Rintihan Melodi Rindu

By syafasuha

256K 9.2K 545

Seteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti c... More

RINTIHAN MELODI RINDU
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62 ( END)
NOTA

BAB 39

2.6K 88 5
By syafasuha

"Assalamualaikum! Ariz sampai ni." Aku memberi salam mewakili nama anakku.

Apabila mendengar suaraku Mak dan Ryana keluar dari pintu rumah seperti berebut meluru ke arah aku.

"Ryana kau bila sampai?" Aku mengerutkan kening melihat Ryana yang tiba-tiba datang sini tanpa memberi tahunya.

"Kau saja nak lari dari aku kan kalau aku bagitau. Aku tau kau tak nak jumpa Kak Najla kan sebab tu kau larikan. Aku dah lama rindu sangat dengan kau. Dahlah kau jarang post gambar Ariz."

"Ha baguslah tu rindu aku tapi nak tengok anak aku. Mana satu kau rindu ni."

"Dua-dua kami rindu sejak dah duduk Kuantan susah sangatkan Esha nak balik bawak cucu mak datang sini na." Mak tiba-tiba mencelah.

"Bukan sengaja mak tapi keadaan tak mengizinkan. Kerja bertimbun-timbun kesian dekat Hilman tu hah. Ini pun jenuh Esha ambil masa yang sesuai nak balik kampung tau. Esha dah pesan siap-siap kat Hilman supaya email kerja jugak tau."

"Orang di bawah! Anak dara awak mengamuk nak mommy dia ni." Shakeel pula muncul di hadapan pintu sambil mendukung anak kecilnya yang bernama Raysha Safiyyah.

"Awak ni kan saya suruh jaga kejap pun tak boleh. Ini pun tak boleh langsung tengok mommy dia senang nak berkepit bawah ketiak aku 24/7 jam." Ryana bercekak pinggang sambil memandang anaknya yang usianya dalam lingkungan dua tahun sebaya dengan anakku Ariz Aqeel.

"Korang berdua sembang lama-lama kat luar panas kesian kat cucu aku muka dah merah sebab panas sangat kita berkumpul macam ni." Mak terus mengambil Ariz dari tanganku dan berlalu pergi.

"Cakap je lah rindu cucu. Dah petang mana ada panas mak cik." Ryana memerli mak aku.

"Siapa tak sayang cucu, aku lagi sayang cucu dari anak aku." Mak membalas.

"Datang dah sindrom opah-opah mak kau tu." Ryana tergelak kecil.

"Hah ni bila nak ambil anak ni, orang nak pi beli barang dapur tadi kata nak masak untuk makan malam." Shakeel hanya mengeleng kepala.

"Suruh pegang anak pun tak boleh." Ryana akhirnya mengalah lalu mengambil Raysha dari tangan Shakeel.

*****

"Ariz jangan jalan jauh tak larat ibu nak kejar ni!" Aku memanggil Ariz yang ligat berlari terkedek-kedek mengejar Raysha.

"Anak aku kalau jumpa anak kau kemain lagi eh main tak ingat mak dia kat sini." Ryana mencelah sambil bercekak pinggang memandang Raysha.

"Hai Ariz Aqeel Bin Faiq Aiman!" Tiba-tiba terdengar suara kuat yang memanggil nama penuh anakku siap nama bapaknya juga. Tak perasan bila wanita itu muncul.

"Kak Najla." Mataku tertancap pada susuk tubuh yang datang menerpa tubuh kecil anakku lalu memeluk dan mendukung Ariz. Pipi anakku dicium sepuas-puasnya sebagai tanda melepaskan rindunya. Kemudian, Kak Najla memandangku lalu mendekatiku.

"Mana Esha bawak diri. Lepas aje Esha bersalin, Kak Najla tak langsung peluang nak jumpa Ariz. Sepanjang 3 tahun dah berlalu ini baru kali yang ke-3, Akak dapat jumpa anak buah akak yang comel ni tau. Ya Allah rindunya aku dengan anak Faiq ni. Muka dia ada ikut bapaknya juga. Comel sungguh anak ni Ya Allah." Kak Najla meluahkan perasaan rindunya.

Boleh pulak Kak Najla menyebut nama Faiq depanku. Memanglah Ariz adalah anaknya juga tapi bagiku mendengar nama saja dah menyakitkan hati aku. Aku sebenarnya sudah tak sudi nak berhubungan dengan keluarga mereka lagi. Tapi apakan daya aku masih terikat dengan budi Kak Najla yang banyak membantu aku dan anakku. Kemudian lepas aku bersalin. Aku segera membawa diri ke Kuantan.

"Bukan tak sudi nak bawak jumpa Ariz dengan Kak Najla tapi Esha sibuk. Iyalah, Esha dah ada kehidupan baru," balasku dengan selamba.

"Susah nak jumpa Esha sekarang kan."

"Eh, Kak Najla masuklah dulu jumpa dengan mak." Pelawa aku kepada Kak Najla.

"Boleh jugak, Akak pinjam Ariz sekejap ya." Balas Kak Najla dan berlalu pergi masuk ke dalam rumah.

"Kalau kau tak suka keluarga diorang sekalipun janganlah layan Kak Najla macam tu. Kak Najla tak salah pun malah dia yang tolong kau tau tak." Ryana tak berpuas hati dengan apa yang lakukan sebentar tadi.

"Kau nak aku layan macam mana? Bukannya aku halau dia balik pun."

"Kau marahkan Kak Najla ke?"

"Aku tak marahkan Kak Najla, sikit pun tak cuma bila Kak Najla sebut nama Faiq tadi aku rasa macam entahlah tak suka."

"Faiq still ayah kepada Ariz Aqeel. Andai kata dia tak mengaku Ariz Aqeel adalah anak dia sekalipun Ariz Aqeel tetap berbinkan nama Faiq Aiman." Ulas Ryana panjang lebar.

"Mommy... mommy...." Raysha menarik-narik kain Ryana sambil merengek memanggil mamanya. Ryana segera mengangkat dan mendukung anak sulungnya.

"Sekarang ni aku nak tanya kau Aimara Qalesha. Kau nak tau tak apa khabar bekas suami kau Faiq?" Ryana masih mahu bercakap topik tentang Faiq.

"Aku tak nak ambil tau pasal hal dia okey? Aku tau sekarang dia pun dah bahagia dengan perempuan yang dia sayang dulu apa nama Ratna? Rat si tikus, Ranting something like that kan? Dahlah malas nak ambil tau pasal hal dia. Baik aku layan Kak Najla nanti ada orang salah faham lagi tentang aku dengan Kak Najla." Aku berlalu pergi meninggalkan Ryana yang masih tak puas hati dengan aku.

Continue Reading

You'll Also Like

21.2K 690 49
"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...T...
15.8K 5.4K 57
~ Your happiness is my happiness, Bunga.~ Cinta, Naz Hans percayakan cinta. Namun dia tahu, mencintai juga tidak semestinya harus memiliki. Bagi dia...
248K 9.3K 45
Apakah yang akan berlaku apabila kromosom XY, DNA campuran Greeks dan Melayu berjumpa dengan kromosom XX berDNA Melayu tulen. Pasti akan ada pertembu...
39.6K 759 103
[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh...