Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

Von syza_ra

1.4M 61.8K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... Mehr

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 12

25.8K 1.1K 36
Von syza_ra

"JADI macam tu la ceritanya?" Syafiqah yang lebih teruja daripadanya

"ya dan aku tak sangka dapat jumpa dia lagi, rasa macam mimpi" dia masih terkejut dengan pertemuan tengah hari tadi

"untung kau kan dekat hospital dapat jumpa Luth dekat rumah abang Hanif pun muka dia ada, sayangnya aku tak ikut sekali kalau tak dapat jumpa captain Arshad" Syafiqah mula menggedik

"kau kalau suka captain Arshad tu cakap je la" kata tak suka tapi bila dia cerita pasal Arshad tadi bukan main beria

"kan aku dah kata yang aku suka tengok muka dia je, tak nak la aku kahwin dengan askar" dia bukan anti dengan askar tapi sudah banyak dia dengar kes askar yang sudah mendirikan rumah tangga ada perempuan lain.

Kejadian ini pernah terjadi pada makciknya yang merupakan seorang guru dan dia berkahwin dengan askar.

Masuk usia perkahwinan mereka yang ke lima tup tup pakciknya itu berlaku curang dengan perempuan lain, dah la perempuan itu tak bekerja.

Berkenalan dengan pakciknya pun sekadar mahu menumpang senang, akhirnya makcik dan suaminya bercerai dengan alasan tak rela di madukan

Pasangan itu di kurniakan seorang anak lelaki yang sekarang sudah berumur 21 tahun

"aku tahu apa yang kau fikirkan" suara Aaira menyentak lamunanya

"tapi tak semua macam bekas pakcik kau la Iqa, aku yakin yang curang semua tu atas kehendak mereka sendiri. Jangan la kau salahkan pekerjaan mereka pula. Mulia tahu pekerjaan askar ni, mereka la yang menjaga keamanan negara" dia tahu tentang kisah makcik dan bekas pakcik Syafiqah tapi dia kurang bersetuju bila sahabatnya mula memandang mereka sama seperti bekas pakciknya

"aku tahu tapi aku agak berjaga jaga, tak mahu pisang berbuah dua kali" ujar Syafiqah

"sudah la tu Aaira, aku nak pergi makan ni perut aku dah berbunyi" dia tak tipu memang dari tadi perutnya sudah berbunyi tapi bila dia dengar cerita Aaira terus hilang rasa lapar.

Ini tiba tiba datang balik

"pergi la makan, aku pun nak solat maghrib ni" selepas menamatkan panggilan Aaira terus ke bilik air untuk mengambil wuduk














BUKAN main bersemangat Aaira pagi ini keluar berjogging bersama abang Hanif kalau di rumah sendiri dia lebih memanfaatkan masa tidurnya daripada berjogging.

Aaira lihat ramai juga askar yang turut sama melakukan larian, dia pula naik segan bila lalu di sebelah mereka tentu mereka akan pandang tapi bukan pandang dia tapi pandang abang saudaranya. Mereka akan menundukan sedikit kepala tanda hormat.

Dapat Aaira lihat dari jauh ada sekumpulan tentera berbaris membuat kawad kaki tapi dia tak perasan yang menjadi ketua platun bagi kawad kaki itu merupakan Luth.

Luth nampak Aaira, dia hanya memerhati sehingga tubuh kecil itu hilang di sebalik pokok yang membataskan pandangannya.

Dia sambung memberi arahan kepada pelatih pelatih baru untuk meneruskan kawad kaki.

Dalam 3 round mereka berjogging, abang Hanif mengajak Aaira bersarapan.

Mereka terus mengambil tempat duduk

"tak apa ke kita sarapan berdua je ni abang. Kak Afiya macam mana?" risau kalau kalau kak Afiya dah masak sarapan

"pagi tadi sebelum keluar jogging abang dah pesan dekat kak Afiya tak payah buat sarapan, nanti abang bungkuskan untuk dia" ujar Hanif

"so recommend dekat Aaira, dekat sini apa yang sedap" dia lihat ramai juga orang bersarapan datang bersarapan

"makanan dekat sini semua sedap lagi lagi nasi lemak dia" Hanif menaikkan ibu jari

"kalau macam tu Aaira nak nasi lemak la dengan teh tarik" katanya

"kalau macam tu sekejap abang pergi order" Hanif bangun dan membuat pesanan.

Tak sampai 3 minit Hanif kembali semula

"Aaira" panggil Hanif

"ya bang" sahutnya

"Aaira tak ada boyfriend ke sekarang?" Aaira sengih seraya menggeleng

"belum jumpa yang sesuai bang"

"alaa Aaira tu je yang jual mahal padahal ada je yang nak" kening Aaira naik sebelah

"mana abang tahu" Hanif senyum sambil memegang belakang tengkuk

"abang teka je, yela adik abang ni cantik, bekerjaya pula tu. Takkan tak ada yang nak" dia ingat abang saudaranya nak cakap yang ada salah seorang kawan abangnya yang berkenan untuk jadikan dia sebagai isteri.

Mana tahu abangnya sebut nama Luth kan HAHAHAH...

"soal jodoh tu nanti la dulu abang, Aaira nak enjoy dulu zaman bujang sebelum jadi isteri orang" saja dia bagi jawapan macam tu padahal dia sudah berkenan dengan salah seorang tentera di sini, siapa lagi kalau bukan captain Luth kesayangannya

"jangan lama lama risau Aarif dengan abang bila tengok Aaira tak kahwin lagi" lahh kenapa pula nak risaukan dia

"apa la abang ni, InshaAllah ada jodoh Aaira dekar luar sana" maksud dia dekat dalam kem tu














"LEGANYA dah sampai rumah" tubuhnya di rebahkan di atas sofa

"dah balik Aaira" dengar sahaja suara datin Haisya, pantas Aaira bangun

"haah ma" dia mencium tangan mamanya

"macam mana kak Afiyah dengan abang Hanif kamu, mereka sihat?"

