✓ ENRIQUE DANNIKA

Bởi Blqs_Rose

4M 237K 22.3K

# 4th UNDER HE SERIES: •Enrique Dannika 💋 ~Under His Deadly Revenge~ Perempuan lemah? Perempuan lembik? Pere... Xem Thêm

💋 Hero & Heroin
💋 •BAB 1•
💋 •BAB 2•
💋 •BAB 3•
💋 •BAB 4•
💋 •BAB 5•
💋 •BAB 6•
💋 •BAB 7•
💋 •BAB 8•
💋 •BAB 9•
💋 •BAB 10•
💋 •BAB 11•
💋 •BAB 12•
💋 •BAB 13•
💋 •BAB 14•
💋 •BAB 15•
💋 •BAB 16•
💋 •BAB 17•
💋 •BAB 18•
💋 •BAB 19•
💋 •BAB 20•
💋 •BAB 21•
💋 •BAB 22•
💋 •BAB 23•
💋 •BAB 24•
💋 •BAB 25•
💋 •BAB 26•
💋 •BAB 27•
💋 •BAB 28•
💋 •BAB 29•
💋 •BAB 30•
💋 •BAB 31•
💋 •BAB 32•
💋 •BAB 33•
💋 •BAB 34•
💋 •BAB 35•
💋 •BAB 36•
💋 •BAB 37•
💋 •BAB 38•
💋 •BAB 39•
💋 •BAB 40•
💋 •BAB 41•
💋 •BAB 42•
💋 •BAB 43•
💋 •BAB 44•
💋 •BAB 45•
💋 •BAB 46•
💋 •BAB 47•
💋 •BAB 48•
💋 •BAB 49•
💋 •BAB 50•
💋 •BAB 51•
💋 •BAB 52•
💋 •BAB 53•
💋 •BAB 54•
💋 •BAB 55•
💋 •BAB 56•
💋 •BAB 58•
💋 •BAB 59•
💋 •BAB 60•
💋 •BAB 61•
💋 •BAB 62•
💋 •BAB 63•
💋 •BAB 64•
💋 •BAB 65•
💋 •BAB 66•
💋 •BAB 67•
💋 •BAB 68•
💋 •BAB 69•
💋 •BAB 70•
💋 •EPILOG•

💋 •BAB 57•

65.5K 3.4K 161
Bởi Blqs_Rose

ENRIQUE DANNIKA yang sedang khusyuk melakukan kerjanya angkat kepala apabila pintunya berkeriut perlahan. Tanda ada orang buka dari luar.

Sebelah keningnya ternaik saat terpandangkan kepala seseorang perlahan-lahan terjengul dari sebalik daun pintu.

"Kau nak apa Rose?"

Ammara Rose tersengih mendengarnya.

"Awak busy tak?" Tanya Ammara Rose.

Enrique Dannika diam seketika. Wajah bercahaya Ammara Rose dipandang lama.

Entah apa dalam fikiran dia agaknya.

"Not really. Why?" Tanya Enrique sebelum dia sambung dengan kerjanya.

Ammara Rose terus menyelusup masuk ke dalam bilik kerja lelaki itu dan melabuhkan punggung di atas kerusi empuk di hadapan Enrique.

Enrique angkat bahu dan membiarkan sahaja Ammara Rose duduk diam di situ. Hanya mata kelabunya yang bergerak mengikut gerakan mata pen Enrique.

Diam.

"Abang..."

Tangan Enrique yang tadi lincah menari di atas kertas kerja terus terhenti mendengar suara lunak itu meleret memanggilnya. Mata ambernya memandang dalam wajah Ammara Rose.

Okey?

"Nak apa?"

"Kalau Rose kacau abang tak apa kan?" Ammara Rose senyum senget. Nakal.

Bibir Enrique menyenget sama. Sinis.

"Kalau kau nak mati. Dipersilakan sayang."

Ammara Rose terus mencebik mendengarnya.

Cis!

Ahh tak kira. Nak kacau juga!

Ammara Rose terus tarik kerusi empuk yang didudukinya mendekati Enrique di sana. Enrique buat tak endah. Biarkan sahaja Ammara Rose berpindah di sebelahnya.

