ROYALIZE

By laurengates01

18.8K 1.1K 38

DANIEL ROYALIZE menyayangi satu-satunya keluarga yang tinggal, Damia. Kasih yang teramat melebihi nyawa sendi... More

1. Royalize
2. Dunia Magik
3. Tongkat sihir, Catten
4. Cornerludge
5. Kapal Memoir Feather
6. Teman Baru
7. Pemilihan
8. Profesor
9. Uji
10. Istimewa
11. Semangat
12. Damia Tunggu Justin
13. Aku takkan lupa...
14.Biar saya uruskan...
15. Jiwa yang kacau
16. Sisi gelap
17. Darkline, Goldsilv
18. Teka teki
19. Hari pertama pesta
20. Jawapan dan kesimpulan
21. Upacara Sumpah Setia
22. Tahun Dua
23. Vampire
25. Pelan Parti
26. Pewarisan
27. Berdua
28. Serangan
29. Marviel Menunggu
30. Declan Noblesse
31. Janji
32. Kelas Posyen
33. Santai
34. Satu terpisah dua
35. Justin lagi
36. Tahun Tiga
37. Penulenan
38. Memori Kembali
39. Yang satu lagi
40. Declan
41. Kesan
42. Hachimaru
43. Dia
44. Yang Sulung
45. Dela
46. Kelahiran semula
47. Kembali
48. Rintihan
49. Kehilangan
50. Berkongsi
51. Terhakis
52. Roshane dan Kuasanya
53. Ekstrak
54. Tuan
55. Berjumpa
56. Bertemu lagi
57. Sentuhan
58. Posyen Perencat
59.Manipulasi
60. Evander
61. Pasak
62. BOOM
63. Ya Hana

24. Kembali ke Featherave

327 22 0
By laurengates01

Meja Kiran berterabur dengan kertas-kerta kerja, laporan yang belum disahkan. Dia bukanlah orang yang pandai merancang masanya. Habis semua tugasannya sebagai pelajar dan presiden Majlis Pelajar tunggang langgang. Manakan pula nak siapkan tugasan luar, pada masa yang sama nak atur hari bulan purnama.

"Ni semua salah kau, Dan!" Omel Kiran cuba menyusun kerjanya, entah yang mana sudah, yang mana belum dibuatnya. Nampak benar dia serabut. Cuma mereka berdua berada di bilik Majlis Pelajar. "Kalau kau tak menolak jawatan presiden, taklah hidup aku jadi macam ni"

Daniel ketawa mendengar omelan Kiran yang hampir mahu menangis. "Kenapa kau tak tolak?"

"Kau tahu aku ni mana reti nak menolak permintaan Pengetua. Lagi-lagi di utusnya cik setiausaha kita pujuk aku."Jawab Kiran. "Mana jiwa aku nak menolak kalau Egia sanggup datang ke dunia aku?"

Daniel menarik Kiran daripada kerusinya. Di kemaskan baju uniform Kiran yang berserabut. "Macam ni lah, aku tolong siapkan kerja kau. Kau pergi habiskan posyen kumpulan kau dulu."

Kiran memaut bahu Daniel. Matanya mengambarkan kegembiraan yang cukup jelas. "Kau biar betul Dan?" Daniel mengangguk yakin. "Betul kau boleh tolong siapkan benda ni?"

Daniel menolak kepala Kiran ke belakang. Mamat tersebut terlalu dekat dengannya. "Aku calon pertama jawatan presiden, yang kini merangkap naib presiden. Cuba beritahu bahagian mana yang tak boleh dipercayai?"

Spontan Kiran mengucup pipi Daniel, membuatkan Daniel menyeringa ngeri, di tolaknya lelaki tu jauh daripadanya. Pantas dia mengambil tempat duduk Kiran. Menyambung kerja Kiran yang tergendala.

"Dan"

Daniel mengangkat wajahnya.

"Jangan berani nak duduk berdua dengan Egia." Kiran mememberi amaran. Dia menunjukkan buku limanya kepada Daniel. Daniel kan jejaka idaman wanita, karang tersangkut pula si Egia. Bukan nak cakap dia tak kacak! Kacak! Bezanya dia tak reti melayan perempuan macam Daniel.

