MR BLIND [COMPLETED]

By ladyfrozenace

2M 97.2K 7.6K

(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan... More

1๐ŸŒผ
2๐ŸŒผ
3๐ŸŒผ
4๐ŸŒผ
5๐ŸŒผ
6๐ŸŒผ
7๐ŸŒผ
8๐ŸŒผ
9๐ŸŒผ
10๐ŸŒผ
11๐ŸŒผ
12๐ŸŒผ
13๐ŸŒผ
14๐ŸŒผ
15๐ŸŒผ
16๐ŸŒผ
17๐ŸŒผ
18๐ŸŒผ
19๐ŸŒผ
20๐ŸŒผ
21๐ŸŒผ
22๐ŸŒผ
23๐ŸŒผ
24๐ŸŒผ
25๐ŸŒผ
26๐ŸŒผ
27๐ŸŒผ
28๐ŸŒผ
29๐ŸŒผ
30๐ŸŒผ
31๐ŸŒผ
32๐ŸŒผ
33๐ŸŒผ
34๐ŸŒผ
35๐ŸŒผ
36๐ŸŒผ
38๐ŸŒผ
39๐ŸŒผ
40๐ŸŒผ
41๐ŸŒผ
42๐ŸŒผ
43๐ŸŒผ
44๐ŸŒผ
45๐ŸŒผ
46๐ŸŒผ
47๐ŸŒผ
48๐ŸŒผ
49๐ŸŒผ
50๐ŸŒผ
51๐ŸŒผ
52๐ŸŒผ
53๐ŸŒผ
ALPHA๐Ÿบ & MMW๐Ÿ‘‘
54๐ŸŒผ
55๐ŸŒผ
special 1๐ŸŒผ
special 2๐ŸŒผ
special 3๐ŸŒผ

37๐ŸŒผ

35.4K 1.5K 70
By ladyfrozenace

Special Raya Korban😉

"Adam....nanti singgah kat mall tu sekejap nak tealive boleh?" Pinta Nia sambil tersenyum cantik kat Adam yang tengah bawak keta.

"Boleh makan ke dalam pantang?" Adam tanya balik. Dorang otw nak balik rumah bonda ni. Esok dah nak raya korban wehhh

Nia buat muka kesian. "Alah...awak boleh la? Lagipun harini je kan, esok saya dah bebas!!!" Dia pun tak tau boleh ke tak cuma teringin hohoho.. alah setakat sehari okay la kan.

"Kejap aku google dulu" Adam sanggup la berenti tepi jalan sebab nak search pasal semua ni. Patut bagi anugerah lelaki...eh tak, suami terbaik tahunan dah kat dia.

"Baby, dia cakap air teh tak boleh sangat sebab berangin and dia punya caffeine pun tak berapa elok. Kecuali kalau kau minum teh herba la which is not la kan...." dia pandang Nia kat sebelah nak tengok reaksi. Mulut Nia memuncung.

"Tapi sikit je takpe kan? Boleh la?.."

"Kau nak air ape?"

"Nak boba milk tea?"

"Jap..." Dia buka balik phone. "Boba kau nak tu ada ais kan Nia? Tak boleh la... Dalam pantang tak boleh minum ais sebab sejuk. Lain kali eh?" Bukan taknak bagi tapi tak elok untuk Nia. Takut mudarat nanti apa dia nak jawab kat bonda. Mau kena sula dia nanti kang ha...

Muka Nia muram je sebab Adam tak bagi. Adam sentuh bahu Nia tapi dia elak.

"Nia...jangan la cam ni?"

Nia diam lagi.

"Baby? Dah taknak pandang aku?"

Nia geleng kepala. Adam dah huiishh berat nih,

"Sayang.... Kau tau kan sebab ape aku tak kasi kau minum ni?" Lembut je Adam tanya. Dia nak Nia faham.

"Tau...."

"Then? Jangan la merajuk ye? Okay, aku janji lepas je kau habis pantang esok aku belikan kau segala mak nenek boba ha. Kau nak ape semua pun boleh janji tak melampau la. Aku taknak la sayang aku nanti obes ke, kena diabetis ke. Aku nak hidup lama lgi dengan kau tau. Nanti tak pepasal aku jadi duda handsome laku keras"

Asap dah keluar kat telinga Nia. Memintak laki aku ni...

