MR BLIND [COMPLETED]

By ladyfrozenace

2M 97.1K 7.6K

(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan... More

1🌼
2🌼
3🌼
4🌼
5🌼
6🌼
7🌼
8🌼
9🌼
10🌼
11🌼
12🌼
13🌼
14🌼
15🌼
16🌼
17🌼
18🌼
19🌼
20🌼
21🌼
22🌼
23🌼
24🌼
25🌼
26🌼
27🌼
28🌼
29🌼
30🌼
31🌼
32🌼
33🌼
34🌼
35🌼
36🌼
37🌼
38🌼
39🌼
40🌼
41🌼
42🌼
43🌼
45🌼
46🌼
47🌼
48🌼
49🌼
50🌼
51🌼
52🌼
53🌼
ALPHA🐺 & MMW👑
54🌼
55🌼
special 1🌼
special 2🌼
special 3🌼

44🌼

29.2K 1.2K 92
By ladyfrozenace

"ni kawan ayahanda, ustaz Kamil." Tengku Amir memperkenalkan rakan yang dijemputnya. Adam bersalaman dan Nia mengambil tempat sebelah bonda atas sofa.

"Apa khabar Adam?" Ustaz Kamil bertanya ramah dengan senyuman tak putus.

"Alhamdulillah saya sihat" pelik jugak dia kenapa ayahanda seru mereka berdua pulang siap dengan panggilkan ustaz ni.

"Ayahanda perasan Adam dengan Nia macam lain macam sejak belakangan ni. Ayahanda nak ustaz tengokkan kamu berdua" terang Tengku Amir supaya anak menantunya faham niatnya.

"Kenapa ni bonda?" Nia berbisik perlahan bila tengok reaksi Adam nampak tegang je. Bonda cuma menggeleng.

"Tapi kami okay je ayahanda, nak tengokkan ape?"

"Bagusla kalau okay. Tapi biar la ustaz tengokkan dulu. Ayahanda takut kamu berdua jadi mangsa dengki orang ke ape. Kalau betul takde ape pun, dengar la nasihat ustaz nak nasihat. Tak salah kan?" Tengku Amir risau bila isterinya bagitau pasal sikap Adam yang berubah mendadak Dan Nia yang tak pepasal lebam.

Adam akhirnya akur dengan ayahandanya. Ustaz Kamil hanya tersenyum tenang,

"Boleh saya mulakan?" Ayahanda mengangguk sambil yang lain memerhati penuh minat.

Adam seakan tak senang duduk dan mula pana punggung. Dia kejap macam nak marah, kejap gelisah dan kejap nak menangis.

"Ayahanda, ustaz kenapa panas ni?" Dia mengibas baju sebab dah berpeluh teruk. Tapi cuma dia.

"Masyaallah...." Ustaz Kamil menggeleng kepala. Dia ambil air dalam gelas dan bacakan sesuatu sebelum suruh Adam minum sampai habis. Adam yang mula mula tak mahu terpaksa juga ikut lepas kena paksa. Lepas je minum, badan dia rasa sejuk sikit dan ringan. Takde dah sakit kepala teruk.

"Mir..." Panggil ustaz Kamil.

"Anak dan menantu kau ni ada orang nak cuba buat benda tak elok ni. Tapi alhamdulillah tak teruk sangat dan masih baru lagi."

Mata mereka semua terbuntang luas mendengarnya. Adam hanya bersandar lemah pada sofa selepas minum air tadi. Rasa lemau pulak badannya.

"Ya Allah...sape yang buat Kamil?" Soalan ayahanda tak dijawab oleh ustaz Kamil.

"Lebih elok kalau aku tak jawab siapa, tapi yang aku boleh kata ni kerja orang dekat dengan kau. Aku taknak sebut nama sebab takut nanti boleh bawak bergaduh."

"Orang dekat?" Soal ayahanda lagi.

"Ya, sebab dia macam tau pergerakan anak menantu kau. Pertama kali jadi masa kat hotel kan?" Dia berkalih pada Nia. Nia tersentak kejap. Hotel? Dia ingat balik.

"Ha'ah. Start malam tu Adam mula marah marah dan sakit kepala." Kagum dia bila ustaz Kamil boleh meneka bila dan dimana terjadi benda pelik ni.

"Tapi ustaz, maybe sakit kepala ni sebab migraine ke?" Adam masih cuba nak menafikan. Sebab dia tak rasa kena guna guna ke apa.

"Iye betul, boleh jadi sebab penyakit. Tapi Dania kan namanya?" Ustaz Kamil berkalih pandang Nia. Nia balas dengan anggukan.

