TANIA

By divalescious

4.8K 353 8

Alert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal... More

TANIA 1
TANIA 2
TANIA 3
TANIA 4
TANIA 5
TANIA 6
TANIA 7
TANIA 8
TANIA 9
TANIA 10
TANIA 11
TANIA 12
TANIA 13
TANIA 14
TANIA 15
TANIA 16
TANIA 17
TANIA 18
TANIA 19
TANIA 20
TANIA 21
TANIA 22
TANIA 23
TANIA 24
TANIA 25
TANIA 26
TANIA 27
TANIA 28
TANIA 29
TANIA 30
TANIA 31
TANIA 32
TANIA 33
TANIA 34
TANIA 35
TANIA 36
TANIA 37
TANIA 38
TANIA 39
TANIA 40
TANIA 41
TANIA 42
TANIA 43
TANIA 44
TANIA 45
TANIA 46
TANIA 47
TANIA 48
TANIA 49
TANIA 50
The New Chapter In Life
TANIA 51
TANIA 52
TANIA 53
TANIA 54
TANIA 55
TANIA 56
TANIA 57
TANIA 58
TANIA 59
TANIA 61
TANIA 62
TANIA 63

TANIA 60

52 5 0
By divalescious

EPISODE 60

" Kim Ta Nia, " sapa satu suara dibelakangnya.

Tania menoleh kebelakang. Dia terkejut apabila mendapati Permaisuri kerajaan itu merupakan orang yang memanggil namanya.

"Tuanku Permaisuri," jawab Tania kekok, sambil berlutut di hadapan Permaisuri.

"Nama kamu Tania kan? Beta sangat suka melihat persembahan kamu sebentar tadi. Sangat menakjubkan. Mahukah kamu bekerja dan tinggal di istana beta? Bekerjalah untuk beta, beta akan berikan segala yang kamu perlukan selama kamu ada di sana." Permaisuri menyuarakan permintaannya tanpa perlu basa basi dan dalih.

Tania tidak menyangka bahawa begitu mudah baginya untuk memancing kepercayaan  Permaisuri kerajaan Silla itu untuk mengajaknya bekerja dan tinggal di istana.

"  Terima kasih atas undangan Tuanku Permaisuri, saya amat menghargainya. Tapi buat masa ini, saya masih lagi terikat dengan perjanjian untuk  bekerja di tempat saya bekerja sekarang. Agak tidak manis jika saya berhenti begitu sahaja. Lagi pula, dia telah banyak membantu saya sepanjang saya berada di sini." jawab Tania dengan sopan.

"Kamu tidak perlu risau soal itu, beta akan uruskan. Kamu segeralah bersiap untuk berpindah ke istana lagi 3 hari dari sekarang. Pengawal saya akan datang menjemput kamu untuk  ke  istana." arah Permaisuri itu tanpa mahu mendengar alasan.

Tania hanya terdiam mendengar perintah Permaisuri itu dan mengangguk faham.

______________________________________

Itu merupakan hari pertama Tania untuk memulakan latihannya di istana. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dan semestinya  kehadiran Tania disambut dingin oleh para  karyawan dan artisan yang lain di situ. Kumpulan Tania diberikan  artis-artis baru yang kurang pengalaman dan pemain musik tambahan sahaja. Tania hanya mendiamkan diri tidak membangkang keputusan yang telah dibuat. Menerima bulat-bulat pembahagian ahli kumpulannya. Ahli kumpulan itu akan bersamanya untuk sepanjang tahun tersebut.

" Tugasan kita untuk bulan depan ialah mempersiapkan persembahan untuk menyambut kedatangan Putera kerajaan Cina Putera Lee Chun Er,  Putera Matsumoto Sasuke dari Jepun dan Prince  Alexis Michael dari Negara Barat atas urusan rasmi import eksport barangan dengan kerajaan negeri kita." Kata Chun Ah anak saudara kepada Permaisuri kerajaan Silla itu.

