Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.4M 61.8K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 7

26.7K 1.2K 96
By syza_ra

SELEPAS  memastikan bahawa penjahat penjahat itu sudah agak jauh dari mereka, Luth mengajak Aaira untuk pergi ke arah khemah

"cuba awak cari dekat khemah sini biar saya tunggu luar" kata Luth sambil menunjuk ke arah sebuah khemah

Aaira masuk ke dalam khemah, matanya liar memerhati namun susuk tubuh anak kecil itu tidak kelihatan lalu dia keluar dari khemah

"tak ada lah" katanya.

Tiba tiba mereka terdengar bunyi suara budak menangis, Aaira dan Luth berpandangan sesama sendir tanpa berkata apa apa mereka terus berlari menuju ke arah suara tersebut.

Sampai sahaja di khemah terus Aaira meluru masuk, dia lihat seorang budak lelaki sedang menangis sambil memeluk lutut.

Tanpa teragak agak dia mengangkat budak tersebut untuk dibawa keluar dari  khemah

"dah?" tanya Luth, Aaira hanya balas dengan anggukan sambil cuba memujuk budak itu supaya berhenti menangis

'jangan lah nangis adik tahu tak suara adik ni boleh buat kita semua dalam bahaya' kata Aaira dalam hati.

Dia hanya mengikut sahaja langkah Luth Haiyyan, nasib baik budak itu dah berhenti nangis.

mereka juga dengar bunyi tembakan tapi jauh dari mereka 'bermakna tentera tentera sudah bergerak untuk melawan semula' kata Luth dalam hati.

Sebenarnya mereka ada buat rancangan apabila dah tumbangkan beberapa orang tanpa pengetahuan musuh barulah mereka akan melawan semula penjahat penjahat itu,

bila kuantiti penjahat semakin berkurang senang lah kerja mereka menumpaskan baki penjahat yang tinggal

"kita kena cepat tentera lain dah mula ambil tindakan" kata Luth Haiyyan.

Nasib tak menyebelahi mereka apabila mereka terserempak dengan seorang penjahat yang sedang mengacukan senapang menghala ke arah mereka

cepat sahaja Luth Haiyyan menghadang Aaira dan budak lelaki itu dari terkena tembak seperti dia melindungi Aaira semasa mereka di hutan tadi.

kali ini tembakan betul betul mengena bahu kanan Luth namun dia tak diamkan sahaja terus diambil pistol yang ada di sebelah peha kirinya lalu menembak lelaki tersebut dengan beberapa das tembakan dan lelaki itu tumbang.

"ya allah tuan okay tak ni?" tanya Aaira cemas

"saya okay sikit je ni, dah jom kita bergerak" kata Luth sambil memegang kejap bahu kanannya yang baru lepas ditembak



"KENAPA ni?" tanya Darren apabila dia nampak bahu Luth yang berdarah

"tolong aku rawat dia ni" kata Aaira lalu dia menuju ke arah wanita Thailand yang sedang duduk bersama Bifern.

Aaira menyerahkan budak lelaki dalam dukungannya kepada ibunya semula

"thank you thank you" kata wanita Thailand itu, dia mencium kepala anaknya berkali kali.

Aaira hanya balas dengan anggukan dan senyuman.

Selepas kelibat wanita itu berlalu pergi kepada suaminya, Aaira terus teringatkan Luth Haiyyan yang sedang dirawat oleh Darren

"Bifern I want to see captain Luth, he got shot on his shoulder" kata Aaira

"oh, okay" balas Bifern lalu Aaira bergerak ke tempat Darren yang sedang merawat Luth

"macam mana luka dia Darren, teruk ke?" tanya Aaira

"tak teruk, nasib baik peluru tak masuk dekat badan kalau tak susah juga nak keluarkan sebab takde peralatan" terang Darren.

