(S2) Dragon: The Next Heir ✔

Bởi Fiya_san

53.5K 4.4K 634

Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamana... Xem Thêm

Bab-1:Her
Bab-2: Meeting
Bab-3: Wertaz Land
Bab-4: Ariyan
Bab-5: Rayana
Bab-6: Dewi
Meet them
Bab-7: Fight!
Bab-8: Drizzela
Bab-9: Fate
Bab-10: Lily the Phoenix
Bab-11: Nightmare
Bab-12: Hydra
Bab-13: Darkland Secret
Bab-14: Lost History
Bab-15: Battle
Bab-16: The Anchor
Bab 17: Pirates
Bab-18: First Meet
Bab-19: Heart
Bab-20: Sweety Khai
Bab-21: Yin Yang
Bab-23: Crown
Bab-24: True Love
Bab-25: Dark Knight
Bab-26: Camylia
Bab-27: Poison
Bab-28: Earth
Bab-29: Old Friend
Bab-30: Truth
Bab-31: Come Back
Bab-32: Boyfriend?
Bab 33: Birthday
Bab 34: Alert
Bab-35: Attack
Bab-36: Awakening
Bab-37: Ancestor
Bab-38: His POV
Bab-39: Love?
Bab-40: Draggy
Bab-41: Rael
Bab-42: Jealous?
Bab-43: Tribe
Bab-44: Spirit Forest
Bab-45: Auction
Bab-46: The Alpha
Bab-47: Preparation
Bab-48: Karl
Bab-49: Love and War
Bab-50: Farewell- [End]
Side Story 1
Side Story 2
Book 3

Bab-22: Roux The Rose

988 98 15
Bởi Fiya_san

HARI berganti hari dengan pantas. Mereka kini sangat sibuk dengan hal masing-masing. Seperti biasa, Irene menghabiskan masanya dengan latihan khusus dari bondanya. Daryan dan Darwin pula sibuk dengan aturcara istana memandangkan lagi beberapa hari Daryan akan ditabalkan secara rasmi sebagai Putera Mahkota.

Ariyan pula menyambung pelajarannya yang tergendala di academy memandangkan umurnya yang baru menginjak 12 menjadikan dia sahaja yang masih belajar. Rayana pula menjadi guru dan sentiasa menemani Ariyan kerana Ariyan adik kesayangan dia.

"Bonda... Where's everyone?" tanya Irene kepada Luna. Sudah puas dia memeriksa setiap penjuru Istana kerana diwaktu pagi sebegini kebiasaannya pekerja Istana akan sibuk dengan tugas membersih dan mempersiapkan santapan.

Luna berpaling kearah Irene dan beberapa kotak kecil yang dibawanya itu diletakkan diatas meja kopi.

"Rin lupa ke? Kan dua hari lagi kakanda Daryan akan ditabalkan menjadi Putera Mahkota." Luna ketawa halus melihat wajah polos Irene. Ini mesti masih mamai lagi baru bangun dari tidur. Lihat baju sahaja sudah tahu, dengan pakaian jubah putih hingga paras buku lali dia itu.

"Oh, lupa pula. Tak sabarnya mahu lihat dengan siapa Yanyan menari nanti. Mesti semua gadis di desa berebut kan Bonda?" Irene dan Luna ketawa serentak. Entahlah, Daryan itu walaupun kacak dan selalu mengeluarkan ayat manis tetapi dia jarang mendekati gadis. Lainlah kalau Darwin. Mungkin sekarang Darwin merasakan dirinya bebas, namun kita lihat nanti.

"Rin jangan menyakat dia pula. Nanti, pakai busana Rin yang sudah disangkut di dalam almari Rin." Luna meninggalkan Irene yang sudah terlopong.

"Apa dia? Rin kena pakai gaun kembang tu! Ish, menyusahkanlah gaun tu Bonda. Tidak boleh kah Rin pakai seperti biasa?" rungut Irene, tidak suka.

Memakai Prom Dress yang berkali ganda tebal kainnya sehingga mengembang lebih daripada pinggangnya itu sangat tidak selesa. Oh, harapnya majlis itu tamat cepat. Irene lagi selesa memakai Renaissance yang hanya mempunyai dua lapis kain dan mempunyai lilitan tali victoria di bahagian dada. Kain di lengannya juga hanya panjang dibahagian bawah.

