[OG] Snow White 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐓𝐰�...

By TaeTzukims

949 153 210

Cemburu dan iri hati atas kejelitaan yang dimilik Puteri Sana, Ratu Jeongyeon menyimpan niat untuk membunuhny... More

[вιodaтa вangтwιce]
2|Kerajaan Daegu
3| Niat Dendam
4|Cermin Tak Guna
5| Plan Devil VS Fairy
6|On The Way
7|Snow White, Lari!
8| Menari sesama Kerdil

1|Berlian

177 33 34
By TaeTzukims

Ratu Jeongyeon bersemayam megah di singgahsana Raja yang kini merupakan miliknya setelah kemangkatan suaminya, Raja Suho semalam. Manakala Puteri Sana, anak tirinya berdiri tegak di sebelahnya.

"Tunduk kepada Ratu" Arah ketua pengawal di raja, HongJoong dari kumpulan ATEEZ. Semua sekali pengawal kumpulan ATEEZ dan VERI VERY menunduk hormat di depan Ratu Jeongyeon sebagai tanda menghormatinya.

ATEEZ dan VERI VERY merupakan kumpulan pengawal dalam istana dan luar istana. Kedua-dua kumpulan itu sering bertengkar dalam merebut gelaran pengawal terbaik di Seoul.

"Mulai harini, beta yang akan menanggung segalanya. Ujarkan kepada beta perihal kesukaran hidup kamu semua,akan beta selesaikan dengan sekali hayunan" Ratu Jeongyeon memutarkan tongkatnya dengan penuh bergaya.

Puteri Sana di sebelahnya, kurang senang dan terima akan cara Ratu Jeongyeon yang suka membantu rakyat dengan menggunakan magis dan sihir kerana dia tahu, magis dan sihir itu bantuan daripada setan dan roh jahat.

Duit yang mereka banggakan dari sihir, di alam nyata hanyalah sampah yang sangat kotor. Makanan dari sihir pula sebenarnya ulat atau najis, sungguh jijik!

Setiap kali Sana terbayangkannya, pasti dia akan geli-geleman. Ingin sahaja dia menghentikan sihir Ratu Jeongyeon, namun dia tak dapat berbuat apa-apa kerana dia diarahkan untuk sentiasa diam.

Itu membuatkan dia terikat dengan istana. Dia tidak bebas seperti Puteri-Puteri dari kerajaan lain. Rakyat pun tidak mengenalinya. Apatah lagi jantinanya sama ada perempuan atau lelaki?

Rakyat tak pernah tahu. Namun namanya, Sana sering disebut-sebut rakyat kerana katanya, memiliki rupa paras yang sangat menawan. Hanya golongan di raja yang mengenali Puteri Sana.

Dia di jaga ketat oleh mendiang Raja Suho yang sangat sayangkan dia sehingga takut ada yang cemburu atas kejelitaan yang dimiliknya dan ada yang obseskan dia.

Ratu Jeongyeon menjeling Puteri Sana di sebelahnya. "Oh yaa" Dia mula ingat apa yang dia ingin umumkan "Hujung minggu ni, Beta ingin adakan majlis tari-menari di istana" kata Ratu Jeongyeon dengan teruja

Puteri Sana membesarkan bola matanya. Raja Suho baru je mangkat, Ratu Jeongyeon ingin adakan majlis pula? Soalnya sendiri

"Ini bertujuan untuk perkenalkan Puteri Sana pada rakyat jelata dan kahwinkan dia dengan pilihan beta."sambung Ratu Jeongyeon. Sana segera menolak "Tuanku, anakanda masih tak bersedia untuk menghadiri sebarang majlis dan menerima orang baru dalam hidup" jawabnya perlahan

Ratu Jeongyeon memandangnya sinis "Tch.. Tak perlulah kamu terlalu berduka cita atas kemangkatan Raja Suho. Dia sudah pun tiada. Lupakan, Sana. Mulakan hidup baru kamu seperti orang lain dan berkahwin dengan pilihan Beta" Arah Ratu Jeongyeon dengan lembut namun penuh memaksa

Sana hanya mampu terdiam, tidak mampu melawan

*****

Bts (6 orang kerdil) menyelinap masuk ke dalam gua, tempat tinggal Troll(mahluk kecil) bagi tujuan untuk mencuri permata milik Troll.

