π‘ͺπ’‰π’‚π’π’ˆπ’† . β€’ jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

twenty seven

473 82 54
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Kau tau apa perkara yang menyedihkan selepas hadap semua perkara yang membuatkan kau bahagia ?

Ianya , kau kena lepaskan semuanya.

Malam tu jugak.

"N-nae ?" terkebil kebil aku memandang wajah Jungkook.

Dia hanya senyum nipis. "Gunawo sebab sudi luangkan masa dengan aku. Aku seronok sangat hari ni"

Pantas lengan Jungkook aku sentuh perlahan dengan pandangan tidak percaya aku berikan kepadanya. Masih keliru dengan apa yang baru sahaja dia katakan kepada aku sebentar tadi.

"K-kau cakap apa tadi ?"

Riak wajah Jungkook mula berubah.

"K-kau cakap... yang kau tak mahu kita bersama balik ? Ta-tapi kenapa ? A-aku tak faham" aku geleng kepala perlahan.

Baru sahaja sebentar tadi , aku luahkan semuanya kepada dia. Aku cakap yang aku nak kami berdua kembali kepada hubungan kami yang lama.

Walaupun Jeon Jungkook tersenyum bahagia bersama dengan aku harini , walaupun Jeon Jungkook seronok bersama aku harini tapi Jeon Jungkook tetap...

Menolak perasaan aku.

"Maafkan aku , Jang Yiseo. Kita berdua , tak ditakdirkan untuk bersama diakhirnya"

"Ma-macam mana kau boleh senang senang je cakap macam tu ? K-kau tak cuba apa apa lagi dan kau terus cakap macam tu ?"

Shit. Mata aku dah mula berair.

"Jang Yiseo , dengar sini , aku—" baru sahaja dia cuba untuk menyentuh bahu aku , pantas aku tepis.

"Jeon Jungkook , jujur dengan aku. Kau betul betul dah takde perasaan dekat aku ke , hm ?"

Jungkook terdiam.

Walaupun soalan itu tampak senang dan hanya perlu dijawab dengan ya ataupun tidak sahaja , namun Jeon Jungkook langsung tidak mampu membuka mulut untuk berikan jawapannya.

Baginya , jawapan yang dia bakal berikan kepada aku , akan memberikan satu impak yang begitu besar sekali kepada hati dan perasaan aku sendiri.

Aku dongakkan wajah dan tatap ke dalam anak matanya lembut. Pandangan penuh berharap aku berikan kepada lelaki itu walaupun dia cuba sedaya upaya untuk melarikan pandangannya.

"Kau... dah tak sayangkan aku lagi ke , Jeon Jungkook ?"

Jungkook ketap bibir rapat.

"Se-selepas banyak memori yang kita dah bina bersama , selepas banyak perasaan cinta yang kita luahkan kepada masing masing... kau tak rindukan semua tu ke , Jeon Jungkook ?" suara aku mula bergetar.

Entah kenapa , hidung aku terasa pedih sangat dan mula memerah. Air mata yang mengaburi mata aku sendiri membuatkan pandangan mata aku menjadi kabur.

Namun begitu , aku tetap menatap wajahnya tanpa langsung berfikir ingin melarikan pandangan seperti apa yang Jeon Jungkook sedih lakukan kepada aku ketika ini.

"Jeon Jungkook... do you miss me like I miss you ?"

Perlahan Jungkook membalas pandangan aku. "Perlu ke aku jawab soalan tu ?"

"Sudah semestinya perlu , Jeon Jungkook !"

"Yiseo-ah , aku dah jadi tunang orang. Dan tak lama lagi lepas sahaja graduate , aku akan berkahwin terus dengan dia. Dan kau... akan aku lupakan juga walaupun sukar"

Kedua dua bahu aku dipegangnya erat. Mendengarkan sahaja kata katanya , hati aku rasa bagaikan terguris. Sakit sangat sangat.

Dia menatap ke dalam anak mata aku lama.

"Jadi aku mintak sangat sangat , untuk kau... lupakan aku , Jang Yiseo. Itu adalah satu satunya jalan yang terbaik untuk kita berdua"

Air mata aku mengalir.

Riak wajah Jungkook terus berubah tatkala melihat air mata yang sudah pun mengalir deras membasahi pipi aku. Baru sahaja dia ingin mengesat air mata itu dengan jarinya sendiri , pergerakannya terhenti.

"Ke-kenapa ?" soal aku perlahan.

Tangannya perlahan dijauhkan daripada aku. Dan Jeon Jungkook... langsung tidak mengesat air mata aku.

Dia menjauhi aku beberapa langkah ke belakang sebelum tersenyum nipis. "Selamat tinggal , Jang Yiseo"

Sebaik sahaja dia berkata begitu , perlahan dia memusingkan tubuhnya ke belakang dan mula meninggalkan aku seorang diri di hadapan pintu rumahku.

"Penipu..." bibir aku bergetar. Air mata mula mengalir dengan lebih deras membasahi pipi.

"K-kau penipu..." aku memejam mata rapat sehingga air mata bercucuran keluar dengan lajunya.

Kedua dua belah pipi aku sudah lencun dengan air mata. Aku mula menangis teresak esak.

Perlahan aku turunkan tubuh ke bawah dan duduk bercangkung di atas tanah. Wajah aku yang basah dek kerana menangis aku benamkan pada lutut sendiri.

"K-kau cakap... k-kau takkan tinggalkan aku... hiks hiks k-kau cakap... k-kau sayangkan aku"

Kawasan perumahan yang sunyi itu hanya kedengaran suara tangisan aku yang menangis tidak henti itu sahaja.

Buat pertama kalinya , aku menghadapi putus hubungan sebanyak dua kali yang melibatkan seorang lelaki yang sama.

Walaupun sejujurnya aku dan Jungkook telah pun berputus agak lama , tapi entah kenapa aku terasa bagaikan sebentar tadi merupakan kali kedua kami putus hubungan.

Kerana kalini , Jeon Jungkook... betul betul takkan beri peluang kepada aku lagi.

"Dia tunang orang , Jang Yiseo. Dia tunang orang !" aku menangis teresak esak.

Sebelah tangan aku digenggam erat dan kepala aku yang tak bersalah dipukul kuat berulang kali bagi melepaskan perasaan geram dan sakit hati sendiri.

Bodoh.

Kau bodoh , Jang Yiseo.

Kau memang perempuan bodoh !

Aku menekup wajah aku yang basah dengan kedua dua belah tangan sendiri. Menangis teresak esak sambil bahu aku terhinjut hinjut berulang kali.

"Sa-saranghae , Jeon Jungkook..."

Sometimes , kita ditakdirkan untuk jatuh cinta dengan orang yang salah.

Sebagai satu pengajaran ataupun satu pengalaman untuk kita belajar erti kehidupan yang sebenar.

Manusia datang dan pergi di dalam kehidupan kita sendiri. Dan tak semuanya akan kekal bersama dengan kita sehingga di akhirnya.

Kerana itulah namanya erti kehidupan.

Kita harus menerima hakikat bahawa kita hanya berseorangan dalam dunia ini. Hanya diri kita sendiri yang akan menemani kita sepanjang kita hidup.

Dan walau apa pun yang terjadi , kita harus terimanya dengan tabah. Jangan pernah mengalah.

Kau kuat , Jang Yiseo.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Jungkook !" panggilan daripada Miss Choi membuatkan Jungkook yang baru sahaja ingin keluar daripada staffroom pantas menghentikan langkah.

"Nae , seosengnim ?"

Perlahan dia melangkah menuju ke arah wanita itu. Miss Choi mengukirkan senyuman manis sebelum tangannya menepuk perlahan buku di atas mejanya.

"Boleh tolong ssaem tak ?"

"Tolong angkat buku ni ke kelas ke ?"

Miss Choi mengangguk laju. "Bawakkan buku ni ke kelas ketiga , okay ? Ssaem nak pergi tandas sekejap"

Mendengarkan sahaja kelas tersebut , riak wajah Jungkook berubah. Namun senyuman kecilnya terukir dalam diam.

Kerana kelas itu merupakan kelas Jang Yiseo.

Tanpa berlengah , sebaik sahaja Miss Choi bergerak unruk ke tandas , Jungkook terus menjalankan tanggungjawabnya untuk membawa buku buku tersebut ke kelas ketiga.

Dengan hatinya yang riang , dia berjalan pantas menuju ke kelas itu. Walaupun sepatutnya dia tidak perlu berasa terlalu gembira , namun entah kenapa dia rasa excited sangat.

Kerana dia pasti berpeluang untuk melihat wajah Jang Yiseo.

Tok ! Tok !

Kelas yang tadinya bising dengan suara pelajar bersembang menjadi senyap seketika. Semua pelajar kelas tersebut terus memandang ke arah Jungkook.

Jungkook tersenyum kelat. "Miss Choi suruh hantar buku ke kelas ni"

Mendengarkan sahaja penerangan Jungkook , mereka terus menyambung perbualan bersama rakan masing masing semula. Langsung tak hiraukan Jungkook.

Pantas Jungkook melangkah masuk ke dalam kelas tersebut sambil mengangkat buku buku tersebut. Buku buku itu diletakkan di atas meja guru di hadapan kelas.

Jungkook pantas mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah tempat duduk Yiseo. Buat seketika , senyuman lebarnya perlahan lahan pudar.

Jang Yiseo tiada.

Sudah 3 minggu. Gadis itu masih tidak menghadiri sekolah lagi.

Wajah gembira Jungkook terus berubah kecewa. Perasaan excitednya sebentar tadi lenyap begitu sahaja. Musnah harapannya ingin melihat wajah gadis itu.