"sihat alhamdullilah, diaorang kirim salam dekat mama. Katanya rindu nak jumpa mama" Aaira sampaikan apa yang Hanif dan Afiya cakap tadi sebelum dia balik

"waalaikumsalam, mama pun rindu dengan mereka berdua" Aaira senyum

"abang Hanif kata nanti kalau dia cuti, dia bawa kak Afiya balik sini" muka datin Haisya teruja

"yeke, diaorang ada bagitahu bila nak balik sini?" Aaira geleng, dia sendiri tak tahu. Dia tahu tugas sebagai seorang tentera tidak mudah.

Jarang dapat bercuti lama

"eyyy adik kesayangan abang dah balik" Aarif berlari memeluk tubuh adiknya

"Ish lepas la, dah buang tabiat apa peluk peluk Aaira" dia menolak tubuh abangnya

"tengok la ni ma, nak peluk adik sendiri pun kena marah" Aarif mengadu sambil memeluk datin Haisya

"gedik la abang ni, pergi sana la cari isteri. Sibuk je" dia turut memeluk tubuh puan Haisya

"kau ni sibuk la, abang nak peluk mama sorang" dia menolak kepala Aaira.

Mula la mereka bergaduh manja.

Sekali datin Haisya menarik telinga kedua dua anaknya

"aduh sakit ma" mereka mengadu kesakitan

"tahu pun sakit, nak gaduh lagi tak?" laju mereka menggeleng

"sekarang jom kita makan, mama dah lapar" kedua belah tangannya masih menarik telinga Aaira dan Aarif, dia heret mereka berdua ke dapur










SELEPAS beberapa hari mengambil cuti, hari ini Aaira kembali bertugas di hospital.

Dia lihat dari jauh Syafiqah sedang duduk berdekatan dengan mesin thumb print.

Aaira mengambil kehadiran dahulu di mesin tersebut barulah dia mendekati Syafiqah

"oi! Makcik makan gaji buta ke" hampir sahaja Syafiqah melompat

"waalaikumsalam, cakap tu pandang pandang la sikit" Aaira ketawa kecil

"aku ni tunggu kau la makcik, amacam best tak jumpa captain Luth?" Syafiqah menaik naikkan kening

"erm boleh la" Aaira menggoyangkan tangan kanannya

"poyo betul la muka kau, suka tu cakap je la. Tak sangka hari terkahir mak dia keluar hospital tapi dia tak ada tup tup kau jumpa dia dekat rumah abang saudara kau, jodoh korang berdua kuat la" sempat Syafiqah mengusik

"kebetulan yang tak di sengajakan tapi kalau dah jodoh aku on je" Syafiqah dah agak, Aaira ni mula mula je acah tak suka depannya

"hoi! Korang berdua ni tak ada kerja ke ha duduk berborak dekat sini" Darren datang menegur.

"oi aku nak kahwin" Syafiqah melatah kerana jerkahan Darren lebih keras dari Aaira tadi.

Mereka berdua bantai gelak dengan latah Syafiqah

"kau nak kahwin macam mana, boyfriend pun tak ada" ejek Darren

"aku ni melatah je, bukannya nak kahwin betul betul" hampir saja dia sekeh kepala Darren tapi dia hanya mampu menjeling lelaki itu

"dah tak payah nak jeling sangat, jom kita pergi loker" sebelum perang meletus antara mamat mata sepet dan minah mulut murai ni lebih baik Aaira leraikan














"MACAM mana keadaan pakcik harini? Makin baik?" soal Aaira ramah kepada salah seorang pesakit bawah jagaannya

"Alhamdullilah makin baik, kaki saya yang selalu kebas kebas pun dah makin kurang" balas pakcik itu sambil memicit kakinya

"ya, sekejap ya" Aaira mencatat sesuatu dalam fail rekod pesakit milik pakcik itu

"okay kalau macam tu, esok kalau keadaan pakcik semakin baik kita akan bagi pakcik balik la, ikut apa yang doktor pesan sepanjang saya cuti haritu. Okay" Aaira tersenyum

"baiklah, terima kasih doktor" ucap pakcik itu, gembira wajahnya bila Aaira beritahu yang esok sudah boleh pulang

"sama sama, jaga kesihatan ya pakcik. Jaga pemakanan jangan ikut sangat nafsu makan tu" sempat Aaira mengusik pakcik itu yang masuk ke sini akibat gula dan darah tingginya naik

"hahahaha....baik la doktor, InshaAllah pakcik kawal pemakanan"

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

48.9K 3.8K 27
[๐Ž๐ ๐†๐Ž๐ˆ๐๐†] "๐ˆ'๐ฆ ๐ฉ๐จ๐ฅ๐ข๐œ๐ž, ๐ง๐จ๐ญ ๐ฒ๐จ๐ฎ๐ซ ๐›๐จ๐๐ฒ๐ ๐ฎ๐š๐ซ๐, ๐“๐จ๐ฎ๐ซ๐ง๐ž๐ฌ๐จ๐ฅ, ๐ˆ'๐ฆ ๐ฃ๐ฎ๐ฌ๐ญ ๐œ๐š๐ซ๐ซ๐ฒ๐ข๐ง๐  ๐จ๐ฎ๐ญ ๐š ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ญ"...
1M 68.3K 35
๐‘จ๐’…๐’‚๐’Ž ๐‘ซ๐’“๐’š๐’‚๐’ ~ ๐‘จ๐’š๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚ " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya...
152K 13.5K 59
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
814K 42.3K 67
Status: complete Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. ...