"Jangan nak mengada. Kali terakhir Rin pakai masa hari kelahiran kedua belas tahun Rin. Itupun terkoyak. Kali ini, Rin dah besar tolong jaga kehormatan Rin sebagai Puteri." Luna membebel dari tingkat atas. Irene menggulingkan matanya. Kali ini memang dia tidak boleh lari langsung!

'Nenda! Tolong Rin! Bonda kejam, Nenda!'

Irene berjalan disekitar desa diluar Istana. Tidak jauh pun, hanya buka pagar Istana dan kelihatanlah pekan dimana orang ramai atau rakyat bersiar-siar membeli barangan Querna.

"Eh, Ari! Ray! Buat apa dekat sini?" tanya Irene setelah kelibat Ariyan dan Rayana kelihatan. Mereka berpaling kearah suara dan terus melambai semula kepada Irene.

"Cari cenderahati untuk majlis besar-besaran nanti. Alang-alang Ari baru habis kelas dia, kami datang singgah sini kejap," ujar Rayana sejurus itu mengangkat beberapa beg kertas yang mungkin sudah mengandungi barangan kemas ataupun baju.

"Kak Ray je bersungguh membeli. Ari punya barang semua dah siap kemas," kata Ariyan dengan gelengan kepala. Irene tersengih, faham benar dengan sikap Rayana yang suka gelabah disaat akhir.

"Kau tak tolong Bonda Luna buat persiapan ke?" tanya Rayana pelik apabila Irene bebas pula bersenang-lenang di luar.

"Taknak lah. Aku kan Puteri," ujar Irene dengan ketawa kecil dihujung. Geli hati dengan perkataan itu.

"Eeee, demand betul Tuan Puteri yang ini seorang. Apa benda lah yang kau rajin," perli Rayana dengan kerutan di dahi.

"Dia rajin makan je. Kak Rin kan suka melantak. Entah berapa pinggan dia santap pagi tadi kita tak tahu," celah Ariyan. Irene menarik muka tidak suka.

"Eleh, untung tau Istana tu ada tukang habiskan makanan. Kalau tak, takdelah asyik buang bagi dekat tong sampah makan je," bebel Irene. Rayana dan Ariyan menahan ketawa daripada terletus.

"Iyelah, Rin. Sudahlah, aku dengan Ari balik dulu. Jumpa di dewan Istana disana nanti ya," pamet Rayana pergi. Irene mengangguk dan menghantar pandangan sehingga mereka pergi.

"Haih, bosanlah." Irene berpatah balik ke Istananya. Dia melihat sebuah kereta kuda yang sangat tidak asing di halaman Istana.

"Eh?"

Langkah diambil dan masuk kedalam ruang tamu kecil.

"Cucunda!" Suara lembut dari wanita yang sudah meningkat usia tu kedengaran.

"Nenda!" Irene terus memeluk Nendanya ataupun lebih dikenal sebagai Permaisuri Alana. Sudah lama tidak berjumpa terasa rindu pula.

"Nenda buat apa disini? Bukankah Nenda perlu berada di Istana Wonderland sekarang?" soal Irene pelik namun riaksi terujanya masih tidak hilang. Nenda sama seperti Bonda, lembut tetapi tegas. Berlatih dengan Nenda lagi menakutkan daripada berlatih dengan Bonda.

"Saja melawat cucu Nenda. Tidak boleh kah?"

Irene tersengih, "Boleh... Boleh sangat!"

Nenda tersenyum manis sehingga terlihat kedutan di wajahnya kerana penuaan.

"Rin, tolong hantarkan bungkusan ini kepada Uncle Ryan." Luna menghulur satu bungkusan.

"Apa benda ni?"

"Tu Mahkota untuk pertabalan. Jaga tu baik-baik, jangan hilangkannya," pinta Luna menyuruh Irene berhati-hati. Saja menakutkan Irene, kalau hilang pun masih ada ganti. Cuma tidak special sangat lah. Kesian pula Daryan kalau dapat yang ganti.

