[√] Pregnant.

By itsrys-

25.7K 3.2K 372

Jeon Jungkook, seorang lelaki naif dan baik hati. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Kim Seokjin. Pada mu... More

Introduction
01 • Mystery guy
02 • Sleep With Him
03 • Begin
04 • Wonder
05 • He's calling
06 • Not feeling well
Not an update
07 : Outing
08 • Enoki Kimchi
09 • Gold Chain
11 • Mad
12 • Operation
13 • Rude
14 • Discharge
15 • Arguement
16 • Die
17 • Where
18 • Truth
19 • My fault
20 • New Life
21 • Club
22 : Dirty
23 : Unwell
24 • Hit
25 • Worry
26 • Stage 4
27 • Sick
28 • You
29 • Rain
30 • Am I Wrong?
31 • Fear
32 • Forgive me
33 • Vomit
34 • Wedding gown
35 • Please
Spoiler
36 • Ring
37 • Propose
38 • D-day
39 • Slipper
40 • Strong
41 • Birthday
42 • Welcome
43 (Final) • Goodbye

10 • Sorry

526 74 9
By itsrys-

Jungkook terjaga daripada tidurnya di awal pagi apabila terdengar bunyi bising daripada dapur seperti Haera sedang menangis. Jungkook bangkit dan keluar daripada bilik.

Satu persatu anak tangga dituruni dan menuju ke arah dapur. Kelihatan Haera sedang menunduk sambil dia mengeluarkan isi perut yang sudah kosong. Sinki dipegang dengan erat.

Jungkook terkejut dengan keadaan Haera lalu menghampirinya. Masa ini Jungkook berasa agak risau dan tidak tahu apa yang akan berlaku. Adakah semuanya akan bermula.

" Haera, gwaenchana? " Soalnya itu dengan penuh risau. Dengan keadaan Haera yang seperti lemah menggeleng dan kelihatan air matanya jatuh satu persatu di dalam sinki akibat perit.

" Kita pergi hospital ya. " Haera tak menjawab. Jungkook menarik lengan Haera dan memapahnya keluar dari dapur. Kunci kereta diambil dan dia juga Haera keluar daripada rumah.

Dengan lemahnya, Haera duduk di atas kerusi di hadapan. Dia berharap tiada apa yang berlaku kepada Haera. Jungkook takut, takut jika kecewakan Seokjin sekali lagi.

" Aku mohon kau bertahan, Haera. " Ujar Jungkook. Enjin dihidupkan dan perlahan-lahan keretanya keluar dari perkarangan rumah Haera.

-

Doktor Kim melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan Haera dan Jungkook. Bibirnya tersenyum manis melihat keputusan di atas kertas yang mengandungi keadaan Haera.

" Tahniah, isteri encik mengandung tiga minggu. " Ujar Doktor Kim lalu di berikan satu kad polaroid yang sudah discan tadi. Jungkook mengambilnya dan bersandar pada kerusi.

Jungkook tidak tahu sama ada dia patut gembira ataupun tidak apabila dia mengetahui keputusan ini. Haera menunduk dan fikirannya melayang tentang Seokjin. Kedua-dua mereka berfikiran yang sama.

" T-terima kasih doktor. " Jungkook menunduk lalu menarik lengan Haera keluar dari klinik. Jungkook perlahan -lahan memapah Haera masuk dalam kereta.

" Maafkan aku. " Ujarnya. Suasana di dalam kereta terlalu hening. Haera tidak menjawab sebaliknya dia terus menerus menunduk tanpa menoleh ke arah Jungkook.

" Jinjja mianhaeyo. " Ujar Jungkook sekali lagi tetapi Haera tidak langsung menjawab. Jungkook berputus asa di situ lalu menghidupkan enjin dan dia membawa kereta tersebut.

' Aku takut kalau kau bencikan aku, Haera. Tolonglah maafkan aku. ' Ujar Jungkook di dalam hati. Menangis di dalam hati dan menahan tangisannya dari tumpah dari luar.

-

Seokjin terjaga. Matanya dikelipkan beberapa kali sebelum pandangannya jelas melihat sekeliling. Dia terbangun secara mengejut tetapi Namjoon yang ada di sebelahnya menahannya.

" Hyung, kau ada rasa sakit? Kalau tak, aku panggilkan doktor. " Ujarnya. Seokjin terkaku melihatnya dan yang dia paling takutkan jika Namjoon tau tentang rahsianya - rahsia terbesar.

Bukan tidak mahu diberitahu pada Namjoon, tetapi dia tidak mahu rakan Seokjin sendiri yang dia anggap sudah seperti adiknya tahu tentangnya. Dia takut walaupun Haera.

Walapun... Jungkook.

" Kau... dah tahu? " Soalnya. Seokjin memerhati tindakannya seperti sudah mula mengendur dan wajahnya telah berubah seperti Namjoon kecewa dan sedih. " Namjoon... "

" Kenapa kau tipu aku? " Namjoon menyoal dan soalan tu cukup buatkan Seokjin terkejut. Namjoon menatap lelaki itu yang dia anggap abangnya. Abangnya yang banyak bantunya dan melayan perangainya.

" Aku sayangkan kau. " Balasnya.

" Kalau kau sayangkan aku, patut kau bagitahu aku bukannya sorokkan pada aku, hyung. Kau tahu memang dah tak ada siapa-siapa selain kau. " Ujar Namjoon.

Luruh hatinya melihat air matanya turun di hadapannya. Seokjin biarkan Namjoon menangis kerana ini adalah kali pertama dia menangis di depan Seokjin sendiri. Seokjin memeluknya erat.

" Maafkan hyung, Namjoon. " Ujar Seokjin perlahan. Seokjin menahan dirinya daripada menangis di depan Namjoon. Ini sahaja peluang untuk dia menjadi kuat di hadapannya.

Bukan untuk Namjoon sahaja tapi bakal tunangnya, Jung Haera dan adik yang dia sayangi, Jeon Jungkook. Apa- apapun dia ingin melihat orang yang dia sayangi gembira sehingga nafas yang terakhir.

To Be Continued

Aku rasa merepeklah fanfiction ni, hiks :(

Continue Reading

You'll Also Like

67.1K 5.5K 41
24.3K 4.2K 20
" he was supposed to go after her, turn her down, return her back to her rich ass parents but instead, he fell for her. so now, he's not just after h...
58.6K 1.5K 13
"Maafkan saya, tuan. Saya tiada hak untuk mengubah butiran yang ada di dalam fail ini. Melainkan jika tuan sudi mengahwini Cik Hee Young maka seluruh...
40.4K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...