MR BLIND [COMPLETED]

By ladyfrozenace

2M 97.1K 7.6K

(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan... More

1🌼
2🌼
3🌼
4🌼
5🌼
6🌼
7🌼
8🌼
9🌼
10🌼
11🌼
12🌼
13🌼
14🌼
15🌼
16🌼
17🌼
18🌼
19🌼
20🌼
21🌼
22🌼
23🌼
24🌼
25🌼
26🌼
27🌼
28🌼
29🌼
30🌼
31🌼
32🌼
33🌼
34🌼
35🌼
36🌼
37🌼
38🌼
39🌼
40🌼
41🌼
42🌼
43🌼
44🌼
45🌼
46🌼
47🌼
48🌼
49🌼
50🌼
51🌼
53🌼
ALPHA🐺 & MMW👑
54🌼
55🌼
special 1🌼
special 2🌼
special 3🌼

52🌼

30.3K 1.2K 48
By ladyfrozenace

"Hubby sakittt!!!" Nia ketap gigi kuat menahan sakut di bahagian rahim ke bawah. Tangan Adam digenggam tak lepas dari dia ditolak masuk bilik bersalin ni.

"Ye, sabar baby. Aku tau kau kuat, kau boleh buat" dia berikan semangat kat Nia yang nak bersalin. Dia pun sama naik berpeluh dengan Nia dah. Ayat Al Quran dipasang perlahan dengan harapan akan menenangkan semua yang ada dan mudahkan urusan mereka.

Nia masih menahan sakit. Dr cakap bukaan baru 5cm tadi tapi kenapa dia rasa sakit bapak ni? Anak mama kenapa la tanak keluar cepat ni?

"Puan dah boleh push sekarang" kata dr yang bertugas. "Inhale puan...and push!" Nia mengerang kuat sambil push sepenuh tenaga. Adam di sisi dan anak mereka yang nak jengah dunia jadi sumber kekuatan dia.

"Lagi puan, push!"

"Arghhh sakit ni dr nak push cemana!!" Dia marah dr tu balik sebab sakit sangat. Adam cepat tenangkan Nia.

"Ingat Allah banyak banyak Nia, kau buat demi anak kita please?" Adam lap peluh Nia yang meleleh di dahi. Nia nampak penat.

"Okay bagus puan, sikit lagi. Saya dah nampak kepala baby"

"Ermmmmm" Nia gigir bibir dan meneran sekuat hati. Adam dekat sebelah tak habis berdoa supaya kelahiran anak mereka dipermudahkan.

Tangan dia yang kena pegang kuat dengan Nia pun dah tak rasa sakit sebab cemas.

Lima minit kemudian,

Uwerk uwerk

Nia tersenyum kepenatan. Syukur alhamdulillah semua selamat. Adam sama naik lega dengan dia. Anak mereka yang baru dilahirkan itu dipandang dengan penuh rasa sayang.

"Thanks baby, I love you so much" Adam mencium pipi, dahi dan seluruh wajah Nia. Nia angguk kepala saja sebab tak larat nak bersuara.

Dr letakkan bayi yang masih merah lepas selesai dibersihkan atas dada Nia. Nia peluk baby sambil berlinangan air mata. Kucupan diberi pda dahi merah kecik tu.

"Assalamualaikum anak mama.."

Adam yang mendengar turut berderai air mata. I'm a dad now!

Nia pandang Adam. "Hubby, azankan baby" dia beri anak mereka pada suaminya. Adam melangkah ke arah tingkap sebelum melaungkan azan perlahan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri. Hati penuh dengan rasa bahagia.

Selesai proses dijahit, Nia ditolak ke wad biasa. Adam sedia menunggu dengan anak mereka.

"Terima kasih baby, kau sanggup lahirkan anak untuk aku. Aku sayang sangat dengan kau, dengan si kecik ni" dia cuit pipi anak lelaki mereka dalam pelukan Nia.

"Most welcome hubby. And pusing sana cepat. Nia nak susukan dia"

Adam sengih gatal. " Alah baby kenapa nak kena pusing pulak? Bukan aku tak pernah tengok pulak kau punya.." ayat Adam tak habis bila Nia menjeling tajam. Saja nak mengusik masa orang tak boleh nak gerak kan?

Bayi mereka terus terlena lepas kenyang minum susu. Adam mengambil tempat di katil sebelah Nia.

"Kenapa tak celik mata langsung ni? Bukak la mata anak papa, main dengan papa?"

"Hubby...dia baru je lahir. Takkan dah nak main dengan hubby kot?" Nia menggeleng kepala dengan perangai pelik Adam. Adam mencebik je.

Pintu wad diketuk. Maybe family diorang, so Adam tolong Nia sarungkan tudung lepastu terus dukung baby.

"Assalamualaikum cucu nenda!"

"Cucu atok!!!"

Terus serbu masuk.

Nia dengan Adam geleng kepala dengan keterujaan ayahanda dan bonda dengan cucu sulung mereka. Lepas tu berebut pulak nak ambik giliran dukung baby.

"Dah decide letak nama ke Adam? Nia?" Soal ayahanda

Adam tersenyum panjang.

