(S2) Dragon: The Next Heir ✔

By Fiya_san

53.5K 4.4K 634

Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamana... More

Bab-1:Her
Bab-2: Meeting
Bab-3: Wertaz Land
Bab-4: Ariyan
Bab-5: Rayana
Bab-6: Dewi
Meet them
Bab-7: Fight!
Bab-8: Drizzela
Bab-9: Fate
Bab-10: Lily the Phoenix
Bab-11: Nightmare
Bab-12: Hydra
Bab-13: Darkland Secret
Bab-14: Lost History
Bab-15: Battle
Bab-16: The Anchor
Bab 17: Pirates
Bab-18: First Meet
Bab-19: Heart
Bab-20: Sweety Khai
Bab-22: Roux The Rose
Bab-23: Crown
Bab-24: True Love
Bab-25: Dark Knight
Bab-26: Camylia
Bab-27: Poison
Bab-28: Earth
Bab-29: Old Friend
Bab-30: Truth
Bab-31: Come Back
Bab-32: Boyfriend?
Bab 33: Birthday
Bab 34: Alert
Bab-35: Attack
Bab-36: Awakening
Bab-37: Ancestor
Bab-38: His POV
Bab-39: Love?
Bab-40: Draggy
Bab-41: Rael
Bab-42: Jealous?
Bab-43: Tribe
Bab-44: Spirit Forest
Bab-45: Auction
Bab-46: The Alpha
Bab-47: Preparation
Bab-48: Karl
Bab-49: Love and War
Bab-50: Farewell- [End]
Side Story 1
Side Story 2
Book 3

Bab-21: Yin Yang

1.1K 111 24
By Fiya_san

"Apa tindakan kau yang seterusnya, lelaki gila?" Satu soalan diajukan kepada seseorang berjubah hitam dihadapannya.

"Aku mahu lihat, sejauh mana dia boleh hidup." Jawapannya tetap sama seperti sebelum ini. Camylia menarik senyuman sinisnya dan berdecit.

"Katakan saja yang kau pengecut, Karnos. Selama ini dapatkah kau membunuh dia? Aku hanya nampak kegagalan sahaja dari engkau," ujar Camylia, angkuh. Karnos mengetap giginya geram, rasa tersindir dengan ucapan Camylia.

"Biarpun aku tidak berjaya, namun keturunan dia tidak pernah terlepas dari pandangan aku walau sedikit!" Suaranya mula meninggi. Akan tetapi masih tidak cukup membuat Camylia berasa gerun dengan lelaki yang digelar Dewa itu. Baginya, Karnos hanyalah lelaki gila.

"Ah, suka hati kau lah lelaki gila. Rasa menyusahkan pula untuk aku hidupkan engkau semula." Bibir merah munggil Camylia ternaik sedikit apabila melihat Karnos yang sudah seperti cacing kepanasan.

"Aku akan buktikan bahawa aku berkuasa. Kau lihat sahaja lah, Camylia. Jangang pandang rendah terhadap kuasa aku," bidas Karnos semula. Camylia menggulingkan matanya. Kuasa Karnos itu sendiri pun mudah ditewaskan dengan kuasa api. Inikan pula mahu merampas kuasa api itu. Bercakap besar tiada gunanya juga.

Tetapi, Camylia sudah mempunyai perancangannya sendiri. Karnos? Itu hanya umpan sahaja untuk Puteri Naga itu. Di akhir kalam, Camylia sendiri akan tunjuk mukanya sendiri. Dan diwaktu itu, tahulah mereka siapa dalang utama disebalik semua ini.

"Kau mahukan kuasa lagenda itu?" soal Camylia dengan senyuman sinisnya. Karnos menjelingnya tajam.

"Sudah pasti aku mahukannya. Siapa yang mempunyai kuasa lagenda itu, akan menguasai seluruh dunia. Siapa sahaja tidak mahukannya," jawab Karnos dengan semangat. Dia dari tadi asyik mundar-mandir di tempat yang sama. Sesekali dia berhenti untuk menjawab kata-kata Camylia. Gadis anggun itu hanya memerhati gerak-geri Karnos yang tidak reti duduk diam itu.

"Jadi? Kau hanya mahukan kuasanya. Dan aku hanya mahu loket kristal miliknya. Kau bantu aku, aku akan bantu kau." Camylia menyilangkan kakinya, masih merenung Karnos.

"Aku tidak faham. Apa yang hebat sangat di loket kristal keturunan dia itu," desis Karnos perlahan. Camylia mengeluh perlahan.

"Itulah engkau, lelaki gila. Di hadapan dunia berlagak cerdik akal. Tapi pemikiran sangat sempit." Camylia menjeling Karnos dari tepi. Dia melipat tangannya kedada pula. Penat dengan tingkah laku Karnos yang lembab!

"Sekali lagi kau panggil aku lelaki gila, memang tahulah nasib kau. Nasib sahaja engkau yang bangkitkan aku, kalau tidak entah apa yang jadi pada kau," ujar Karnos geram. Dia hanya mampu bersabar sahaja dengan sikap Camylia yang selamba mengutuknya dari depan.

"Hahaha, tahu pun kau mana langit tinggi dan rendah. Loket kristal itu? Banyak kegunaan dia. Disebalik kristal merah itu, terdapat setitis darah Naga yang dicampur dengan setitis darah Phoenix," jeda Camylia. Karnos mengerutkan dahinya.