Entah kenapa , sejak kejadian malam itu , Jungkook langsung tidak bertemu dengan Yiseo.

Bukan sahaja di sekolah , malahan di kawasan perumahannya jugak.

Terasa bagaikan gadis itu sudah pun lenyap begitu sahaja selepas Jungkook menolak perasaannya pada malam itu. Namun... Jungkook sendiri tidak punyai pilihan lain.

Walaupun Jungkook tunggu buat semalaman di hadapan rumah Yiseo , kelibat Yiseo langsung tidak kelihatan. Hanya omma tirinya sahaja yang ada.

Jungkook menundukkan kepala dan mengeluh berat.

"Jeon Jungkook"

Pantas Jungkook memusingkan kepalanya ke tepi. Riak wajahnya berubah buat seketika tatkala matanya bertembung dengan mata milik Jimin.

"Kalau kau dah siap letak buku , kau boleh terus berambus keluar sekarang" balas Jimin dingin.

Dahi Jungkook berkerut. Pelik dengan sikap dingin Jimin secara tiba tiba ini. Apa masalah lelaki pendek ni sebenarnya nak layan dia sebegitu ?

"Kau apa masalah ?" wajah tegang Jungkook berikan.

"Tch , playing victim , huh ?"

Sebelah kening Jungkook terjungkit ke atas. "Maksud kau ?"

"Sudah lah , aku malas nak layan lelaki tak guna macam kau ni" ujar Jimin kasar sebelum bahunya menolak tubuh Jungkook.

Belum sempat Jimin ingin beredar meninggalkannya , pantas lengan lelaki itu ditahan Jungkook membuatkan Jimin terhenti melangkah. Dia menoleh memandang ke arah Jungkook.

"Mana Yiseo ?" pantas sahaja soalan itu ditanya.

Tak perlu nak berkias kias atau bermain dengan ayat diraja , Jeon Jungkook terus bertanyakan soalan itu straight to the point kepada Park Jimin.

Kerana dia tau , Jimin pasti tahu di mana Jang Yiseo berada.

Pandangan tak puas hati Jimin berikan. "Buat apa kau nak tau ? Supaya kau dapat jumpa dia dan sakitkan hati dia lagi ? Macam tu , hm ?"

"Bukan , Park Jimin"

"Apa kau fikir aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau dekat mana dia ?" Jimin berdecit halus.

Dia merentap kasar tangan Jungkook membuatkan tangan lelaki itu yang memegang lengannya terlepas. Bahu Jungkook ditolaknya kasar membuatkan Jungkook terundur ke belakang beberapa langkah.

Anak mata Jimin menikam tajam anak mata Jungkook. "Aku... takkan sesekali benarkan kau sakitit hati Yiseo lagi"

"Park Jimin , kau salah faham"

"Tch , salah faham ? Kau buat dia menangis , kau buat dia merana , kau buat dia kecewa dan kau cakap semua tu salah faham ?" Jimin geleng kepala perlahan. Dumbfounded dengan jawapan Jungkook. "Kalau kau rasa kau tak dapat nak jaga dia elok elok , jangan buatkan dia jatuh cinta dengan kau daripada awal lagi !"

Jeritan marah Jimin membuatkan keadaan di dalam kelas serta merta senyap. Semua pelajar kini menumpukan perhatian kepada dua orang lelaki tampan yang sedang bergaduh di hadapan kelas.

Jungkook mengeluh. "Park Jimin , bagitau aku dekat mana Jang Yiseo sekarang"

Jimin tersenyum sinis. "Kau betul nak tau ?"

Jungkook angguk laju. "Kau fikir aku tengah main main ke ? Aku nak jumpa Jang Yiseo sekarang jugak"

Jimin ketawa sinis.

Bahu Jungkook ditepuknya perlahan sebelum dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Jungkook. Lelaki itu mula berbisik perlahan di telinga Jungkook.

"Langkah mayat aku dulu , baru aku boleh bagitau kau , setan"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

sorry lama tak update , malam ni neul bagi doube update !

Continue Reading

You'll Also Like

187 64 7
Gila tak gembira bila kau dapat secara percuma bath bomb limited keluaran Park Jimin, penyanyi terkenal di South Korea! Tapi aneh, kenapa benda lain...
610 207 8
Tiada lagi senyuman kotak dibibir manis itu, membuatkan semua orang disekelilingnya buntu. "Kenapa dia sudah tidak senyum seperti dahulu?" Β©cover: @...
112K 5K 65
(complete) ⁺✧ - SIRI CG #1 blurb di dalam.
86.6K 9K 45
Hancur hati seorang gadis bernama Kim Sooji apabila cintanya terhadap Kim Taehyung hanya bertepuk sebelah tangan saja. ❝Itu.. kawan kau kan? Boleh ka...