[√] Beautiful Mess || Seo Cha...

By changbingyu_

10.6K 1.9K 2.1K

Dua manusia yang terpaksa berkahwin atas permintaan mengarut mak ayah masing-masing!! Macam-macam hal yang be... More

prolog
cast
DUA🌌
TIGA🌌
EMPAT 🌌
LIMA 🌌
ENAM🌌
TUJUH🌌
LAPAN🌌
SEMBILAN🌌
SEPULUH🌌
SEBELAS🌌
DUA BELAS🌌
TIGA BELAS🌌
EMPAT BELAS🌌
LIMA BELAS🌌
ENAM BELAS🌌
TUJUH BELAS🌌
LAPAN BELAS🌌
SEMBILAN BELAS🌌
DUA PULUH🌌
DUA PULUH SATU🌌
DUA PULUH DUA🌌
DUA PULUH TIGA🌌 (ending 🌈)
🌈Author's note🌈

SATU🌌

750 106 99
By changbingyu_

Seorang gadis datang masuk ke kawasan universiti dengan perasaan marahnya. Orang di sekeliling diabaikannya, yang penting dia mahu mencari seorang lelaki yang telah membuatkan dirinya naik angin.

Setelah berjalan mencari dimana keberadaan jejaka itu akhirnya jumpa juga. Dari jauh gadis itu memerhati sang jejaka yang tengah berseronok rancak berborak dengan rakan-rakan yang lain.

"Lee Minho!!!" Jerit gadis itu lantang. Lantak la orang nak cakap apa pun, janji dia dapat apa yang dia nak.

Terkejut beruk lelaki yang bernama Lee Minho itu apabila seseorang menjerit memanggil namanya.

"Weh weh Minho hyung, tu kau punya mak tiri dah sampai" Minho memandang rakannya terlebih dahulu sebelum menoleh ke arah gadis yang sedang berjalan ke arahnya dengan muka yang marah.

"Ye nak apa wahai cik adik?" Soal Minho setelah gadis itu sampai di hadapannya.

"Kenapa abang tinggalkan Minjung? Abang tahu tak Min macam orang gila cari bas sebab takut lambat sampai!! Abang pon satu, tak payah la tinggalkan Min! nasib eomma suruh appa hantar tau eishh!" Marah Minjung kepada abangnya. Ini bukan kali pertama Minho kena marah dengan adik sendiri. Dah banyak kali sampai dia pon malas nak dengar bebelan yang sama dari Minjung.

"Siapa suruh kau lambat? kan dah kena tinggal..tu la lain kali bangun awal macam aku ni...faham?" Minho cuba memberi nasihat dan dalam masa yang sama, dia mengangkat bakul sendiri. Huh bangun awal konon.

"Ah, tak ada! lantak kau la..yang Min tau balik ni abang belanja Min aiskrim boba..siapa suruh tinggalkan Min seorang diri!! dah la, bye."

Minjung terus pergi dari situ. Dia perlu masuk kelas awal memandangkan kelasnya akan bermula tidak lama lagi.

"Aku tak tahu la sampai bila aku nk kena hadap drama yang sama diantara dua beradik ni haihh" Bangchan mengeluh. Yang lain hanya mengangguk setuju.

"Tu la tu..hyung cuba kau tunggu dia..lepastu pergi sama-sama..tak la kitorang semua ni hari- hari dengar bebelan yang sama..walaupon kitorang tak kena tapi kitorang penat tau" Han cuba menasihati rakannya. Minho hanya ketawa kecil apabila melihat rakan - rakannya itu. Orang lain yang kena bebel, diorang pulak yang sakit.

"Entah la tengok la dulu kalau aku rajin aku tunggu dia la kalau malas aku jalan." Kata Minho

"Apa-apa je la. Dah la Jeongin nak masuk kelas ni lagi lima minit kelas nak mula." Jeongin bangun dari duduk dan menggalas beg sandangnya.

"Okay, dah semua bersurai nanti balik jumpa bye!" Mereka semua bersurai dan mengambil haluan masing- masing masuk ke kelas.

___××___


Minjung  keluar dari kawasan dewan dan menuju ke bilik latiha  untuk kelas yang seterusnya. Well, Minjung ni suka menari jadi dia ambil kelas menari sama macam abang dia, Minho.

"Minjung" dari jauh dia melihat Yeji berlari datang ke arahnya sambil tersenyum lalu memeluk lengan minjung erat.

"Penat aku cari kau, nasib aku jumpa kau dekat sini ngeheh" ujar Yeji.

"Buat apa kau nak cari aku??" Soal Minjung dan membuatkan Yeji rasa mahu saja dia ketuk kepala si Minjung tu.

"Alahai kau ni..kita kan ambil kos yang sama? mesti la aku duduk dengan kau hari ni alamak! tu pon lupa ke? Itu la kau, makan semut banyak sangat..kan dah lupa" Minjung lupa yang Yeji pon ambil kos yang sama dengannya. Ish, Minjung ni cepat lupa la. Nasib la nanti kalau dia kawin takut lupa suami dengan anak je.

"Sorry la sis aku lupa pulak huhuu dah jom masuk" mereka berdua masuk ke dalam bilik latihan. Baru nak seronok sebab ingatkan tak ada orang lagi boleh la buat bising kejap tapi ada pulak mahkluk lain dalam ni.

"Uit lambat sampai" tegur Minho dengan senyuman yang melakar di bibirnya. Minjung hanya memberi senyuman yang tak ikhlas grr sejujurnya dia masih marah dengan abangnya yang sekor tu.