"Jadi? Itu hanya darah! Buat apa kau mahu darah itu." Karnos mengejek.

"Kerana kuasa yang ada di dalam darah itu berlipat ganda lebih hebat dari kuasa yang kau dambakan. Dan loket tersebut dipegang oleh Puteri Naga, Irene Crystal." Camylia terus bangun dari duduknya.

"Nampaknya kau sudah teliti dengan semua ini," bisik Karnos.

"Baiklah, kau teruskan sahaja perancangan engkau. Aku mahu menikmati rendaman kolam air panas dan melembutkan kulit aku," ujar Camylia lalu beredar meninggalkan Karnos sendirian.

♚♚♚

Irene berdiri kaku dihadapan bilik Bondanya. Mahu masuk atau tidak?

"Aish!"

Irene mengangkat tangannya paras bahu dan mengetuk pintu perlahan-lahan.

"Rin? Kenapa ni?" tanya Luna bila melihat Irene seperti tidak tenang. Irene melihat kiri dan kanan di segenap ruang bilik.

"Ayahnda tiada. Dia masih dipejabat uruskan kerjanya," kata Luna lembut seperti tahu sahaja apa yang sedang bermain di kotak fikiran Irene. Irene melpaskan nafas lega. Sememangnya dia tidak mahu Ayahndanya mengacau. Semakin seram pula dia selepas kejadian Krim haritu.

"Bonda... Rin rasa macam selalu ada sesuatu yang serabutkan fikiran Rin."

"Dia seperti, asyik menganggu Rin mahu berfikir. Ada sahaja bisikan yang menerjah," sambung Irene lagi. Luna tahu, Irene tidak suka mana-mana suara menerjah mindanya. Seperti Luna waktu dahulu juga.

Luna menggosok kepala Irene, lembut. Dia tersenyum nipis.

"Bonda rasa kan, masa Irene sudah tiba," kata Luna perlahan. Dahi Irene mula berlapis. Masa?

Loket kristal di leher Irene mula bercahaya. Tidak seperti sebelum ini yang hanya bercahaya sekilas sahaja. Tetapi kali ini, sangat lama.

"Rin... Rin tidak pernah tahu pun loket ini bercahaya," ujar Irene, masih terpegun. Dia menyentuh kristal itu.

"Kerana loket itu hanya bercahaya semasa Rin separuh sedar. Sekarang dia sudah perlihatkan cahayanya." Luna tersenyum.

"Dia malu la tu sebab Rin cantik sangat," kata Irene, sempat lagi menambah bahan jenaka.

"Jaga loket ini dengan sebaik mungkin. Dahulu, bonda sentiasa selamat kerana loket kristal ini." Irene mengangguk perlahan. Dia tahu kisah bondanya itu. Luna ketawa sedikit dihujung kerana Irene yang tidak habis-habis memuji dirinya.

"Jangan biarkan ktistal ini jatuh ke tangan orang yang salah."

"Maksud bonda?" tanya Irene.

"Karnos hanya mahukan kuasa. Dan seorang lagi hanya mahukan kristal. Mereka tidak tahu, kuasa dan kristal saling berpaut antara satu sama lain. Hilangnya kristal, hilang juga kuasa. Mereka tidak akan mendapat secebis pun," kata Luna dengan nada yang mendatar. Irene terkaku. Rupa-rupanya kuasa dan kristal saling bersama.

"Jadi... Kalau kristal ini hancur dan hilang, kuasa pun akan turut menghilang sama?"

Luna mengangguk.

"Dalam kristal yang Rin pegang itu mengandungi setitis campuran darah Naga dan Phoenix. Hanya setitis namun amat berkuasa sehingga mampu hancurkan gunung dengan sentuhan," sambung Luna lagi.

Kristal itu mempunyai gambar ataupun logo tersendiri. Dapat dilihat dari dekat, seekor Naga dan seekor Phoenix berada di dalam bulatan.

Yin dan Yang,

Hitam dan Putih,

Ertinya menyembuhkan,

Namun mampu musnakan.

"Naga bermaksud menghancurkan, Phoenix bermaksud menyembuhkan. Saling berkait rapat, tiada yang mengalahkannya," bisik Irene dengan perlahan. Sekarang dia faham maksud sebenarnya. Dia hanya perlu memilih.

Selamatkan atau... Hancur.


In order to Rise,

From its own ashes,

A Phoenix first must Burn.

"Hapuskan Karnos dan 'dia', Rin." Luna berbisik namun nadanya semakin mengeras dan menegaskan ayatnya.

She wasn't scared of the Fire,
She was the Fire.

She's the girl who Rise from the Ashes.

Has the Heart of a chief,
And the Soul of a Dragon.

"Hapuskan Irene Crystal." Hujung bibir merahnya ternaik sedikit. Senyuman sinisnya tidak akan pudar.

You awaken,
Every Dragon,
Every Wolf,
Every Monster,
That sleeps inside you,
And you remind them,
How this girl be the Fire in the Light.

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote


Eh, sesat pula saya disini. Dahla dahla, bye.


Awak kenal Yin dan Yang?

Continue Reading

You'll Also Like

69.3K 8.3K 67
Suhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang ob...
46.1K 3.2K 53
✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju...
70K 6.1K 77
Sequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalang...
44.7K 5.9K 40
Melody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu...