah, aku akan tunaikan permintaan kau. "  Belum sempat  dia menghayunkan pedangnya, Tania telah  diserang hendap dari belakang. Malangnya  serangan itu hanyalah sia-sia kerana  Tania pantas mengelak.

Walaupun begitu serangan itu masih berjaya membuatkan bajunya koyak. Maka terdedahlah bahagian belakang badannya. Semua yang melihat ke arah Tania tergamam. Itu adalah kali  pertama bagi mereka melihat seorang wanita cantik memiliki tatoo naga yang amat menakutkan.

Hanya individu-individu tertentu sahaja yang memiliki tatoo di kerajaan itu iaitu para pahlawan, pembunuh upahan-assasin dan pelacur -gisaeng. Walaubagaimanapun tatoo yang dimiliki Tania agak berbeza, setiap mereka yang bertatoo menandai badan mereka dengan lambang-lambang  tertentu.   Tiada siapa yang mampu mentatoo lambang  naga sesempurna itu dengan terperinci sekali seolah-seolahnya ia seakan hidup.

Dan proses mentatoo juga bukanlah sesuatu yang mudah malahan sangat menyakitkan. Untuk seorang wanita sepertinya mampu menahan sakit seperti itu adalah sangat mustahil dan tidak masuk akal. Ini kerana wanita yang dibenarkan bertatoo hanyalah pelacur- gisaeng, namun begitu tatoonya hanyalah tulisan  kecil pada bahu kanan sahaja . Tapi Tania, tatoo naganya memenuhi hampir keseluruhan belakang badannya.

Dan tatoo itu membuktikan Tania bukanlah wanita biasa dan calang-calang orang.

Tania dengan selambanya mengoyak bajunya yang telah koyak itu. Baju itu hanya menyukarkan pergerakannya. 

Semua yang ada di situ mula panik melihat Tania mula membuka satu persatu lapisan pakaian yang dipakainya. Namun Tania tidak menghiraukan mereka.  Maka  tinggallah Tania hanya memakai pakaian dalamnya sehelai sepinggang.  Tapi jika di dunia modern, berpakaian seperti itu adalah sesuatu yang biasa dan kasual.

Alexis segera membuka jubahnya  dan menyarungkannya pada tubuh Tania.

" Why? You never see a girl naked before?," Soalan Tania membuatkan muka Alexis kemerahan, malu dengan soalan selamba Tania. Tania berpaling ke arah pengawal yang lainnya. Semua mereka menundukkan wajah mereka.

" Kamu semua dah kenapa? Kamu orang tak pernah tengok perempuan  seksi ke? Mmm..  kalau musuh guna wanita  seksi untuk serang kerajaan  kamu orang ni pastinya kamu orang akan kalah teruk. Lembik." Kata Tania menyindir  sinis.

" Your dressing is inappropriate. Don't you have dignity as a woman." Kata Alexis geram.

" My dignity is not about how I dress. Not about me being a woman. Not because of my virginity. My Dignity is all about doing my best job, protecting  who's dear to me,  protecting my honor, my company, my worker and securing my power." Tania melempar jubah itu kembali kepada Alexis.

Mereka yang ada di situ terkejut melihat Tania bisa bertutur bahasa Inggeris.

" Cut the bullshit.  Mana orang tua tak guna tu ?! Aku kalau dapat dia aku cincang dia sampai lumat. " Kata Tania mula berang. Pakaiannya yang seksi tu tidak menjadi masalah baginya kerana dia berasal dari negara dan zaman modern.

" Siapa yang kau maksudkan?," Tanya Ketua Jeneral itu.

" Datuk Hansung." Jawab Tania selamba.

" Atas urusan apa kau...," Belum sempat dia menghabiskan ayatnya Tania telah merenggut  baju kebal perang Ketua Jeneral itu.

" Aku tak akan ulang dua kali soalan aku." Tania menghentak  pedangnya kuat dan tiba-tiba tanah bergoncang kuat. Ketua Jeneral itu mula menggigil ketakutan.

Mata Tania mula bertukar merah di hadapannya.

" Ib..ib..lis." Sebut Ketua Jeneral terketar ketar.

"Bukan, kau salah. Aku bukan iblis tapi aku bakal isterinya Raja Iblis.. Aku adalah Tania Kim bakal Permaisuri kerajaan Bima Sakti yang akan memerintah seluruh kerajaan cakerawala ini. Dan jangan salah faham, aku tidak menentang tuhan tapi aku hanyalah aku. Aku punya pendirian aku sendiri. Dan aku sangat iri untuk jadi manusia semula seperti kau dan yang lainnya. Tapi aku tidak punya pilihan. Kerana aku telah dikutuk untuk jadi seperti ini dan terpaksa menjalani kehidupan yang payah ini. Kalau kau nak hidup ,jawab soalan aku." Jawapan Tania membuatkan Ketua Jeneral itu kaku di situ.

Tania menolaknya hingga jatuh ke tanah apabila dia tidak mendapat jawaban yang dia inginkan.

Tania segera menarik lengan Permaisuri dan menekap pedangnya pada leher Permaisuri itu. Semua pengawal mula panik dan ingin menyerangnya. Tania menekap lebih dekat pedang itu pada leher Permaisuri itu dan membuatnya sedikit berdarah. Semua mula panik dan kaku.

"Buang pedang kamu atau nyawa permasuri kamu jadi taruhannya." Dalam keterpaksaan mereka melepaskan pedang mereka.

" Permaisuri!!," Salah seorang pelatih  Hwarang datang tercungap-cungap.

" Hwarang Hansung, meninggal." Katanya sambil menangis. Dia kemudiannya kaku dan  terdiam melihat situasi tegang dan Permaisuri yang sedang dalam bahaya itu.

Tania melepaskan Permaisuri.

"Itu jawapan yang aku nak dengar. Mana orang tua tak guna tu? Dia ada dengan Hansung ke?!" Soal Tania dengan suara lantang.

"Ta ..ta..nia.. mata kau. Siapa orang tua yang kau maksudkan tu?."Soal hwarang itu,dia sangat mengenali Tania lagi-lagi Hansung sangat sering memuji noonanya itu.

" Siapa lagi kalau bukan datuk Hansung, si bedebah tu! ," Jawab Tania geram. Hwarang itu segera berlutut kepadanya.

" Tania..." Air mata hwarang itu mengalir laju.

" Tolong selamatkan abang Hansung. Aku yakin dia tak salah. Dia tak mungkin sanggup melukai Hansung. Walaupun berlainan darjat mereka tetap saudara. Jadi .." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya.

" Aku tahu. Aku memang dah lama nak habiskan nyawa orang tua bedebah tu. Tak sedar diri kubur dah memanggil-manggil perangai mengalahkan setan. " Jawab Tania sinis.

Hwarang itu sujud kepadanya.

"Mereka ada di dewan timur. Mohon bantuannya." Jawab hwarang itu. Dia tidak mengerti akan perasaannya sendiri. Kenapa dia meminta bantuan gadis yang mengerikan dihadapannya itu. Kenapa dia sangat mempercayai gadis itu untuk menyelamatkan situasi dan sangat menghormatinya.

Tania mengangkat pedangnya dan meletakkannya pada bahunya. Hwarang itu tidak berani mengangkat wajahnya. Dia malu untuk memandang Tania yang berpakaian tidak cukup kain itu.

Tania tanpa membuang masa berlari laju seperti seorang ninja menuju ke destinasinya.  Dia sudah tidak menghiraukan lagi mereka yang lain yang turut sama membuntuti lariannya.
______________________________________

Klankkk...

Kedua pedang mereka berlaga. Datuk Hansung memandang ke arah lawannya. Abang Hansung jatuh terjelupuk di lantai dalam linangan air mata.

" Kenapa ? Kenapa perlu aku hidup hanya untuk menderita begini." Bisik hati abang Hansung. Dan semestinya kata-kata itu terdengar jelas di telinganya. Ya Tania mampu membaca fikiran orang di sekelilingnya jika dia mau. Dunianya agak sedikit bising dan merimaskan kerana dia bisa mendengar dua suara dari setiap seorang individu. Jadi dia tau jika orang itu berbohong kepadanya.

" Sial ! Perempuan sundal ini ada kat sini lagi. Aku mesti bunuh anak haram ni, kalau tidak pecahlah temberang aku." Kata datuk Hansung di dalam hatinya sambil mengetap giginya.

" Jangan kau cuba-cuba  lakukan apa yang kau fikirkan tu orang tua sialan. " Kata Tania selamba.

" Kerana aku tak akan biarkan perkara itu terjadi. " Tania cuba merampas pedang beracun itu dari datuknya Hansung.

