Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

بواسطة syza_ra

1.4M 61.7K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... المزيد

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 3

32.7K 1.3K 46
بواسطة syza_ra


sempadan Thailand

"MACAM mana keadaan dekat sana sekarang?" tanya captain Luth Haiyyan semasa mereka dalam perjalanan menuju ke kampung berkenaan

"buat masa ni penjahat penjahat tu dah berundur tuan tapi kami yakin mereka akan datang semula" kata leftenan Kamal

"kita semua kena bersiap sedia kalau kalau penjahat tu datang balik. macam mana dengan penduduk kampung di sana? ada yang tercedera ke?" tanya captain Luth Haiyyan lagi

"ya tuan nampaknya macam tula, berkenaan penduduk kampung, ramai juga yang cedera tuan sampai kena panggil doctor backup dari kuala lumpur datang untuk tolong rawat pesakit pesakit dekat sini" terang leftenan Kamal

"mereka yang tercedera ditempatkan di mana sekarang?" celah captain Arshad Shah yang merupakan sahabat baik Luth Haiyyan

dia juga turut serta dalam operasi ini.

"ada dua buah tempat satu di klinik di dalam kawasan kampung dan satu lagi di rumah ketua kampung sebab tak boleh nak tampung semua pesakit dalam satu tempat tuan" terang leftenan Kamal

"okay jom kita gerak ke sana saya nak jumpa ketua kampung dan tentera lain nak bincang strategi kita" kata Luth Haiyyan kepada anak anak buahnya

sampai sahaja di sana mereka terus berjumpa dengan ketua kampung yang duduk berdekatan dengan kawasan di mana tempat doktor doktor merawat penduduk penduduk yang cedera.

Luth membincangkan sesuatu dengan ketua kampung itu dalam bahasa inggeris dan seorang tentera yang fasih berbahasa inggeris menerangkan kepada ketua kampung dalam bahasa thailand sebagai wakil pengalih bahasa.

Selesai sahaja berbincang kesemua tentera termasuk tentera thailand berkumpul di salah sebuah rumah yang berhampiran dengan tempat ketua kampung dan penduduk yang terselamat

"I decide to divide us all into several groups to take care of the four corners of the village and also some places, so let's make a group" kata captain Luth Haiyyan

mereka semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjaga kawasan kampung ini, empat orang tentera akan berada dalam satu kumpulan

selepas membahagikan tempat terus masing masing menuju ke tempat yang diarahkan oleh Luth

Luth dan tiga lagi ahli kumpulannya iaitu leftenan Ziyad dan dua orang leftenan muda dari thailand yang bernama Jirayu dan Sathapong bergerak menuju ke tempat mereka





SELESAI sahaja Aaira dan Syafiqah solat maghrib, mereka terus memeriksa pesakit untuk memastikan mereka semua dalam kondisi yang baik.

selepas itu Aaira,Syafiqah, Hafiz, Darren dan Sathit terus turun untuk makan di rumah sebelah yang dijadikan dewan makan untuk mereka semua menjamu selera,

semasa mengambil makanan, beberapa orang tentera sedang membungkus makanan.

Mungkin mereka bungkus dan makan di tempat yang mereka sedang berkawal,tak mahu semua sekali pergi mengambil makanan sebagai langkah berjaga jaga jika apa apa berlaku

"Aaira kau tengok lah abang abang tentera ni, nak amik makanan pon muka celoreng, takkan tak solat tadi" Syafiqah membuat andaian sendiri, yela nak kata tentera dari Thailand, lengan baju celoreng mereka berlambangkan bendera Malaysia

"ehh kau ni tak baik lah fikir macam tu diaorang kan tentera jadi kenalah sorokkan identiti dari orang awam kalau tak habislah, tak boleh buat penyamaran dekat luar nanti. Mesti lepas solat diaorang pakai balik benda tu dekat muka" Aaira cuba untuk mengubah perspektif buruk yang ada pada Syafiqah

"haah kenapa lah aku tak terfikir, ehh kau dah siap ambil makanan kan,  jom kita pergi dekat Hafiz sana dia dah lambai lambai kita tu" mata Syafiqah terarah pada Hafiz.

Lelaki itu sedang melambai lambaikan tangan ke arah mereka, kelibat Bifern dan yang lain juga turut berada di sana

"dah tapi sebab melayankan kau bercakap tu yang kita tak bergerak gerak" perli Aaira, Syafiqah hanya mampu tersengih,

mereka datang ke arah Hafiz dan yang lain.

Syafiqah duduk bersebelahan dengan Darren,

Aaira pula duduk di sebelah Bifern sempat lagi mereka bertegur sapa dengan wanita itu dan doktor yang lain







BILA perut dah kenyang, mereka berjalan kaki untuk pulang ke klinik dan rumah ketua kampung, hanya tinggal Aaira, Syafiqah dan Bifern sahaja yang tinggal kerana tadi Syafiqah menambah nasi, lapar sangat katanya.

Bifern juga turut ikut menambah nasi, sebab itu mereka pulang agak lewat dari yang lain.

Tadi Darren nak temankan mereka tapi dapat panggilan dari Hafiz meminta dia segera pulang, ada kecemasan katanya.

Beberapa orang pesakit tiba tiba muntah, tak tahu apa puncanya jadi dia terpaksa berlari balik untuk melihat keadaan di sana.

Sambil berjalan mereka berbual kosong untuk menghilangkan rasa sunyi walaupun dewan makan bersebelahan sahaja dengan tempat Aaira dan Syafiqah merawat pesakit tapi jaraknya agak jauh.