Oh lupa pula. Hyunjin dengan Felix pon ada sekali termasuk err Changbin aka dwaekki. Sejujurnya Minjung tak berapa nak rapat dengan Changbin, sebab lelaki itu umpama pemusnah hidup si Minjung ni. Ada je benda nak cari gaduh bila orang tua tu tak ada kerja nak buat.

Minjung dengan Yeji duduk bersandar di dinding sementara menunggu pelajar yang lain masuk. Sementara itu, mereka berborak la dulu apa yang patut untuk menghilangkan rasa bosan.

"Yeji jom teman aku pergi beli mineral jap" Hyunjin yang tiba entah dari mana datang terus menarik Yeji keluar. 'Eh bahenol tinggal aku sorang je dekat sini dasar anak Hwang!' Belum berkata apa lagi si Hyunjin tu tarik Yeji dulu. Keluarga diorang memang macam tu kot? Setiap kali cakap je tarik orang.

Setelah pemergian mereka berdua, kini Minho pula datang duduk sebelah Minjung. Huh nak pujuk ler teuw tau dah taktik dia.

"Minjung marah abang lagi ke?" Soal Minho yang cuba untuk memujuk Minjung dengan baik. Minjung hanya buat tak tahu apabila Minho cuba untuk menarik perhatiannya.

"Min, pandang la abang yang comel ni..tak kesian ke dekat abang?" Minho mencuit manja hidung Minjung.

"Ishh abang ni! nak apa? cepat la" Minjung bersuara dengan nada yang marah. Terpaksa memandang muka Minho.

"Maaf la, abang janji abang tak buat dah..nanti abang tunggu Min okay? takmo la marah, nanti abang kesunyian bila tak dapat berborak dengan adik yang cantik ni" pujuk Minho sekaligus mencucuk pipi kiri milik Minjung. Tangannya segera ditepis.

"Abang tak penat ke cakap benda yang sama? Setiap kali Min marah mesti abang pujuk cakap benda yang sama. Kali ni Min tak nak dah percaya dengan kata - kata abang tu..semua itu dusta! Esok buat lagi kan? dah tau dah" Minjung membuat wajah menyampahnya.

"Tak lah, ni abang betul-betul mintak maaf dekat Min..abang janji tak buat dah! janji" Minho membuat pinky promise dan menyuruh minjung menyambung.

"Betul ni? Macam tak je" Minjung ragu-ragu untuk membuat pinky promise.

"Betul la..balik ni abang janji jugak akan belikan Min aiskrim boba tu" kata Minho bersungguh-sungguh meyakinkan adiknya.

Akhirnya Minjung menyambut dan membuat pinky promise bersama Minho. Felix dan Changbin yang berada di hujung sana hanya memandang dua beradik yang entah apa yang dijanjikan pon mereka tak tahu.

"Hug?" Pinta Minjung dengan manja. Minho mendepakan tangannya memberi ruang kepada Minjung untuk memeluk Minho erat. Maka berpelukan lah mereka disitu.

Minjung kalau dah berbaik dengan Minho dia akan bertukar menjadi manja sebab Minho la satu-satunya abang yang dia sayang walaupon setiap kali Minho selalu sakitkan hatinya.

"Minyak wangi abang ni menusuk kalbu la.. sampai Minjung pon terasa abang ni menggoda ahahahah" sengaja Minjung mengusik Minho.

"Ewah kau, sekali aku ketuk kepala kang! Sakit yang dapat" Minho acah ingin mengetuk kepala Minjung. Berani betul dia.

"Alah dia ni, gurau je hmm orang cakap abang busuk baru tau huh" Minjung mencebik.

"Eh, tapi kalau abang menggoda pon apa salahnya..ramai yeoja nak kan? boleh Minjung pilihkan yang mana sesuai untuk abang.. tak gitu?" Ujar Minho tersenyum manis. Ha berangan la tu!

"Eyy gatal rupanya abang Minjung ni..halah tak payah nak jadi playboy sangat ye..nanti Minjung bagitau eomma dengan appa baru tau" ugut Minjung.

"Huh tak takut pon sebenarnya..bagitau la tak kisah bluekkk" Minho menjelir lidah. Fikir dia kisah?

"Amboi dah berbaik ke dua beradik ni" Yeji mencelah. Dia baru sahaja masuk dengan membawa dua botol air mineral.

Minjung dan Minho hanya tersenyum dan mengangguk.

"Bagus la. Nah, nanti dahaga mula la nak suruh aku teman pergi beli" Yeji menghulurkan air kepada minjung.

"Terima kasih.." Ucap Minjung.

"Okay semua! sila berkumpul di hadapan saya..saya nak bagi sedikit taklimat" arah guru yang baru sahaja masuk. Maka semua pelajar yang berada di situ mula berkumpul dan mendengar taklimat yang disampaikan.











Tbc

Im sorry sebab benda ni jadi slow update ngueng..

Continue Reading

You'll Also Like

3K 283 25
[ SVT'S SOONHOON ] Senyumlah sahabat , Senyuman mu itu hal terindah . Persahabatan kita tidak akan berakhir sekiranya kita tetap membantu antara satu...
26.2K 2.9K 36
|| sᴏʀʀʏ ɪғ ɪ'ᴍ ɴᴏᴛ ᴘᴇʀғᴇᴄᴛ || •• ❝ ᴛɪᴀᴅᴀ ʀᴀsᴀ ʏᴀɴɢ ʟᴇʙɪʜ sᴀᴋɪᴛ ᴍᴇʟᴀɪɴᴋᴀɴ ʀᴀsᴀ ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ ❞ START DATE : 6 FEBRUARY 2018 END DATE : 18 MAY 2019 STA...
1.5M 109K 60
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
77K 396 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...