Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.4M 61.7K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 20

23.7K 1K 85
By syza_ra


TERKEJUT mereka melihat di bahagian penumpang  merupakan Arshad Shah, paling mengejutkan bila melihat lengan kiri lelaki itu berlumuran dengan darah.

Luth membantu Arshad untuk keluar, Aaira dan Syafiqah yang kebetulan belum pulang juga turut membantu

"Iqa, kau amik wheel chair dekat dalam aku nak tengok keadaan Arshad" Syafiqah tanpa membantah berlari semula masuk ke dalam untuk mengambil wheel chair

Aaira pula menghampiri kereta Luth Haiyyan

"kenapa dengan Arshad ni captain Luth?" soal Aaira risau

"dia tercedera masa jalankan latihan tadi, lengan dia terkena tembakan" jawab Luth

"ya allah, sekejap tunggu Syafiqah datang bawa kerusi roda" kata Aaira kemudian dia menoleh untuk melihat sama ada Syafiqah sudah tiba atau belum.

Tepat pada masa apabila dia menoleh, Syafiqah sedang berlari sambil menyorong kerusi roda, laju dia menolak.

Sampai sahaja kerusi roda itu betul betul di hadapan mereka Luth terus dudukkan Arshad pada kerusi roda dan menolak masuk ke wad kecemasan,
namun memandangkan ramai doktor yang sudah pulang jadi Syafiqah menawarkan diri untuk merawat sendiri luka pada lengan kiri Arshad itu.

Aaira dan Luth pula menunggu di luar bilik rawatan,

mereka hanya diam, Aaira pula tak selesa dengan kebisuan ini, dia mahu memulakan bicara tapi dia faham Luth Haiyyan mungkin dalam keadaan risau akan Arshad Shah di dalam, jadi dia hanya mendiamkan diri.

Di pihak Luth pula dia jadi kekok bila berdua duaan dengan Aaira, dah lah duduk bersebelahan malah mereka berdua diam membisu,

dia nak bercakap dengan Aaira tapi tak tahu topik apa nak di bualkan, sedang Luth berfikir tiba tiba Aaira bersuara

"kalau latihan pun memang akan cedera ke captain?" tanya Aaira itu pun dia menguatkan diri untuk memulakan bicara

"kalau nasib tak baik dan tak fokus memang akan kena lah tapi Arshad tu bukan sebab nasib atau tak fokus tapi sebab pelatih baru tersasar arah tembakan dia tu yang kena captain Arshad" cerita Luth tapi hanya Aaira yang berani memandang mata Luth,
lelaki itu pula hanya menundukan pandangan.

"ouhh yeke..kesian pula saya tengok Arshad tadi" terperanjat juga Aaira bila Luth cerita punca kecederaan pada lengan kiri Arshad akibat ketidak sengaja pelatih baru

"itula saya terperanjat tadi tapi benda dah jadi kita doa baik baik saja untuk Arshad"

kemudian suasana kembali senyap sampai lah Syafiqah dan Arshad keluar dari bilik rawatan, lengan kiri Arshad sudah siap dibalut kemas oleh Syafiqah

"kau okay tak shad? macam mana dengan kawan saya ni doktor? cedera teruk ke?" tanya Luth risau, bertalu talu soalan dia lontarkan pada Syafiqah

"tak ada apayang serius captain Luth sikit je ni tapi Arshad kena rehat dalam seminggu baru dia boleh mula kerja semula" Syafiqah tersenyum

"seminggu?!! awak serius ke ni Syafiqah" hampir terjerit Arshad bila mendengar cuti yang diberi oleh Syafiqah

"iya seminggu melainkan awak nak luka awak tu lagi teruk awak boleh lah masuk kerja esok" perli Syafiqah

"tapi saya nak kerja awal sikit bagi lah dalam 2 3 hari cuti inshaallah saya dah baik waktu tu" Arshad cuba memujuk

"okay baiklah saya bagi cuti 5 hari nanti saya buat surat cuti untuk awak" malas nak berbalah akhirnya Syafiqah mengalah

"terima kasih" ucap captain Arshad Shah.

Aaira yang melihat kejadian itu seperti dapat menghidu sesuatu 'ada apa apa ke mereka ni?'














HARI mereka bermula seperti biasa tapi sebelum pergi kerja tadi abang Aaira, siapa lagi kalau bukan Aarif ada menelefonnya bertanyakan khabar.

Itu okay lagi tapi dia siap kena sakat dengan abangnya yang biul itu.

Kata abangnya pagi tadi "untung lah orang tu dekat dengan buah hati dia"

"ehh mestilah itu orang kata namanya jodoh" Aaira membalas tenang

"eh eh eh tapikan bukan orang tu bertepuk sebelah tangan je ke HAHAHAHAH..." Aarif gelak besar, saja nak menyakitkan hati Aaira

" eeee kurang asam punya abang tunggu lah bila Aaira dah start misi pikat captain Aaira tu abang tengok lah macam mana dia angaukan adik abang yang cantik ni tiap tiap hari" kata Aaira yakin dan cuba memberi semangat kepada dirinya sendiri

"elehh kita tengok jela nanti ye cik adik sayang" kata Aarif sambil ketawa lebih kuat.

Di sebabkan sakit hati, Aaira terus end call.

bila teringat balik kejadian tadi hatinya makin bertambah sakit, siap lah Aarif nanti bila dia balik rumah, dia kerja kerja kan abangnya itu bukan nak bagi moral support dia downkan kita lagi

"doktor Aaira tolong!" jerit nurse Jue yang sedang menolak seorang pesakit di atas katil bersama dengan 2 lagi nurse

"kenapa ni?" Aaira menyoal dalam keadaan cemas,

dia kemudian bersama sama menolak katil pesakit itu ke bilik kecemasan

"pakcik ni accident, dia dulu salah seorang pegawai tentera tapi dah bersara. Rumah dia berdekatan dengan kem. Kepala pakcik ni cedera teruk terhentak dekat atas jalan raya masa dia kemalangan" terang nurse Jue

"kenapa tak hantar dekat hospital kem?" soal Aaira padahal pakcik ini bekas tentera kot

"mula mula mereka hantar dekat hospital kem tapi hospital sana tak cukup peralatan jadi mereka tolak pesakit ke sini" Aaira jatuhkan kepala tanda faham

"okay kita bawa pesakit masuk dekat bilik pembedahan" mereka menuju ke bilik pembedahan.

1 jam mereka di dalam bilik pembedahan, mencuba sebaik yang mungkin untuk menyelamatkan pakcik ini kerana bahagian kepalanya banyak kehilangan darah,

dia jadi takut kalau kalau tak sempat nak selamatkan pakcik ini, namun dia cuba sedaya upaya selebihnya dia serahkan pada allah.

Alhamdullilah, pembedahan ke atas pakcik itu berjaya, dia mengabarkan berita ini kepada waris tentang keadaan pesakit yang sudah stabil.

Dia nampak bertapa gembiranya isteri pakcik itu selepas mendapat perkhabaran darinya, anaknya juga turut menangis dan memeluk ibunya














PETANG itu Aaira dan Syafiqah pulang awal dari hospital, Syafiqah mengajak Aaira jogging di dalam kem.

Sambil itu boleh cuci cuci mata tengok abang abang tentera bujang berjogging kata Syafiqah ya bukan Aaira.

Hampir 2 round juga mereka berjogging kali kedua memang tuah Aaira kerana mereka terserempak dengan Luth Haiyyan juga sedang berjogging seorang diri.

Mereka bertembung tapi Luth Haiyyan tak perasan Aaira sebab matanya sibuk memandang bawah 'memang betul pemalu ni kalau terlanggar orang tak ke naya sebab tak pandang depan' kutuk Aaira dalam hati.

Aaira yang tak puas hati berpatah balik mengejar Luth Haiyyan tanpa sempat Syafiqah melarang,

dia membuat keputusan untuk sambung berjogging dan membiarkan Aaira mengejar Luth.

"assalamualaikum" Aaira memberi salam sambil mereka berjogging

"waalaikumusalam doktor Aaira" kata Luth sedikit terkejut, mana taknya bila ada teman berlari bersama padahal tadi dia jogging berseorangan

"sorry ganggu captain saya saja je nak tegur sebab tadi kita bertembung tapi captain tak perasan" kata Aaira sambil mengelap peluh di dahi menggunakan tuala kecil yang memang tersangkut di lehernya

"ouh iya ke maaf, saya kalau jogging memang tak perasan orang" kata Luth Haiyyan

"mana nak perasan kalau mata tu pandang bawah" gumam Aaira sendiri,

Luth yang mendengar Aaira seperti mengatakan sesuatu bertanya "apa awak cakap tadi?"

"ehh tak ada apa apa " dia kemudian tersengih.

Gembira hatinya hari ini walaupun mula mula dia menolak ajakan Syafiqah tapi akhirnya dia mengalah juga sebab sahabatnya ugut nak bagitahu kejadian yang dia dan Syafiqah hampir kena rompak haritu pada mamanya, memang kejam.

