MR BLIND [COMPLETED]

By ladyfrozenace

2M 97.2K 7.6K

(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan... More

1๐ŸŒผ
2๐ŸŒผ
3๐ŸŒผ
4๐ŸŒผ
5๐ŸŒผ
6๐ŸŒผ
7๐ŸŒผ
8๐ŸŒผ
9๐ŸŒผ
10๐ŸŒผ
11๐ŸŒผ
12๐ŸŒผ
13๐ŸŒผ
14๐ŸŒผ
15๐ŸŒผ
16๐ŸŒผ
17๐ŸŒผ
18๐ŸŒผ
19๐ŸŒผ
20๐ŸŒผ
21๐ŸŒผ
22๐ŸŒผ
23๐ŸŒผ
24๐ŸŒผ
25๐ŸŒผ
26๐ŸŒผ
27๐ŸŒผ
28๐ŸŒผ
29๐ŸŒผ
30๐ŸŒผ
31๐ŸŒผ
33๐ŸŒผ
34๐ŸŒผ
35๐ŸŒผ
36๐ŸŒผ
37๐ŸŒผ
38๐ŸŒผ
39๐ŸŒผ
40๐ŸŒผ
41๐ŸŒผ
42๐ŸŒผ
43๐ŸŒผ
44๐ŸŒผ
45๐ŸŒผ
46๐ŸŒผ
47๐ŸŒผ
48๐ŸŒผ
49๐ŸŒผ
50๐ŸŒผ
51๐ŸŒผ
52๐ŸŒผ
53๐ŸŒผ
ALPHA๐Ÿบ & MMW๐Ÿ‘‘
54๐ŸŒผ
55๐ŸŒผ
special 1๐ŸŒผ
special 2๐ŸŒผ
special 3๐ŸŒผ

32๐ŸŒผ

34.8K 1.7K 327
By ladyfrozenace

"NIA!!!"

Adam terbangun dari tidur.

"Adam! Kenapa kamu ni?" Soal Nek Salmah. Semua pandang dia pelik.
Dia meliarkan mata pandang sekeliling. "Nia mana? Nia mana Nia?"

"Apa kamu ni? Nia ada kat dalam la, mana lagi?"jawab Nek Salmah lagi. Kenapa tetiba bengong cucu dia ni?

"Nia tak apa-apa? Dia okay ke?" Adam risau kalau-kalau ni bukan realiti. "Nia macam tu la dari tadi, eh kamu ni? Baru tidur kejap dah lupa ke?"

Bebelan neneknya tak dihiraukan sebaliknya dia lega. Mulutnya menyebut alhamdulillah berkali kali. mintak dijauhkan mimpinya tadi.

"Ehem, Adam" panggil Mak Wan. Adam menoleh. Mak Wan tersengih, "kalau lapar pegi la cafe kat bawah, ni ha..Nasha ada ni boleh temankan?" Nasha di sebelah tersipu malu. Sekejap mengerling mesra Adam kejap tunduk segan. Dasar....

"Takpe saya tak lapar"dia menolak baik.

"Takkan tak lapar, pergi la. Lagipun semua dah turun bawah tinggal kita je kat atas ni". Adam baru perasan tinggal mereka bertiga kat atas sebab yang lain ada yang minta diri, ada yang turun cafe.

"Lagipun mak Wan kesian tengok kamu. Yelah, ada bini pun kamu yang nak kena menjaganya, patut dia yang urus makan pakai kamu. Ni... Nasha memang dah habis degree, dia ingat nak kerja dulu sementara nak apply masuk company ayahanda kamu. Tapi tengok kamu camni, mak Wan rasa baik dia jagakan kamu dulu ha... Dia boleh je kalau nak tinggal dekat rumah kamu tu, boleh nak cuci baju ke kemas rumah ke..." Dia rasa ni peluang terbaik nak dekaktkan Nasha dengan Adam. Asalnya nak try dekat Hazim ke Hakim ke tapi dua-dua pandang pelik je tadi. Lagipun bukan nak hidup lama pun perempuan kat dalam tu.

"Isteri saya sorang je dan insyaallah sorang tu la selamanya sampai saya mati" dia takkan kawin lagi kalaupun jodoh dia dengan Nia tak panjang. Nama Nia dah terpahat kukuh dalah jiwa dia.

