π‘ͺπ’‰π’‚π’π’ˆπ’† . β€’ jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

twenty five

514 81 16
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Ehem ehem"

Deheman yang dibuat Jungkook di sebelah membuatkan aku yang tengah mengelamun itu terus memusingkan kepala dan memandang tepat ke arahnya.

Lepas dengar apa yang dia cakap tadi dekat bangku , aku dengan dia automatik jadi awkward bapak. Dah macam ni first time kitorang berdua bercinta dan keluar date bersama pulak.

Aku memandangnya terpinga pinga. Jungkook gigit bibir bawahnya erat sambil menggaru belakang kepalanya yang tak gatal. Nampak jelas , dia juga malu dan kekok sebenarnya.

"Lu-lupakan apa yang aku cakap tadi dekat kau" ungkapnya sekali nafas. Pantas mengalihkan pandangannya.

Aku ketap bibir rapat bagi menahan diri daripada tersenyum tatkala melihat pipi Jungkook yang sudah mula memerah.

"Hurm ? Apa yang jadi tadi ?" sengaja aku bertanya. Buat buat macam tak ingat.

Mendengarkan sahaja kata kata aku itu , langkahnya terus terhenti membuatkan langkah aku juga turut terhenti. Aku memandangnya pelik dengan sebelah kening terangkat ke atas.

"Tunggu... kau amnesia ke ?" berkerut wajahnya memandang aku.

Aku tertawa kecil. "Aku tengah tolong kau buat buat tak ingat supaya kau tak malu. Ni kau pulak nak aku ingat ke macam mana ?" ujarku selamba.

Tanpa menunggu Jungkook , aku terus melangkah ke hadapan dengan kedua dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket blazer uniform sekolah sendiri.

Jungkook dari belakang terus berlari menghampiri aku dan kini kami berdua berjalan beriringan bersama tanpa hala tuju. Tah lah , aku pun tak tau nak gi mana. Sekadar jalan je ni.

"Ermm... Yiseo-ah"

"Hurm ?" balasku tanpa langsung memandang ke arahnya.

Mata aku masih ralit memerhatikan keadaan di sekeliling. Walaupun harini hari sekolah , tapi amusement park ni meriah jugak dengan orang.

"Kau ada nak main apa apa tak ? Kita main sama sama ?" soal Jungkook sambil kedua dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodienya.

"Kenapa kau bukan main nak berlagak baik dengan aku ni ha ? Tak faham lah" balasku jujur.

Entah mimpi apa lelaki ni tiba tiba je ajak aku ke sini lah ke situ lah. Paling bestnya , siap belanja aku pulak tu. Jeon Jungkook ni dah lah kedekut tahi hidung masin.

Tengok ni.

Sekarang ni bukan main pulak berlagak macam malaikat baik yang bukan main ajak aku pergi sini lah situ lah. Seolah olah dia macam dah lupa dengan apa yang dia buat dekat aku selama ni.

Jungkook terdiam buat seketika mendengar apa yang baru sahaja aku katakan kepadanya. Menyedari riak wajah Jungkook yang kian berubah itu , perlahan aku menoleh ke arahnya.

"Jungkook..."

Tiba tiba lengan aku dipegangnya erat membuatkan aku sedikit terkejut dengan tindakannya yang secara tiba tiba itu. Mata aku sedikit membulat memandangnya.

Dia menguntumkan senyuman manis. "Jom naik ferris wheel ? Permainan yang kau suka tu"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Senyuman manis aku terukir tatkala memerhatikan pemandangan di atas ini. Memandangkan aku setuju ingin menaiki ferris wheel , jadi aku tak menyesal.

Aku memang suka permainan ni kalau dekat mana mana funfair ke apa ke. Sebab dekat dalam ni je yang aku boleh nikmati pemandangan yang begitu mengasyikkan.

For some reason , tengok pemandangan daripada atas ni , sedikit demi sedikit aku rasa tenang dan semua perasaan tertekan aku tu beransur pergi.

"Yiseo..."

"Hurm ?"

"Kau mesti ingat lagi , bukan ? Tempat ni ?" soalnya lagi membuatkan riak wajah aku terus berubah.

Sudah semestinya aku takkan pernah lupakan tempat yang begitu bermakna dalam hidup aku ni. Sedar tak sedad , amusement park yang Jungkook bawak aku ke sini merupakan tempat pertama yang bersejarah dalam hidup aku.

Dan betul betul di dalam ferris wheel ni , cinta aku kepadanya mula berputik di saat dia mencuri ciuman pertama aku...

