Setulus Jänji

By -reenn

43.5K 888 137

Thareq | Airis. More

𝐒𝐞𝐭𝐮𝐥𝐮𝐬 𝐉𝐚𝐧𝐣𝐢
𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠
1 : ✾
2 : ✾
3 : ✾
4 : ✾
5 : ✾
6 : ✾
7 : ✾
9 : ✾

8 : ✾

631 66 7
By -reenn

AIRIS memicit pelipis kepalanya perlahan sebelum pandangan matanya dikalihkan pada Safira dan Taisirna penuh berharap.

Mengharap kedua rakan baiknya itu dapat menyelesaikan masalahnya. Safira hanya memandang Airis dengan gelengan kecil , Taisirna pula melepaskan keluhan berat.

"See? Told you. Izz tu tak serius dengan hubungan korang. Bila aku cakap dulu kau tak percaya. Tengok sekarang?" Safira geleng kesal. Airis hanya menikus. Ada benarnya.

Sejak dia kembali menjalin hubungan bersama Izz , Safiralah orang pertama menentang habis habisan. Entah kenapa , Airis sendiri tidak mengerti.

"Saf , aku sayangkan dia." Gumam Airis perlahan. Safira merengus.

"Dia sayang tak dengan you Aii? Atau you saja yang sayangkan dia?" Duga Taisirna. Airis kerut dahi mendengar bicara Taisirna.

Ruang tamu rumah mewah milik Taisirna terasa membahang.

"Maksud you apa Tai?" Kali ini Safira pula bersuara bagi pihak Taisirna

"Kalau betul dia sayangkan kau. Dia tak akan senang senang ikut cakap mummy dia kahwin dengan perempuan tu Aii. Tak kan itu pun kau tak nampak?" Airis kelu. Ada benarnya. Tapi .. wajar saja kalau Izz akur dengan semua permintaan mummynya, Izz satu satunya permata hati wanita itu. Mana mungkin Izz kecewakan ibunya semata-mata untuk dia.

"Aii , this year you will turning 26. You sendiri cakap you tak nak kahwin lambat kan?" Tangan halus Airis dipegang Taisrina lembut. Tunak matanya menikam anak mata hitam milik Airis.

Mungkin pada pandangan orang ramai , usia Airis masih muda. Mungkin dengarnya Airis seperti tergesa-gesa mahu mendirikan rumah tangga. Namun hakikat sebenarnya Airis juga lelah bila acap kali saudara-maranya yang lain asyik melontarkan soalan tentang bila dia mahu mendirikan rumah tangga. Rata rata saudara maranya sudah sedia maklum tentang hubungan Airis dan Izz. Bertahun tahun menjalin hubungan cinta tapi langsung tiada perancangan untuk membina masa depan bersama?

"Ha Mel , bila nak kahwin? Lama dah mokde tengok kamu dok berkepit ke sana ke mari dengan boyfriend kamu yang model tu. Tak elok bercinta lama-lama , banyak setannya."

"Betul cakap mokde tu. Lagi lagi kamu berdua darah muda. Bahaya."

"Bercinta lama lama tak elok Mel. Lebih baik kamu kahwin , boyfriend kamu tu boleh tahan rupanya. Anak Dato Sri pula tu , tak takut kena caras?"

Kadang Airis cuba memekakkan telinga dari mendengar perlian dan sindiran mereka. Tapi entah kenapa semuanya tidak semudah yang disangka. Bagi saudara mara Airis , Izz tiada niat untuk menghalalkannya , oleh sebab itulah lelaki itu tidak mahu menapak ke langkah seterusnya seperti bertunang atau berkahwin. Namun semua bicara sinis itu Airis tepis atas dasar mempercayai pemilik hatinya , Izz Heykal. Namun lihatlah sekarang , pasti saudara maranya di kampung sudah galak mentertawakannya.

Bukan mahu menuduh , tapi bila menerima text yang dikirim mereka kononnya turut bersimpati dengan nasib Airis membuatkan Airis yakin , saudara maranya kini gembira atas berita tentang hubungannya bersama Izz yang sudah putus di tengah jalan.

Bagaimana saudara maranya tahu?

Hubungan model terkenal dan pemilik butik pakaian terkemuka putus di tengah jalan.