Setelah siap dia membalut luka, Luth terus bangun "eh, tuan nak pergi mana?" tanya Aaira

"saya kena pergi dekat tempat kita dengar tembakan tadi diaorang perlukan saya" kata Luth sambil sibuk memasukkan peluru ke dalam senapang miliknya

"saya pergi dulu terima kasih doktor Darren, jangan risau ada empat orang tentera yang jaga dekat sini insyallah keselamatan semua di sini terjamin" sambung Luth lagi.

Dia berjalan semula ke arah khemah di mana dia dan Aaira mencari budak lelaki tadi.

"kau nampak macam risaukan dia je Aaira" tanya Darren selepas melihat sahabatnya itu tidak lepas memandang Luth Haiyyan

"he save my live twice, of course aku risaukan dia, Darren" kata Aaira

"kau dah terfall in love in love ke ni Aaira?" usik Darren

"hesy, tak ada lah aku anggap dia sebagai live saver aku je" jawab Aaira walaupun dia sendiri tak pasti dengan jawapannya




HAMPIR ke waktu maghrib mereka menunggu kepulangan tentera tentera yang lain.

Tiada sebarang gangguna selama mereka berada di sini, semuanya berada dalam keadaan selamat. Tiada satu pun penjahat yang berjaya tembus masuk ke sini.

hampir ke pukul 7.30 malam menunggu, akhirnya mereka lihat sekumpulan tentera sedang berjalan ke arah mereka tapi ada beberapa orang yang cedera,

mereka dipaut oleh tentera lain.

Semua doktor mula menyediakan alatan dengan kadar segera dan sama sama membantu tentera yang cedera untuk dibawa ke tempat rawatan.

Aaira melihat captain Luth Haiyyan sedang memapah leftenan Ziyad dan mereka menuju ke arah Aaira

"tolong rawat kawan saya kaki dia kena tembak" kata Luth

Aaira mengambil peralatan untuk merawat luka leftenan Ziyad manakala Luth Haiyyan duduk sambil menunggu sahabatnya

"macam mana keadaan, dah okay ke sekarang?" tanya Aaira pada Luth sambil sibuk merawat luka Ziyad.

"alhamdulillah semuanya dah selamat sekarang, esok akan ada anggota yang tolong penduduk yang cedera ni untuk ke hospital dan esok juga kita semua boleh berangkat pulang" kata Luth

Aaira hanya mengangguk sahaja selepas mendengar, dia tiba tiba jadi sedih pula nak tinggalkan semua ni walaupun kenangan dekat sini tak ada la indah mana tapi ini merupakan pengalaman pertamanya menjadi doktor sukarelawan.

Dia berkenalan dengan ramai orang termasuk Luth Haiyyan.

"kita ni selalu jumpa tapi saya tak tahu nama doktor ni apa" kata leftenan Ziyad menyentak lamunan Aaira

"nama saya Aaira panggil je Aaira" Aaira memperkenalkan dirinya,sepatutnya dia pakai tag nama pada baju tapi disebabkan tag namanya dah patah dua akibat diculik semalam, dia simpan sahaja buat kenangan.

Lalu Ziyad hanya balas dengan anggukan.

"dah siap" kata Aaira

"terima kasih" ucap leftenan Ziyad

"ini memang tugas saya tak perlulah encik nak berterima kasih" kata Aaira lembut

"saya nak beritahu yang lain kita dah boleh balik semula ke khemah, awak kemaslah peralatan peralatan awak, kau tunggu sini Ziyad" kata Luth Haiyyan

"baik tuan" jawab Ziyad kepada Luth Haiyyan yang sudah siap berdiri untuk pergi ke arah penduduk kampung



SIAP mengemas alatan, Aaira terasa janggal pula sebab tiada apa yang nak di bualkan dengan Ziyad tapi bila mengingatkan sesuatu yang dia ingin tahu terus dia mengajukan soalan

"maaf lah kalau saya bertanya tapi apa pangkat encik dan tuan Luth sebab encik panggil dia tuan" soalnya

"ouh...tuan Luth tu pangkat captain, saya ni pula leftenan je tu yang saya panggil dia tuan" terang Ziyad