Well,

Aku lagi suka.

Ammara Rose menongkat kepala dengan sebelah tangannya. Mata bundarnya asyik mengekor gerakan tangan Enrique yang sedang menulis itu.

Dia terpandangkan satu sticky note di sebelah Enrique nun di sana. Automatik tangannya melepasi Enrique. Cuba mencapai sticky note itu. Tapi tak sampai.

Enrique pasrah sahaja memandang isteri yang menghalang pandangannya itu.

"Abang tolong dekatkan sikit sticky note tu." Pinta Ammara Rose.

Enrique menjeling benda yang ditunjukkan oleh Ammara Rose. Namun ada sesuatu bermain di fikirannya. Jahat!

Enrique mencapai sticky note itu tetapi terus diletakkan jauh di hujung meja.

Ammara Rose buat muka pasrah sahaja. Itu bukan tolong dekatkan. Makin jauh adalah.

Grrr!

Ammara Rose mendengus perlahan dan bangun dari duduknya. Dia sengaja melepasi tubuh Enrique dan mencapai sticky note tadi.

Yeah dapat pun.

Ammara Rose kembali duduk dengan senyuman puas di bibirnya. Tiba-tiba rasa diperhatikan. Automatik kepala menoleh ke arah Enrique.

Benar. Mata lelaki itu tepat memandang ke arahnya.

"Abang pandang apa?" Ammara Rose menjeling pelik lelaki itu atas bawah. Seram juga sebenarnya kena tenung dengan Enrique. Nasib baik suami sendiri.

"Pandang rezeki." Balas Enrique selamba sebelum kembali menyambung kerjanya semula.

Berkerut dahi Ammara Rose. Dia cakap apa tadi? Tak dengar pula.

Abaikanlah.

Mata Ammara Rose meliar memandang atas meja Enrique. Mencari pensil atau pen. Tak ada.

Perlahan-lahan mata menjeling tangan Enrique yang sedang menulis itu.

Yup jumpa pun. Pen.

Tangannya terus mencapai tangan Enrique dan ditarik ke arahnya.

Enrique pasrah dibuatnya. Nak apa lah budak ni.

"Pegang betul-betul." Ammara Rose membetulkan tangan Enrique. Tangannya diletak di atas tangan lelaki itu dan mula menggerakkan tangan Enrique di atas sticky note tadi.

Enrique senyum nipis. Sebelah lagi tangannya diletak di backrest kerusi yang diduduki Ammara Rose dan menongkat kepala. Mata hanya melihat sahaja apa yang Ammara Rose cuba lakukan.

Diam. Khusyuk Ammara Rose menulis sesuatu di atas sticky note itu.

"Siap." Ammara Rose mengangkat sticky note itu dan di lihat lama.

Berkerut dahi Enrique melihat tulisan berangkai yang agak cacat itu.

Rose-Nika.

Namun bibirnya tersenyum nipis. Masih hangat terasa tangan lembut Ammara Rose di atas tangannya. Hangat. Lembut.

"Nah. Surat cinta Rose untuk abang." Ammara Rose menanggalkan sekeping sticky note tadi dan dihulur ke arah Enrique.

Enrique senyum lucu mendengarnya.

"Surat cinta apa macam ni?" Namun tangan merampas jua kertas itu. Tanpa kata lagi, dia membuka laci di sebelahnya dan 'surat cinta' tadi dilekatkan di dalam laci itu. Kemudian satu pen yang berada di dalam laci dicapai sama.

"Ambil ni. Dah main jauh-jauh sana. Jangan kacau abang." Selamba sahaja Enrique meletakkan pen itu di atas tangan Ammara Rose sebelum dia menolak sedikit bahu isterinya.

Ammara Rose julingkan mata. Betul-betul menghalau ni. Tak sweet betul. Aku try hard nak sweet-sweet dengan dia, dia boleh halau pula.

Heck.

Tapi nasib baik dia simpan surat cinta tadi. Okey.

Tak jadi nak marah.

Ammara Rose menjeling Enrique yang kembali dengan kerjanya. Namun tangan kembali menulis di atas sticky note tadi.

Rose-Nika.

