Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.4M 61.8K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 9

25.7K 1.3K 156
By syza_ra

AAIRA yang bersandar pada loker tadi cepat cepat tersedar dia sekarang berada di hospital tidak sepatutnya dia terbawa bawa perasaan sedih di sini.

Kemudian Aaira membuka pintu loker dan mengambil kot doktor kembali, dia menyarungkan ke badan tak lupa juga sapu tangan milik Luth Haiyyan itu dimasukkan ke dalam poket.

Dia berjalan keluar dari bilik loker untuk menyambung tugasnya semula












SELEPAS memeriksa pesakit di wad, Aaira menerima panggilan telefon dari nurse daripada bilik pembedahan yang mengatakan bahawa puan Haliza sudah sedar dan minta Aaira untuk memeriksa keadaan ibu kepada Luth Haiyyan itu.

Aaira masuk ke dalam lif dan menekan butang ke tingkat dimana aras bagi bilik pembedahan.

Sampai sahaja di sana terus dia masuk ke dalam bilik pembedahan kerana tiada seorang pun ahli keluarga yang menunggu di luar

'mungkin pergi minum di cafe' Aaira beranggapan sendiri.

Katil puan Haliza di tuju, dia lihat wanita itu sudah mencelikkan mata.

Senyum di hadiahkan pada wanita yang sebaya mamanya dan wanita itu membalas senyumannya ikhlas

"macam mana keadaan puan sekarang, okay?" tanya Aaira lembut

"saya okay cuma tula sakit sikit dekat bahagian perut ni" adu puan Haliza

"ouhh... itu perkara biasa lepas je habis ubat bius memang akan rasa sakit sikit" terang Aaira

"selain daripada tu puan ada rasa sakit dekat mana mana bahagian lagi tak? sambungnya lagi

"tak ada doktor" jawab puan Haliza singkat

"alhamdulillah kalau tak ada apa apa nanti kami akan pindahkan puan ke wad biasa, puan akan duduk di sini dalam 1 ke 2 hari lepastu kalau luka daripada pembedahan dah okay puan boleh balik" terang Aaira

"baiklah doktor, terima kasih" puan Haliza mengucapkan terima kasih kepada doktor muda itu

"sama sama" selepas Aaira menjawab, dia terus keluar dari bilik tersebut untuk memaklumkan kepada ahli keluarga tentang pemindahan puan Haliza ke wad biasa.

Dia lihat Luth Haiyyan sedang duduk di sebuah kerusi dan memegang telefon bimbit terus dia mendekati lelaki itu

"encik" panggilnya

Luth Haiyyan angkat kepala dan memandang wanita yang sedang berdiri di hadapnnya

"ya doktor macam mana dengan ibu saya?" tanya Luth Haiyyan terus dia bangun dari duduknya

"alhamdulillah ibu encik dah sedar, dia tak ada alami apa apa masalah jadi kami akan pindahkan ibu encik ke wad biasa" terang Aaira

"alhamdulillah jadi saya dah boleh melawat ibu saya ke doktor?" soal Luth

"boleh" ringkas jawapan Aaira.

Namun sebelum lelaki itu masuk ke dalam Aaira sempat memanggil "Luth Haiyyan!" lelaki itu berhenti tapi tak menoleh

"awak dah tak ingat saya ke? kita sama sama dekat Thailand dua bulan lepas"Aaira mendekati Luth Haiyyan dan melihat wajah tersebut.

Lelaki itu hanya diam tapi dalam hati hanya allah sahaja yang tahu perasaanya sekarang ini.

Dia sampai tertanya tanya macam mana doktor ini boleh cam wajahnya dan macam mana wanita ini tahu nama penuhnya

"doktor salah orang ni" dia cuba menidakkan walhal dia sendiri tidak tahu apa alasannya menidakkan perkara ini.

"jangan tipu saya, saya kenal mata awak walaupun saya tak cam wajah awak" yakin Aaira

"saya rasa doktor ni betul betul dah salah orang" Luth cepat cepat beredar dari situ dan masuk ke dalam bilik pembedahan untuk melihat keadaan ibunya.

Aaira hanya memandang pemergian Luth yang menghilang disebalik pintu bilik pembedahan,

dia mengeluh perlahan

'kenapa dia nafikan sedangkan aku nampak muka dia terkejut tadi bila aku tanya dia pasal kejadian 2 bulan lepas' Aaira berteka teki.

Lalu dia kembali semula ke wad perempuan untuk memeriksa pesakit yang lain













SETELAH sekian lama tidak menjejakkan kaki di wad vip akhirnya Aaira kembali semula ke wad mewah ini untuk memeriksa keadaan puan Haliza yang ditempatkan di sini atas permintaan ahli keluarganya.

Nampak sahaja pintu bilik bernombor 32 terus Aaira memasuki bilik tersebut, dia lihat ramai yang datang melawat puan Haliza,

'mungkin semua ini terdiri daripada ahli keluarga' agak Aaira.

Dia tersenyum sebaik sahaja semua mata sedang terarah padanya, lalu kakinya mendekati katil pesakit untuk memeriksa puan Haliza

"harini puan dah makan?" tanya Aaira

"dah doktor" jawabnya

"makan makanan hospital atau makanan luar?" Aaira risau juga jika puan Haliza makan bekalan yang dibawa oleh ahli keluarganya.

"ya doktor saya makan makanan yang disediakan oleh pihak hospital" Aaira tersenyum mendengar jawapan itu

"bagus lah saya risau kalau puan makan makanan luar takut ada alergik nanti lagi susah" luah Aaira

"tak doktor jangan risau saya sendiri takut kalau kesihatan saya terjejas jadi saya sanggup tahan makan makanan hospital" kata puan Haliza.

dia dan Aaira tersenyum, Aaira faham makanan hospital bukannya sedap semua kena sukat.

"bila adik saya ni boleh keluar doktor" tanya salah seorang lelaki yang agak berusia

"dalam sehari dua lagi kalau tak ada apa apa puan Haliza di benarkan balik" jawab Aaira

"baikla doktor, terima kasih" kata lelaki itu lalu dia tersenyum ramah.

Aaira membalas senyuman itu.

Matanya beralih ke arah Luth Haiyyan yang juga sedang memandang ke arahnya tapi bila Aaira pandang dia, cepat cepat dia larikan mata pandang tempat lain

'takkan malu pula bila aku pandang, kata tak kenal' bisik hati Aaira.

Sedang dia leka tenung anak teruna orang sampai telefon sendiri berbunyi pun dia hampir melompat tapi nasib baik perbuatan itu berjaya di kawal.

Telefon tersebut di tarik keluar, rupa rupanya panggilan daripada nurse Nana.

Katanya ada kecemasan di bilik pembedahan dan minta dia segera ke sana.

Terus dia meminta diri pada ahli keluarga Luth Haiyyan dan berlari keluar menuju ke arah tangga.

Dia langkah sampai 2 anak tangga sebab nak sampai cepat.











SELESAI sahaja pembedahan pada seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Aaira terus manuju ke loker dan mengambil beg tangan untuk pulang.

Harini memang merupakan hari yang sangat sibuk bagi doktor Aaira Nasrin.

Lunch pun agak lewat tadi dan ini kali pertama dia tidak makan bersama Syafiqah.

Wanita itu ada call tapi dia hanya mampu balas whatsaap sahaja kerana
terlampau busy sampai nak angkat telefon sekejap pun dah ada orang panggil "doktor" lepastu "doktor Aaira we need you now".

Kadang kadang stress juga kerana terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga dan masa untuk diri sendiri tapi inilah kerjaya yang dia minati sejak dari sekolah menengah dan cita citanya untuk menjadi seorang doktor akhirnya tercapai.

Selepas dia menyandang handbag di bahu sebelah kanan terus dia keluar dari bilik loker untuk menuju ke lif.

Rasa macam nak menangis kerana sekali lagi telefonnya berbunyi dan panggilan daripada nurse Ain yang minta dia cepat cepat ke wad vip kerana luka pada bahagian perut puan Haliza terbuka.

Aaira berlari lagi ke arah tangga tapi kalini turun 4 tingkat untuk sampai ke wad vip.

Nasib baik turun kalau tak memang lenguh kakinya esok.

Sampai sahaja di dalam bilik puan Haliza terus dia menyuruh nurse Ain yang berada di dalam bilik itu untuk menyediakan perlatan untuk membalut semula luka puan Haliza.

Dia juga meminta agar ahli keluarga yang berada di dalam bilik itu untuk keluar sebentar.

Baru tersedar yang dia sedang menyandang handbag chanel miliknya, terus Aaira meletakkan beg tersebut di sofa yang berada di dalam wad vip ini.

"sabar ya puan kita tunggu peralatan sampai sekejap lagi" Aaira menenagkan puan Haliza yang kelihatan menahan sakit.

Tanpa mempedulikan tangan atau bajunya yang bakal kotor terkena darah terus dia menahan darah yang keluar dari perut puan Haliza itu dengan tangannya sendiri tanpa memakai sarung tangan getah.

