๐‘ช๐’‰๐’‚๐’๐’ˆ๐’† . โ€ข jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

twenty six

510 80 30
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Malam sudah pun menjelma. Dan Jungkook ingin menghantar aku pulang ke rumah. Selepas sahaja kejadian di ferris wheel tadi , keadaan di antara kami terus menjadi begitu kekok.

Dah macam ni first time kitorang kiss pulak.

Tak sempat nak main permainan lain , Jungkook dah ajak aku pergi dinner dan dia ingin bawa aku pulang ke rumah. Hanya disebabkan Jungkook dan aku dua dua dah malu.

"Yi-Yiseo..."

Panggilan dari arah tepiku membuatkan aku yang tadinya menundukkan kepala ke bawah pantas mendongak dan menoleh memandang Jungkook.

"Nae ?"

Dia tidak memandang aku. Turut menundukkan pandangannya. Bibir bawahnya digigit. Sesekali dia membuka mulut namun sayangnya tiada sepatah perkataan pun yang terbit.

"Nak cakap apa ?" soal aku lagi semakin pelik.

"Uhmmm..." Jungkook menggaru dahinya.

Hampir tertawa aku melihat Jungkook dalam keadaan begini.

Semasa bercinta mahupun dah putus sekalipun , dia tetap seorang lelaki yang begitu malu nak hadap dengan aku lepas kejadian intim kami sebentar tadi.

Tah macam mana dia layan bakal isteri dia nanti. Baru pegang pipi sikit dah senyum senyum lepastu blushing. Mahunya nanti dia lari sebab malu bila isteri dia nak goda dia.

Sedang menunggu Jungkook yang masih cuba untuk menyusun ayat untuk berkata sesuatu kepada aku , tiba tiba mata aku menangkap kelibat kawasan tapak bermain bola keranjang yang ada berdekatan dengan tempat kami berada.

"Eo , Jeon ! Tengok tu" ujarku riang sambil menunding jari ke hadapan. Senyuman lebar terukir jelas di wajahku.

Baru sahaja Jungkook ingin menoleh memandang ke arah yang aku lihat , aku sudah pun berlari menghampiri tapak bola keranjang tersebut.

Entah kenapa aku excited lain macam.

Tapak bola keranjang tu kosong sahaja. Tiada langsung orang yang bermain di situ. Namun ada bola keranjang yang ditinggalkan di gelanggang tersebut.

Disebabkan suasana malam ini agak gelap , lampu yang ada di sekitar gelanggang bola keranjang ini turut terpasang. Dah lama sebenarnya aku tak main bola keranjang.

Last aku main pun....

Aku menoleh sebentar ke arah Jungkook yang berjalan menghampiri aku dengan kedua dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodienya.

Dengan Jeon Jungkook...

"Kenapa tetibe excited tengok bola keranjang ni ?" soal Jungkook lalu tersenyum. Pelik jugak dengan perangai aku ni.

Aku hanya tersengih. "Suka hati lah. Lagipun dah lama tak main"

Pantas sahaja bola keranjang yang disediakan elok di tapak gelanggang tersebut dicapai oleh aku. Bola itu aku bounce buat seketika.

Sebenarnya aku memang suka dengan bola keranjang. Cuma dekat sekolah kami cikgu tak open team untuk basketball team perempuan. Hanya ada team lelaki sahaja.

"Hey Jeon Jungkook"

"Hurm ?" dia mengangkat sebelah kening ke atas.

"Nak lawan tak ? Siapa kalah , kena belanja yang menang" aku tersengih sengih.

Dia ketawa kecil. "Apa yang buatkan si kecil Yiseo ni berani nak cabar si gagah Jungkook ni , hm ?"

Aku berdecit halus. Pandangan menjengkelkan aku tayang kepada Jungkook. Sempat lagi tu nak berlagak depan aku. Acah macam dia hebat sangat lah tu.