"Kita kena ingat, yang hidup kena teruskan hidup. Yang mati biarkan je mati. Ramai lagi pengganti yang ada. Lagi baik lagi pada isteri kamu tu. Ni tak...dah la nak mengandung pun susah, sekali mengandung kena gugurkan pulak. Bilanye kamu nak ada anak, Adam? Takkan nak berdua je sampai mati? Tua nanti kamu tu siapa nak jagakan kalau takde anak?"dia menempelak kasar sambil menjeling ke arah bilik Nia dengan muka meluat. Nasha di sebelah maknya mengangguk setuju. Muka dia macam 'ni ha aku ada nak beranakkan anak kau. Kau nak berape? 10? 12 orang? Boleh..boleh...masuk lam order dulu' 

Adam panas hati.

"Yang hidup? Mak Wan, Nia pun masih hidup dan insyaallah dengan izin Allah akan terus hidup. Siapa yang mati kat sini? And pasal anak, kalau kata saya ditakdirkan takde anak sampai bile bile pun bukan masalah kat saya. Saya terima semya ketentuan Allah."dia memedas. Silap orang la kalau kau nak buat main.

Nasha menyampuk, nak membela mak dia. "Tapi tak serupa hidup pun gayanya. Terlantar je..serupa mayat hidup!"

Adam menggenggam tangan kuat. Ikutkan hati nak je dia belasah tapi jantan mana pukul perempuan kan.
"Kalau kata datang sini sebab nak cari masalah, nak buat orang marah baik pergi balik la. Sebelum saya sendiri yang halau"

Mak Wan bangun menghempas begnya." Tak hingin la aku nak menjengok mayat hidup macam tu, aku harap dia cepat mampus la! Dah Nasha, jom!" Dia tarik tangan Nasha nak beredar.

Adam meraup wajah berkali-kali. Ya Allah... lindungilah isteriku. Jauhkan dia dari segala bala dan kesakitan. Jauhkan juga doa yang buruk kepadanya ya Allah... Dia bangun masuk melihat Nia. Takkan tenang hati dia selagi tak tengok sendiri.

"Nia... aku datang ni. Kau rasa okay sikit tak? Doktor cakap dengan ayahanda tadi yang kau ada tunjuk perubahan positif dari seminggu lepas. Kau kuat Nia, you're trully a fighter. Sorry la aku terlena tadi. Mesti kau sunyi sorang kan? Nanti aku stay sebelah kau je tak tinggal kau dah." Adam bercakap seorang diri lagi macam biasa. Dia takut nak pegang tangan Nia sebab banyak sangat jarum yang dicucuk kat dua dua belah. Dia takut sentuhan dia akan sakitkan Nia. Jadi dia cuma menyentuh dan mengusap lembut.

"Aku tak habis lagi cerita kelmarin kan pasal aku fall in love kat kau? Ha meh aku sambung. Aku nak mengaku yang sebelum ni aku ada jugak berharap nak jumpa Aisya dan bercinta dengan dia. Tapi lepas je kau datang, aku dah tak pandang sesape dah. Kau je dalam fikiran aku setiap masa. Penat kau tau teringatkan kau je!"

"Sejak bila aku jatuh cinta? Hmm... maybe sejak kau jaga aku masa demam kot. Aku rasa kau sebenarnya nak tolong aku. And kau bukan macam orang lain yang cuma nak dekat sebab harta, sebab rupa semata. Kau buka mata aku, kau tunjukkan yang bukan semua orang sama senannya dan aku berterima kasih sangat kat kau. Aku tau aku ni tak kenang budi. Sebab cemburu je aku lupa semua jasa baik kau and layan kau teruk sangat..."

Adam tengah berborak dengan Nia bila pintu diketuk. Dia berkalih.

Liam.

"Bro...can I see you for a bit?" Suara Liam perlahan takut kacau Nia. "Okay kejap" Adam bangun tapi sempat lagi dihadiahkan ciuman pada dahi Nia. "Kejap tau wife, aku jumpa Liam jap je kat luar tu. Nanti aku datang balik tau?"

Liam duduk kat sofa luar menunggu Adam. "Cakap sini boleh? Aku taknak tinggal Nia jauh jauh" pinta Adam.

"Of course!" Liam hulurkan senyum. Sape yang kenal dia tau la yang dia ni suka senyum and friendly. Very friendly sampai kekadang few girls ingat yang dia nak ngorat. But tu memang nature dia. Mudah mesra.

"How's Dania?"

Adam senyum segaris. "Still macam tu but ada la sikit improvement. And bro aku lupa nak cakap thanks kat kau. Kau dah tolong aku banyak dah" kalau Liam tak tolong entah apa la jadi kat Nia.