"Cucu ayahanda ni namanya Tengku Eidlan Qaiser bin Tengku Adam Fawwaz"

"Alhamdulillah, semoga cucu atok ni boleh hidupkan maksud nama Eidlan Qaiser tu. Pemimpin yang adil. Amin ya rabbal alamin" semua pun mengaminkan doa ayahanda buat Eidlan Qaiser.

"Ni bonda nak panggil Eidlan ke Qaiser ni?"

"Terserah la bonda, Eidlan boleh, Qaiser pun boleh. Tapi Nia dengan Adam panggil Eidlan je. Kan little Eid?" Adam cuit pipi Eidlan buatkan dia menggeliat tak selesa. Hampir nak menangis kalau tak bonda cepat dodoikan balik.

"Apa Adam ni?" Marah bonda sikit. Sikit je la.

"Alah bonda ni, Adam tau dah. Dulu sayang Nia. Sekarang sayang Eid pulak. Adam ni bonda tak nampak dah wujudnye..." Dia buat nada sedih. Bonda buat tak dengar je. Tau sangat perangai Adam nak bergurau lagutu.

"Assalamualaikum!!" Orang bagi salam lagi.

"Waalaikumusalam, ye masuk la" pelawa Adam. Angah dengan along datang dengan dua orang gadis.

"Along? Angah? Datang bawak siape ni?" Tanya ayahanda walaupun dah boleh agak jawapan budak berdua tu.

Along gosok kepala dia segan,
"Ni kenalkan bakal isteri along kalau ayahanda dengan bonda izinkan, Izzah. Yang tu...ha Akiem,kau kenalkan sendiri aaa..."

"Ni Hani. Girlfriend angah"

"Uuuuu dah nak kawin dah abang abang aku nih? Ingat nak membujang sampai tua?" Adam hamburkan gelak kuat sampai lena Eidlan terganggu.

"Hubby...jangan la kuat sangat gelak tu" geleng je kepala Nia. Perangai tak berubah langsung lahai..

"Alah anak papa ni, jangan la nangis. Papa sorry eh gelak kuat sangat" Adam gerakkan badan ke kiri dan kanan dengan Eidlan didukungan.

"Yelah takkan nak tengok je kau ada anak Adam? Kami pun nak juga merasa..ye tak Aziem?

Along angguk bersetuju. "Ha'ah...ni ke anak sedare aku? Eidlan kan? Wahh comel comel!!" Maka mereka berkerumun la keliling Eidlan Qaiser sampai nak nangis budak tu sebab bising sangat 😢

_______

"Shuu shuu jangan la nangis lagi, papa dah bangun kan?" Adam pangku Eidlan sambil pujuk. Pujuk pun berbisik saja sebab taknak Nia terjaga. Menguap dia tahan mengantuk. Pukul tiga woi..

"Okay okay, kita minum susu eh?"

Eidlan akhirnya diam lepas kenyang minum susu. Adam terus burpkan lepastu nak tidurkan dia balik bila Nia menegur.

"Hubby kenapa tak kejut Nia?" Nia bangun menghampiri Adam. Dia peluk leher Adam dari belakang dan sandar pada badannya.

"Kenapa bangun? Aku boleh manage la Eid ni..."

"Sian hubby dah dua kali bangun nak bagi Eid susu kan? Lepas ni biar Nia bangun pulak eh" ujar Nia sambil jengok Eidlan dalam baby coach. Dah kenyang lena la budak bertuah sorang ni. Sebab tu melandur je pipi tu.

Nia terasa tangan Adam melingkar di pinggangnya. Muka Adam rapat dengan tengkuk dia.

"Kau dah buat lebih dah Nia...biar la aku pulak yang uruskan Eidlan. Kau tu baru habis pantang minggu lepas. Jangan la paksa diri sangat. Aku ada nak buat semua benda. Kau rehat je eh?" Bisik Adam di telinganya.

Nia kalih ke belakang dengan senyuman terharu. Rasa bertuah badan dapat suami rajin camni.

"hubby, if we are getting divorce, ape three things that you will take with you?" Tanya Nia tanpa hujan atau ribut. Tangan masih bermain dengan rerambut di kepala Adam.

Adam ternganga tak sangka.

"What? Kita ada nak bercerai ke?"

Mata bulat Adam buatkan Nia ketawa.

"Tak.. I said kalau kan. I'm just curious"

Lama Adam diam. Riak wajahnya dari biasa bertukar sedikit mendung.

"Hubby? Taknak jawab ke?" Dia masih nak main main. Well saje je tanya takpa right? Takde niat pun.

"You patut tanya apa yang akan aku tinggal instead of apa yang aku akan bawak. Cause I definitely lose my heart without you baby..."

Nia dah alolo comel dia buat muka sedih gitu. " Takde sape pun nak tinggalkan awak la Tengku Adam Fawwaz. Nia dengan Eidlan akan selalu ada kat sini dengan hubby"

"Thanks baby...untuk semuanya. Aku hargai sangat apa yang kau buat untuk kita bertiga. Sayang kau sangat" Adam mengusap kembut pinggang Nia yang kembali ramping macam anak dara lepas pantang. Entah apa jamu yang bonda suap sampai cepat sangat cantik lagi dari selalu.

"Me too baby, me too.."

Tbc

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 61.4K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
379K 16.9K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...
3.2M 289K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.1M 39.9K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...