"Nia nampak benda pelik start malam tu kan? Lepas tu kena ganggu lagi kan?" Tekanya lagi. Nia terdiam kejap. Memang betul tu, malam tu dia nampak macam ada kelibat luar bilik hotel mereka dan bunyi mengilai. Katil mereka juga rasa digoncang.

Adam pandang Nia lama. Nia kena kacau ke?

"Iye...."

"Kenapa tak bagitau?" Adam tetiba bangun bersuara sedikit keras sampai buat Nia tersentak.

"Duduk Adam" suruh ayahanda.

"Ni la tujuan diorang, nak buat kamu bergaduh. Nak buat kamu bercerai. Jahatnya akal manusia bila dikawal nafsu. Kamu akan rasa tak suka dengan isteri kamu. Nia pulak akan rasa panas je bila dekat dengan Adam. Dan gangguan halus tu akan berterusan sampai la siap kerja dia, iaitu sampai kamu berpisah terus" ustaz Kamil masih tenang bercakap walaupun orang lain dah seram sejuk dengar.

"Habis cemana Mil? Kena berubat la?"

Soalan Tengku Amir dibalas anggukan. "Boleh datang pusat rawatan aku secepat mungkin. Insyaallah aku boleh tolong"

_________

"Adam, jom la kita pergi jumpa ustaz Kamil tu" Nia mengajak lepas ceroboh bilik Adam. Adam lepas je jumpa ustaz haritu, nampak makin teruk. Asyik nak marah, taknak dekat langsung dengan Nia. Nia pulak cuma boleh tadahkan telinga dan sabar sebab dia tau bukan Adam puncanya.

"Kau jangan sebok boleh? Kalau rasa nak pergi sangat, kau pegi sorang. Jangan nak libatkan aku!" Ujar Adam sedikit kasar. Nia rasa nak cekik Adam sampai biru.

"Kan awak pun kena jugak? Kita pergi la berubat eh?" Pujukan lembut Nia hanya diabaikan Adam. Entah kenapa dia tak suka nak dekat dengan Nia. Tapi dalam masa yang sama, bukannya dia benci sampai nak bercerai ke apa. Sebab tu dia rasa tak payah pun nak jumpa ustaz bagai.

"Kalau awak taknak pergi jugak, saya merajuk?"

"Ha bagus, pergi la merajuk tu. Ambik sekali baju yang ada pastu pergi merajuk jauh jauh ye cik Dania?" Adam bersuara sinis.

"Okay"

________

"Kau betul ke Adam bagi ni stay rumah aku?" Pelik pulak dia bila Nia cakap Adam bagi Nia duduk dengan dia sampai majlis nanti. Lama woi, dah seminggu dah, majlis lagi tiga hari je lagi.

"Kenape...kau tak suke ke aku dok ngan kau?" Nia mintak simpati, monyok cam tikus mondok.

"Eh eh kau ni...."Lily tarik pipi Nia sampai terpejam mata dia. Sakit!

"Aku suka la kalau kau duduk sini, tambah pulak aku sorang. At least ada orang temankan aku ha.. kalau Adam cakap okay, then takpe la. Aku taknak kau kena marah je nanti?" Nia gosok pipi dia. Adam takkan marah. Dia bukannya heran pun dengan dia. Sebab tu bila ajak berubat taknak. Cakap nak merajuk pun biar je. Dah seminggu au dia merajuk?

"Tak...bonda cakap dengan aku, yang aku dengan Adam kena berpisah kejap. Sebab nak kasi Adam fikir balik penting tak hubungan kami. Kalau dia rasa penting, dia kena la pegi berubat."

Geram dia ngan Adam yang asyik nak mengelat pegi jumpa ustaz tu bila diajak. Entah apa yang dia takut entah? Dah la lepas dia tinggal dengan Lily Adam langsung tak pernah call dia. Kot la nak cek hidup ke tak lagi dia kan... tapi dia selalu je dapat update dari bonda. So takde apa nak risaukan, bonda selalu je jengokkan  Adam.

"Ikut kau la babe... insyaallah nanti akan baik balik korang berdua. Kau kena sabar je eh?" Nia mengangguk mengerti.

"Ni jadi ke kau nak rumah babah kau ni?" Nia tetiba bagitau dia nak pegi rumah babah dia malam ni dengan esok. Katanya nak ambik baju.

"Yup, alah aku gi jap je. Esok aku balik sini balik ha. Nak kena ambik baju kau, nak ambil hataran, nak kena ambik goodies lagi kan?" Nia senaraikan satu persatu apa nak buat. Entah kenapa dia excited benar dengan perkahwinan Lily, rasa macam adik dia nak kawin pulak.

"Kau pergi elok elok tau, apa apa call aku" pesannya sebelum Nia keluar. Nia dah aip aip captain!