Tidak direstui keluarga? Hubungan yang terjalin lama di antara model tampan , Izz Heykal dan kekasihnya Camellia Airis terlerai.

Anak kepada usahwan ternama Dato Sri Ismail , Izz Heykal akan menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya , Amelin. Netizen persoal tentang status hubungan Izz dan Airis , teman wanitanya.

Menjadi 'penjaga jodoh orang' , Camellia Airis diputuskan Izz Heykal dan memilih untuk berkahwin dengan wanita pilihan hatinya , Amelin.

Itu lah beberapa keratan topik arktikel yang tidak sengaja dibaca Airis. Bila mengenangkannya saja Airis terasa panas hati. Artikel yang dikeluarkan pihak media pun boleh tahan biadapnya!

Mujurlah dia tidak pernah diserang oleh wartawan. Mungkin Izz sudah memaklumkan supaya tidak menganggunya? Mungkin.. Izz memang sudah sedia maklum tentang sikap Airis yang tidak gemar terpalit dengan dunia hiburan Izz.

Seolah olah tersedar , laju Airis angguk menjawab soalan Taisirna. Wajah rakan rakannya ditilik satu persatu , Safira kini sudah mendirikan rumah tangga dengan King. Terkejut bukan? Siapa sangka selama ini mereka berjodoh? Taisrina pula kini sudah bergelar tunangan orang , meskipun hanya aturan keluarga Taisrina kelihatannya bahagia. Dia? Heh.

"Well in my opinion , aku rasa tak salah kau kahwin dengan Thareq." Dahi Airis berkerut kerut mendengar kata kata Safira. Gila ke?

"Wait... what? Are you insane? Kau ingat ni main pondok pondok ke? Ni soal kahwin tau Saf , masa depan aku. Aku tak nak kahwin lepastu cerai." Kata Airis tegas. Betulkan? Siapa yang sanggup berkahwin hanya untuk berpisah? Lagi lagi manusia berjantina perempuan. Berkahwin untuk kali kedua merupakan perkara yang sedaya upaya cuba dielakkan oleh mereka.

Seketika Safira koyak senyum herot memandang Airis. Penuh maksud.

"Siapa pula yang suruh kau cerai? Just make it permanent. Jadikanlah perkahwinan kau tu kekal. Senang kan?" Tenang Safira berkata , lagaknya seperti mudah.

Airis lepas tawa palsu.

"How can I? Kalau aku sendiri tak cintakan Thareq? Kau rasa Thareq tu boleh bahagia ke kalau kahwin dengan aku nanti? Saf .. aku tak nak siksa perasaan orang. Cukuplah dulu aku pernah permainkan perasaan orang." Ujarnya perlahan. Dia tidak mahu Thareq terluka lagi kerananya. Bagaimana kalau Thareq tidak bahagia dengan dia?

Airis rasakan tangannya dipegang Taisirna dan Safira lembut.

"Kalau kau taknak kahwin dengan Thareq , kau nak kahwin dengan siapa? Dengan Izz yang dah nak kahwin tu? Kau yakin ke satu hari nanti mak dia boleh terima kau?" Safira mengasak Airis dengan soalan.

"Aii kalau dah sepuluh tahun bercinta pun mak dia tak boleh terima kau. Kau expect apa?" Mungkin dengarnya bicara Safira sedikit kasar , namun Airis tahu niat gadis itu mahu menyedarkannya.

"Mungkin juga jodoh aku lambat?" Airis bersuara. Betul kan? Mungkin memang ditakdirkan dia bertemu jodoh pada usia yang sedikit lewat? Siapa tahu?

"Kenapa kau tak fikir yang mungkin sebenarnya ini la takdir yang Allah dah tetapkan untuk kau jumpa siapa jodoh kau?" Balas Safira lancar.

"One more thing , don't you think Thareq masih ada perasaan pada kau?"

Gulp.

Airis tersentak. Terkebil kebil dia merenung wajah bersih Safira. Keluhan dilepaskan dengan senyuman hambar di bibirnya.

"Saf. It's been nine years kut. Tak mungkin dia masih simpan perasaan pada aku." Tukas Airis. Menafikan kata kata Safira. Mata dipejam. Lelahnya masih terasa , masakan tidak? Balik dari butik terus ke rumah Taisrina untuk membuat sesi luahan pada kedua rakan dekatnya itu.

Safira angkat bahu sebelum matanya mengerling Taisrina pula.