Yeah. Nota itu ditanggalkan dan dilekatkan di tangan Enrique.

Enrique hanya menjeling sedikit nota itu sebelum kembali hadap fail kerjanya. Wajahnya kosong tanpa reaksi.

Ammara Rose gigit bibir bawah.

Sampai hati. Tak nak layan aku ya.

Baiklah!

Ammara Rose tulis lagi surat cinta yang sama. Lagi. Lagi dan lagi.

Enrique senyum nipis sebelum menggeleng kepala. Layankan sahaja perangai Ammara Rose.

Suka hati kaulah sayang.






ENRIQUE menggerakkan sedikit leher yang terasa tegang sebab asyik duduk sahaja dari tadi. Nasib baik kerjanya tinggal sedikit sahaja lagi.

Bunyi dengkuran halus dari Ammara Rose membuatkan fokusnya terkalih ke arah isterinya yang sudah terlentok kepalanya di atas meja. Tidur. Comel sahaja wajah Ammara Rose ketika tidur. Macam bayi. Polos sahaja wajahnya.

Enrique tersenyum melihat Ammara Rose.

Cantik.

Tangannya naik mengelus lembut rambut cantik Ammara Rose. Turun ke pipi mulus itu. Dan turun lagi ke bibir cantik isterinya.

Seketika kemudian dia menggeleng kepala dan ketawa kecil melihat sticky note yang bersepah ditampal di atas meja. Hampir penuh sticky note itu di atas mejanya.

Tangannya mengutip kertas-kertas itu dan disatukan semula. Boleh tahan tebal juga sticky note aku yang budak ni habiskan.

Enrique menggeleng kepala. Alahai sayang. Kau ni memang pakar dalam membazirkan barang aku. Nasib isteri...

Sticky notes tadi disimpan di dalam lacinya. Pen di atas meja dicapai semula. Sambung kerja lagi sedikit.

Fokus Enrique.

Fokus!

Baru sahaja dia hendak menulis, tiba-tiba Ammara Rose tersentak dari tidurnya. Bagai terkejut. Ammara Rose terus memandang sekelilingnya bagai tercari-cari akan sesuatu. Mamai.

"Mama." Perlahan sahaja suara serak itu.

"Rose?" Enrique pantas menarik lengan Ammara Rose ke arahnya. Cuba membawa Ammara Rose yang masih mamai ke alam sedar.

Ammara Rose kembali tenang sedikit. Keluhan berat terlepas dari bibirnya. Namun dia kembali letak kepala atas meja. Masih mengantuk.

Enrique diam melihat tingkah Ammara Rose. Dia perasan akan sesuatu. Kadangkala, Ammara Rose akan tersedar dari lena seperti ini. Bagai tersentak dan terkejut. Sudah agak lama Ammara Rose tidak seperti ini.

Mama...

Mungkin Ammara Rose bermimpi tentang wanita itu. Mimpi yang buruk semestinya.

"Rose, come." Ujar Enrique perlahan. Tangannya menarik lengan Ammara Rose ke arahnya.

Ammara Rose yang masih mengantuk terus bangun. Akur akan arahan Enrique.

Enrique bergerak ke belakang sedikit. Tangannya diletak di belakang pelipat lutut dan belakang badan Ammara Rose sebelum tubuh isterinya dicempung dan dibawa ke atas pehanya.

"Shh..." Enrique menarik lembut kepala Ammara Rose agar melentok di bahunya.

Ammara Rose kembali memejam mata. Kehangatan yang selesa dan nyaman. Tenang sahaja rasa.

Enrique bersandar di kerusi empuknya. Tangannya menepuk lembut belakang tubuh Ammara Rose. Mendodoi Ammara Rose agar kembali lena.

Lama dia seperti itu. Kerjanya juga diabaikan dahulu. Membiarkan Ammara Rose lena di pangkuannya.

Lama.

Lama.

Setelah hampir tiga puluh minit berlalu, Enrique memutuskan mahu membawa Ammara Rose terus ke bilik. Kasihan pula melihat Ammara Rose. Pasti tak selesa seperti ini.

Fail di atas meja ditutup. Tanpa berlengah, tubuh Ammara Rose dicempung dan langkah terus diatur ke bilik utama.