Dia dengan separuh hati tak rela ikut juga, tak sangka dapat juga jumpa dengan crushnya.

Rasanya balik nanti dia kena belanja Syafiqah makan, HAHAHAHA

"awak sorang je ke doktor?" tanya Luth

"ehh tak saya dengan Syafiqah tadi tapi sebab dia dah tinggalakan saya jauh ke belakang tak larat saya nak kejar" bohong Aaira

"ouhh"

"ermm captain kalau boleh tak payah lah panggil saya doktor, saya jadi tak selesa pula panggil je Aaira senang" kata Aaira

"kalau macam tu Aaira panggil jela saya Luth jangan panggil captain janggal pula rasanya bila awak panggil saya captain" yela mana ada orang luar panggil dia dengan panggilan captain

"okay Luth" kata Aaira lancar memang dari dulu dia nak panggil captain Luth dia ni dengan panggilan Luth sahaja

"okay lah saya nak cakap tu je, saya pergi dulu ya nak cari Syafiqah, kalau ada jodoh kita jumpa lagi" kemudian cepat cepat Aaira berpatah balik dan meninggalkan Luth terpinga pinga

"pelik betul dia ni takkan nak cakap tu je dekat aku" kata Luth Haiyyan sendiri kemudian dia sambung semula lariannya















"MACAM mana jumpa captain Luth tadi seronok? korang borak apa je?" tanya Syafiqah selepas mereka selesai makan malam dan duduk bersantai santai di ruang tamu

"apa! Aaira jumpa Luth? cerita lah" teruja Afiya dia mengambil tempat duduk di sebelah Syafiqah

"haah Aaira jumpa dia tapi tak ada apa kami cakap, borak borak kosong je" Aaira jujur, memang tak ada apa yang menarik nak dia ceritakan.

"eleh tapi mesti kau suka kan dapat jumpa captain kesayangan kau tu?" tanya Syafiqah walaupun dia dapat agak  jawapan Aaira

"of course lah suka, soalan apa kau ni" Syafiqah hanya tersengih

"akak rasa Aaira dah boleh lah mulakan misi Aaira nak pikat captain Luth tu lagipun tinggal berapa hari je Aaira dekat sini" cadang Afiya

"Aaira ada fikir juga kak tapi tula apa Aaira nak buat supaya dia boleh suka dekat Aaira?" Afiya menongkat dagu, berfikir

"ha apa kata esok Aaira bangun pagi pagi masakan sarapan untuk dia sebelum pergi kerja" cadang Afiya

"that's a good idea tapi kak Aaira segan lah nak bagi makanan tu dekat dia" Aaira jujur, dia malu sebenarnya

"woi apa guna aku ada nombor Arshad ni kalau tak boleh minta tolong dia" kata Syafiqah, handphone di tayang

"bagus Syafiqah apa kata esok Aaira masak lebih sarapan untuk captain berdua tu lepastu Aaira hantar dekat diaorang punya kuartes bujang" Afiya menambah rancangan

"boleh tapi boleh ke esok Aaira datang hantar dekat sana bukan tak boleh ke stranger macam Aaira ni masuk kuartes bujang tu?" tanya Aaira

"boleh je tapi jangan lah masuk sampai depan pintu rumah duduk dalam kereta je nanti suruh captain Arshad turun ambil sarapan tu" kata Afiya

"okay proceed, Iqa esok kau teman aku hantar breakfast dekat sana tau nanti apa pula kata Arshad kalau aku datang sorang sorang, tak pasal pasal dia ingat aku suka dia pula" Syafiqah yang mendengar ayat Aaira itu hanya tersenyum.

Tak mungkin lah sebab Arshad dah tahu Aaira suka captain Luth Haiyyan, semalam lepas dapat nombor Arshad mereka terus gossip pasal Aaira dan Luth.

Nasib baik Arshad restu hubungan mereka berdua sama macam Syafiqah heheheheh....

Syafiqah dan Arshad juga sudah berjanji akan bantu untuk satukan Aaira dan Luth.

Continue Reading

You'll Also Like

138K 12.4K 56
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
808K 42.1K 67
Status: complete Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. ...
41.6K 1.6K 31
Dalia Mikayla x Danny Mikhael Sebuah kisah yang menceritakan tentang seorang gadis yang berumur 21 tahun dipaksa berkahwin dengan pilihan keluargany...
18.6K 1.7K 42
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...