"Kau tak kan tak tahu apa apa Tai?" Soalnya. Taisrina senyum nipis sebelum bahunya pula diangkat.

"You know .. he's such a private person. Semua benda dia simpan sendiri. Jadi ..sorry korang aku taktahu apa apa."

Safira angguk mengerti. Airis yang masih memejam mata itu ditenung kejap. Taisrina turut melemparkan pandangannya pada Airis.

"You dah tak cintakan achik ke Aii?" Soalan Taisirna membuatkan badan Airis mengejung. Perlahan mata dicelikkan memandang dua pasang mata yang ralit merenungnya.

"Dah sembilan tahun dah Tai. I cuma anggap Thareq kawan I. I selesa dengan dia. Thats all." Namun jauh di sudut hati Airis , Airis sendiri ragu ragu dengan jawapannya. Benarkah begitu? Tapi mengapa setiap kali mereka bersua muka Airis berdebar?

"Kau selesa dengan dia? See? I don't even see what's the problem here. Kau selesa dengan dia , kau cakap dia layan kau pun okay kan? Tak salah kalau kau cuba.." Bicara Safira dipintas Airis.

Mungkin ramai yang mengira Safira seorang yang pendiam dan tidak gemar untuk membuka mulut. Namun percaya atau tidak Safira seorang yang sangat ramah dan tidak mudah kekok. Cumanya mereka perlu mengenal Safira dengan tempoh masa yang lama , barulah sisi lain Safira kelihatan.

"Selesa. Bukan cinta Saf." Tegas Airis mendatar. Safira pula masih tidak mengalah.

"Cinta tu boleh dipupuk Aii. Lebih manis bercinta lepas kahwin."

"Betul cakap Saf tu Aii. Lagipun dulu you pernah ada perasaan untuk Thareq kan? Tak mustahil untuk perasaan tu wujud semula."

Airis hanya menghadam kata kata Safira dan Taisrina. Ada betulnya hujah mereka berdua. Namun.. Benarkah dia akan bahagia jika bersama Thareq? Masih wujudkan perasaan cinta di hati lelaki itu buatnya?






AIRIS menolak daun pintu yang menempatkan Datin Munirah dengan wajah penuh resah. Segera tubuh lemah wanita separuh abad itu dihampiri Airis.

"Mummy.." Tangan wanita itu digenggam Airis. Tubir matanya terasa hangat bila melihat keadaan wanita yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri kini terlantar sakit dan hanya mempunyai tempoh hayat tidak panjang.

Datin Munirah ukir senyum nipis.

"Ye sayang. Jangan nangis , mummy okay." Pujuk Datin Munirah lembut. Airis hanya mengemam bibirnya menahan sebak.

Thareq yang sedari tadi menjadi pemerhati menahan rasa. Begitu juga Tharif dan Thaqif yang turut berada di bilik itu.

"Mummy cepatlah sihat. Mel tak suka tengok mummy sakit macam ni.." Airis lekatkan pipinya pada belakang tangan Datin Munirah.

"Mama jangan tinggalkan Mel. Mel tak puas nak bermanja dengan mama. Mama kena sihat untuk Mel. Mel tak sanggup hilang mama , macam mana Mel nak teruskan hidup tanpa mama?" Tangan wanita itu ditarik ke pipinya. Bahu Airis terhinjut hinjut.

Inspektor Rizal hanya memandang kosong. Pandangan dilemparkan ke arah lain sebelum tubuh anak gadisnya didekati.

"Mel.." Bahu itu diusap lembut. Cuba memujuk. Airis menoleh. Wajahnya lecun dengan air mata. Wajah Inspektor Rizal ditenung penuh mengharap.

"Papa... tolonglah.. Mel nak mama sihat.."

Airis tersedar. Peristiwa lampau itu..

Tuhan. Peritnya kalau dia harus kehilangan wanita di hadapannya ini. Dia tidak mahu peristiwa semasa dia berumur awal belasan tahun itu kembali terulang. Tidak pernah terlintas dia akan menempuh situasi seperti itu untuk kali kedua.