Dalam fikiran Aaira terbayang kalau lah ada motor tak payah mereka susah susah berjalan kaki tapi mengenangkan dia yang tiada lesen dan tak pernah langsung membawa motor,

dia tersenyum sendiri mengenangkan hal tersebut

"why are you smiling Aaira" soal Bifern yang hairan melihat Aaira tiba tiba tersenyum sendiri

"I just think about something funny, don't mind about me Bifern" malu pula Aaira apabila dia ditangkap tersenyum senyum sendiri oleh Bifern

"Hahahahaha... you just like me Aaira always think about something funny and in the end smile alone like an idiot" kata Bifern sambil tergelak teringat tabiatnya sama seperti Aaira tiba tiba terfikir sesuatu yang lucu kemudian tersenyum sendiri.

Sampai sahaja mereka di hadapan rumah ketua kampung tiba tiba muka Bifern yang gembira tadi bertukar resah

"why Bifern is anything bother you?" tanya Syafiqah yang perasan perubahan pada wajah Bifern

"I'm okay just afraid to go back to the clinic alone" Bifern berterus terang akan dirinya yang takut untuk balik seorang diri

"nahh don't worry Aaira and I will accompany you, let's go" akhirnya Bifern melepaskan nafas lega apabila Aaira dan Syafiqah sudi menghantar dirinya pulang,

dalam perjalanan pulang, mereka terdengar bunyi tapak kasut seseorang yang terpijak ranting dari arah belakang "'let's walk a bit faster" kata Bifern lalu mempercepatkan langkah mereka,

tapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana mulut mereka tiba tiba ditekup dari arah belakang dengan kain yang mempunyai cecair menyebabkan mereka pengsan








"KAU ni kenapa dari tadi aku tengok resah semacam je?" tanya Hafiz kepada Darren seperti ibu hilang anak,

mundar mandir di beranda seperti risaukan sesuatu

"aku risau, Aaira dengan Syafiqah tak balik balik lagi takkan makan sampai satu jam" jawabnya

"haah aku boleh lupa pula diaorang tak balik lagi, jom kita pergi tengok" ajak Hafiz lalu dia dan Darren menuju ke arah tangga,

belum sempat mereka pergi seseorang menegur dari belakang

"where are you guys going?" Sathit datang dari arah belakang mereka

"we want to find Aaira and Syafiqah, they still haven't come back since dinner" terang Hafiz

"okay you guys go and find them, I'll wait here if they come back" kata Sathit mereka berdua menggangukan kepala,

seorang doktor wanita menghampiri mereka

"have you seen Bifern? she still not come back" tanya doctor Yaya kepada mereka

"no maybe she with Aaira and Syafiqah because they still not return too" kata Darren

"oh my god, I'm so worry about them" kata Yaya lalu dia menolak rambutnya ke belakang

"don't worry, me and Darren will find them"  Hafiz cuba menenangkan doktor Yaya

"okay i'll wait here with Sathit, take care" kata Yaya dan sempat juga doctor thailand itu memesan kepada Hafiz dan Darren supaya menjaga diri.

sampai sahaja mereka di dewan makan tiada kelibat mereka bertiga malah rumah yang dijadikan dewan makan itu sudah gelap menandakan sudah tiada orang di situ

"macam mana ni Hafiz diaorang tak ada dekat sini, hati aku makin tak sedap macam ada benda buruk jadi dekat diaorang" Darren meluahkan rasa yang terbuku di dalam hatinya pada Hafiz,

dia amat risau kerana Aaira dan Syafiqah itu sahabatnya dari mula praktikal di hospital, mereka dah seperti keluarga begitu juga dengan Bifern mereka sudah rapat sejak makan malam tadi, mereka sempat bertukar tukar pengalaman sepanjang menjadi doktor

"sabar, jangan layan sangat perasaan kau tu, kita balik dulu bagitahu Sathit dengan Yaya yang diaorang tak ada dekat sini lepastu kita report dekat tentera supaya tolong carikan diaorang semua" Hafiz cuba menenangkan Darren walaupun firasatnya juga rasa ada sesuatu yang buruk terjadi pada Aaira dan yang lain

"yela jom" mereka berjalan pulang untuk berjumpa dengan Yaya dan Sathit.

"Me and Hafiz will go tell the soldiers, are you okay Sathit if you have to take care of the patient alone while we go" kata Darren selepas menceritakan kepada mereka tentang Aaira, Syafiqah dan Bifern yang tidak kelihatan di dewan makan

"I will accompany Sathit, don't worry" Yaya menawarkan diri untuk menemani Sathit

"good then we go first" selepas mendapat anggukan daripada Yaya dan Sathit,

mereka terus menuju ke tempat tentera sedang berkawal selepas hampir 15 minit berjalan,

mereka melihat empat orang tentera sedang berdiri sambil memegang senapang "dekat sana jom kita pergi" kata Darren

dia dan hafiz mendekati empat orang lelaki beruniform itu

Seperti yang di janjikan syza update lagi...CLH akan slow update tau, tq💕

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

1.1K 92 10
Amira Esha - Gadis berani bergelar peguam. Sedar bahawa hidup sebagai seorang peguam pasti ada cabarannya. Kelurga. Kawan. Nyawa. Semua menjadi perta...
568K 19.4K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
1M 68.3K 35
𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑫𝒓𝒚𝒂𝒏 ~ 𝑨𝒚𝒂𝒏𝒂 𝑫𝒂𝒉𝒍𝒊𝒂 " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya...
321K 14.7K 46
Penjodohan? Ah, siapa saja yang suka! Tapi berbeza pula dengan perempuan bernama Aileen ini. Dikala semua orang membenci penjodohan, dia pula terleb...