Puan Haliza yang menahan sakit itu agak terkejut dengan tindakan Aaira 

"tunggu sekejap ya puan sekejap lagi nurse bawakan bandage kita balut semula luka puan" Aaira mengengam tangan puan Haliza dengan tanggannya yang sebelah lagi.

Bunyi pintu ditolak membuatkan Aaira menoleh, akhirnya sampai juga nurse Ain dengan barang barang yang diperlukan.

Tanpa bertangguh terus Aaira mencuci luka tersebut dengan menggunakan tangan yang tidak terkena darah tadi.

Luka itu perlu di jahit semula, selepas itu Aaira minta bantuan nurse Ain untuk membalut luka puan Haliza.

Aaira membuka beg tangannya dan mengambil wet tissue untuk mengelap darah puan Haliza di tangannya sementara menunggu nurse Ain selesai membalut luka

"doktor dah siap" panggil nurse Ain.

Aaira menghampiri nurse Ain dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

dia mendekati katil puan Haliza "puan okay tak?"

puan Haliza hanya mengangguk lemah.

Aaira yang melihat keadaan puan Haliza itu, tak jadi nak bertanya apa yang berlaku sampai luka puan Haliza boleh terbuka

"tak apa puan rehat lah saya keluar dulu ya" tanpa bertangguh lagi Aaira keluar dari bilik puan Haliza.

Keluarga puan Haliza setia menunggu di luar terus Aaira mendekati mereka semua

"ibu saya macam mana doktor" tanya wanita itu yang berada di bilik pembedahan pagi tadi

"ibu puan okay cuma keadaan dia sekarang agak lemah dan puan Haliza sedang berehat buat masa ni jangan ganggu dia" terang Aaira

"saya nak tahu macam mana dia boleh jatuh?" Aaira menyoal

"tadi ibu minta tolong saya untuk bawa dia ke tandas tapi dia suruh tunggu di luar, saya tak sedap hati jadi saya pesan dekat ibu jangan kunci pintu dalam beberapa minit lepastu saya dengar bunyi benda jatuh dalam bilik air terus saya tolak pintu tengok ibu jatuh dan baju ibu dah penuh dengan darah, saya minta adik dan suami saya untuk angkat ibu lepastu saya terus panggil nurse" cerita wanita itu

Aaira hanya mengangguk

"terima kasih doktor walaupun waktu kerja doktor dah tamat tapi tetap juga datang ke sini bantu kami" ucap suami kepada wanita itu

"tak apa dah memang kerja saya lagipun kalau doktor lain di tempat saya mereka juga akan buat benda yang sama" Aaira tidak mahu mereka sekeluarga rasa serba salah.

"baju doktor ada kesan darah" Luth Haiyyan menegur baju Aaira yang terdapat kesan darah, tangan kiri wanita itu juga terdapat saki baki darah

"tak apa lagipun balik nanti saya boleh cuci, rumah parents saya 20 minit je dari sini" Aaira tak peduli semua itu yang dia tahu sekarang puan Haliza selamat, bakal ibu mertuanya baik baik sahaja.

Kuat berangan betul dia ni

"saya nak minta diri dulu nak cuci tangan dan balik kalau ada apa apa minta sahaja pertolongan nurse dan doktor yang on call malam ni. assalamualaikum" Aaira menghadiahkan senyuman sebelum berjalan ke arah sinki untuk mencuci tangan.

Di pihak Luth Haiyyan pula kakaknya berkata "akak suka lah cara doktor tu lemah lembut lepastu dia tak kisah langsung baju dia yang kotor kena darah ibu" puji Lana Haura

"tula abang tengok dia tak ada buat muka geli masa Luth tegur baju dia kena darah, setahu abang baju yang doktor tu pakai boleh tahan mahal" balas Izzat, abang ipar Luth Haiyyan

"betul, Luth tak nak ke kenal kenal dengan doktor Aaira tu?" usik Lana

"Luth dah kenal dia kak, dia lah yang Luth selamatkan masa operasi dekat sempadan Thailand tu" terang Luth

"ya allah habis kenapa buat buat tak kenal dengan Aaira?" Lana menyoal

Continue Reading

You'll Also Like

516K 20.5K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...
814K 42.3K 67
Status: complete Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. ...
10.1K 845 47
Katherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sang...
830K 30.5K 67
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐥𝐲 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐍𝐚𝐢𝐦 𝐅𝐚𝐞𝐞𝐪 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧�...