𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjk

Bởi -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... Xem Thêm

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

twenty four

493 77 35
Bởi -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Apa yang baru sahaja Jungkook katakan kepada aku tadi di dalam pejabat pengetua buatkan aku sampai sekarang tak boleh lupakan langsung. Kata katanya masih terngiang di dalam kepala aku.

Sekejap sekejap batu batu kecil yang berada di atas tanah itu aku sepak perlahan dengan kasut sekolah yang setia tersarung di kedua dua belah kaki milik aku sendiri.

"Aik , lama termenung ? Fikir apa tu ?" suara garau seseorang membuatkan aku pantas mendongak.

Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.

Dia menguntumkan senyuman manis kepada aku. Namun senyuman lebarnya tidak mampu menenangkan hati aku yang berasa ragu ragu terhadap kata katanya sebentar tadi.

Jujur lah , aku pasti akan fikirkan pelbagai perkara negatif selepas sahaja mendengar apa yang dia luahkan.

Bagaimana pulak aku ingin berlagak tenang seolah tiada apa yang berlaku ?

Senyuman Jungkook perlahan pudar melihatkan aku yang tidak langsung memberikan sebarang respon yang diinginakannya.

Aku terus menundukkan pandangan semula ke bawah dan memerhatikan batu batu kecil yang menjadi mangsa sepakan percuma tak berbayar daripada gadis bernama Jang Yiseo ini.

Jungkook mula menghampiri aku dan dia duduk bercangkung di hadapanku. Lengan aku disentuh lembut. Wajahnya menatap lembut wajah aku yang masih muram itu.

"Kenapa ni , hm ?" soalnya lembut. Namun aku langsung tidak memberikan sebarang respon.

"Hey..." panggilnya lembut membuatkan mata aku dan dia saling bertemu. "Aku bawak kau ke sini bukan untuk tengok kau sedih sedih macam ni tau. Aku bawak kau ke sini nak kau happy happy je" ujarnya.

Aku melepaskan keluhan berat. Entah mimpi apa Jungkook ni tiba tiba sahaja heret aku ke amusement park. Aku pun malas nak membuat sesi soal jawab dengannya , jadi aku ikut sahaja.

"Nah" Jungkook menghulurkan aiskrim kon yang baru sahaja dibelinya tadi.

Aku hanya memandang sahaja hulurannya itu. Tangan aku rasa seperti terlalu berat sangat ingin menerima hulurannya itu. Tengok aiskrim tu pun takde rasa minat langsung.

Entah koyak level apa aku ni sebenarnya aku pun tak tahu.

"Tanak aiskrim ni ke ? Aiskrim coklat ni kan favourite kau ?" pujuk Jungkook lagi namun usahanya sia sia sahaja.

Aku langsung rasa takde minat nak makan aiskrim yang baru sahaja dia beli tadi. Entahlah , selera aku jatuh gaung betul lepas overthinking apa yang dia cakapkan tadi.

Pelbagai fikiran negatif tak henti bermain di dalam kepala aku buatkan aku rasa seperti hendak menangis dan menjerit kuat kerana rasa terlalu tertekan sangat sangat.

"Nak aku suapkan kau ke ?" Jungkook tersengih nakal. Aku menjelingnya halus.

Waktu waktu salah macam ni pulak dah dia nak buat lawak hambar dia tu. Fikir aku akan tergelak lah tu dengan lawak dia ? Eh , tolonglah.

"Apa awak fikir kelakar sangat ke ha ? Dasar kepala mangkuk betul..." aku menjelingnya tajam lalu menggulingkan mata ke atas tanda menyampah.

Orang dah lah tengah koyak pasal dia. Ni sekarang dia sengaja buat perangai tak betul dia tu and buatkan orang nak mengamuk sebab dia pulak. Eyy aku lah kan.

"Awak..." suara Jungkook perlahan membuatkan aku terus memandang wajahnya dengan sebelah kening terangkat ke atas.