"Ya, aku tahu" jawab Daniel. Sesungguhnya dia tahu kegilaan Kiran terhadap setiausaha tahun enam itu.

"Dan"

"Apa lagi tuan Presiden?" Daniel mengukir senyuman, memandang Kiran dengan mesra. Agak jengkel pula dipanggil berkali-kali.

"Adik kau dengan Justin bergaduh seminggu dua lepas" Ujar Kiran mengambil beg sandangnya. Perkhabaran Kiran, mengundang tanda tanya Daniel, tidak pernah dibuat Damia mengamuk dengan Justin. "Habis terbang kerusi meja. Yang paling tak boleh nak belah. Adik kau pakai sihir yang diharamkan akademi. Kejadah abang majlis pelajar mengajar benda tak baik dengan adik" perli Kiran.

Daniel tersengih. Tahu benar dia dari mana Damia belajar kalau bukan daripada kawan-kawannya dari kawan adiknya sendiri. Sunshine memang dah masuk senarai hitam, tak kesahlah Majlis Disiplin Pelajar atau Majlis Pelajar. "Terima kasih sebab bagi tahu"

Akhirnya Kiran meninggalkannya berseorangan. Dia sudah biasa melakukan kerja tersebut. Sebab tahun-tahun sebelumnya, dia juga rajin menolong majlis tertinggi menyiapkan kerja.

Snow terbang melayang masuk ke dalam bilik Majlis pelajar. Ia hinggap di bahu Daniel. Dengan manja mengeselkan kepalanya di pipi Daniel. Daniel ketawa kecil, rindunya Snow padanya.

"Ah" Daniel mengangkat Snow dan meletakkan di ribanya. Tangannya membelai bulu gebu Snow yang lembut. "Patutkah kita berjumpa dengan Chiwan lepas ni?"

Sebaik sahaja tiba di Akademi, dia menghantar posyen yang telah siap dan segera ke situ. Itupun setelah Egia menasihatinya untuk melihat keadaan Kiran. Tidak ada kesempatan untuk bertemu dengan Damia.

Snow mengiau, suka dibelai Daniel.

=__+

Tugasan Kiran sudah disiapkan, itu pun dengan bantuan Egia serta Alisya, Ahli Majlis pelajar tahun enam yang datang ke bilik Majlis Pelajar setelah tamat waktu persekolahan. Memberi pelajar Junior membantu menyelesai tugas ahli tertinggi merupakan satu cara untuk melatih ahli baru dalam menguruskan pentadbiran.

"Nak pergi mana ya?" soal Daniel. Dia melalui koridor yang lenggang, satu-satunya koridor yang menghubungkan ke bilik Majlis Pelajar. Jadi jarang ada pelajar lain yang menggunakannya jika tidak berurusan dengan Majlis pelajar mahupun Majlis Disiplin Pelajar.

Snow mengiau seolah-olah menjawab persoalan Daniel.

"Tasik?"

Snow mengiau lagi. Daniel tersenyum. Dia menepuk bahunya. Snow yang faham maksud isyarat itu, hinggap di bahu Daniel. Daniel membelai kepala Snow.

"Ah, Selamat petang Senior" ucap Okka yang baru muncul di koridor tersebut.

"Selamat petang." Balas Daniel mesra, walaupun rasa terpaksa. "Ada tugasan?"

"A'ah, ada tugasan untuk hari Bulan Purnama." Jawab Okka sekaligus menghuraikan tujuannya. "Senior Kiran minta perincikan tentang isu keselamatan dengan Ketua Pengawas."

"Saya tak rasa Milch berada di akademi. Berhubung terus dengan Kola" ujar Daniel. Semua pelajar tahun akhir sibur dengan tugasan luar, bagi yang berjawatan tinggi sepertinya, adalah satu kepastian untuk balik ke akademi setiap seminggu sekali, walaupun hanya untuk beberapa jam.