Aku tidak membalas apa apa kepadanya. Hanya berdiam diri sahaja. Lagipun , apa yang diungkapkan Jeon Jungkook membuatkan suasana antara aku dan dia semakin kekok.

Aku betul betul tak suka.

"Yiseo..."

—Diam.

"Jang Yiseo..."

—Masih diam.

Semakin dia memanggil nama aku , semakin aku tundukkan pandangan ke bawah. Entah kenapa aku berkelakuan pelik seperti ini. Aku sendiri tak tahu kenapa dengan diri aku.

Jungkook mengeluh perlahan.

Aku ketap bibir rapat. Masih setia menundukkan pandangan ke bawah. Tidak mahu langsung bertentang mata dengan lelaki di hadapan aku ini ketika ini.

Tiba tiba terasa seperti ada seseorang berdiri tegak betul betul di hadapan aku membuatkan aku terus mendongak memandang Jungkook yang kini sedang menunduk bagi memandang wajah aku.

Matanya memandang redup anak mata aku dalam membuatkan aku terkedu buat seketika.

Tiba tiba sahaja Jungkook mengambil tempat dan duduk sebelah kaki melutut di hadapan aku membuatkan mata aku sedikit membulat kerana terkejut.

Tak dapat agak langsung apa yang dia cuba lakukan kepada aku ketika ini.

"Aku maksudkan semua yang aku cakap malam semalam..." ujarnya lembut.

Aku tersentak.

Serentak itu apa yang lelaki itu luahkan kepada aku malam semalam kembali terngiang di dalam kepala aku. Bagaikan Jungkook sedang bercakap semula dengan aku.

Suaranya terdengar begitu jelas di dalam kepala aku ketika itu.

Sejujurnya , aku tahu dia ikhlas dan jujur dengan apa yang dia katakan kepada aku malam semalam. Dan mustahil lah kalau aku cakap yang aku tak mahu memulakan semula hubungan yang baru dengan Jungkook.

Aku mahukan kami yang dulu.

Dan aku akan cuba belajar untuk lebih memahami Jeon Jungkook.

Masa aku dah tak lama...

Dan di saat saat terakhir aku di dalam dunia ini , aku hanya mahukan Jeon Jungkook berada di sisi aku sebagai seseorang yang aku sayang.

Jungkook menguntumkan senyuman manisnya kepada aku. "Kenapa mata kesayangan aku ni berair ni , hm ?" ujarnya lembut.

Jungkook tertawa kecil sambil tangannya dinaikkan perlahan dan mula memegang pipi aku erat. Ibu jarinya mengusap perlahan pipi aku.

At some point , aku betul betul rindukan kehangatan tangan Jeon Jungkook...

Kata kata lembut Jungkook itu entah mengapa membuatkan bibir aku mula bergetar. Belum sempat aku ingin bersedia , air mata aku mengalir deras membasahi pipi.

"Eh no no no , kenapa menangis ni , sayang ?" soalnya lembut. Cuak terus lelaki itu.

Sebelah tangannya yang lagi satu memegang pipi aku yang sebelah lagi. Kedua dua belah tangannya memegang erat pipi aku dan menaikkan wajah aku yang aku cuba tundukkan sebentar tadi.

Mata aku yang berair menatap matanya.

Dia tersenyum. "Kenapa princess saya ni nangis nangis ni ha ? Sengaja nak pikat orang dengan kecomelan dia bila menangis lah tu" usik Jungkook nakal.

Dan ya.

Aku betul betul rindukan Jeon Jungkook yang ini.

"Ju-Jungkook...." aku memanggil namanya sebak.

"Hey , kenapa ni ? Saya ada buat awak sedih ke , hm ?" soalnya lembut. Pandangan penuh risau dia berikan.

Aku tak tahu nak cakap macam mana.

"No no no , huwaaa sorry sayang. Kook ada buat salah ke ?" dia membuat mimik wajah sedih tatkala melihat air mata aku yang tak henti mengalir deras.

Aku tertawa kecil.

Aku yang tengah sedih dia pulak yang over over reactionnya. Eee tak suka betul lah. Time nak murung macam ni lah dia boleh buat aku terhibur pulak dengan muka babun dia tu.

Jungkook tersenyum. "Eee comel je sayang saya gelak" dia mencuit lembut kedua belah pipiku.

Aku tersenyum.

Pantas aku menepis perlahan tangannya yang masih setia melekap di pipiku. Telapak tangan aku terus menenyeh mata perlahan bagi menghilangkan segala air mata yang berani keluar.

