MR BLIND [COMPLETED]

By ladyfrozenace

2M 97.1K 7.6K

(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan... More

1๐ŸŒผ
2๐ŸŒผ
3๐ŸŒผ
4๐ŸŒผ
5๐ŸŒผ
6๐ŸŒผ
7๐ŸŒผ
8๐ŸŒผ
9๐ŸŒผ
10๐ŸŒผ
11๐ŸŒผ
12๐ŸŒผ
13๐ŸŒผ
14๐ŸŒผ
15๐ŸŒผ
16๐ŸŒผ
17๐ŸŒผ
18๐ŸŒผ
19๐ŸŒผ
20๐ŸŒผ
21๐ŸŒผ
22๐ŸŒผ
23๐ŸŒผ
24๐ŸŒผ
25๐ŸŒผ
26๐ŸŒผ
27๐ŸŒผ
28๐ŸŒผ
29๐ŸŒผ
30๐ŸŒผ
31๐ŸŒผ
32๐ŸŒผ
33๐ŸŒผ
34๐ŸŒผ
35๐ŸŒผ
36๐ŸŒผ
37๐ŸŒผ
38๐ŸŒผ
39๐ŸŒผ
40๐ŸŒผ
41๐ŸŒผ
42๐ŸŒผ
43๐ŸŒผ
44๐ŸŒผ
45๐ŸŒผ
46๐ŸŒผ
47๐ŸŒผ
48๐ŸŒผ
50๐ŸŒผ
51๐ŸŒผ
52๐ŸŒผ
53๐ŸŒผ
ALPHA๐Ÿบ & MMW๐Ÿ‘‘
54๐ŸŒผ
55๐ŸŒผ
special 1๐ŸŒผ
special 2๐ŸŒผ
special 3๐ŸŒผ

49๐ŸŒผ

31.9K 1.3K 43
By ladyfrozenace

"So My Aisya, do you forgive me?" Adam rapatkan muka mereka berdua sampai hidung mereka bergesel.

"Saya.....tak maafkan"

Adam terkedu dan menjauh sedikit. Dia tak expect jawapan tu dari Nia.

"Oh..yeah, okay takpe la kalau kau tak maafkan aku sekarang. Kau ambik la masa dulu. Aku akan tunggu..." Lemah suara Adam. Hilang semangatnya tadi. Pinggang Nia dilepaskan perlahan.

"Awak ingat lepas apa yang awak buat kat saya dulu, senang senang saya nak lupa? Saya nak maafkan? Awak tau tak awak dah malukan saya ha?" Drama sikit. Saja nak usik Adam.

Adam makin tunduk.

"Aku tau....aku mintak maaf. Aku bodoh dulu, aku bangang sebab rasa aku elok" Adam memintal hujung baju Nia. Nia marah...

"And pasal diary saya? Awak ambik mana?"

"Aku.. aku bukak origami bot kau tu. And aku baca dalam tu.. kau marah?"

Diam.

"Apa awak sanggup buat untuk dapatkan maaf saya?" Kening terangkat bertanya.

Adam intai sikit muka Nia sebelum larikan pandangan.

"Apa apa je..."

Nia sembunyikan senyuman lucu.
"Betul?"

Adam pandang dia dengan mata besar mintak maaf lepastu angguk angguk. Macam snow nak mintak kena belai gayanya. Alah comel, anak sape ni?

"Then...." Adam pasang telinga.

"Then.... Please love us forever?" Nia usap belly dia yang ada baby diorang.
Adam terpempan kejap.

"Betul ni? Kau akan maafkan aku lepastu?"

"Iye sayang... So, boleh tak?"

Terus Nia dibawa dalam dakapan erat.

"Baby, you don't even have to ask la. Aku akan sayangkan kau berdua selamanya. And even for more children. Aku janji takkan berubah rasa sayang dan perhatian tu, kau jangan risau pun pasal tu. I will love both of you forever"

Nia dah auuww my baby!