Perlahan-lahan, Ammara Rose dibaringkan di atas katilnya. Kepala Ammara Rose diangkat sedikit. Mahu membetulkan kedudukan bantal sebelum duvet lembut itu ditarik menutup tubuh Ammara Rose sehingga paras leher. Siang tadi hujan sahaja seharian. Jadi malam ni memang agak sejuk sedikit.

Enrique melabuhkan punggung di birai katil. Mata merenung lama wajah lena Ammara Rose.

Enrique tersenyum nipis. Suka dia melihat wajah tenang Ammara Rose. Sangat menenangkan hati.

Bukkk!!!

Bunyi sesuatu menghentam kuat sliding door membuatkan Enrique terdiam sesaat. Wajahnya tegang. Automatik dia terus bangun dari birai katil dan menyelak kasar langsir yang menutup sliding door.

Enrique mengetap rahang melihat kesan retak di cermin sliding door itu. Sliding door itu dibuka dan dia terus melangkah ke balkoni.

Mata tertancap ke arah batu yang bersaiz sederhana besar di atas lantai. Perlahan-lahan dia mengutip batu itu.

Tiada apa-apa dari batu itu. Tapi dia tahu bahawa batu ini bagai memberinya satu amaran.

Amaran.

Mata Enrique tajam memandang kawasan hutan di sebelah rumahnya. Gelap gelita dan dia tak dapat hendak melihat apa-apa pun dari hutan kecil itu. Tetapi dia tahu. Ada seseorang berdiri di situ. Dan terus memerhati.

Enrique diam. Namun bibirnya menarik senyum sinis. Bagai memprovok. Hanya seketika sebelum wajahnya kembali dingin.

Amaran?

Huh.

Just who the hell are you?




ENRIQUE melangkah keluar dari keretanya. Butang sut yang tersarung kemas di tubuh tegapnya dipasang. Matanya tajam memandang sekeliling. Tiada apa-apa yang mencurigakan.

Tapi dia tahu dia perlu peka.

"Darrius."

"Ya Tuan Muda." Darrius berdiri tegak saat namanya diseru Enrique.

"Eyes and ears open. If anything happens, report it to me immediately." Enrique Dannika tenang memberi arahan.

"Baik Tuan." Darrius menundukkan sedikit kepala. Patuh.

Enrique terus melangkah menuju ke syarikatnya. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, dua orang pengawal yang kemas berbaju sut hitam terus membongkokkan tubuh. Menyapa majikan mereka.

Enrique menjatuhkan kepala sedikit dan meneruskan langkah melepasi lobi utama.

"Hello brother!"

Langkah Enrique terhenti. Perlahan-lahan dia pusingkan tubuh. Memandang punca suara itu.

Seorang perempuan dengan dress ketat paras betis melangkah mendekatinya.

Enrique terus memeluk tubuh melihat susuk tubuh itu semakin mendekat.

Renata Ivanov.

"What do you want, Lady Renata?" Suara Enrique agak dingin. Dan sinis. Langsung tiada ramahnya.

Perempuan itu ketawa kecil.

"That's not how you greet your cousin, Enrique." Ujar perempuan itu.

Enrique Dannika julingkan mata dan terus menyambung langkahnya. Meninggalkan perempuan itu sendiri. Malas nak layan sebenarnya.

"Haish this little shit! Look at how rude you are."

Dari jauh, di dapat dengar suara perempuan itu membebel perlahan.

Huh!

Menyibuk je.









Emm. Maaf ya dah lama sudah tiada update. Ni dah update dah ni. Jangan winduu lagi~

Ehek!

Selamat membaca 🌹











Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

2.2M 136K 79
Rewrite "It's my turn to get even." Luthfia Xandra S...
68.4K 9.6K 19
#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama y...
5.7M 340K 74
(Under Maintenance) # 3th UNDER HE SERIES: •Raja Daiyan Ghazi 🃏 ~Under His Charms~ RAISSA NURRANA akur dengan jalan takdir hidupnya. Tipikal cindere...
4.7M 187K 70
[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan German yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang berada. Memiliki rupa paras yang cantik...