"Berlagak betul" ujar aku tak puas hati. Jungkook hanya tertawa kecil.

Malas nak layan Jungkook yang tak habis habis angkuh berlagak depan aku ni , aku terus memulakan permainan. Tanpa menunggunya langsung , aku terus bermain dahulu.

Jungkook yang agak terkejut melihat aku yang tiba tiba sahaja memulakan permainan , terus mengejar aku yang cuba berlari menghampiri tempat menjaringkan gol.

Kini Jungkook berada di hadapan aku. Kedua dua belah tangannya didepakan di hadapan aku. Sesekali dia bergerak ke kanan dan kiri berulang kali bagi menghalang aku menjaringkan gol.

Mata kami saling bertemu.

Aku melantunkan bola berkali kali di atas lantai gelanggang tersebut. Jelingan tajam aku berikan kepadanya sebelum berpusing dan cuba untuk melepasi Jungkook bagi menghampiri jaring tersebut.

"Yahh !!" jeritku marah tatkala Jungkook dengan pantas berjaya merampas bola tersebut.

Baru sahaja aku nak ukirkan senyuman gembira , Jungkook sudah pun mengambil kesempatan. Dia tertawa sinis sebelum membawa bola itu ke tempat jaring golnya.

Dengan pantas aku mengejarnya semula.

Jungkook hanya ketawa kecil sahaja memerhatikan aku yang ingin menghalangnya daripada menjaringkan bola keranjang tersebut. Terkial kial tak ubah seperti kanak kanak.

Dengan sekali lompatan sambil kedua dau belah tangannya membaling tepat ke arah jaring tersebut , sekelip mata sahaja bola keranjang tersebut berjaya dijaringkan oleh Jungkook.

"Ishh tak aci !!!" aku menjerit marah berbaur tak puas hati. Dijelingnya tajam.

Jungkook ketawa. "Apa yang tak acinya ? Aci kat india lah , sayang oii" pipi aku dicubitnya lembut namun pantas aku menepis kasar.

"Tak gentle langsung lah tak bagi perempuan menang" aku mencebik geram.

Paling at least pun kalau dia ni handal sangat bermain , buat buat lah macam tak pandai. Ha kan senang. At least aku bahagia lah jugak dapat jaringkan gol lepastu acah acah hebat.

Jungkook tertawa kecil melihat aku yang tak henti membebel macam makcik. Sudah semestinya lah aku tengah menyumpah seranah anak Jeon tak guna dekat depan aku ni !

"Nak orang ajar tak ?" soal Jungkook lembut sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada aku.

"Tak payah lah" balas aku malas dan mula melangkah pergi meninggalkannya.

Namun belum sempat aku meninggalkan gelanggang bola keranjang tersebut , pantas sahaja lengan aku dipaut Jungkook laju membuatkan tubuh aku berpusing sedikit ke belakang bagi menghadapnya.

"Jangan la pergi , Seo..." Jungkook memuncungkan bibirnya ke hadapan tanda ingin merajuk.

"Tch , suka hati aku lah nak pergi ke tak. Lagipun dah malam. Baik aku pergi terus" ujarku selamba dan terus memusingkan tubuh ke belakang semula.

Baru sahaja aku ingin meninggalkannya buat sekali lagi , pantas dia kini menarik bahu aku pula dan memusingkan tubuh aku menghadapnya. Kedua dua belah tangannya memegang erat bahuku.

"Saya ajar , nae ?" ujarnya lembut.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Pe-pegang bola macam ni kan ?" soal aku perlahan. Agak kekok sebenarnya berhadapan dengan Jungkook dalam keadaan seperti ini.

Yelah , dia nak ajar aku main bola keranjang ni. Tak boleh la aku nak emo emo atau biadap dengan dia. Karang tak berkat ilmu mengajar dia— EH ?

Jungkook tersenyum. "Macam ni lah"

Perlahan dia menghampiri aku dan kini dia berdiri betul betul di belakang aku. Kedua dua belah tangan sasanya mula memegang erat bola yang aku pegang itu.