Nia terbaring atas katil dalam biliknya lepas je siap bersihkan diri. Dia dah siap kemaskan bilik dia tadi, dah tak berabuk dah. Penat!

Telinga menangkap bunyi pintu dibuka dan tapak kaki. Terus dia terbangun dengan tuala di bahu. Siapa tu?

Nia mendekat dengan pintu nak mendengar kalau betul tu tapak kaki. Tombol pintunya dipulas dari luar. Dia panik sampai terlompat sikit ke belakang, tak sempat nak kunci pintu

Dia menggigil takut sambil duduk di celah antara katil dan meja kerjanya. Dia dalam posisi belakangkan pintu bilik. Lengan pijama digigit menghalang sebarang bunyi memandangkan tangisan dia dah pecah. Dia takut kalau orang jahat ke atau.... Ziyad!

Ya Allah, cemana kalau tu Ziyad?!

Sape nak tolong dia ni?

Nia pantas capai phone nak minta tolong dan automatik tercall Adam. Kenapa Adam? Aduh..tapi tak sempat nak menyesal dah, jawab la Adam!

Bunyi deringan telefon. Nia diam kejap. Macam dekat bunyinya.
Dan tapak kaki makin menghampiri sampai la Nia rasa orang tu berdiri betul betul sebelah dia. Dia rasa nak sesak nafas dah sebab takut. Mata dipejam sambil berdoa agar ada sesapa je datang selamatkan dia.

"Nia.." bahunya disentuh. Nia terjerit lagi. Air mata jangan kata la.

Tapi takde apa jadi.

Nia rasa macam suara tu familiar dengan dia. Perlahan dia buka mata pandang tepi.

"Did I scared you, baby?"

Dia senyum. Nia terpaku, lama tak nampak senyuman tu terukir untuknya.

Melihat Nia seakan beku pandang dia, Adam tarik Nia dalam pelukan.
"Come here... I miss you soo much love"

Nia menangis di bahu Adam. Adam dah okay? Adam dah nak cakap dengan dia ke ni?

Bunyi ketawa kecil Adam lepas dia teresak-esak menangis. Adam dukung Nia ke katil dan baringkan diri sendiri sebelum tarik Nia ke atas dia. Mata mereka berdua menghadap satu sama lain. Air mata Nia dilap lembut sebelum kucupannya menyinggah di pipi merah tu.

"Kenapa kau nangis?"

Tak jawab.

Adam sengih lagi. Dasar budak cengeng..

Tangan Nia naik menyentuh wajah Adam. Dia usap kening lebat tu. Hidung mancung Adam. Bibir merah Adam. "Ni betul-betul awak ke Adam?" Dia tak percaya.

Adam gelak. Asal lawak sangat baby aku ni?. "Yes baby, ni aku. Suami kau. Kenapa? Kau tak percaya?"

Nia mengangguk dengan muka sedih.
"Hmm...awak bukan tak suka dengan saye ke?"

"Tengku Adam Fawwaz takkan pernah tak suka Tengku Aisya Dania. Selamanya. Macam mana aku nak bencikan kau kalau aku sayang sangat dengan kau? Kau dah isi penuh hati aku dengan cinta kau. Takde ruang untuk benci dah"

Adam cium dahi Nia lama. Di tolak Nia supaya baring sebelum dia peluk dari atas.

"Maaf sebab tak berubat lagi awal. Walaupun bukan kehendak aku nak bencikan kau, aku still rasa bersalah" muka disembam pada ceruk Nia.

"Adam" Nia nak pandang muka dia tapi dia lagi sorok. "Awak tak salah la. Saya happy kalau betul awak dah sembuh"

Pelukan di pinggang Nia dieratkan lagi. Nia rasa Adam mengangguk di lehernya. Kemudian rasa kucupan berkali kali di situ.

"Kau baru lepas mandi ke baby? Wanginya..." Adam makin cium Nia. Kalini muka Nia jadi mangsanya. Tak berenti dihujani ciuman.

"Awak dah mandi belum? Saya masakkan dinner eh?" Nia tolak Adam nak bangun tapi ditahan.

"Kau...potong rambut ke baby?" Adam pandang dia dengan pandangan pelik. Then senyum.

Nia smells something fishy dengan senyum tu.

Errk....

Tbc

Continue Reading

You'll Also Like

262K 17.2K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
85.2K 8.3K 44
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
411K 20.5K 36
[LAST MINE SERIES FROM EYCHAEYHEYN] Bodyguard.. Mungkin pada pandangan anda, bodyguard itu seorang yang dan menjadi jejaka idaman ramai, bukan? Tapi...
1.2M 61.4K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...