Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.5M 65.1K 4.1K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 21

24.3K 1.1K 31
By syza_ra


SEPERTI yang mereka rancang semalam, pagi ini Aaira menggoreng mee untuk mereka semua, dia dan Syafiqah makan terlebih dahulu untuk menghantar bekal pada captain kesayangannya.

Sampai sahaja mereka betul betul di hadapan kuartes bujang, Syafiqah menghubungi Arshad Shah untuk turun mengambil sarapan yang di masak khas oleh doktor Aaira Nasrin.

Tadi dia dah whatsapp Arshad supaya tunggu di bawah, dia malas nak telefon dan lelaki itu membalas tapi bila sampai, Syafiqah tak nampak langsung batang hidung Arshad.

Sebaik sahaja panggilan diangkat terus dia memarahi lelaki itu "mana awak ni kata dah tunggu dekat bawah, tak ada pun" seram juga Aaira tengok Syafiqah marah.

Marahnya pada captain Arshad Shah pula tu, berani betul padahal mereka baru berjumpa beberapa kali

"saya dah ada dekat bawah ni mungkin awak berhenti dekat bangunan lain lagipun saya macam nampak kereta Aaira"

Syafiqah terdiam kerana rasa serba salah memarahi lelaki itu

"cuba awak reverse kereta, saya dekat belakang ni" Syafiqah melihat cermin sisi kereta, memang betul dia nampak Arshad di belakang.

Dia mengarahkan Aaira untuk mengundur ke belakang.

Aaira hanya ikut tanpa membantah, dia bergerak ke belakamg sikit barulah mereka nampak Arshad yang sedang berdiri menunggu mereka sambil memegang telefon di telingannya.

Syafiqah cepat cepat menutup panggilan kerana terlampau malu dan rasa bersalah

"nah kau bagi bekal ni dekat Arshad" Aaira menghulurkan bekal makanan pada Syafiqah

"asal aku pula, bukan kau ke yang nak laksanakan misi pikat captain Luth Haiyyan kau tu" Syafiqah menolak untuk memberi bekal makanan pada Arshad, tebal mukanya untuk berjumpa selepas dia marah pada lelaki itu tadi

"masalahnya kau pandang dekat luar tu siapa" Aaira geram lalu dia memegang kepala Syafiqah kemudian dia tolehkan kepala itu pada Arshad, nasib baik tinted keretanya gelap kalau tak memang dah kena tuduh membuat kekerasan pada kawan baik sendiri

"kau nampak tu captain Arshad kan bukan Luth, so kau la yang pergi lagipun kau ingat aku tak tahu yang kau malu nak jumpa dia sebab kau dah marah dia tadi" ternyata Aaira sudah baca apa yang ada dalam kepalanya,  kemudian dia melepaskan tangannya dari memegang kepala Syafiqah

"haishh yela yela aku keluar" cepat cepat Syafiqah membetulkan rambutnya yang kusut masai itu dan mengambil bekas di tangan Aaira

dia membuka pintu kereta untuk keluar "hai Arshad macam mana dengan lengan awak, dah okay?" Syafiqah menegur lelaki itu seperti tiada apa apa yang berlaku antara mereka

"hai Iqa, alhamdullilah dah makin baik" balas Arshad juga sama seperti Syafiqah

"nah sarapan pagi untuk awak berdua, berdua tau jangan awak makan sorang pula nanti menangis Aaira tu sebab captain Luth dia tak dapat makan masakan yang dia masak" sempat Syafiqah mengumpat Aaira

"hahahahah... yela, terima kasih, senang kami berdua pagi ni tak payah masak atau keluar pergi beli sarapan" kata Arshad

"sama sama and maafkan saya sebab dah termarah awak tadi" ucapnya ikhlas

"tak ada apa la" aduh, cair dia tengok senyuman Arshad apatah lagi lelaki itu ada lesung pipit

"okay la, kalau macam tu saya dan Aaira pergi kerja dulu" nasib baik dia tak hanyut dalam senyuman manis itu kalau tak buat malu saja

"yela pesan dekat Aaira hati hati bawa kereta" Syafiqah hanya membalas dengan buat isyarat okay menggunakan tangan.

Kemudian kereta Aaira bergerak meninggalkan perkarangan kuartes tentera bujang itu















LUTH yang sudah siap berpakaian tentera itu keluar dari bilik kuartes, di kuartes bujang ini ada dua bahagian. satu bilik yang hanya boleh dihuni oleh seorang sahaja tentera,

satu lagi kuartes yang mempunyai ruang tamu dan dua buah bilik yang boleh dikongsi dua orang tentera jadi dia memilih untuk duduk dengan Arshad.

Bukan apa kalau duduk seorang memang alamatnya dia dilanda kebosanan, bila duduk berdua ni seronok sikit tak ada lah sunyi dan kebetulan Arshad pula okay, jadi mereka buat keputusan untuk duduk berdua.

Luth dapat menghidu sesuatu yang enak selepas keluar dari bilik

"wah bau apa ni" dia datang ke meja makan dan menegur Arshad

"ni ha rezeki kita harini tak payah keluar beli makan ada orang bagi breakfast, jom lah makan sedap rugi kalau tak rasa" Arshad puji beria ria tapi memang sedap, dah lama dia tak makan mee goreng sesedap ni.

Siap ada sotong, udang campur ayam, terliur bila dengar.

Arshad mengambilkan pinggan dan garfu untuk Luth kemudian dia mencedokkan mee ke dalam pinggan lelaki itu

"ha cuba kau rasa lepastu bagi komen" dia menghulurkan pinggan tersebut pada Luth, dengan bacaan bismillah Luth menyuap mee itu masuk ke dalam mulut.

Bila mee itu dah kena lidahnya, dia terkejut sebab mee tu sedap sangat sampai tak terkata, rasa mee ni lain macam tapi kena dengan citarasanya

"diam pula kau ni, sedap tak?" Arshad dah mula pelik lihat Luth Haiyyan diam sahaja dari tadi

'tak sedap ke?'  bisiknya dalam hati

"sedap lah siapa yang bagi ni tak silap aku dekat kuartes ni mana ada kawan kawan kita yang pandai masak sedap macam ni, aku rasa ni mesti air tangan perempuan kan?" teka Luth Haiyyan.

Arshad diam sahaja lega betul bila Luth kata sedap macam dia pula sekarang ni yang dalam misi memikat captain Luth Haiyyan.

Arshad sambung makan tanpa mempedulikan pertanyaan Luth.

Kalau dia diam harap Luth faham la yang tekaan lelaki itu betul

"dah makan cepat kejap lagi kau nak pergi kerja, aku ni lain lah masih dalam mood cuti, cepat sikit makan tu" itu sahaja yang keluar dari mulut Arshad.

Luth tanpa banyak soal terus makan mee itu hingga licin












PADA sebelah tengah hari, Syafiqah ajak Aaira makan di sebuah restoran berdekatan dengan kem.

Syafiqah kata makanan dekat situ sedap sedap tapi yang Aaira pelik bila dia sampai dekat restoran ini, dia rasa tak pernah pula dia dan Syafiqah makan di sini jadi macam mana wanita ini boleh tahu makanan dekat sini sedap.

Aaira jadi bingung

"woi Aaira yang kau tercegat dekat depan pintu restoran tu kenapa, masuk la aku dah lapar ni" panggil Syafiqah yang ketika itu dia sudah melangkah masuk ke dalam restoran

"ha ya ya, aku datang" Aaira akhirnya masuk tapi tak bermakna dia tak pelik.

Selepas mereka memesan makanan Aaira tengok Syafiqah leka melihat telefon sambil tersengih sengih

"Iqa kau dah ada boyfriend tapi tak bagitahu aku ke?" Aaira berseloroh.

Syafiqah yang sedang berbalas message dengan seseorang, terus terhenti perbuatannya, dia memandang Aaira pelik

"apa maksud kau? boyfriend?" tanya Syafiqah balik

"yela kita tak pernah lagi makan dekat restoran ni, macam mana kau tahu makanan dekat sini sedap lagi satu entah entah kau ada boyfriend dalam kem yang bagitahu makanan dekat sini sedap" terkeluar juga akhirnya teori Aaira.

Nak tahu apa Syafiqah buat lepas dengar teori mengarut Aaira itu?

dia bantai gelak sebab tak masuk akal betul, dia mana ada masa nak mengorat tentera atau pekerja dalam kem, lagipun 24 jam dia berkepit dengan Aaira.

Mengarut betul minah ni

"hello cik Aaira aku ni tak ada masa lah dengan semua tu, kau merepek apa ni, adoi sakit perut aku gelak" Syafiqah berhenti ketawa bila lihat muka Aaira dah macam asam kecut, marah lah tu orang gelakkan dia.

"habistu?"

"ni ha Arshad bagitahu aku pasal restoran ni lagipun Luth dengan Arshad kalau masuk waktu lunch diaorang akan makan dekat sini, tu sebab aku bawa kau. Arshad kata, Luth lunch dekat sini harini tu aku nak bagi peluang dekat kau tegur captain handsome kau tu" terang Syafiqah

"ouhhh waittt" dengar sahaja nama Luth Haiyyan terus Aaira jadi semangat, dia memandang ke luar restoran, mana tahu Luth Haiyyan dah sampai sebab Aaira dan Syafiqah keluar awal tadi.

Dia melihat jam tangan sambil menunggu Luth Haiyyan

"wehh Aaira, tu lah captain kau" Syafiqah pula yang excited bila nampak Luth Haiyyan berjalan masuk ke dalam restoran.

Aaira yang melihat Luth dengan pakaian celoreng tentera itu terus cair, rasa macam nak meleleh air liur dia, sibuk sangat tenung Luth sampai tak perasan mulut terbuka.