Tik tik... Darah  Tania menitik jatuh ke lantai. Tania menggenggam erat pedang itu. Pedang itulah yang membunuh Hansung.

Ketua Jeneral,  Permaisuri, Alexis, Sasuke dan lain-lainnya akhirnya sampai juga ke tempat tersebut tercungap cungap.

Alexis dan Sasuke terkejut melihat Tania menggenggam pedang beracun itu.

Para Hwarang yang dari tari berkumpul di situ hanya mampu menonton drama di hadapan mereka. Datuk Hansung adalah salah seorang pemegang jawatan tertinggi di situ,  manakala Tania pula kelihatan  tidak terurus serta berpewatakan aneh dan mereka tidak berani ikut campur.

Pak.

Pedang itu patah. Muka datuk Hansung cuak.

"Kau sepatutnya harus mati. Pedang itu beracun. Ahahhahahaha perempuan jalang, iblis macam kau tak layak hidup. Racun itu adalah racun yang paling kuat sekali yang pernah dicipta. Kau sudah kalah."  Kata datuk Hansung puas hati. Tania hanya tersenyum sinis.

Pedang patah ditangannya dicampak ke tepi dinding.

" Tak ada satu benda atau kuasa pun dalam dunia ini yang bisa membunuh aku. Kutukan yang paling dasyat yang aku terima di dunia ini adalah untuk terus hidup selamanya. Dan tujuan untuk aku terus hidup ialah untuk mencari cara kematian aku sendiri." Kata Tania tanpa perasaan.

" She's immortal." Kata Alexis tanpa sedar dan seakan tidak percaya.

" Kamu semua dengar kan apa orang tua sialan ini katakan..racun itu racun terkuat sekali yang pernah diciptakan. Heh... Mana ada orang lain yang mengetahui tentang itu melainkan dia sendiri dalang dari semua ini. Tangkap orang tua bedebah ni sebelum aku hilang sabar, menyincang lumat isinya dan membuangnya ke dalam hutan untuk jadi makanan harimau. Itu pun kalau harimau nak makan daging dan hati busuk  orang tua sialan ni. Entah-entah dia hanya membusuk di tengah hutan belantara tu." Kata Tania menerangkan rancangan jahatnya tanpa berselindung lagi.

"Perempuan jalang ! " Datuk Hansung menyerang semula dengan pedang patahnya. Namun Tania sepantas kilat  melibas pedangnya mengakibatkan tangan kanan datuk Hansung itu putus. Tanpa belas kasihan, tanpa perasaan Tania memperlakukannya di hadapan orang ramai.

"Ahh..sial.. pedang aku telah kotor dengan darah jijik kau." Katanya tanpa ambil peduli akan tindakannya memotong tangan datuk Hansung.

"Aaarrgggghhhhhhhhhh!!!!!!," Datuk hansung menjerit kesakitan. Mereka yang ada di situ terkejut. Tania adalah wanita yang sangat berbahaya dan menakutkan.

" Aku sudah bagi amaran bukan? Jangan cuba berbuat macam-macam dengan adik angkat kesayangan aku, Hansung begitu juga orang-orang sekitarnya. Tapi kau telah memilih untuk melintasi batas amaran itu. Aku telah tukar fikiran, aku tidak akan bunuh kau tapi sebaliknya aku akan biarkan kau terkutuk dan menderita di atas dunia ini. Itu adalah hukuman terbaik bagi orang tua sialan seperti kau. " Kata Tania sambil  merenggut rambut  datuk Hansung agar mendongak, melihat tepat ke arahnya.

" Tania...Han sung.. Han sung..dia tidak bangun-bangun dari tidur." Kakinya  dipegang abang tiri Hansung.  Abang Hansung kelihatannya sudah hilang pertimbangan diri dan trauma. Tania melepaskan rambut datuk Hansung  itu.

" Aku.. dia pegang pedang yang aku sapu debu tu dan terus menggigil dan tak sedarkan diri. Tolong Tania.. kejutkan Hansung. Hansung cuma akan bangun jika ada kau. Kan? Dia cuma tidur kan?" Katanya  lagi.  Pedang di tangan Tania terjatuh.

Paang

Satu tamparan hinggap pada pipinya.

" Jadi kenapa kau bodoh sangat ikut cakap orang tua sialan tu.?! Kau tau benda yang Hansung paling benci tapi kau masih tetap lakukannya. Tolong sedar diri dan berpijak di bumi nyata." Kata Tania geram.