Sebaik sahaja tangannya dilepaskan dadi pipiku , Jungkook tidak terus membiarkan tangannya bersendirian. Kedua dua belah tangannya memegang erat tangan kiriku yang setia elok di atas riba sendiri.

Aku tergamam.

"Yiseo-ah..."

Aku tidak membalas. Hanya memandangnya sahaj dengan mataku yang berair.

"I need to tell you something..."

Aku tersentak.

Entah kenapa , aku rasa seperti apa yang dia hendak katakan kepada aku ini bakal melukakan hati aku sendiri. Dan aku tak rasa , aku bersedia untuk menerima semua ini.

Baru sahaja Jungkook membuka mulut ingin mengatakan sesuatu kepada aku , tiba tiba ferris wheel yang dinaiki kami ini terhenti dan bergoyang sedikit membuatkan aku terkejut.

Aku dan Jungkook terus memandang sekeliling dengan pandangan cuak.

Ternyata ferris wheel ini terhenti buat seketika atas masalah teknikal. Dan kini aku dan Jungkook berada betul betul di atas sekali di ferris wheel.

"A-apa jadi ?" soalku ragu ragu.

Jungkook menjenguk sekejap di bawah sebelum memusingkan kepalanya dan membalas pandangan aku semula.

"Masalah teknikal. Nanti okay lah tu"

Aku hanya diam. Perlahan kepala aku diangguk tiga kali sebagai tanda faham dengan apa yang baru sahaja dia jelaskan kepada aku.

"Dan rasanya waktu ni adalah sangat sesuai dan tepat..."

Kata kata yang terbit di bibir Jungkook membuatkan aku mendongak dan memandang tepat ke wajahnya. Terkejut buat seketika.

Takkanlah , dia...

Dia nak bagitahu apa yang dia nak bagitahu aku tadi ke ? Adakah dia ingin tinggalkan aku ? Adakah dia ingin menghilang lagi ?

Kerana , Jungkook kata lepas sahaja dia meluangkan masa dengan aku , dia akan tinggalkan aku...

Jujur , aku tak bersedia.

Jungkook mendongak dan memandang wajah aku lembut. Senyuman manis dia kuntumkan perlahan kepada aku sambil kedua dua belah tangannya tak lepas memegang tangan aku erat.

"Jang Yiseo..."

"Ya , Jungkook ?"

"Walaupun kita tak ditakdirkan bersama di akhirnya , saya nak awak tau..." tangannya perlahan dinaikkan ke atas dan mengusap pipiku lembut.

"I love you so damn much , Jang Yiseo..."

Sebaik sahaja dia berkata begitu , dia mendekatkan tubuhnya dengan tubuh aku dan mengucup perlahan bibirku sekilas.

Tak sampai 10 saat , dia sudah pun meleraikan ciuman tersebut. Wajah aku dan wajah Jungkook berada di dalam jarak yang sangat dekat sehingga aku dan rasakan hembusan panasnya di muka aku.

"I'm sorry for everything..."

Dia menundukkan pandangannya dan memandang ke bibirku. Aku juga turut memerhatikan bibirnya yang seolah olah memanggilku tanpa henti.

Belum sempat Jungkook ingin menjauhkan wajahnya daripada wajah aku , pantas aku menarik kepalanya laju dan mula membenamkan bibir aku dengan bibirnya.

Kedua dua belah tangan aku merangkul perlahan lehernya. Mengunci tangan aku betul betul di kepalanya supaya dia tidak akan dapat mengubah fikiran dan meleraikan ciuman ini.

Aku ingin hargai detik detik terakhir yang begitu indah bersama dengan lelaki ini...

Kerana aku pasti.

Aku yang bakal tinggalkannya seorang diri.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Continue Reading

You'll Also Like

31.6K 5.3K 12
Another short stories from iamyourcupcake. Β©All rights reserved 2020
76.1K 7.6K 59
Season 1 : Salahkah aku mencintai manusia walaupun aku iblis ? Season 2 : Mencintai manusia adalah kesilapan terbesar dalam hidup aku COMPLETED - ma...
104K 5.5K 16
Jeon JungKook seorang Kingka sekolah yg paling kejam dari ahli nya yg lain dn selalu membuli Hyun Hee Jung Hyun Hee seorang gadis kacukan Korean+Japa...
2.5K 847 6
+ dia tersangat licik . siapa dia ? Β© ssawvaend storyline