"Jadi di sini saya telah menyediakan jadual untuk  aturcara persembahan pada hari tersebut. Kumpulan saya akan bertanggungjawab untuk persembahan menyambut kedatangangan para tetamu  dan persembahan utama. Persembahan     khas akan dibuat oleh kumpulan   Seoyeon. Dan persembahan penutupan akan dibuat oleh kumpulan Tania." Katanya  menamatkan pembahagian tugasnya.

" Tania ! Kau dan kumpulan kau nanti jangan buat onar masa majlis tu pulak. Walaupun korang baru lagi, berusahalah sebaik mungkin. Sebab tu aku bagi korang persembahan penutup sebab orang tak akan  fokus sangat dengan persembahan penutupan tu. Tu pun kalau nasib korang baik dorang akan balik awal dan persembahan dipendekkan." Kata Chun Ah dengan sombongnya.

"Nasib baik kalau balik awal? Heh.," Soal Tania sinis.

"Ah hah.. Jangan risau dengan kumpulan aku, baik kau fokus dengan kumpulan kau je. Pandailah aku jaga kumpulan aku." Kata Tania lalu berdiri.

"Kamu semua ikut aku sekarang," kata Tania mengarahkan anak-anak buahnya  beredar ke bilik latihan mereka.

" KIM.. TA.. NIA..! ," jerit Chun Ah geram.

"Tak payah jerit la, aku tak pekak lagi. Hah... Kau nak aku buat apa lagi? ," soal Tania selamba.

Mereka berdua saling berbalas renungan tajam. Chun Ah terkedu menatap anak mata mewah hijau emerald milik Tania.

Tania tersenyum sinis terus berjalan meninggalkan Chun Ah. Dia malas melayan perangai bongkak dan angkuh  Chun Ah.

_____________________________________
 
Tania dan ahli kumpulannya bekerja keras selama sebulan untuk memastikan  persembahan mereka benar- benar sempurna. Peranan ahli kumpulannya juga ditukar mengikut kelebihan dan kesesuaian kebolehan  masing-masing. Hari demi hari hubungan mereka juga semakin akrab,  sinergi dan kerjasama antara mereka juga sangat mengagumkan. Tania telah berjaya memenangi hati dan kepercayaan ahli kumpulannya. Dan itu adalah satu kejayaan besar buat Tania.

" Okay, kamu semua boleh balik berehat awal harini. Pastikan kamu dapat  rehat yang secukupnya. Jangan  terlalu risau akan persembahan esok. Yang penting kamu semua perlu enjoy semasa membuat persembahan .Jangan terlalu takut dan tegang. Relax." Kata Tania menyampaikan amanat terakhirnya sebelum persembahan esoknya.

"Enjoy? Relax? Apa maksud perkataan tu?," Tanya salah seorang ahli kumpulannya. Ya, mereka keliru. Tania sering menggunakan perkataan yang pelik,yang belum pernah mereka dengar.

Tania menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sering terlepas cakap menggunakan  bahasa modernnya.

"Enjoy, maksudnya nikmati. Kamu kena nikmati musik yang kamu mainkan, jiwai persembahan yang kamu lakukan dan bergembiralah." Kata Tania.

"Oooooooooooo..begitu maksudnya," jawab mereka serentak.

" Relax tu apa pulak?," Soal seorang lagi.

"Relax tu maksudnya  tenang. Kamu kena bertenang supaya kamu tidak gugup semasa buat persembahan, jangan nervous." Jawab Tania.

" Nervous tu amenda pulak," soal mereka lagi.

Tania menepuk dahinya. Otaknya sedang mengalami kecelaruan bahasa.

" Nervous tu maksud dia...    Bla bla bla bla," Tania mula menerangkan ayatnya panjang lebar..semakin banyak dia bercakap semakin banyak perkataan baru keluar dari mulutnya.
______________________________________

"Noona!," panggil Hansung. Tania menoleh  ke arahnya.

Tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya Hansung terus  berlari ke arahnya dan memeluknya erat. Kawan- kawan Hwarangnya terkejut dengan tindakan spontan Hansung.

"Pogoshipta...,noona...," Hansung menggenggam erat belakang baju Tania. Hansung tanpa dapat berselindung lagi  mula menangis seperti anak kecil. Dia sudah tidak peduli lagi. Dia tidak sanggup terus begitu, berada di kawasan istana yang sama tapi tidak saling bertegur sapa dengan noona kesayangannya.

Chun Ah yang kebetulan lalu di situ terkejut melihat drama di hadapannya.

Semua orang di sekitar tempat itu tercegang. Tania pula masih terkejut dipeluk Hansung  secara tiba-tiba.

Perlahan Tania membalas pelukannya. Belakang Hangsung yang bidang  diusap perlahan, perlahan belakang Hansung ditepuk lembut  bagi menenangkan adik angkat kesayangannya itu. Ya dia juga, amat merindukannya. Pelukan hangat yang mendamaikan dari adik angkatnya yang manja dan sensitif itu.

Rakan-rakan Hwarangnya yang tadinya  sedang sibuk berlatih terhenti seketika dan ternganga, begitu juga Chun Ah.

" Bianne, maafkan noona sebab tidak datang terus menemui kamu sesampai di istana ini. Noona bangga dengan kamu, kamu juga nampaknya semakin sasa, dan matang." Tania meleraikan pelukannya, Tania mengesat air mata yang masih bersisa di tubir mata Hansung. Pipi gebu Hansung diusap lembut. Rambut Hansung yang panjang dirapikan. Mereka saling berbalas pandangan, rindu.

Telinga Hansung tiba-tiba berubah kemerahan, malu bertatapan mata dengan noona kesayangannya yang sangat cantik itu. Baginya tiada seorang pun wanita di kerajaan itu yang secantik noona kesayangannya.

Tania memegang kedua belah pipi Hansung menggunakan tangannya, dia menjengkek menyamai ketinggian Hansung. Chu.

Satu ciuman dihadiahkan pada pipi Hansung. Ciuman Tania pada pipi Hansung mengundang kehadiran natural blusher pada wajah Hansung. Kini wajahnya merona merah. Melihat perubahan yang amat ketara pada wajah Hansung mengundang tawa Tania.

" Haha...Beruang Kutub noona sangat comel,"  kata Tania tersenyum manis. Dunia Hansung terasa terhenti seketika melihat senyuman manis noona kesayangannya itu.

Tania menarik baju hansung agar lebih  dekat dengannya, Tania memeluknya  sekali lagi. Matanya dipejam rapat. Buat pertama kalinya Tania pula perlukan kehadiran Hansung untuk menenangkan jiwanya.

Hansung tersedar dari lamunannya, buat pertama kalinya  noonanya bersikap terbuka begitu kepadanya. Bau haruman noona yang dirinduinya, sangat menenangkan.

"Noona... Jangan tinggalkan Hansung lagi  ya ."  Airmata Hansung gugur lagi. Tania hanya membalas dengan mengangguk perlahan.
______________________________________

Tania meleraikan pelukannya. Air mata Hansung dilap menggunakan hujung lengan bajunya.

" Ya.. Noona tak kan tinggalkan Hansung lagi. Jadi jangan nangis lagi dah. " Kata Tania memicit kedua-dua belah pipi hansung yang comel itu.

" Tengok tu, nangis-nangis camni dah tak hensem lagi dah. Sebijik macam beruang kutub kena selesema. Dengan hingus lagi ayyy .," Tania mengeluarkan sapu tangannya mengelap hingus Hansung yang mula meleleh kerana terlalu kuat menagis.

" Macam mana rupa beruang kutub tu noona?," soal Hansung, berhenti menangis. Mengelap matanya yang masih dibasahi air mata itu. Tania menatap sepasang mata indah milik Hansung.

" Macam Hansung.. Besar, sasa, pipi bambam, comel, gebu macam bantal, hangat dan menyenangkan."  Terang Tania ,berkias.

" Dah, pergi mandi, bau masam. Bucuk bucuk," kata Tania  dalam nada bergurau. Tania memicit hidungnya manakala sebelah lagi  tangannya menghalau Hansung pergi.  Hansung menghidu bajunya, ketiaknya.. ingin memastikan kebenaran kata-kata noonanya. Setahunya dia tidak pernah mengalami masalah bau badan walaupun kuat mana dia bekerja dan berpeluh. Jika benar maka jatuhlah imejnya sebagai jejaka tampan.

" Mana ada busuk, noona ni," Hansung mula mempertahankan diri.

" Hahahahhahhahahhaha, gurau jela", Tania menyiku perut Hansung.

" Ah.. sakitlah noona," rengek Hansung.

"Alah... Kena sikit je pon ... Tengok baju kamu koyaklah... ," Kata Tania kepadanya. Hansung memeriksa bajunya.

" Mana ada? Tak koyaklah," Hansung kehairanan.

" Adala...ini.... Gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu gulu," Tania menggeletek Hansung.

"HaahahhaHAHAHHAHhahhahhaHAHAHHAhahhaha..nooNA geli la... Dah ...dahh... Geli ...hahahahhaHAHAHha," Hansung ketawa besar kegelian digeletek Tania.

"Ha.. Kan bagus, gelak ..senyum macam ni, dah jangan nangis lagi. Esok noona ada persembahan, so noona kena rehat dan tidur awal. Kamu pun sama. Tidur awal, makan cukup-cukup, bersih- bersih, jaga kesihatan."  Pesan Tania kepadanya.

"Baik bos," Hansung  mengangkat ibu jarinya.

"Yosh....Bagus." kata Tania sambil bercekak pinggang.

" Okaylah, Noona gerak dulu ya. Kamu jaga diri."  Tania menepuk lembut bahunya sebelum berlalu pergi.
______________________________________

"Emmmmm wanginya.....♥️," Hansung menghidu sapu tangan pemberian noonanya lalu memeluknya erat.

"Hey ,Hansung. Perempuan siang tadi tu siapa? Kenapa kamu panggil dia noona? Kau ada dua beradik je kan? Ke ayah kau ada anak lain lagi? Bukan  dia ke yang buat persembahan haritu?,"  Sahabatnya mula menyerang dengan soalan bertubi-tubi.

" Ya, dia noona saya.. noona dunia akhirat saya..yang lahir dari ibu yang berbeza dan dari darah yang berbeza.," Kata-kata Hansung membuatkan mereka hanya menggelengkan kepala.

" Kau rapat eh dengan dia ,? Cantik orangnya," tanya sahabatnya seorang lagi.

"Ya kami rapat, aku selalu jumpa dia. Aku rasa tenang kalau dapat peluk dia ." Akui Hansung.

" Apa?!!!! Kau selalu peluk dia!! Sejauh mana hubungan korang!!?," Tanya seorang lagi sambil mengangkat kening dengan soalan nakalnya.

"Kakak dan adik," jawab Hansung dengan yakin dan naif .

"Ayyy!!!! ," Kawan- kawanya membalingnya dengan bantal.

"Kenapa?! Apa masalahnya,?" Soal Hansung hairan.

" Kau rugilah Hansung. Dapat kakak hot  tapi tak pernah buat dengan dia." Kata-kata kawannya membuatkan  telinga dan muka Hansung bertukar merah serta merta.

"Korang jangan macam-macam. Tu noona aku. Aku sangat sayangkan dia dan sangat menghormatinya. Korang takkan pernah faham. Aku sayang dia bukan sebab cinta antara lelaki dan perempuan. Tapi cinta sebagai sebuah keluarga. Satu-satunya orang yang dekat dengan aku dan sangat  memahami aku. Aku dah anggap dia macam saudara perempuan  dan kakak kandung aku sendiri,  aku takkan sanggup buat benda tu pada dia, sebab dia noona aku, keluarga buat aku. Orang yang ingin aku lindungi." Luah Hansung kesal dengan kata-kata  kawannya.