Dia tersenyum lebar. "Jang Yiseo panggil Kook awak ke tadi , hm ?" dia bertanya comel lalu pantas mencuit hidung kecilku lembut.

Membulat mata aku menyedari diri ini terlajak kata. Aduhai , Jang Yiseo. Kau ni memang lah. Terlajak perahu boleh diundur. Tapi kalau dah terlajak awak tak boleh nak tukar kau pulak !

"Ma-mana ada ! Eee tengok tu. Tak korek telinga lah tu. Dah tua sangat lah tu sampai pekak. Tak dengar apa orang cakap tadi" bebelku geram. Sengaja nak cover malu.

Jungkook tertawa kecil. Tangannya diangkat ke atas dan mula mengusap rambut aku lembut membuatkan aku tergamam buat seketika.

Comel. Lelaki ni sungguh comel.

"Makan lah aiskrim ni , sayang. Karang cair tak sedap dah" ujarnya lembut , memujuk tak henti.

Terpinga pinga aku jadinya. "Sa-sa.. apa ?!"

"Ha tengok tu. Tak korek telinga lah tu. Dah tua sangat lah tu sampai pekak. Tak dengar apa orang cakap tadi" terkekek Jungkook ketawa cuba untuk melakonkan semula gaya cakap dan body languange aku sebentar tadi.

Aku menjengilkan mata ke arahnya. Pantas tangan ini mensasarkan pinggangnya dan menghadiahkan cubitan berbisa.

"Argh argh argh ! Jangan lah" Jungkook ketawa kecil. Banyak kali cuba untuk mengelak daripada dicubit oleh aku.

"Ha kenapa ? Nak kena cubit kuat kuat lagi ke dengan orang ? Jangan fikir orang tak berani ehhh" aku mencebik geram.

Dia tertawa kecil. Terus dia bangkit daripada posisi duduk bercangkung itu dan kini si galah tu tengah berdiri dekat depan aku. Aiskrim kon yang hampir cair itu dihulurkan kepada aku.

"Makan lah aiskrim ni , hm ?" Jungkook pout. "Penat beratur beli tadi tau" sengaja dia membuat mimik wajah sedih.

Entah apa yang tengah rasuk aku waktu tu. Tetiba terbit rasa kasihan dan simapati kepada Jungkook , jadi aku mengambil aiskrim hulurannya itu.

Disebabkan tanak aiskrim yang cair tu meleleh mengotori tangan aku , pantas aku jilat aiskrim tersebut.

Jungkook tersenyum. Pantas dia mengambil tempat di sebelah aku yang sedang duduk di atas bangku tersebut.

"Ada mana mana tempat yang awak nak pergi ke , Seo ?" soalnya lembut.

Tercekik air liur aku mendengar perubahan suara lembut Jungkook dan gelaran aku-kau nya yang tiba tiba sahaja berubah kepada panggilan manja awak tersebut.

Aku pantas memusingkan kepala ke tepi dan memandangnya terkejut dengan wajah yang sudah mula berkerut. Tak percaya dengan apa yang baru sahaja aku dengar sebentar tadi.

Jungkook mengangkat sebelah kening ke atas. Membalas pandangan aku dengan pandangan peliknya. Apa dia ada salah cakap ke sampai aku pandang dia begitu ?

"Kau panggil aku apa tadi ?" terkebil kebil aku memandangnya.

Dia tersenyum manis hingga membuatkan kedua dua belah matanya berubah sepet sehingga terbentuk eye-smile comelnya itu.

"Kenapa ? Suka ke ?" sengaja Jungkook mengusik.

"Mimpi apa bongok kau tetibe panggil aku macam tu ? Kenapa ? Tak cukup dengan pekak sekarang ni otak tak betul dah ? Macam tu ke ?" aku menggeleng kepala perlahan sambil berdecit.