"Auwww sakittttt~" Adam mengaduh sambil gosok lengan dia. Kena penampar sedas. "Mengarut la lagi!"

"Dah okay? Tak merajok?"

"Dah, tapi janji eh lepas je habis pantang Nia nak ape je awak kena belikan?" Nia mintak kepastian.

"Sure baby..."tangan Nia dicium macam berjanji. Takkan la dia nak tipu lak kan.

_________

"Selamat hari raya awak, mintak maaf zahir batin sekali lagi even ni bukan raya puasa" Nia salam cium tangan Adam. Ada ke orang mintak maaf bagai raya korban ni? Ahhh lantaklah janji takde dosa dah.

"Pelik pelik je kan kau baby? Raya korban pun kau nak buat sesi bermaafan ye? Yelah, aku maafkan semua salah kau yang memang takde tu. Aku sentiasa maafkan kau Nia..." Adam cium dahi Nia lama. Kemudian rasa air hangat di dahinya. Nia tarik kepala ke belakang. "Eh? Kenapa ni?"

"Aku mintak maaf Nia, aku salah banyak sangat dengan kau. In fact aku sebabkan kau merana dulu. Tapi aku janji aku akan berubah, untuk kau dan untuk aku jugak. Maafkan aku ya sayang?" Hidung dan seluruh muka Adam merah menahan tangis. Segan jugak menangis depan isteri sendiri ni tapi bukan maksudnya suami tu dayus ye? Tapi maksudnya suami tu berhati lembut and sayang kau sangat-sangat tau?

"Auwww....jangan la nangis? Yang lepas biar lepas eh, awak?" Nia kesat air mata Adam. Ala comel dia nangis sampai merah muka.. cemane nak ada anak ni?

Adam mengangguk. "Thanks Nia... thanks for becoming my wife. Thanks for every happy moments. And thanks for existing..." Adam tarik Nia dalam pelukan erat yang Nia sendiri balas. "Thanks to you too my hubby boo..."

"Sebagai tanda nak pujuk, kiss aku siket?" Adam suakan pipi dia. Nia dah eh kau pahal doh? Tapi dia kiss jugak, hehehehe gatal!

"Jom turun bawah? Nia nak tolong bonda kat dapur"

"Nia kau baru habis je pantang harini. Rehat la dulu..jangan nak aktif sangat. Mana tau kang terbuka ke jahitan kau kat bahu tu, or kat perut cemana?" Adam risaukan Nia. Bukan tak tau kalau tak pesan awal awal mau si Nia ni pegi merentas desa kejap lagi. Buas tu tak boleh bawak bincang.

Kedua belah pipi Adam dipegang dan ditekan sikit. "Dah sembuh dah la semua tu..jangan la risau sangat eh? Lagipun Nia baru rasa nak merdeka, nak berjalan laju laju, nak rasa semua makanan yang ada. Ingat seronok ke dalam pantang asyik kena sekat je?"

Adam pulak pegang kedua pipi Nia,
"Iye tau...tapi jangan buat benda bukan bukan pulak? Aku tau siap kau aku denda."

"Denda? Denda ape?"

"Berenang macam dugong dalam swimming pool selama dua jam tanpa henti"

"Nak kena ke?" Nia angkat tangan gaya nak gustikan Adam sikit lagi. Adam dah cabut lari sebelum kena betul-betul.

"Nia try la rasa serunding bonda buat, baru first try. Kalau tak sedap jangan complain eh?". Mereka ketawa bersama. Takkan la dia nak cakap tak sedap lak

"Sedap la bonda, nanti boleh ajarkan Nia nak buat eh?"

"Boleh Nia, dengan sape lagi la bonda nak share semua resepi kalau bukan Nia. Mana ada orang lain dah, yang nak makan ramai la.." bonda jeling ayahanda dengan anak anak dia. Along tersedak air oren. Angah buat pekak and Adam buat buat busy kira balang kuih raya.

"Azim, Akim, Adam... esok pagi pagi kita pegi masjid. Ayahanda buat korban kat sana. Nanti tolong lapahkan daging, cuci semua tau. Jangan nak mengelat pulak" bukan apa, anak bujang dan dah kawin sorang ni kaki mengelat. Bukan tak datang langsung, tapi datang lepas orang dah siap buat keja. Perangai la...

"Baik ayahanda..." Lemah je semua jawab. Dah ayahanda turunkan titah takkan tak buat kot. Nak kena tulah ke?

"Bagus..." Ayahanda puas hati.

"Bonda, ade orang nak datang beraya ke nanti?" Nia tanya sebab bonda beriya sediakan kuih raya semua ni. Nak sambut sape?

"Oh bonda tak kasi tau eh? Nek Salmah dengan sedare lain ada cakap nak singgah. Tapi tak tau la pukul berapa nak sampainya. Nia kalau letih  naik bilik rehat tau, jangan paksa diri tu" pesan bonda. Nia rasa terharu gila, yelah mama meninggal masa dia form 1 and lepas tu mana ada orang nak jadi mother figure kat dia dah.

"Bonda jangan risau la, Nia okay je. Bonda tu yang kena banyak rehat" Nia usap tangan bonda yang menggenggam jemari dia dari tadi.

"Nia, jom naik atas tengok movie?" Adam mencelah moment berharga mereka.

"Movie? Tengah raya la sekarang?" Pelik nau nak tengok movie sekarang. Pagi lagi ni. Bonda tepuk lengan dia lembut. "Pegi la Nia, Adam tu memang macam macam perangai dia. Layan je la kalau larat...."

Adam sengih seronok ada orang sokong. "Bonda kalau nak mintak Adam tolong nanti jerit eh? Adam kat atas"

Dia maksudkan bilik tayangan kat atas la tu. Saja nak menempek sebelah
Nia la tu, macam orang tak tau.

"Baby...sini kejap" panggil Adam bila Nia baru nak godek movie apa best. Dia ditarik duduk atas riba Adam. Kau bayangkan la, pakai baju kurung kau nak duduk cam naik motor tu. Betapa tak selesanya. Nia menggeliat nak bangun.

Adam tampar sikit punggung Nia. Muka Nia dah merah habis. "Apa duduk tak diam ni?"

"Nia duduk kat sebelah, tak selesa kain terselak nanti" dia tolak dada Adam yang makin rapat. Adam senyum jahat.

"Bagusla, biar terselak banyak sikit baby, baru cekci" tangan Adam yang tadi di pinggang turun ke paha dan betis putih Nia yang terdedah.

Mata Nia terbeliak. "Adam! Raya ni!!!"

"Alah sayang..... Aku rindu la, kau pantang lama babe. Mana la aku tak rindu..." Muka Adam sengaja dimuramkan sebelum disembam pada celah leher Nia. Nia rasa awkward la sebab sebelum ni mana penah duduk camni ngan Adam.

"Jangan mengada la Adam! Saya turun bawah nanti?" Nia mengugut. Adam dan yelah... Nia diletakkan kat sebelah tapi terus ditarik dalam pelukan hangat. "Wangiiinyeee baby!!!"

Bau cam baby la. Nia pakai bedak baby ke?

"Sayang.... I have something for you" Adam ambik sesuatu dari poket baju melayu dia dan diberi pada Nia. Tu niiat sebenar ajak Nia datang sini tapi dah tergatal pulak sampai lupa.

Mata Nia terbuntang bila tengok.
"Serious la awak?"

Adam angguk dan sengih.

"And this.... Reception?"

"Yup, just for my sweet princess... Do you like it?" Soal Adam. Nia ternganga luas. Gila tak suka? Honeymoon package ke Japan and Hawaii. And lagi satu kad jemputan majlis mereka. Adam betul-betul buat surprise.

"Thank you....."air matanya meleleh terharu. Adam dah gelak mengekek sambil lap air mata dia.

"Alololo...jangan la nangis baby.. kau ni kan, happy nangis, sedih nangis. Memang perempuan complicated eh? Asyik nangis je keje..."



Tbc

Continue Reading

You'll Also Like

313K 11.5K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
345K 15.4K 47
| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance ยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐ Pemergian Pua...
411K 20.5K 36
[LAST MINE SERIES FROM EYCHAEYHEYN] Bodyguard.. Mungkin pada pandangan anda, bodyguard itu seorang yang dan menjadi jejaka idaman ramai, bukan? Tapi...