Datin Munirah sudah dianggap seperti ibunya. Wanita itu yang sering mengambil berat tentangnya dulu. Wanita itu yang mengajarnya memasak. Wanita itu yang dulu sempat memberi kasih sayang buatnya. Meskipun ianya hanya untuk tempoh masa yang pendek , Airis tetap bersyukur dengan layanan yang diberikan Datin Munirah. Bagi gadis yang kurang kasih sayang seorang ibu seperti dia , wajar saja kalau dia tersentuh dengan layanan wanita itu. Jadi bagaimana dia harus berlagak kuat bila melihat wanita itu kini terlantar dan hanya menunggu masa untuk menghembuskan nafas terakhirnya?

Datin Munirah kulum senyum segaris sebelum tangannya naik mengelus pipi Airis yang sudah basah.

Airis sudah dianggap seperti anak kandungnya. Mutiara jernih yang mengalir di pipi gadis itu membuatkan dada tuanya terasa sesak.

"Allah uji mummy ... sebab mummy mampu sayang.. jangan sedih. Mel.... doakan .. mummy ye?" Makin deras air mata Airis mengalir mendengar kata kata Datin Munirah. Thaqif yang melihatnya terasa sebak. Mata Tharif pula sudah berkaca.

Penghuni di dalam bilik itu hanya mereka berlima. Thareq pula hanya beriak biasa. Riaknya kosong. Sukar untuk menggambarkan perasaan Thareq. Seketika suara serak basah itu kedengaran sekaligus memecahkan suasana hening di bilik mewah yang menempatkan Datin Munirah.

"Ris. Aku nak cakap sikit dengan kau."

"Dekat luar." Serentak itu Thareq menapak untuk keluar.






"KENAPA Req? Kau nak cakap apa?" Airis menyoal sambil memandang tunak sepasang iris berwarna coklat cair itu. Kini Thareq sedang bersandar pada dinding di bahagian luar bilik yang menempatkan Datin Munirah.

Thareq kelihatan tidak terurus. Meskipun begitu lelaki itu masih kelihatan tampan dan segak. Yang kelihatan tidak terurus cuma rambutnya. Messy.

Thareq balas pandangan Airis lama sebelum matanya memandang keadaan sekeliling mereka. Banyak mata yang memerhati.

"Not here Ris." Perlahan Thareq bersuara sebelum kembali mengatur langkah. Airis berkerut halus sebelum turut mengikuti langkah Thareq.

Kini mereka berdua beriringan berjalan memasuki taman private hospital yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga itu. Airis terleka. Suasana bertukar hening , Airis tersenyum nipis melihat pemandangan di hadapan matanya kini. Cantik. Tambahan dengan pemandangan matahari yang sudah mula terbenam.

Di sinilah..

"Nah." Tiga kuntum mawar merah , satu kuntum mawar putih dan satu kuntum bunga matahari disua pada Airis. Airis terdiam. Kaku.

Pft. Patutlah Thareq selamba badak aje dulu petik bunga dekat sini. Rupanya Dato Sri Ismail merupakan pemilik Private Hospital ini.

Terlalu leka dengan pemandangan di sini , Airis tidak sedar Thareq sudah mematikan langkah dan kini sedang merenungnya dalam.

"Aku nak bincang dengan kau fasal permintaan mummy haritu."

Gulp.

Dada Airis dihambat debar bila Thareq menyuarakan hasrat sebenarnya. Seketika mata mereka bertembung lama.

Pandangan Thareq...

Pandangan itu penuh dengan sesuatu .. sesuatu yang Airis sendiri tidak dapat tafsirkannya. Tapi... apa maksud pandangan sepasang iris coklat itu?

Thareq masih beriak kosong perlahan sebelum tangannya menyeluk poket seluar slacknya. Kotak baldu itu dikeluarkan dan dibuka sebelum Thareq hulur pada Airis. Terkejut bukan kepalang Airis dibuatnya.

Thareq tarik nafas panjang.

"Marry me?"

Lamaran luar jangkaan yang terbit dari ulas bibir Thareq membuatkan Airis terasa dunianya terhenti. Semua yang berlaku seperti mimpi. Atau dia sedang bermimpi? Mustahil!

Airis menunduk memandang kotak baldu yang dihulur Thareq sebelum wajah tampan Thareq dicari. Mencari kesahihan dari kata kata lelaki itu. Dan Airis yakin Thareq benar benar maksudkan kata katanya.

"Thareq.." Sekejap saja Thareq memintas.