Mendengarkan sahaja jawapan sarkastik yang diberi aku kepadanya , riak wajah Jungkook terus berubah kecewa. Dia menggulingkan matanya ke atas dan tayang wajah koyak.

Eleh , nak merajuk lah tu.

"Soalannya sekarang , dia tu suka ke tak orang panggil dia macam tu ?" soalnya lagi dengan pandangan tegang.

"Tak" balasku pendek namun tetap padat sebagai jawapan kepada soalan yang ditujukan Jungkook.

Buat apa pulak aku nak bermain main tangkap cintan dengan tunang orang kan ? Lagipun aku kena sedar diri yang Jungkook tu sekarang ni dah jadi tunang orang.

Memang nampak macam perampas lah kalau aku layan Jungkook yang tak sudah perangai babun dia tu. Lagipun aku tau je , Jungkook tak maksudkan apa apa pun apa yang dia cakap dekat aku.

Sayang dia , awak dia , semuanya sekadar bermain dan permainan sahaja kepada aku. Dan dia langsung tak maksudkan apa apa pun dengan apa yang dia tujukan kepada aku sendiri.

Tak kecewa.

Cuma sedikit.

Aku pantas memusingkan kepala ke hadapan semula. Malas nak layan Jungkook yang tak sudah merepek lagikan merapu di sebelah aku ni.

Baik aku habiskan terus aiskrim ni. Kang tinggal duk layan mamat sebelah aku ni , habis cair karang kotor tangan aku. Satu hal pulak nak kena basuh dengan sabun.

"Jang Yiseo..." panggilan Jungkook di sebelah sengaja aku buat tak endah.

"Apa kau nak lagi ?" jawab aku malas tanpa langsung memandang wajahnya.

"Kau cakap yang kau tak suka aku panggil kau awak kan ?"

"Ha yelah. Pekak lagi lah tu" balasku kasar. Masih tidak memandangnya.

Keadaan di antara aku dan Jungkook menjadi sepi buat seketika. Aku pulak tak habis layan aiskrim ni. Dah nak habis dah ni pun. Tinggal nak makan kon dia ni je.

Uish , pelahap betul kau ni Yiseo.

"Habistu..."

Gempa tak , ribut tak , tiba tiba sahaja bahu aku ditarik laju dengan sebelah tangan Jungkook membuatkan tubuh aku berpaling ke tepi menghadap ke arahnya.

Mata aku membulat kerana terkejut dengan tindakannya yang secara tiba tiba tersebut. Disebabkan terlampau terkejut , aiskrim kon yan dipegang aku itu terlepas dan jatuh di atas tanah.

Riak wajah aku berubah apabila kini wajah Jungkook berada begitu dekat dengan aku.

Rasanya bagaikan nafas aku terhenti buat seketika. Wajah Jungkook betul betul berada dekat dengan aku. Kalau aku sekali sahaja ke hadapan , sudah pasti bibir kami akan bertemu.

Jungkook tersengih nakal melihat riak wajah cuak aku. "...kalau aku panggil kau sayang , maknanya kau suka lah kan ?"

Dan ya , jantung aku berdegup laju bagai nak gila.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

187 64 7
Gila tak gembira bila kau dapat secara percuma bath bomb limited keluaran Park Jimin, penyanyi terkenal di South Korea! Tapi aneh, kenapa benda lain...
124K 20.9K 34
▪︎Mengapa Jeon Jungkook sanggup mendaki tangga untuk ke tingkat 11 sedangkan ada lif?▪︎ 《Jeon Jungkook Fanfiction feat. Na Jaemin 》 《🔹️Menampilkan S...
43.6K 3.7K 24
"Hah?! budak biskut tu tinggal kat bilik sebelah?!". Song Ji Hyo merupakan seorang yeoja yang ganas dan juga pantang di cabar, lagi² oleh Jeon Jungko...
149K 13.7K 46
» But i still want you. PARK JIMIN MALAY FANFICTION | 2017 @sevtaend Beautiful cover by; @afigguk