"jadi dah berapa lama encik sertai ATM ni?" soal Aaira lagi macam wartawan

"baru 3 tahun" jawab Ziyad

"boleh tahan lama juga" kata Aaira

"tapi lagi lama tuan Luth tu dekat 6 tahun juga dia dalam ATM sebab tu pangkat dia tinggi" cerita Ziyad

"tuan Luth tu dah ada girlfriend ke?" tanya Aaira

lalu dia nampak Ziyad senyum 'alamak dia salah tanya ke kenapa Ziyas senyum' Aaira mula fikir yang bukan bukan

"tuan Luth tu ramai je yang minat dia yela ada rupa, pangkat pun tinggi tapi yang datang nak mengurat semua dia tak layan" dia pun sebenarnya tak faham apa yang tuan Luth nak.

Padahal ada sahaja wanita yang cantik datang nak berkenalan tapi semua terus kena reject

"kenapa doktor ada hati ke dekat tuan Luth?" Ziyad cuba mengusik Aaira

"hahahahaha.... tak ada lah" jawab Aaira sambil buat buat gelak

"apa salahnya ada hati dekat tuan Luth tu lagipun doktor single tuan Luth tu pun single" Ziyad tersenyum pada Aaira

"apa lah encik ni saya dengan tuan Luth tu entah bila jumpa lagi, nak ada hati apa pula lagipun saya baru je kenal dia" Aaira cuba menindakan padahal dalam hati...

Dia saja yang tahu

"ouh btw jangan lah panggil saya doktor panggil je Aaira formal sangat lah doktor tu" kata Aaira yela tak selesa di gelar doktor walaupun itu lah pekerjaannya.

"saya dah terbiasa berbual dengan doktor panggil doktor" Ziyad garu kepala yang tak gatal

"tapi bukan dengan saya kalau encik panggil juga saya doktor saya panggil encik leftenan Ziyad" ugut Aaira, baru adil

"okay okay saya tak panggil lagi doktor" akhirnya Ziyad mengalah, kena ungut dulu baru jalan.

Aaira nampak Syafiqah bersama kawan Luth Haiyyan dan Ziyad iaitu captain Arshad sedang berbual bual

"ehh tu bukan kawan encik dengan captain Luth ke?" tanya Aaira kepada Ziyad

"haah dan tu pum kawan awak juga kan. Wah, ada apa apa ke ni" usik Ziyad

lalu Aaira dan Ziyad ketawa

"seronok ketawa ada cerita best ke?" tegur satu suara

"eh tuan tak ada lah, cerita biasa je" Ziyad duduk tegak bila melihat Luth Haiyyan

"jom lah kita balik semula ke khemah, penduduk kampung pun dah bergerak ke sana. Esok pagi baru kita balik ke kampung semula"

lalu Aaira pandang sekeliling, yela dah kosong cuma tinggal mereka bertiga dan beberapa orang doktor termasuk Syafiqah dan Arshad.

Tapi dia tak nampak pula Darren dan Hafiz mungkin mereka dah pulang ke khemah

"yela tuan jom kita balik" lalu Ziyad bangun dibantu oleh Luth

"jom pergi dekat Arshad dulu dia dengan kawan awak tu kan?" tanya Luth pada Aaira

"haah jom lah" merek bertiga bergerak ke arah Syafiqah dan Arshad

selepas itu mereka berjalan pulang ke khemah bersama sama





Nota kaki: kalau ada yang dah baca old version bab 1-10 tak ada apa apa perubahan. Bab 11 baru syza ubah tau😉

Continue Reading

You'll Also Like

10.1K 845 47
Katherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sang...
322K 14.7K 46
Penjodohan? Ah, siapa saja yang suka! Tapi berbeza pula dengan perempuan bernama Aileen ini. Dikala semua orang membenci penjodohan, dia pula terleb...
126K 13.7K 37
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang...
159K 10.1K 54
[The Pattenson Family Finale Series] Hubungan yang dulunya sentiasa baik tanpa salah faham mahupun selingkuhan, kini berubah setelah tiga tahun hubun...