"Masuk-masuk" Namjoon, ketua Bts berbisik memberi arahan pada ahli yang lain. Mereka segera mempercepatkan langkahnya masuk terus ke dalam gua. Nasib baiklah semua Troll sedang tidur mati.

"Busuknya" Jin berleter sambil mengepitkan hidungnya dengan jari "Shhzhshhzhsghsjkshh" Jungkook meletakkan jari telunjuk di bibir meminta hyungnya itu diam

Melihat semua Troll tidur, membuatkan Suga juga terasa ngantuk. Dia asyiklah menguap dan hampir terlelap. "Aku ngantuk" bisiknya setelah menguap buat kali ke-47

Namjoon menepuk dahi "Dukung dia" Dia mengarah Jungkook. Suga terus melompat di belakang Jungkook dan terus dibuai mimpi.

Jimin tiba di peti harta karun yang menyimpan 200 permata di dalamnya. Dia membuka perlahan peti tersebut. Mata mereka bersinar setelah melihat permata yang sangat berkilat.

"YEY YEY YEY kita berjayaa" Hoseok bernyanyi penuh gembira dan menari membuatkan suara dan bunyi tapak kakinya bergema di seluruh gua. Ia memecahkan mimpi para Troll. Troll mula meliat, petanda mereka akan bangun dari tidur.

"oopsieee" Hoseok bersuara lagi. Mereka bereenam terpaku sambil menepuk kepala masing-masing. Semua Troll tersedar sepenuhnya setelah menyedari kehadiran penceroboh

"lari" arah Namjoon lalu segera berlari laju seperti flash. "kejar mereka! Trespass! Trespass! Trespass!" si ketua Troll memberi arahan. Mereka segera mengejar BTS.

"Hoi! Jangan tinggalkan aku!" Jimin menjerit ketakutan sambil berlari membawa peti. "bak sini" Hoseok menerima peti dari Jimin lalu membalingnya pada Suga pula.

"Woii asal aku?" Suga gelabah "sebab kau tak buat apa tadi", jawab Hoseok selamba lalu memecut laju meninggalkan Suga dan Jimin di belakang

"Ahchoo-ahchoo" Jin tak henti bersin akibat udara kotor memasuki saluran pernafasannya sewaktu berlari.

Mereka meredah pasar membuatkan Troll sukar untuk mencari mereka "Tak guna!" jerit Ketua Troll dengan geram "Erhmm tak apalah boss. 200 ratus je tu. Kita ada 1 juta lagi" kata membernya

"Yelah. Apa lah sangat dahh jom tidur balik. Aku baru je nak mimpi Jungkook" bebel Troll perempuan "ha marilah pulang ke gua" mereka berjalan pulang semula

"dah selamat" Namjoon herhenti berlari dan bersandar di sebatang pokok. Bts yang lain turut ikut bersandar bersamanya

"Wahh penatnyaaa" Suga menghempas peti di tanah lalu tidur di bahu Jimin "Elishhh jijik betul" Jimin menjauhkan diri darinya

Jungkook membuka peti tersebut "200 permata je?" dia mengeluh "Bersyukur jelah. Kat luar sana, ada ramai kerdil yang langsung tak dapat permata pun tau" bebel Namjoon

"Siapa kerdil selain kita?" tanya Jimin "Haishh kau dah lupa Twice ke?" soal Jin sambil mengetuk kepala Jimin pakai rantai

Tiba-tiba mereka terdengar samar-samar sekumpulan perempuan menyanyi lagu Ho!

"Panjang umur" Kata Namjoon "Panjang umur, tapi tak panjang kaki kekekekekk" Hoseok tertawa mengekek bersama Jimin "Jahat" Jungkook bersuara tegas sambil menyilangkan tangan di dada tanda marah.