"Ris. Please ... answer me. Will you marry me?" Suara berat itu membuatkan Airis sekali lagi terdiam. Airis kemam bibirnya. Serba salah.

"Kau buat semua ni sebab mummy?" Thareq tidak menjawab. Sebaliknya lelaki itu menukar topik.

"Kita kahwin. Dan aku janji aku tak akan halang hubungan kau dengan Izz atau dengan siapa siapa saja yang kau nak. Aku tak kan tuntut apa apa hak sebagai seorang suami." Thareq mula menabur janji untuk menyakinkan Airis.

Dia tidak peduli , walhal sejujurnya jauh di sudut hatinya dia mahu memiliki Airis sepenuhnya. Namun semua berkaitan hati dan perasaan kini perlu ditolak jauh  , apa yang penting tika ini adalah kebahagian dan kepuasan mummynya. Kalau itu adalah permintaan terakhir mummynya .. Thareq rela. Meskipun kehendak hati dan perasaannya perlu dipinggirkan terlebih dulu.

Airis diam. Hanya matanya memainkan peranan. Dalam mata coklat itu direnungnya.

"Aku tahu benda ni gila Ris. Aku tahu kau belum boleh terima siapa siapa selain Izz."

"Aku tahu." Thareq angguk kecil.

"Tapi tolong Ris. Angah bagitahu masa mummy tak banyak , aku buat semua ni untuk bahagiakan mummy sebelum dia pergi , Ris."

"Aku tak pernah merayu pada siapa siapa sebelum ni. Tapi kali ni aku merayu dekat kau. Tolonglah kahwin dengan aku. Aku janji , lepas dua tahun aku akan lepaskan kau." Thareq menabur janji lagi. Walhal dia sendiri perit mendengar bait bait ayat yang keluar dari bibirnya. Lepaskan Airis? Tuhan.. Mampukah dia melepaskan Airis nanti?

Dalam diam Airis kagum dan memuji kesungguhan Thareq. Jelas lelaki itu berusaha sedaya upaya merealisasikan impian ibunya. Meskipun terpaksa membabitkan masa depannya sendiri , Thareq sanggup. Dan sikap Thareq yang satu itu yang membuatkan Airis jatuh suka dan gemar dengan sikap Thareq. Lelaki itu sangat menghormati dan menyayangi ibunya , setelah apa yang berlaku di antara mereka Thareq kelihatan sangat sayangkan Datin Munirah.

Thareq dah melamar kau. Kau masih nak tunggu orang yang tak pernah melamar kau?

Suara hati Airis bersuara.

Airis hela nafas berat. Demi Datin Munirah... kenapa dia harus menolak?

Tidak lama Airis koyak senyum nipis. Mata Thareq yang menaruh harapan tinggi padanya itu dipandang dalam.

"Yes. I will." Tanpa ragu Airis menerima. Bukan kerana adanya rasa cinta pada Thareq. Tapi bila melihat kesungguhan Thareq sanggup melakukan ini semua hanya kerana untuk melihat mummynya gembira , hati Airis jadi tersentuh. Sebab itu lah dia bersetuju untuk berkahwin dengan Thareq. Tambahan bila akhir akhir ini Inspektor Rizal acap kali mendesaknya untuk mendirikan rumah tangga , itu juga menjadi foktor mengapa dia menerima lamaran Thareq.

Thareq senyum. Cincin bertakhta berlian itu ditarik keluar dari kotak baldu sebelum jari manis Airis dicapai dan cincin itu disarung lembut pada jari wanita itu.

Cantik. Sesuai dengan jari halus itu.

Senyuman pada bibirnya terlakar lebar. Bahagia. Meskipun Airis hanya merimanya hanya kerana permintaan tempoh hari mummynya. Thareq masih terasa bahagia.

"Thank you Ris. Thank you soo much."

Continue Reading

You'll Also Like

102K 3.6K 72
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
12K 1.3K 16
Nina Fini | Karya Keenam Zhayan & Inaya ~ Saat ragu bermukim di hati, akankah dia meyakini, ataupun berlalu pergi? ~ 16/11/2023 -
136K 8.3K 67
3RD ROMANCE BY _AISYWA THE WATTY AWARDS 2019 WINNER ROMANCE ⚠️ Penulisan dalam karya ini adalah versi belum sunting (edit). Raw/draft version (pls ex...
268K 8.5K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...