"Terima kasih senior." Okka menguntum senyuman mesra. Dia menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat. "Selamat jalan Senior."

Daniel pantas mengorak langkah. Dia mengeluh. Terasa penat menopengkan ketidak sukaannya terhadap Okka. Tetapi untuk mempamerkannya bukan sesuatu yang dia lakukan.

"Senior Daniel!" Daniel berhenti menoleh ke arah Okka. Okka masih tersenyum. "Damia cari senior tadi. Dia di dewan makan."

Okka meninggalkan Daniel setelah menyampaikan perutusan Damia. Wajah Daniel jelas bertukar kelat. Kata-kata Okka baginya adalah disengajakan. Seolah-olah untuk memberitahunya betapa rapat hubungan dia dengan Damia. Kerutan muncul di antara kening, mempamerkan rasa tidak senangnya.

Snow menjilat pipi Daniel. Tuannya tak bergerak. Sekadar berdiri memandang tajam ke arah tubuh yang kian menghilang.

=___<

Daniel melihat Damia duduk bersama Sunshine dan Trisha, teman Redane Damia. Kelibat Justin tiada. Terasa kemarahan mula menyala di jiwanya. Keberadaan Damia di situ membuktikan kata-kata Okka.

Kedua-dua tangannya ditekup ke muka. Dia mengatur pernafasannya. Biarlah dia melepaskan rindu kepada Damia dahulu, kemudian baru menganalisakannya. Setelah yakin dia mampu mengawal perasaannya, Daniel melangkah ke belakang Damia, dia meletak jari terlunjuk ke bibir. Memberi isyarat agar teman adiknya tak berkata apa tentang kehadirannya. Pantas sahaja tangannya menyelit memeluk Damia erat.

Damia terkejut, dia menoleh. Daniel tersenyum. Damia pantas mengucup pipi abangnya. "Abang!"

Damia memusingkan tubuhnya untuk memeluk Daniel. Daniel apa lagi mengangkat tubuh Damia. Lantas pipi gebu Puterinya diserang dengan ciuman bertalu-talu. "Puteri abang sihat?"

"Sihat!" Jawab Damia, dia menatap wajah yang dirindunya. "Damia rindu abang! Abang rindu Damia?"

"Tentulah, abang rindu Puteri. Puterikan Puteri abang" Daniel meletakkan Damia semula di kerusinya sementara dia duduk disebelahnya. "Mana Justin?"

"Just?" Damia memandang abangnya. "Dua tiga hari ni Just dengan Professor Benjamin. Tolong kumpul bahan posyen untuk kelas."

"O" Daniel mengangguk. Pandangannya dialihkan kepada teman-teman Damia. "Hai Sunshine dan Trisha. Ada berita menarik?"

"Hehehe... Tak pastilah berita menarik atau tidak" ujar Sunshine sambil tersengih.

"Berjaya buat Milch balik dua kali seminggu ke akademi tak menarik?" Usik Daniel.

Damia dan Trisha mengertawakan Sunshine sementara Sunshine tersenyum bangga. Baginya satu penghargaan. Daniel memberitahunya helah yang pernah digunakan oleh mereka dahulu dan dengan senang hati dia mempratikkannya. Ah, inilah bestnya Daniel berbanding ahli majlis pelajar atau pengawas.

"Alah, Milch yang terlebih reaksi!"

Daniel tersenyum. Sebalik dari kegembiraan yang cuba digambarkan di wajahnya, fikirannya sekali lagi berserabut. Kecurigaannya terhadap motif Okka merapati puterinya kian menggunung, ditambahkan lagi dengan tindakan Professor Benjamin yang baginya cuba campur tangan dalam urusannya.

Dia tidak pernah menyukai guru posyen itu sejak awal persekolahannya. Masih jelas diingatannya bagaimana Professor Benjamin menyebut namanya dengan nada yang tidak menyenangkan, lebih-lebih lagi Professor itu memilih untuk mengingati namanya walaupun dia belum memperkenalkan diri. Apa tujuannya?

Continue Reading

You'll Also Like

299K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
61.9K 320 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.
538K 36.7K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...
147K 841 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...