" Dia ..kata ..kalau aku tak lakukannya dia akan seksa Hansung lagi. Hansung sudah cukup menderita. Aku tak suka lihat airmata Hansung, ia buat hati aku pedih dan sakit." Katanya dalam linangan  airmata dan jatuh terduduk di lantai meraung dan menangisi kekhilafan dan kematian adik tiri kesayangannya.

" Tangkap dia," arah Ketua Jeneral kepada pegawalnya untuk menangkap datuk Hansung. 

Tania menarik nafas dalam  sambil memejam erat matanya  lalu  mengeluh berat. Anak matanya bertukar hijau emerald semula. Tania mengambil botol arak di atas meja lalu mencurahkannya ke atas pedangnya. Kertas di atas meja itu diambil dan dilap pada pedangnya sehingga bersih.

Tania merapati tubuh kaku Hansung. Sambil membawa pedangnya. Dia duduk  berlutut di lantai. Perlahan dia mengangkat tubuh Hansung ke pangkuannya. Dia mengelus  lembut pipi gebu adik angkatnya itu. Bibir merahnya kini bertukar kebiruan. Rambut panjangnya dirapikan ketepi.

Tania memeluknya erat.

" Maafkan noona, noona terlambat.," Tania menggenggam erat baju Hansung. Air matanya mengalir laju. Setiap titis air matanya yang jatuh ke lantai bertukar menjadi butir- butir mutiara bewarna merah jambu.

" Bianne." Bisiknya lembut ke telinga Hansung.  Dia sudah tidak peduli lagi akan semua mata yang tertumpu ke arahnya. Hujan mula turun kembali  dibalik cahaya matahari yang bersinar terik mengiringi tangisannya.

" Atas nama kurniaan terindah  di langit juga di bumi, di lautan juga daratan, cahaya juga kegelapan. Maka bersatulah bersamaku dan keluarkan daripadaku kuasaku dari memoriku yang teristimewa bagi  melindungi mereka yang aku sayangi. Tunjukkan wujudmu padaku." Kata Tania mula membaca menteranya lalu  satu lingkaran mentera mula terbentuk dan  melingkarinya dan Hansung.

Flap.

Tiba- tiba sepasang sayap tidak  sempurna milik Tania tumbuh kembang di belakangnya.  Sepasang sayap besar itu berwarna putih dan  bekilauan, seperti wayang gambar memancarkan setiap memori kehidupan lampaunya. Berbeza dari sebelumnya yang berwarna hitam pekat.

Tania berkebolehan untuk menyembunyikan sepasang sayap indahnya dari pandangan orang lain kecuali jika dia menginginkannya maka terlihatlah sepasang sayap indah  yang menyedihkan itu.

Tania mencabut salah satu bulu pelepahnya lalu sepasang sayap indah itu mulai hilang. Bulu pelepah itu mengandungi memori kehidupan masa lalunya. Memori sepasang malaikat kecil yang dikandungnya.

Mereka yang ada di situ kaku dan melopong menyaksikan keajaiban dihadapan mereka. Mereka mula keliru akan identiti Tania sama ada apa benar dia iblis atau bidadari.

Tania mengambil pedang hitamnya lalu meletakkannya pada dada Hansung. Dia  mengutip dua butir air mata mutiaranya di lantai. Mutiara itu diletakkan di dalam luka pada tangan kanan dan kiri Hansung lalu  diletakkan di atas pedang hitam tersebut.

" Dengan seluruh kekuasaan yang ada pada aku maka bergabunglah kedalam tubuh ini sebilah pedang yang mengadungi roh dan jiwanya Hansung, daging dan roh naga suci Bracudabarrak ..."

" No! Dont do it !," Jerit Alexis lalu berlari ke arah Tania. Namun dia tidak mampu menembusi dinding lingkaran mentera Tania dan Tania masih terus membaca menteranya.

" Darah kehidupan abadi, juga sehelai bulu pelepah ajaib. Maka menyatulah kesemuanya membentuk darah dan daging, kuasa dan memori dan tiupkanlah kehidupan baru ke dalam tubuh ini. Hanya dengan izinNya  maka jadikanlah  dia seperti yang aku harapkan. Kumohon. Maka ambillah  kesemuanya yang aku punya bila sudah tiba masanya untuk aku pergi. Pray." Kata Tania lagi maka dengan itu sempurnalah sudah ritualnya dan satu cahaya terang tiba-tiba muncul dan menyilaukan.
_____________________________________

"Noona." Suara lemah Hansung  mengejutkan Tania. Tania membuka  matanya semula. Mereka saling berpandangan.