"I love us too baby..sorry Nia usik je tadi. Hubby ingat kan ape Nia pernah cakap dulu masa kita pergi camping? Nia cakap Nia dah maafkan, Nia dah lupakan dan Nia takkan ungkit apa pun benda dah jadi. Biasa la tu kita manusia ada khilaf right?"

Adam kucup setiap inci mukanya sampai takde tempat yang tertinggal dah. "Thanks baby"

"Wel- ouch! Hey!" Nia gosok kepala. Adam luku kepala dia?

"Main main kau kan? Nasib aku tak sakit jantung tau?" Dia jeling sikit.

"Sorry....dah, jom makan?"

"Kau masak ape?" Adam peluk pinggang Nia sambil mereka berjalan ke dapur. Nia sengaja letak kek je kat meja makan.

"Tadaaa!!!" Nia bukak penutup lauk.

Kari ayam kampung, kerabu kerang, rendang daging dengan ulam ulam dan sambal belacan. Mata Adam dah macam keluar emoji love dah.

"Nek Salmah cakap ni makanan favorite awak?" Nia isi nasi dalam pinggan Adam. Lepas je basuh tangan Adam terus aum suap kari ayam. Sedapnyaaaa!

"Yes my favorites! Meh duduk sini aku suapkan kau" dia tarik Nia duduk atas pahanya secra mengiring. Senang nak suapkan nanti.

"Dah la awak makan la pulak. Asyik suapkan saya je?" Nia tolak tangan Adam supaya makan jugak.

"Aku nak kau makan banyak banyak, biar baby kita membesar dengan tembamnya. Nanti dah keluar aku nak gomol pipi gemuk dia"

"Tembam tembam sangat sape nak beranak? Susah la nanti"

"Susah ke beranak? Bukan macam sembelit je ke?" Sengaja nak sakitkan hati Nia. Nasi disuap lagi dalam mulutnya.

"Nak kena ke?" Sembelit dia kata? Cuba kau pegi beranak tengok. Nak tengok sembelit ke putus urat perut sakit dia.

Adam mencebik. "Usik sikit pun nak marah. Ibu mengandung memang macam ni ke? Aaa..." Nia nganga bila Adam suapkan nasi kat dia.

Adam tambah lagi nasi kat dalam pinggan mereka. Dah tiga kali tambah dah masuk ni. Nia buat tatau, maybe sebab kongsi kot tapi dia rasa macam banyak dah makan tadi.

"Nak rendang ke baby?"

"Nak!"

"Bukak mulut" Adam sekali ternganga dengan Nia bila dia suap.

"Sedap?"

"Mestila! saya masak kan?" Riak kejap. Nasib memang sedap so Adam takde bantahan.

"Eh nakgi mane?" Tanya dia bila Nia nak bangun.

"Ambik air, tak dahaga ke makan tak minum air langsung?"

Adam gaya nak bangun. "Kau duduk, biar aku ambikkan." Nia terus tahan. Ha ni yang malas ni..

"Sayang... Biar la Nia ambik? Kenapa taknak bagi Nia bangun langsung ni?"

"Aku risau kalau kau tergelincir ke apa ke?" Katanya risau. Nauzubillah, mintak jauh la semua tu dari mereka.

"Insyaallah tak la, nanti kalau awak pergi kerja siapa nak buatkan kat saya? Lagipun saya jalan hati hati la, jangan risau"

Adam biarkan akhirnya. Lama dia termenung berfikir sampai la Nia datang balik.

"Baby aku rasa nak work from home la. Kalau ada urgent matter baru aku gi office. Nanti aku risau kalau kau jadi apa apa masa aku takde?"

Ah sudah! Nia nak bagi Adam sedar supaya tak manjakan dia sangat. Bukannya nak suruh Adam duduk rumah.

"Over la awak ni. Takde ape la, lagipun ramai kan maid dengan guards?"

"Nanti la aku fikir lain...." Dia masih ragu.