"It's fine bro. But aku seriously mintak maaf pasal tak protect Dania masa Ziyad datang. Aku tak tau pulak dia nak upah gangster pukul aku sampai lembik and pengsankan semua maid yang ada. Aku tak expect dia nak buat semua tu" Liam meluahkan kekesalannya. Lepas je dia hantar sarapan kat Dania, Ziyad ajak jumpa. Sebab taknak bagi Ziyad curiga dia ikut je la, but dia pulak kena belasah sampai tak sedar. Balik je rumah dia nampak ambulance dah bergerak tinggalkan perkarangan rumah.

"Takpe wei, aku tau Ziyad buat kerja gila sampai kita pun tak sangka. And sorry sebab kau kena pukul" lebam di muka Liam pun nampak bayang sikit sikit lagi tu.

"Don't worry bout it. Aku harap Dania cepat sembuh macam biasa bro. Kau sabar la..aku tau dia boleh sembuh balik."

"Thanks bro. Sumpah terima kasih sangat sebab tolong aku dengan Nia"

Liam sengeh. Nak cakap ke tak eh?
"Actually.... like I mentioned before, aku tolong bersebab. And maybe aku yang patut mintak maaf kalau kau tak anggap pertolongan aku ni tanda aku nak tebus silap aku"

Dahi Adam berkerut hebat. Silap?

"Kau ingat masa kau suruh aku cari Aisya?"

Angguk. "ha'ah ingat...why?"

"Aisya yang aku jumpa tu bukan Aisya  yang sebenar. Well... Nama dia memang Aisya, but not your Aisya"

"My Aisya?"Adam heran.

"Yup! Dia bukan the Aisya that you're looking for. I apologise sebab salah orang. There are two Aisya in your class masa highschool and I got the wrong one." Adam diam. Biarlah benda dah lepas kan. But Aisya lain? Ada dua Aisya ke eh? Dia cuba ingat balik.

Oh God! Patut la Aisya tu kata dia reject dekat perhimpunan sedangkan yang Adam ingat dia reject dalam kelas. Oh okay dia faham.

"Takpe la..anggap je la benda dah lepas. Aku tak kisah pun dah pasal tu" yang penting sekarang Nia.

Senyuman Liam penuh misteri
"Really? Then kau taknak tau ke Aisya yang betul?"

"Kau jumpa ke?" Rajin nau cari.

"Yess...and you're going to be surprise Adam..."

"So, siapa? Mananye Aisya tu?"

"Kau dah jumpa dah pun Aisya kau tu..in fact dah kawin pun dengan dia" kenyataan Liam buatkan mata Adam membulat besar. Kawin?

"Tapi aku kawin dengan Dania?"

Krik krik..krik krik...

"Hello! Dania? Tengku Aisya Dania?"
Liam cakap kuat sikit. Mana tau pekak ke hapa ke..

"Eh?" Tu je dia kata. Eh? Eh pahal kau Adam?

"Ha...ha...terkejut kan? Kan? Aku pun teperanjat mula-mula tau dulu. Nampaknya Nia tu Aisya kau cari tu. And aku dah check dah, memang betul dia. Dia pindah ke Australia masa korang highschool. Yang aku peliknya kenapa dia tak cakap dengan kau yang dia la Aisya tu? And kau pun takkan tak ingat langsung muka Aisya tu cemana?"

Adam diam. Kan, kenapa dia tak perasan yang Nia tu Aisya selama ni? Dia cuba bayangkan balik muka mereka. Hurm... Ada moles dekat bawah bibir. And tu je. Yang lain semua beza apa.

"Tapi... Aisya chubby, Nia slim. Aisya pakai specs, Nia tak...and Aisya lain la. Kau salah kot.." dia masih dalam penafian. Liam tepuk dahi. Dia ni kan...

"Tu semua boleh ubah la bro. Chubby boleh kurus, kurus boleh chubby"

Oh tidak!

Tbc

Continue Reading

You'll Also Like

153K 11K 25
PUTRA | AIRIEN Kisah tentang Airien Aulia yang bertemu dengan Mr. Chocolate a.k.a Putra Qalif yang ego dan belagak tetapi mempunyai tabiat suka mak...
345K 15.4K 47
| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance ยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐ Pemergian Pua...
560K 21.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
441K 12.8K 41
Jatuh cinta dengan mafia mungkin benda yang mustahil. Tapi, benda tu dah pun terjadi kat aku. Cinta memang indah Tapi jangan lupa ada ombak nya. Kita...