_____________________________________

Persembahan   telah berlangsung dengan jayanya pada hari tersebut dan mendapat pujian dari para tetamu yang hadir. Persembahan yang dipersiapkan oleh Tania  hanyalah persembahan yang sama pada persembahan sebelumnya iaitu  persembahan "Shangrilla"  dengan sedikit perubahan pada bilangan penari, musik, pakaian, tarian, dan  aksesori persembahan mereka. Tania enggan  mendedahkan terlalu banyak ilmu masa depannya untuk menjaga keseimbangan dua dunia yang didiaminya.

Segalanya berjalan lancar sampailah berita itu sampai. Mimpi buruk buat Tania. Kipas di tangannya terjatuh, nafasnya seakan terhenti seketika, hatinya seolah-olah seperti kaca yang tiba-tiba retak seribu, remuk berkecai, air matanya mula jatuh menuruni pipinya.

Roh Hansung yang masih berantai pada lehernya berdiri betul-betul dihadapannya dengan tangan yang berdarah. Seorang pengawal berlari mendapatkan ayah Hansung. Ayah Hansung kelihatan sangat marah, mukanya berubah merah menyala saat berita itu sampai kepadanya. Dia memandang ke arah Permaisuri lalu segera tunduk dan berlalu pergi.

" Maafkan Hansung noona, Hansung mungkir janji. Hansung tak dapat bersama dengan noona lagi. Hansung ingin melindungi sahabat baik Hansung. ... Kali ini Hansung rasa Hansung lebih lega kerana buat pertama kalinya Hansung berkesempatan  untuk bertanggungjawab atas tindakan Hansung sendiri. Noona ... SaranghaeNomu nomu Saranghamnida." Ucap Hansung dengan linangan air mata. Rantai besi pada leher Hansung mula hancur dan terputus.

Semua ahli kumpulannya telah turun ke bawah pentas, tapi Tania masih tetap di situ, kaku memandang ke arah  Hansung dengan linangan air mata. Semua mata tertumpu pada Tania. Permaisuri mula kehairanan.

Prince Alexis Michael  menggenggam erat tangannya manakala Putera Matsumoto Sasuke terpempan di situ. Mereka boleh melihat roh itu.

" An dwae...Hansung ah...a..pa ...terjadi ..pada ka..mu? " Suara Tania  berketar dengan air mata yang masih tanpa henti menuruni pipinya.

Hansung hanya tersenyum padanya lalu berpaling ingin pergi.

" HANSUNG!! ," Tiba-tiba Tania menjerit membuatkan langkah Hansung terhenti di situ. Semua orang mula bingung melihat prangai aneh Tania. Prince Alexis Michael yang mesra dengan panggilan Alex  itu memandang Tania. Begitu juga Putera Matsumoto Sasuke  yang dikenali dengan panggilan Sasuke itu juga  memandang tepat ke arah Tania.

Serta merta cuaca menjadi mendung dan gelap. Hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya bersama angin yang membadai  kuat. Beberapa orang petugas  soul reaper mengelilingi Hansung.

"DONT.TOUCH.WHAT'S.MINE !!,"  Tania memberi amaran kepada soul reaper tersebut tapi mereka lansung tidak mengendahkannya.

Tanpa berfikir panjang Tania melilit rantai pada tangan kanannya lalu  menarik  rantainya sehingga putus.  Anak matanya bertukar hitam pekat. Sekelip mata dia hilang dari pentas.

Tania serta merta  muncul di hadapan Hansung.

"Over My Dead Body! Try Me !"  Mata Tania bertukar merah menyala memandang tepat ke arah soul reaper di situ.

Continue Reading

You'll Also Like

19.5K 65 3
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
1K 72 33
Selepas kematian aku, Aku terbangun di dunia lain. Yep! Macam cerita Isekai. Aku masuk ke dunia fantasi novel game LOST SWORD yang aku buat!!? -dan k...
213K 8.8K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...
25.1K 1.1K 75
Aku Bianca. Ini ialah kisah tentang aku. (Saya tercari-cari gambar vamp ni. Selamat jumpa akhirnya (≧▽≦). Huhu~)