Kebetulan restoran tengah penuh sekarang ni jadi Luth Haiyyan tercari cari meja untuk duduk

Syafiqah yang terlebih sporting, terus mengangkat tangan pada Luth Haiyyan kerana meja mereka ada lebih 2 kerusi lagi

Luth yang nampak Syafiqah terus mendekati gadis itu

"assalamualaikum" Luth memberi salam pada dua orang gadis itu

tapi yang jawab hanya Syafiqah manakala Aaira masih sibuk pandang muka Luth, macam tak nak lepas mata dia dari merenung wajah lelaki idamannya itu

"waalaikumusalam, captain Luth cari tempat duduk ke? kebetulan ada lebih lagi 2 kerusi, jemput lah duduk" pelawa Syafiqah

"terima kasih tapi Aaira tak kisah ke kalau saya duduk dekat sini?" tanya Luth, dia sebenarnya nak hilangkan rasa janggal bila Aaira asyik merenung dirinya, dia jadi malu.

Melihat Aaira yang tidak memberi apa apa respon terus Syafiqah menendang kaki Aaira kuat.

Barulah Aaira tersedar, rasanya macam baru bangun dari mimpi bila terasa sakit di kakinya.

Dia memandang Syafiqah geram tapi sahabatnya itu buat muka selamba sambil cakap balik apa yang Luth cakap pada dia, Syafiqah pasti Aaira tak dengar sebab leka tengok pujaan hatinya

"Luth cakap dekat kau, tak apa ke dia duduk sini join kita makan tengah hari"

"ehh tak kisah, duduk la Luth" selepas di beri green light oleh Aaira.

Syafiqah yang duduk berhadapan dengan Aaira terus memindahkan dirinya ke sebelah Aaira sebab dia tahu Luth Haiyyan takkan selesa duduk di sebelah Aaira mahupun dia, jadi dia ambil langkah dulu dengan pindah di sebelah Aaira.

Luth Haiyyan mengambil tempat yang Syafiqah duduk tadi iaitu berhadapan dengan Aaira.

Perbuatan Luth itu telah membuatkan hati Aaira berbunga bunga.

makanan yang Aaira dan Syafiqah pesan akhirnya sampai, dalam pada masa yang sama Luth memesan makanan selepas agak lama dia menanti.

Leka Aaira dan Syafiqah makan manakala Luth Haiyyan melihat telefonnya, mereka berdua tak perasan akan Syafiqah yang cepat cepat suap makanannya supaya habis kerana ada misi yang nak dijalankan.

Tak sampai 15 minit Syafiqah selesai makan dan meyedut jus epalnya yang tinggal separuh sehingga habis, ringtone dari telefon Syafiqah memecahkan kesunyian di meja mereka, cepat cepat dia angkat telefon

"iya ke?"

"sekarang?"

Aaira hanya dengar perbualan Syafiqah dengan seseorang tapi dia tak pasti siapa pemanggilnya

"baiklah saya datang sekarang" terkocoh kocoh Syafiqah memasukkan i  phone miliknya ke dalam beg tangan

"asal terkocoh kocoh ni, ada apa apa ke?" Aaira pula jadi tak tentu arah melihat Syafiqah

"aku ada emergency dekat hospital" Syafiqah buat buat kalut, sebenarnya dia tipu je yang call dia tadi Arshad, memang mereka dah rancang semua benda ni malam tadi buat buat ada emergency kemudian tinggalkan Aaira dan Luth berdua

"kejap aku habiskan makanan, tunggu aku"  Aaira dengan pantas menyuap makanan ke dalam mulut

"ehh kau tak payah lah rushing nanti tercekik pula, macam ni aku bawa balik kereta kau pergi hospital" Ayat Syafiqah tergantung dan dia memandang ke arah Luth yang dari tadi hanya memerhati mereka berdua

"captain boleh tak tumpangkan Aaira nanti ke hospital sebab saya ada emergency, nak tunggu Aaira makan memang tak sempat" Syafiqah membuat muka simpati

"boleh, tak ada masalah" jawab Luth Haiyyan selamba

"terima kasih captain kalau macam tu, Aaira aku pergi dulu eh jangan balik lambat tau" saja je Syafiqah mengusik,

kemudian dia menyeluk beg tangan Aaira dan mengambil kunci kereta, dia tergesa gesa bangun dari kerusi dan keluar dari restoran.

Continue Reading

You'll Also Like

735K 25.3K 77
[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 start:19/12/2023 end:2/3/2024
433K 27.7K 53
(𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴 𝙷𝙾𝚁𝚁𝙾𝚁) ~𝑺𝒆𝒋𝒂𝒖𝒉 𝒎𝒂𝒏𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒖 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒑 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏?~ Dia hanyalah manusia biasa. Dilahirkan dalam ke...
1.4M 65.4K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
363K 22.9K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...