"Baik, Bonda. Rin pergi dulu ya,"

Irene berjalan berhati-hati sambil memegang bungkusan yang dibungkus rapi dan dikunci dengan kunci emas yang hanya boleh dibuka oleh orang tertentu.

Semakin jauh, semakin ramai pula orang yang lalu-lalang menyukarkan Irene untuk berjalan. Sehingga dia terlanggar seseorang gadis berambut Maroon.

"Eh, maafkan saya!" Gadis itu terus mengambil kotak yang jatuh dari pegangannya semasa berlanggar dengan Irene.

"Tidak menga..." Gadis itu sudah menghilangkan diri. Bungkusan yang juga jatuh tadi diambil semula oleh Irene dan perjalanannya ke tempat Ryan diteruskan seperti biasa.

Tok! Tok! Tok!

"Uncle! Keluarlah cepat. Panas tahu tak!"

Pintu rumah kecil itu dibuka. Ryan memang sengaja memilih untuk bersendirian di tempat terpencil. Katanya dia lebih fokus untuk berlatih dan ada sesuatu yang dia perlu lakukannya sendiri.

"Eh, rajin pula Rin datang sini," perli Ryan. Irene membuat muka cemberut. Pemalas sangatkah dia sehingga ramai yang berkata sebegini?

"Eh kejap Rin!" Ryan menarik lengan Irene yang baru sahaja mahu melangkahkan kaki keluar dari tempat itu.

"Apa lagi Uncle...," sahut Irene malas-malas. Ryan menilik bungkusan tersebut atas dan bawah.

"Ni bukan bungkusan Mahkota ni Rin..." kata Ryan perlahan. Irene membulatkan matanya.

"Alamak... Ni mesti tertukar masa langgar seorang perempuan ni! Aduh, habislah Rin... Uncle, tolong Rin. Rin dah tak selamat. Nanti Rin kena pancung dengan tali! Takpun, takpun Rin kena paksa bunuh diri terjun katil! Alamak macam mana ni Uncle!"

Sendu pula Ryan tengok Irene yang gelabah ketam itu.

"Haih, takpelah nanti Uncle cakap dekat Luna. Kejap nak periksa siapa punya kotak ni."

Kotak itu ditilik.

"Ada corak bunga Rose... Rin nampak tak dengan siapa Rin langgar tadi?" tanya Ryan. Irene mengangguk laju, nasib englihatan dia masih tajam untuk melihat fizikal seseorang dengan pantas.

"Nampak. Dia pakai Renaissance macam Rin tapi warna merah pekat. Mungkin warna Maroon sebab sama dengan rambut dia, telinga dia macam tajam sedikit dihujung," ujar Irene perlahan.

"Roux the Rose. Gadis bangsawan paling cantik tetapi aneh. Daripada golongan Elf dan merupakan Puteri sulung daripada keturunan Elf, Roux maksudnya merah dan Rose ialah mawar," terang Ryan dengan nada mendatar. Dia sudah sedia maklum yang semua golongan diraja akan hadir. Dan mungkin Puteri Elf juga akan datang.

"Jadi?" Irene mengangkat keningnya.

"Jadi kita tunggu jelah nanti." Ryan menjongket bahunya. Irene melihatnya tidak percaya. Seriuslah, Uncle Ryan tenang sangat sedangkan dia gelabah gila!

"Roux? Macam pernah dengar."

Irene meneruskan perjalanan pulamg dengan tanda tanya.

When the starfall from sky,
Roux the Rose will catch it,
When the Red Prince fall in love,
She's the one belong to him.

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote

Hello my little Fox! Since long time i dont update anything so i comeback with this chap. Ramai komen rindu saya, huhu syendu. See ya next time!

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

32.7K 2.6K 7
FudinguFamiliaChallenge Tema:Buku Dia dipulau oleh orang kampung hanya disebabkan ibu bapanya... Dari kecil hingga dewasa tomahan, hinaan, dan makian...
25.9K 2.3K 8
FudinguFamiliaChallenge Tema: Cinta Kecantikkannya digilai oleh sang jejaka, Kecantikkannya dicemburui oleh sang perawan, Namun, rupa tidak menggamb...
44.7K 5.9K 40
Melody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu...
38.5K 2K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...