__________

Adam gosok mata lepas terjaga bila bantal peluk dia takde.

"Mana pulak budak ni pegi?" Dia bercakap sorang dalam gelap. "Ni mesti..." Dia bangun menuju ke dapur. Hah! Dah agak dah..

"Baby? Makan lagi?"

Nia terkejut lalu berpaling ke muka pintu. Dia sengih bersalah.

"Lapar..."

Adam gelengkan kepala. Dah biasa sangat kalau tengah malam cari Nia takde. Memang kat dapur la menyelongkar peti sejuk.

Adam menghampiri Nia.

"Makan apa tu?"

"Strawberry smoothie dengan brownies semalam" Nia tunjukkan pinggan dia.

"Tak elok la kau makan smoothie tengah malam, sejuk tu. Nanti demam ke apa cemana?" Dia tarik gelas tinggi yang tingal separuh smoothie saja. Muka Nia monyok.

"Baby teringin la.." dia menjuih pada perutnya. Alasan biasa bila Adam membantah dia makan apa apa.

Adam mengeluh. "Just kali ni je tau? Lepas ni no more eh? Manis ni Nia, takut kau kena penyakit lain nanti" lembut dia menegur. Gelas diletakkan depan Nia balik.

"Baiklah... Thanks awak!" Satu ciuman pada Adam sebab kasi dia makan!

Adam gelak mengangguk. Kepala kembali diletakkan atas kaunter. Mata dia berat balik. Dia balik lambat tadi, dekat pukul 11 baru jejak rumah. Sengaja dia settlekan semua kerja sebab esok nak temankan wifey kat rumah je.

Nia usap rambut Adam. Handsome Adam dengan rambut ni hehe. Gaya budak tiktok sangat dengan rambut kat depan panjang gitu.

"Gi la tido dulu kalau ngantuk sayang"

"Taknak, aku tunggu kau habiskan makan. Aku nak peluk kau nanti"

Nia habiskan makanan dan cuci cepat cepat taknak Adam tunggu lelama.
Dia tarik tangan Adam naik atas tido.

"Baby papa kat dalam ni dah kenyang ke belum?" Tanya Adam sambil usap perut Nia.

"Dah kenyang, dah boleh tido dah"

"Lepasni kalau kau nak makan tengah malam ke, nak muntah ke apa ke bagitau aku tau? Kejutkan aku bangun tau?" Pesannya sambil mencium perut Nia yang diselak tadi.

"Okay hubby. Goodnight"

"Night" Adam terlena dengan kepala separas perut Nia dan tangan erat di atasnya. Tidur dengan baby diorang😘

_________

"Tambah lagi Nia" bonda sendukkan lagi nasi tomato dengan ayam masak merah dalam pinggan dia. Dia sengih suka je.

"Terima kasih bonda"

"Iye.. makan banyak banyak Nia. Bonda masak lebih ni ha..."

Semangat Nia angguk laju. Suka dia bila kena jamu macam ni eh.

"Adam? Dah sudah?"

Ayahanda kalih kat Adam.

"Uish ayahanda, dah terlebih ni. Adam bukannya perut berdua macam Nia tu" dia gosok perut. Dua pinggan dah tapi tak boleh la nak lawan Nia. Bertambah tambah.

"Hah?!!!!" Ayahanda dan bonda tercengang.

"Kenapa?" Clueless dia. Dia ingat balik. Ohhh hehehe tercakap pulek!



Tbc
🌸Mekasih sebab singgah baca Mr. Blind.
🌸Have a blessing day

Continue Reading

You'll Also Like

663K 24.4K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
307K 11.4K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
345K 15.4K 47
| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance ยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐ Pemergian Pua...
57.9K 3.8K 35
MYSTERY AUTISM PERSON 2 Bahagia cuma seketika. Ya. Itulah yang terjadi kepada Damia Nabella apabila kebahagiaannya hancur serta merta. Ibarat burung...