"Hoi Twice!!" Jin menjerit memanggil Twice dari jauh. Twice berhenti menyanyi sebaliknya memandang Bts dari jauh "Hoi, kau nak apa ha?" Jerit Mina semula

"apa benda dia cakap tu?" Suga menggaru kepala, tak dengar "Tak dengar lah Mina" jerit Jin semula. Mina mencebik geram "Pekak" kutuknya. "Korang nak apa ha ?" Jerit Jihyo pula, bergegar satu hutan

"Sinila kejap"panggil Hoseok pula. "Buat apa nak panggil diorang?"Jimin mencekak pinggang kerana tak suka

"diorang suruh pergi dekat diorangla" kata Dahyun pada ahli Twice "Hah? Tak perlu lah. Kita balik je lah.. Mina dah mengantuk" Chaeyoung menunding jari pada Mina yang sedang menguap

"Aikk aku pulak" Mina terus segar setelah namanya dipetik Chaeyoung

“ish diorang tu suka nak mengorat kita. Tahulah aku cantik” Nayeon flip rambutnya dengan berlagaknya

Tzuyu menjelingnya atas bawah. Cantik? Heh aku lagi lawa, fikirnya.

"Kita pergi je lah. Mana tau dia nak bincang sesuatu"ajak Momo sambil membetulkan kedudukan cermin matanya

Chaeyoung mengeluh dan memutarkan bola matanya tanda tak suka dengan keputusan yang di buat

Maka mereka bereenam pun berlari terkedek-kedek mendapatkan Bts manakala Tzuyu berjalan seperti biasa melepasi mereka semua

Tzuyu berdiri di sebelah Namjoon “Pergh. Tinggi nak mampus” Jimin mendongak memandang wajah Tzuyu.

“Insecure lah tu” perli Suga lalu tertawa sendiri. Jimin melemparkan pandangan tajam pada Suga

“hah korang nak apa?” tengking Mina dengan tegas. Terkejut mereka bereenam “uii garangnya awak heheh” Jin tersenyum malu membuatkan Mina menyampah

“Korang dapat berapa berlian harini?” Suga terus mengajukan soalan dengan lagak. Twice sudahpun tersenyum sesama sendiri “Banyakk” jawab Dahyun teruja

“iyalah. Berapa?” Jimin menyoal malas. “Tzuyu, tunjukkan berlian kita” Arah Nayeon. Tzuyu segera mengeluarkan sebiji berlian  besar dari dalam poketnya lalu hulurkan pada Bts “Tadaa” Dahyun membuat bunyi

Bts tersentak melihat berlian milik Twice . Bukan kerana besar, tapi kerana hanya ada satu

“HaHaHaHaHa” Bts tertawakan mereka “Apa benda korang ni? Kata banyak? Satu je? HaHaHa” Hoseok tertawa besar. Jungkook turut tertawa sambil menampar belakang Suga “Aduh sakit mangkook!” Suga menengking

“Dasar perempuan pemalas! Cari satu je berlian lepastu pulang ” sindir Jimin yang masih lagi berbaki tawa.

Twice terdiam dan saling berpandangan dengan janggal. “Hm.. Ini hasil kami yang kami paling banggakan. Kalau tak hargai, lepasni jangan tanya lagi” ucap Jihyo dengan pasrah

  Twice segera melangkah  pulang ke rumah mereka dengan perasaan sedih meninggalkan Bts yang masih lagi tertawa

Tapi antara mereka, hanya seorang sahaja yang tak ketawa demi menjaga hati mereka bertujuh. . .

****
Thank you yang sudi menunggu,vote and comment! Fancy youu

Aku letak gif Tzuyu sebab dia tak bercakap.

By the way, aku tak pernah tengok cerita Snow White, tau gitu-gitu je.

Main story ni, tentang Jeongyeon dengan Sana. BangTwice pun akan masuk campur nanti

Dalam cerita ni, akan ada group lain yang jadi watak tambahan macam Pengawal istana, pembantu, dayang.

Oke tunggu next chap! 💓
Baru ada Taehyung XD

Continue Reading

You'll Also Like

5.2K 24 6
kisah dendam darwish ke ustazahnya kerana darwish kkna gantung sekolah akibat rokok
7.7K 37 2
Cerita tentang seorang perempuan bernama Sara yang di ugut oleh boss di tempat kerja nya yang obses terhadap ketiak untuk memuaskan nafsu seksnya yan...
29.8K 142 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
141K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...