Terasa bagaikan diri aku dikepung dengan kedua dua belah badannya. Dan aku rasa macam dia tengah peluk aku sekarang. Kerana jarak aku dan dia terlalu dekat...

Aku menarik nafas , cuba untuk mengawal diri dan perasaan ini daripada menggila tiba tiba.

Dia memegang perlahan tangan aku yang menyentuh bola tersebut. "Kalau nak bagi balingan bola kau tu berjaya , cara nak pegang bukan macam ni. Buat macam ni..."

Suara Jungkook kedengaran sangat jelas berbisik di telinga aku.

Jantung aku mula berdegup laju. Aku je ke yang rasa suara dia terdengar sungguh mengasyikkan dan seksi berbisik di telinga aku. Sumpah aku cakap , aku berdebar sekarang ni.

Aku menelan liurku gugup dan mengangguk laju. "N-nae..."

Seperti yang diarahkan Jungkook , aku memegang bola itu dengan cara yang dia tunjukkan sebentar tadi.

Jang Yiseo , ni bukan masanya untuk kau cair dan fangirling over Jeon Jungkook. Come to your sense , Jang Yiseo !

"Ha lepastu angkat tangan macam ni..." tangannya yang tadinya menyentuh tangan aku perlahan diturunkan dan menyentuh kedua lenganku pula.

Aku berdebar.

Dengan suara seksi dia lagi. Sentuhan lembut dia lagi...

Cuba bagitahu aku , macam mana nak hadap Jeon Jungkook dalam keadaan yang begitu intim seperti ni ? Aku takut aku pengsan je karang kat sini.

Dia mengangkat perlahan kedua dua lengan aku ke atas seperti gaya ingin menjaringkan bola keranjang tersebut di hadapan tempat jaringkan bola.

"Lepastu sasarkan dekat papan tu. Nampak kan garisan petak tu ? Sasarkan dekat situ nanti dia akan tolak bola tu dan masukkan ke dalam jaring tu"

Aku mengangguk perlahan.

"A-aku dah boleh..." ujarku perlahan , tubuh Jungkook aku tolak sedikit menjauhi aku.

Dia yang menyedari tubuhnya begitu rapat dengan aku mula berdehem perlahan sebelum menjauhkan tubuhnya daripada tubuh aku.

"A-aku nak jaringkan bola..." ujarku perlahan dalam keadaan yang begitu kekok sekali.

Melihat sahaja Jungkook mengangguk sebagai tanda greenlight , aku terus memberi tumpuan kepada tempat untuk menjaringkan bola tersebut.

Aku membetulkan posisi berdiri dan mula melompat dan membaling bola mengikut cara yang diajar Jungkook sebentar tadi. Dalam sekelip mata sahaja , bola itu berjaya dijaringkan.

Mata aku membulat. "Jungkoookkkkkk !!!" aku menjerit teruja.

Jungkook ketawa kecil sebelum dia mendepakak kedua dua belah tangannya kepada aku. Mungkin disebabkan terlalu gembira dan teruja aku terlupa sebentar status hubungan aku dan Jungkook.

Pantas aku berlari ke arahnya dan memeluk tubuhnya erat. Jungkook membalas pelukan tersebut lalu mengusap rambut aku lembut.

"You did well , my princess"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Continue Reading

You'll Also Like

200K 16.2K 21
Dia, Jeon Jungkook, seorang pesakit dan pencinta seorang gadis. "Jadi cium aku di mulut tapi tolong jangan gigit." Nantikan. #3 jungkook - july 1...
42.1K 4.5K 36
Disebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasn...
27K 2K 78
"Even aku sekarang gaduh dengan Hani , tapi aku tak kesah pun dia tak jadi milik aku.."-Jungkook "Apehal pulak ?"-Nahee "Because I want you to be min...