Alexis jatuh terduduk, dia gagal  menghalang ritual itu.

"Barra? Hansung?," Kata Tania mula gugup. Berjayakah ritualnya?

" Noona. Barra bagi Hansung untuk selesaikan apa yang perlu. Katanya dia perlukan rehat. Kejutkan dia bila perlu katanya." Jawab Hansung lemah.

Tania memeluknya erat, dia tidak mahu kehilangannya lagi. Tania terpandang tatoo pada belakang telinga Hansung. Dia menarik nafas lega.

" Both of you are mine. Both are noona favourite. Don't leave again." Katanya sayu.

Hansung tidak mengerti mengapa dia faham akan bahasa asing itu. Tapi dia juga turut sama lega. Dia bisa bersama noonanya lagi. Barra turut sama lega dan  mula tidur nyeyak di dalam tubuh itu. Maka akan bermulalah episode baru mereka  hidup sebagai pasangan yang berkongai satu tubuh.

Mereka yang menyaksikan kejadian itu terkejut. Tania punya kuasa yang menakutkan dan boleh menghidupkan orang yang mati.

" Kamu semua dengar baik-baik. Mulai hari ini Hansung telah mati. Yang lahir pada hari ini ialah Taehyung dan nama keluarganya Kim.  Kim Taehyung saudara lelakinya Kim Tania. Faham! "  ugut Tania.

Mereka tidak berani bersuara dan hanya mengangguk.

" Oleh kerana aku telah menghidupkan kembali Taehyung maka, abang Hansung adalah tidak bersalah dari tuduhan membunuh. Maka kes pada hari ini adalah salah guna kuasa dan cubaan rampasan kuasa Kerajaan Silla dan cubaan bunuh Puteranya kerajaan Silla. Maka Datuknya Hansung mesti dijatuhkan hukuman mati di hadapan rakyat jelata dan abang Hansung dibuang negeri dan hidup seperti rakyat biasa."  Tambah Tania lagi.

Permaisuri dan Puteranya yang menyamar sebagai hwarang menggenggam erat tangan mereka. Mereka terlalu lalai dan alpa sehingga hampir sahaja nasib kerajaan mereka tergadai.

" Han..sung...bukan...mm  Tae..hyung, maafkan hyung. Maafkan hyung kerana tidak bisa melindungi kamu. A ...haa...," Keluhan berat dilepaskan oleh abang tiri Hansung.

" Apapun hyung bersyukur kamu bisa hidup semula. Tania. Tolong jaga adik aku baik-baik. Jangan biarkan dia terluka dan tersakiti lagi.hah... lega sekali ." Katanya lagi. Tania hanya membalas dengan menganggukkan kepalanya.

" Hyung.. terima kasih kerana telah jadi hyung terbaik buat saya. Jadi jalani hidup hyung tanpa perlu memikul kesalahan orang lain lagi. Jika hyung dilahirkan semula biarpun berapa kali dalam kehidupan ini saya tetap adik hyung  dan akan slalu memperhatikan hyung selalu. Jadi berhentilah menyalahkan diri hyung sendiri. Kali ini saya mau pergi bersama noona. Jadi kamu mulakan hidup baru juga. Kawan-kawan maafkan saya dan saya doakan yang baik-baik untuk kamu semua. Maafkan saya, saya mau pergi ikut noona saya. Noona. Mari kita pergi dari sini." Katanya kepada noonanya.

"Jom," kata Tania sambil menghulurkan tangannya. Taehyung menyambut tangan noonanya dan berdiri. Mereka berdua berpegangan tangan.

"Dont let go of my hand. " Kata Tania kepadanya. Taehyung hanya menganggukkan kepalanya.

"Teleportations."







Continue Reading

You'll Also Like

207K 8.7K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...
12K 40 3
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
1.5K 161 74
kisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan...
292 104 26
Hanya sebuah diari seorang manusia yang tersangkut ketika bumi terus berputar. PERHATIAN! MULA & TAMAT : 21 MAC 2023 [[ Kiraan perkataan : 4,026 pa...